What do you think?

Syurga Itu Bernama Ibu
“Wahid! Takkan kau nak tinggal kami macam ni?”
“Aku dah buat keputusan, Nani.”
“Abang pengecut! Cuma fikir diri sendiri saja.”
*
Wahid, Hanani, Ilyasa. Jik tidak cukup seorang, tidak lengkaplah mereka bertiga. Wahid dapat melihat bayang, Hanani mendengar suara, dan Ilyasa menghidu bau, dari memori masa lalu.
Namun, selepas arwah ayah meninggal, kuasa yang pernah mengikat hubungan adik-beradik menjadi sumpahan yang melukakan. Lantas Wahid lari ke Kuala Lumpur, tidak sanggup melihat memori silam ayahnya. Ilyasa pula terasa hati kerana rasa abangnya sudah tidak pedulikan keluarga.
Tinggallah Hanani keseorangan; tersepit antara marah dan rindu. Hanya ibu tempat dia mengadu.
Apabila kesihatan ibu semakin merosot ketika bulan puasa, Hanani mengumpul semangat. Kali ini, dia mesti bawa abangnya pulang. Abang, mak dah tak ada masa!
Tetapi ketika Wahid akhirnya pulang, ibu yang paling gembira dapat beraya bersama kesemua anaknya tiba-tiba menghilang.
Mampukah Wahid, Hanani dan Ilyasa menggunakan deria istimewa mereka dan mengembalikan semula kenangan lama demi mencari insan tersayang? Adakah sengketa dapat diketepikan sebelum benar-benar terlambat?

364 pages, Paperback
First published May 29, 2026
About the author
Osman Deen
17 books151 followersHai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;
Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
September 24, 2026
Buku ni takdalah sedih sangat bagi F. Just certain parts yang melibatkan mak tu memang terasa sebak sikit.
For me, cerita ni more to cute + heartwarming. Kisah tiga siblings... Wahid, Nani & Ilyasa yang masing² ada their own special power.
Wahid boleh nampak melalui mata, Nani melalui telinga and Ilyasa pulak melalui hidung. Masing² boleh mengesan memori masa lalu melalui deria mereka.
Biasalah adik-beradik kan... gaduh, bertekak, terlepas ayat kasar, masing² nak menang. Lepas tu bila ada masalah, tetap cari each other balik. Air dicincang takkan putus.
F rasa cerita ni lebih kepada kisah family, sibling bond and the little things between them.

August 8, 2026
bias ke eh asyik bagi buku osmandeen 5⭐ je? hahaha sebab karya od semua best!!! semua bermain dengan magic dan emosi. kita pula hati tisu memang sesak dada jugaklah menghabiskan bacaan kali ini.
buku ni tebal around 300 somthg, tapi surprisingly tak terasa pun. one reason sebab spacing besar and satu page around berapa words je tapi the main reason is how good the story is that keeps me want to swipe to next pages secepat mungkin!!! pls i need everyone to read this book if u loved melancholy family drama.
jalan cerita best. plot okay. bahasa not bad. wataknya? memang buat saya rasa menyirap sepanjang masa. saya TEAM ILYASA coz that kid is slaying the hardest!!!! umur baru habis spm tapi boleh berfikir lebih baik dari Wahid. baca buku ni buatkan saya memahami yang setiap dari mereka, mempunyai perangai tersendiri yang susah nak gambarkan. tapi macam mana sekalipun, air yang dicincang takkan putus. luckily i got ending yang saya nak.
oh btw ye saya masih geram dengan wahid. rasa nak pukul dia dgn penyapu. siapa nak join boleh ws. malam ni gak kita gerak kepala batas hehe

