Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lucien: Sumpahan Darah Bangsawan

Rate this book
“Orang macam mereka akan gunakan apa-apa saja untuk dapatkan apa yang mereka nak. Sebab tu, saya kena ‘pergi’.”
Stelio Q’Lucien Verneri, anak keturunan bangsawan yang dibenci oleh nenek sendiri sejak kecil, hanya kerana ibunya berketurunan biasa. Bahkan, kebencian itu bertukar jadi konspirasi jahat yang menyebabkan kematian ibunya.
Lucien tekad mahu mendedahkan perbuatan terkutuk itu, namun segala rancangannya gagal. Malah, dia juga hampir terbunuh dalam sebuah kemalangan terancang!
Demi melindungi isterinya, Avril, Lucien bertekad untuk berpisah, menjauhkan diri dan menukar identitinya. Dia hidup sebagai Dr. Stanley Wagner.
10 tahun berlalu, dirinya tidak pernah dikenali sesiapa. Tanpa diduga, suatu hari, Avril muncul kembali. Sedaya upaya Lucien menjauhkan diri sehingga jiwanya tidak keruan. Namun, tiba-tiba tragedi hitam berulang; nyawa Avril terancam lagi kerananya dan kini, dia perlu membuat pilihan.
“Awak orang yang paling saya sayang, Vee.”

Ketika nyawa yang tersayang menjadi taruhan, sanggupkah Lucien terus ‘bersembunyi’? Namun, jika dia mendedahkan dirinya, mampukah mereka meraih kebahagiaan yang diidamkan?

410 pages, Paperback

First published May 29, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Aisyahros

19 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (11%)
4 stars
9 (33%)
3 stars
13 (48%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Seraphina.
68 reviews
June 8, 2026
Rating: 3.5 Star ⭐

Alhamdulillah selesai baca, seronok baca buku ni, ada vibe royal kdrama lama-lama. Konflik menurut saya agak berat cuma boleh diterima, ada isu politik, rasuah, toxic family. Ada moment sweet sikit, geram la dengan Puan Beatrice tu, and geng2 dia sekali. Tak sangka ye family boleh jadi setoksik itu hanya nak rebut harta. Seram dengan keluarga elit ni.

Cerita ni menurut saya “okay” dia tak buat kita rasa sedih sgt, happy sgt, just nice. And sometimes saya keliru dengan nama-nama tempat/negara. Saya rasa penulis perlu letak maps untuk pembaca senang nampak macam mana bentuk negara “Larida” tu sebenarnya.

Penulis sepatutnya cerita dari awal apa yang terjadi dengan keluarga Lucien dan Avril, sebab nampak macam banyak melompat-lompat, terpaksa susun puzzle sendiri dalam kepala. Mungkin boleh start dengan macam mana Puan Beatrice boleh rasa tak puas hati dengan Mak Lucien, and kenapa dengan ayah Lucien. Then masuk kat dijodohkan dengan Avril, moment bersama Avril. So flow akan cantik. Tapi tu hanya cadangan sy sahaja, terpulang kepada penulis.

Saya baca buku ni macam baca buku sekolah, tak ada rasa apa2, maksudnya saya rasa biasa je, mungkin saya letakkan high expectations terlalu tinggi dengan buku ni. Jadi penulisan nampak agak mendatar bagi saya. Maafkan saya kalau ayat saya buat penulis terguris hati, saya hanya memberi pandangan sahaja🙏🏻
Profile Image for Aira Zira.
194 reviews5 followers
June 6, 2026
Rate : 4.5⭐️

Suka betul saya dengan novel fantasi dari Aisyahros ni. Bawa kita ke dalam dunia bangsawan yang gelap dan penuh konflik. Siapa tengok salasilah keluarga yang saya kongsikan, akan nampak susur galur watak utama, Lucien. Mesti boleh tangkap sedikit kemelut yang melanda.

Lucien memutuskan untuk hidup dalam identiti palsunya demi keselamatan dia dan isteri, Avril. Sepuluh tahun terpisah dan Lucien mampu hidup dengan ‘tenang’. Identiti barunya dapat menutup kebenaran yang gelap tapi semua tu tak lama. Dia perlu kembali demi menyelamatkan nyawa sang isteri.

Cinta dan pengorbanan, dua perkara yang pasti berlaku pada setiap pasangan. Pengorbanan yang Lucien lakukan mestilah untuk isteri tercintanya.
Hidup diburu, percubaan membunuh dan pilih kasih. Berpisah itu jalan yang mampu menyelamatkan situasi mereka.

Dalam mencari kembali cahaya cinta, mereka juga cuba mencari cahaya ketenangan yang sebenar. Islam telah membuka hati dan sinar harapan yang baru. Pasangan ini diuji hebat sampai buat kita rasa sebak, bila sang isteri sangat setia menanti. Isu kekeluargaan yang diketengahkan ada pengajarannya.

Pangkat dan darjat bukanlah segalanya. Pilihan yang tepat mestilah dibuat dengan hati yang benar. Banyak manfaat boleh kita dapat dari kisah Lucien ni. Semoga yang lain juga bijak menilai.

📌Boleh dapatkan buku di reruai IMAN di PBAKL. Beli 3 novel hanya RM85 SAHAJA!
Yang belum mengenali, RUUMA BOOKS juga merupakan jenama novel di bawah IMAN publication.
Profile Image for Hamidah Effendi.
575 reviews12 followers
July 2, 2026
Konflik keluarga dalam cerita ini sebenarnya bukan datang daripada keluarga utama. 🤔 Puncanya lebih kepada keluarga sebelah isteri kedua.