June 13, 2026
[20|2026]
Syurga Itu Bernama Ibu || Osman Deen
IBU - Figura yang mampu mengubah dunia yang kelam menjadi bahagia, hati yang resah menjadi damai, hidup yang gusar bertukar tenang. Tanpa ibu, serasa dunia ini kosong tanpa warna. Ini kisah Wahid, Hanani dan Ilyasa. Hidup punya perancangan sendiri dan itu buatkan Wahid nekad keluar dari rumah bertahun lamanya sehinggalah Hanani berjumpa dengannya atas sebab kesihatan ibu yang kian merosot. Pertemuan semula Wahid dan ibu menjadikan keluarga itu kembali diisi rasa bahagia. Namun... takdir berbicara sebaliknya. Ujian itu kembali dan kali ini lebih menyakitkan. Dapatkah Wahid membalas kembali jasa ibu setelah lama dia membawa diri? Apakah yang akan terjadi pada masa hadapan mereka?
Untuk yang hatinya nipis seperti tisu, sediakanlah tisu saat membaca buku ini. Tajuknya sahaja saya kira sudah memberi gambaran bagaimana cerita ini bakal berjalan. Cerita ini kalau ikutkan seperti sudah dipertontonkan dalam kaca televisyen. Kisah si anak yang lari dan kemudian kembali bertemu si ibu. Namun, olahan yang digarap penulis membuatkan cerita ini ada rasa yang berjaya menjentik hati pembaca terutama melibatkan babak-babak anak dan ibu. Tahniah buat Osman Deen untuk karya ini. Teruskan berkarya!

June 11, 2026
Sejujurnya, sudah dua kali Kirah try baca buku daripada Osman Deen. Yang pertama, Laga Pujangga; Kirah DNF sebab rasa seperti writing dan plotnya masa tu, sedikit perlahan geraknya. Buku kedua, Stesen Hikayat. Kirah bagi 3 bintang, perlahan juga ceritanya.
Tapi itu bukan tanda kita perlu berhenti mencuba mana-mana cerita daripada sang penulis. Benarlah, buku ini membuka satu jalan baharu yang membuatkan Kirah rasa selepas ini, Kirah nak cuba baca buku-buku Osman Deen yang seterusnya.
Buku ini, layaknya 5/5 bintang.
Cerita slice of life berkaitan seorang ibu. Siapa yang mampu tahan sayu dan sedih bila melibatkan susuk tubuh ini?
Ini mengisahkan keluarga Puan Sabrina, ibu tunggal yang sudah kematian suami beberapa tahun lalu. Anaknya; Wahid, Hanani dan Ilyasa masing-masing dengan ulah tersendiri.
Tapi sayang, sudah lima tahun Wahid membawa diri dan ego keluar dari rumah kampung milik keluarga. Dia mahu lari daripada segala memori yang mampu dia lihat. Asbab keistimewaan yang berlaku pada susur galur keturunan.
Wahid, mampu melihat memori.
Hanani, mampu mendengar memori.
Ilyasa, mampu menghidu memori.
Dan ketika langkah kaki Hanani menyusuri ibu kota bagi menjejak si abang sulung yang egois, dia bukan buat semua itu kerana mahu memujuk sang abang.
Tidak.
Dia buat demi ibu.
Tapi mampukah keluarga ini kembali sembuh setelah lama talinya tidak bersambung? Atau ... semuanya sudah sedia terputus, tidak mampu dijahit lagi?
Kirah memang jarang dapat jumpa buku slice of life yang best. Selalunya, Kirah akan jumpa genre ini sedikit mendatar. Tapi tidak dengan SYBI. Buku ni penuh rencah daripada awal sampai ke penamat. Tidaklah sedih yang sampai bengkak biji mata, tapi sayunya terasa. Menitis juga cecair jernih dari takungan.
Kalau sebelum ni dalam review Kirah bagi Stesen Hikayat, Kirah ada mention yang wataknya cope dengan kesedihan agak janggal dan tak terasa emosinya. Tapi Osman Deen redeem emosi itu dalam naskhah yang baik ini.
Best. Sedih. Menginsafkan.
Terima kasih, insya-Allah Kirah akan masukkan nama penulis sebagai penulis yang Kirah akan beli dan baca karyanya lagi selepas ini. Mungkin genre SOL adalah makanan sebenar Osman Deen, diselitkan juga dengan sedikit fantasi. Signature yang Kirah akan ingat mengenai buku-buku nukilan penulis ini.
Rekomen sangat untuk sesiapa yang punya seorang emak, baik masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

September 10, 2026
A very good light reading about 3 siblings and their mother
Macam mana author portray ketiga2 adik beradik ni mmg kene dgn realitinya, anak sulung yg ego dan pemendam, anak kedua yg dlm diam mengetuai dan anak bongsu lelaki yang paling sayang family dia tapi tk tahu mcm mana nak tunjuk kasih sayang tu.
Cerita ni to me tkde la begitu sedih, more to cute bila dah smpai ending

August 22, 2026
I menangis. I love the three siblings punya relationship. Dalam bergaduh pun cari solusi untuk mencari mak hilang ke mana. Osman Deen one of the few Malay authors yang boleh weave in fantasy elements to a real life situation flawlessly. One of my good reads of 2026!
August 1, 2026
⭐️⭐️⭐️⭐️✨ (4.5/5)
I really enjoyed this book.
The beginning immediately pulled me in. Osman Din writes in a way that feels fast paced, clear, and easy to follow. I found myself wanting to keep turning the pages because every chapter revealed something new.
What I appreciated most was that the story did not end with the mother's passing. Instead, it explored what happens after a loss. The three siblings, each blessed with their own extraordinary ability, were not just searching for answers. They were searching for closure.
The emotional journey felt very real. Grief is not only about losing someone we love. Sometimes it is about the unanswered questions we carry afterwards. I could understand why the eldest brother struggled with guilt and low self esteem, and how unresolved emotions slowly affected the relationship between the siblings. I also admired Hanani for trying to hold the family together when everything felt as though it was falling apart.
One lesson that stayed with me is that not every question in life will be answered. Sometimes Allah allows us to live without closure, not to punish us, but to help us grow in patience, maturity, and trust in His wisdom. We may never fully understand why certain things happen, but we can still choose to move forward while carrying the memories of those we love.
The final revelation about why the mother passed away was simple, yet incredibly touching. It reminded me that a parent's love is often expressed through the little things they do for their children, even until their very last moments.
The only reason I didn't give this book a full five stars is because the pacing became slightly slower in the later chapters. It wasn't boring, but I felt some parts could have been tighter. Even so, the emotional impact stayed with me long after I finished the last page.
This is my first Osman Din novel, and it definitely won't be my last.

June 29, 2026
4.4 bintang
Sebuah cerita yang seronok dan juga ada sedihnya. Mana tidaknya, cerita tentang ibu kut. Pasti sedikit sebanyak akan teringat dengan ibu kita sendiri. Walaupun baru pertama kali membaca karya penulis, saya suka dan boleh masuk dengan cara penulisan beliau. 'Typo' pun kurang. Tahniah penulis, pihak penerbit dan semua yang terlibat untuk menghasilkan buku ini.

July 22, 2026
Sedih tu memang sedih — pasal kehilangan ahli keluarga ni, bagi aku, memang aku tak dapat bayangkan macam mana aku akan hadap satu hari nanti. Sama ada aku boleh redha atau jadi ‘gila’.
Permulaan novel ni macam lambat sikit tapi once dah seep into the story, aku dapat rasakan apa yang tiga beradik tu rasa. Overall, good job Osman Deen sebab mampu buat orang menangis 🥹👍🏻
Love,
waceed.

June 7, 2026
karya osman deen tak pernah kosong 🥹 seperti biasa, setiap bait kata tertuju jauh menyentuh jiwa, hati, akal dan diri. menangis tak berhenti sambil baca 😭
penulisan yang sangat dekat di hati; dengan gaya penceritaan yang cukup teliti namun tetap mudah difahami. mengisahkan tiga beradik yang mempunyai ‘kelebihan’ tersendiri anugerah ilahi. namun tetap ada yang merasa ‘kekurangan’ bila dipaksa menyusuri memori masa lampau yang masih cuba untuk berdamai padanya.
tapi tetap penghujungnya; kita cuma ada kita. yang akan sentiasa memahami dan hanya tertuju rumah untuk kita sentiasa pulang.