Nenek Lucien ni cuma mahukan status dan keturunan diraja kekal dalam darah keluarganya. Ironinya, keturunan sendiri pula memilih orang biasa sebagai pasangan. Bila anaknya ditimpa kemalangan, menantu pula yang dijadikan kambing hitam. Jenis yang langsung tak boleh terima kenyataan. Siap merancang nak bunuh orang, tapi akhirnya sendiri yang memakan diri. 🫣 Inilah tosik pertama.

Tosik kedua pula datang daripada keluarga mentua Lucien. Sama juga, gila kuasa dan harta. Mereka lebih rela anak sendiri mati asalkan kuasa dan harta kekal dalam genggaman.

Apa yang pasti, jalan cerita buku ini bukan genre aku. Kebanyakan konflik jenayah sebenarnya rasa macam mudah sangat nak diselesaikan kalau dari awal terus laporkan kepada keluarga utama. Keluarga utama pun bukannya jahat. Lucien dan Avril sebenarnya boleh saja hidup bahagia kalau Lucien lebih tegas dari awal. Malangnya, hampir 50% cerita asyik berpusing-pusing dan draging dia melarikan diri serta membiarkan Avril bertarung seorang diri untuk mempertahankan legasi Lucien. 🙂‍↔️

Satu lagi sedikit Off bagi aku, dialog nak bawa unsur dakwah. Tidak begitu lancar macam dibuat-buat sangat. Baru jumpa lepas selepas 10 tahun, boleh pula ajak bawa ke Islam. Eh??? Setel satu-satu lah. Konflik keluarga tak setel or mula lagi dah bawa benda lain masuk cerita.🤔 Macam masuk rumah terus nak terjah. Ini buku Rumaa pertama aku tak suka dan menyesal beli untuk PBAKL 2026.

Genre: Konflik keluarga & perebutan kuasa.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
92 reviews
June 11, 2026
Cerita ni bukan pasal cerita hantu tau 😂

Lebih kepada keluarga bangsawan. Mengangkat tema keluarga. Biasalah kalau keluarga bangsawan kan memang tak sah kalau tak ada konflik.

Nenda Lucien ni memang bencikan Lucien.
At the end of the story korang akan tahu kenapa.

Novel ni penuh dengan pengajaran. Hmmm. Nasib tak ada hantu.
Lucien ni memang sayang betul dengan isteri dia. Korang sanggup ke tinggalkan orang yang korang sayang?
Lucien sanggup. Demi keselamatan isteri dia.

Saya kesian dengan Avril. Wanita kuat betul dia tu. Dah lah mak ayah dia pun tak sayangkan dia. Suami pula nak tinggalkan dia dan hilangkan diri.

Saya suka kan novel-novel Aisyahros. Cuma macam boleh ad penambah baikan sikit. Would be better. Mungkin ‘rasa’ waktu baca novel ni kot. (Maaf kalau saya bandingkan dengan novel aisyah yang lain) rasa nya sedikit kurang. 🫣

But saya suka je moral values dia. And ending pun okies saja.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 28 books191 followers
June 3, 2026
Entah kenapa, sepanjang bacaan, aku rasa buku ni macam sebuah sekuel. Mungkin sebab olahan plotnya, atau mungkin ada persoalan yang tak dijawab (dengan baik). Tapi penulisan Aisyahros, lagi-lagi dialognya, bagus.
Profile Image for Kamilia.
72 reviews1 follower
June 15, 2026
Lucien: Sumpahan Darah Bangsawan - Aisyahros
📚 rating : 4/5 🌟

Buku ni di awal tu terasa mcm tngok cerita korea Romantic Dr teacher Kim ahaha masa Avril accident tu.. baca plak ade scene dalam OR kan 🤭

At first, tak faham tau kenape/apa terjadi dengan family Lucien ni sampai nenek dia benci sangat, sampai dia palsukan identiti dia biar semua ingat yg dia dah ma*i ..
Why dia tinggalkan Avril 10 tahun lamanya..

Then lps Avril muncul baru la dpt rentak cerita ni, barulah terbongkar lps Avril accident.. but then rasa tak puas la mcm simple betul eh nenek dia, mil,fil dia kene tangkap.. actually nak tahu lebih jugak pasal kematian mak Lucien.

For me, kalau author atleast explain sikit pasal conflict family Lucien ni dekat depan sikit, conflict family Avril kat depan sikit maybe lebih smooth cerita ni.. clear sikit perjalanan cerita ni..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nad.
434 reviews
June 29, 2026
(Read in one day)

I kinda skimmed from middle to the end. Banyak betul persoalan yang rasa tak terjawab.
1. Kenapa Avril kena tunggu 10 tahun untuk jumpa balik Lucien walaupun tahu je dia ada dekat mana.
2. Apa sebab tiba tiba je Avriel ajak Lucien untuk masuk Islam. Sebab most pov dari Lucien jadi, jadi taktau sangat apa jadi dekat FL
87 reviews16 followers
June 25, 2026
Permulaan cerita mengambarkan sesuatu yang besar berlaku tapi aku kecewa dengan cara penyelesaian konflik tersebut.
Laa macam tu je ✌
Displaying 1 - 8 of 8 reviews