June 6, 2026
A good cry tbh
June 18, 2026
Kisah yang sangat dekat dengan realiti kehidupan kita. Rasa tidak dapat menerima hakikat bahawa kehilangan itu pasti bagi sesuatu yang hidup. Melarikan diri dengan melukakan darah daging sendiri. Memori lama tetap tersimpan dalam hati walaupun kehilangan itu sakit. Inilah rasa yang ada dalam buku ni. Buku ni juga buat aku rasa bersyukur masih ada mak ayah dan adik beradik. Hilangnya mak ayah maka adik beradiklah yang akan menjadi ‘rumah’untuk adik beradik lain. Peritnya kehilangan mak ayah maka jaga lh hubungan adik beradik supaya kita dapat sama-sama berkongsi duka dan gembira.
June 26, 2026
Jalan cerita yang ok. Ada part yang main emosi. Cumanya ada beberapa part yang sy tak faham. Contohnya, wahid lari ke KL sebab takmau nampak bayangan memory lama. Tp kenapa sampai kena ignore mak dia terus? Apa salah mak dia? Taktau lah kalau sy yang terlepas pandang alasan dia. Masa wahid balik pon maknya tak nampak macam happy sangat anak dia yang dh 4 tahun tak balik. Lepastu masa maknya dah meninggal, tak dapat rasa sangat kedukaan depa tu. Macam depa tak lah sedih sangat pon mak depa meninggal. Tiba2 dah kalut nak jual rumah pulak. Part last hadiah harijadi, macam tak memberi impak sangat pon. Tak sampai. Bahasa pasarnya “macam tiber”. Boleh la baca cuma dekat tiktok tu hype ja lebih.
This entire review has been hidden because of spoilers.
June 17, 2026
Masa bersama ibu terasa begitu panjang, sehingga kita menyangka dia akan sentiasa ada. Tetapi apabila dia pergi, barulah kita sedar bahawa masa yang panjang itu sebenarnya hanya sekejap. Yang tinggal hanyalah kenangan dan rindu yang tidak pernah habis.
September 20, 2026
(55/2026) 4/5🌟 Umum/Realisme Magis (Fiksi) | 357 ms
“𝙃𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖. 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥, 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖.”
Wahid, Hanani dan Ilyasa - tiga beradik. Tiga beradik ini punyai keistimewaan, yang mungkin agak kuat disebabkan oleh kasih sayang utuh yang diterapkan oleh ayah dan mak mereka. Wahid boleh melihat bayangan, Hanani boleh mendengar suara, manakala Ilyasa pula menghidu bau-bauan - dari memori masa lalu.
Selepas arwah ayah mereka meninggal dunia, rumah mereka sudah tidak seperti dulu lagi. Mereka terperosok dan terperangkap dalam bayangan masa lalu yang menyebabkan Wahid membuat keputusan meninggalkan rumah dan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Wahid terlalu terbawa emosi apabila terlihat bayangan ayah mereka di dalam rumah itu. Tindakan Wahid yang melulu itu, tanpa disedari telah melukakan hati kedua adik-adiknya.
Sebagai anak perempuan tunggal, Hanani yang lembut hatinya rasa terhimpit perasaan. Dia rasa marah namun ada juga rindu pada abangnya. Hanani mula rasa bertanggungjawab apabila kesihatan mak mereka mula merosot pada awal bulan puasa dan timbul rasa tekad untuk membawa abangnya pulang, kerana Hanani merasakan masa sudah semakin suntuk dan tidak mahu abangnya terpaksa meneruskan hidup penuh sesalan.
Namun, setelah Hanani berjaya membawa Wahid pulang ke kampung dan berjaya menjadikan mak orang yang paling gembira di dunia - mak pula tiba-tiba menghilang. Mampukah Wahid, Hanani dan Ilyasa menggunakan kelebihan istimewa mereka dalam pencarian mak?
“𝘉𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘩?” Apabila ternampak bait dialog ini di dalam penceritaan, hati mulai rasa tidak sedap dan sayu. Untunglah mereka yang masih punya emak tempat bermanja. Saya sendiri sudah kehilangan ibunda tercinta 14 tahun lamanya, namun jika soalan di atas ditujukan pada saya, sudah semestinya jawapan saya, “tidak”. Sakit kehilangan emak ini lain betul pedihnya.
Ini kisah kekeluargaan dan untuk bulan ini, kisah kedua yang saya baca menumpukan kisah pertalian saudara antara adik-beradik. Walaupun ada unsur realisme magis di dalam penceritaan, penulis berjaya menumpukan tumpuan pembaca (saya) kepada konflik utama di dalam keluarga ini, sehingga saya tidak terdetik langsung untuk tertanya-tahya mengenai latar belakang tiga beradik yang punya kuasa luar biasa ini.
Namun metafora yang saya dapat andaikan melalui kuasa istimewa ini, saya cuba kaitkan dengan pengalaman hidup saya kehilangan orang tersayang. Kita sudah pasti akan ternampak bayang-bayang mereka seperti filem lama, pergerakan mereka terutamanya apabila kita berada di suatu tempat yang mereka selalu ada; kita akan terdengar-dengar suara mereka, tawa mereka dan kita akan terbau-bau bau-bauan mereka terutama pada pakaian yang mereka selalu pakai, bantal yang mereka guna. Ketiga-tiga deria inilah yang menampung perasaan rindu yang tidak berkesudahan bagi orang yang sudah merasai kehilangan.
Penulis berjaya mencipta karakter-karakter yang saya kira ada di dalam mana-mana keluarga. Kita mesti sudah pernah jumpa keluarga yang punya ayah yang tegas, ibu yang lembut, anak sulung yang keras hatinya, anak tengah yang lembut jiwanya, dan mungkin anak bungsu yang memendam rasa - dan pelbagai lagi campuran tingkahlaku dan peribadi. Penulis juga berjaya mencoretkan konflik yang terkadang ada berlaku di dalam sesebuah keluarga apabila terjadinya kematian salah seorang ahlinya.
Laras bahasanya mudah dan plot juga tidak berbelit untuk difahami. Sebagai seorang anak sulung, saya faham apa yang dilalui dan dirasai oleh Wahid namun saya sedikit kurang bersetuju dengan tindakannya. Geram juga dengan si Wahid ni. Namun, itulah hakikat kehidupan kerana ada sahaja orang yang punyai karakter sedemikian. Kisah sebegini, kita mungkin pernah terbaca di laman sesawang atau media sosial.
Sebagai seorang anak sulung, saya juga ambil cakna, bahawa, apabila kita kehilangan ibubapa, kitalah yang seterusnya akan mengambil peranan sebagai ketua keluarga. Kita jugalah yang mengambil peranan menyatukan adik-beradik. Kehilangan ibubapa bukan bermaksud terputuslah tali silaturrahim antara adik-beradik. Namun, hati tersentak apabila terkadang terbaca kisah keluarga yang bergaduh sesama sendiri akibat konflik yang sebenarnya boleh diselesaikan cara baik.
Bacaan ini untuk anda sekiranya anda perlukan peringatan yang air yang dicincang itu tidak akan putus, atau mungkin ada rasa rindukan adik-beradik anda yang sudah lama tidak berjumpa. Kehilangan orang tersayang di dunia ini memang pedih dan sakit, namun jadikanlah ia peringatan sebagai perpisahan sementara menanti masa berjumpa di alam abadi.
“𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘳𝘦𝘩𝘢𝘵. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘪𝘴. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘬. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱.”
#justreaddontbawang #bookmehnia #September2026 #2026reads #SeptemberTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #syurgaitubernamaibu #osmandeen

September 12, 2026
Syurga Itu Bernama Ibu karya Osman Deen
Personal Rating Suri: ⭐⭐⭐⭐⭐(5/5)
Ada novel yang kita baca untuk mencari hiburan, dan ada novel yang selepas kita habiskan, buat kita termenung sekejap tentang keluarga sendiri. Syurga Itu Bernama Ibu bagi aku lebih dekat kepada kategori kedua.
Apa yang menarik perhatian aku ialah gabungan drama keluarga dengan elemen misteri dan supernatural. Kisah tiga beradik iaitu Wahid, Hanani dan Ilyasa, dibina dengan latar hubungan kekeluargaan yang tidak sempurna. Masing-masing membawa kenangan, luka dan cara tersendiri dalam menghadapi kehilangan. Kebolehan mereka yang berkait dengan memori pula memberikan kelainan kepada jalan cerita dan membuatkan aku tertanya-tanya bagaimana semuanya akan berkait apabila ibu mereka tiba-tiba menghilang.
Aku suka bagaimana tema kasih sayang seorang ibu tidak disampaikan dengan cara yang terlalu mudah. Dalam cerita ini ada rasa bersalah, penyesalan, hubungan adik-beradik yang renggang dan persoalan tentang betapa kita kadang-kadang hanya benar-benar menghargai seseorang apabila kita hampir kehilangannya.
Bagi aku, kekuatan novel ini terletak pada emosi kekeluargaan yang menjadi nadi cerita. Misterinya membuatkan aku mahu terus membaca, tetapi hubungan antara watak-wataknya yang membuatkan cerita ini terasa lebih bermakna.
Sebuah novel yang mengingatkan aku bahawa masa bersama ibu bukan sesuatu yang patut ditangguhkan. Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mencari bahagia di luar sampai terlupa bahawa syurga itu mungkin sedang duduk di rumah dan menunggu kita pulang.

June 24, 2026
👨👩👧 Family conflict : 3/5
😭 Emotional damage : 3/5
🥹 Heartwarming : 4/5
😭 Air mata : 2/5
👀 Ada kemunculan watak Adi dari Bila Jiwa Penuh Warna Duka dan rupanya kedua-dua novel ini berada dalam universe yang sama. Tak sangka!
Premis cerita ini mudah. Wahid melarikan diri dari rumah dan tidak pulang selama bertahun-tahun. Apabila kesihatan ibu mereka semakin merosot, Hanani berusaha mencari semula abangnya. Setelah berjaya membawa Wahid pulang, niat ibu mereka akhirnya untuk menyambut Aidilfitri bersama semua anak-anaknya.
Tak sah novel Osman Deen tanpa tema yang menyentuh hati. Novel terbaharunya juga tidak terkecuali. Bezanya kali ini, ibu menjadi tunjang utama cerita. Yang membuatkan novel ini lebih menarik, tiga beradik Wahid, Hanani dan Ilyasa masing-masing mempunyai deria istimewa.
Novel ni pada pendapat aku lebih kepada hubungan adik-beradik setelah bertahun Wahid tak balik, macam mana mereka berbaik, bergaduh, menangis bersama. Part ibu tu ada cuma lagi banyak scene mereka bertiga.
Overall aku puas dengan jalan ceritanya. Cuma,bagi aku kalau konflik dan emosinya dibuat lebih "heart-wrenching", lagi feeling. Antara part yang paling aku suka time Wahid dan Ilyasa mula gaduh dan meluahkan segala yang terbuku dalam hati. Dan kalau baca ni time puasa rasanya lagi terkesan..

August 25, 2026
Seorang ibu
3 orang anak
Anak pertama - Wahid menpunyai kebolehan melihat bayang memori masa lalu dan menggunakan kebolehannya sebagai punca rezeki iaitu terlibat dengan penyelesaian kes kes yg tidak dapat dirungkai oleh pihak polis. Wahid membawa diri ke bandar seawal usia, iaitu setelah kematian bapanya, asbab takut dengan bayang2 memori bapanya yg muncul pada pandangan matanya.
Anak kedua - Hanani mempunyai kebolehan mendengar suara memori masa lalu..menggunakan kebolehannya untuk mencari semula abangnya, Wahid supaya dapat berkumpul semula sekeluarga, juga masalah kesihatan ibunya yg kurang memuaskan
Anak ketiga - Ilyasa mempunyai kebolehan menghidu memori masa lalu..juga menggunakan kebolehannya untuk mencari ibu nya yg hilang.
Cerita ini berkisarkan tentang hubungan kekeluargaan dan sesuai untuk bacaan santai tanpa konflik yang terlalu berat tapi masih banyak pengajaran yg dapat diperolehi dari cerita ini. Antaranya kisah harian dengan keluarga, perpisahan, kehilangan orang tersayang, memori masa kecil, rasa pengkhianatan dan banyak lagi. Walau keruhnya hubungan adik beradik tapi bila ada kesusahan, orang pertama yang dicari adalah adik beradik juga..kisah begitu la yang diterapkan dalam buku ini.

September 7, 2026
Tiga beradik dibesarkan oleh ibubapa yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Tetapi segalanya berubah selepas mereka bertiga kehilangan ayah yang amat mereka kasihi. Dan akhirnya tinggal si ibu yang membesarkan mereka bertiga dengan keistimewaan masing-masing. Selepas ketiadaan ayah mereka, Wahid amat terkesan dan tak mampu untuk menanggung semuanya seorang diri, dan dia memutuskan untuk membawa diri jauh daripada keluarga. Sehingga akhirnya, adiknya ke bandar untuk mencari Wahid kerana ibunya kritikal.
Ini buku kedua saya daripada Osman Deen, dan apa yang boleh saya katakan, ianya tidak mengecewakan saya. Saya tak sangka penulis boleh selitkan elemen fantasi untuk kisah-kisah seperti ini dan dalam masa yang sama masih mengekalkan tema utamanya. Perjalanan mereka tiga beradik ini membuatkan saya terfikir, terlalu banyak perkara yang kita fikir "Ohhhh takpe, masih ada masa lagi".
Kita fikir "Takpe, esok boleh minta maaf",
Kita fikir "Takpe, esok la call abah",
Kita fikir "Takpe, tunggu cuti sekolah nanti la baru balik kampung jenguk mak ayah",
Kita fikir "Takpe, tak cakap I love you pun takpe, nanti jumpa boleh cakap",
Hakikatnya kita tahu, masa itu tidak sebanyak yang kita sangka.
Tak dapat nak tulis review panjang sebab sangat terkesan dengan pengajaran yang diangkat dalam novel ini. Mungkin satu perkara yang boleh saya pesan, "Bacalah novel ni".

June 14, 2026
4.5 stars.
“Kita cuma ada kita je.” Rasanya, ni quote yang paling mencengkam jiwa.
Kalut punya adik-beradik. And memang tak boleh dinafikan, Wahid ni perangai pengecut sikit. Tapi tulah, keupayaan untuk melihat memori tu memang yang paling berat. Sebab ada benda yang kalau boleh, kita tak nak tengok adegannya.
Favourite character, Hanani. Yang selalu ada. Dahla anak kedua, perempuan pula tu. Nak kena hadap perangai abang dan adik yang asyik bertelagah.
Ilyasa si bongsu, yang banyak pendam rasa. Yang sebenarnya paling sayang dengan keluarga dalam diam menurut perspektif saya.
Tak boleh ingat entah berapa kali dok ambil tisu nak lap hingus dan air mata. Banyak betul scene yang merobek hati dan perasaan.
Oh, kenapa tak ada orang cakap ada cameo Adi (Bila Jiwa Penuh Warna Duka) dalam ni?!! Menarik sangat. Rasa macam cerita mereka berempat boleh dikembangkan lagi ke?
And sebab buku ni takes place masa bulan puasa dan raya, saya dok terbayang kalau buku ni diadaptasi jadi filem sempena hari Raya fuh mesti best (yang sedih) 😭😭😭

August 9, 2026
this book was honestly SO heartbreaking. i cried so many times reading this. I wasn't expecting it to hit me this hard. the whole story surrounding the siblings and their mother was just so painful, especially seeing how their relationship changed after everything they went through.
i really loved the sibling bond between Wahid, Hanani and Ilyasa. their unique abilities were such an interesting part of the story too, especially because they weren't just there for the sake of having supernatural elements—they were connected to memories and the things the siblings were trying to deal with. Hanani is definitely my favourite character. I really loved her and the way she carried so much of the emotional weight of the story. she was so easy to care about.
Overall, this was such an emotional read. the title really fits the story too. it's a story about family, memories, regret, love and especially the bond between a mother and her children. definitely one of those books that leaves you staring at the wall after finishing it

September 22, 2026
Seperti biasa, OD akan masukkan unsur unik pada watak karyanya. Sebagai orang yang tak baca review buku ni sebelum baca, rasa seronok dan teruja bila tahu kelebihan dan keunikan yang ada pada watak-watak ini.
Sosok ibu, siapa yang boleh ganti? Tiada. Hanya kasih sayang yang tersemat pada jiwa seorang ibu untuk anaknya. Larilah ke mana pun, pangkuan ibu jua yang paling nyaman.
Kenangan bersama yang tersayang, “hanya salah satu gema memori buat selama-lamanya.”
Ibu, ayah, adik-beradik, semoga dijaga Tuhan di dunia dan di akhirat.
Terima kasih Osman Deen, mengingatkan kita untuk hargai nikmat kekeluargaan. Selamat Hari Raya!
p/s: ada cameo! Yeay!
Tambah p/s: saya tahu spacing Rumaa Books memang besar2. OD can write better and rasa macam ada lagi penceritaan yang tak terungkap dalam ni. Tapi demi OD, saya tetap beli!

July 25, 2026
my favourite book in 2026
buku ni buku fav saya tapi saya taktahu kalau saya mampu ke tak untuk bacanya lagi. terlalu sakit perit. buku ni sangat menyentuh hati saya. ibu dan ayah saya masih ada. tapi ia cukup untuk beri saya rasa takut. buku ini juga ingatkan saya pada arwah paklong saya,saya rasa ape yang wahid rasa. menyesal,tak sempat minta maaf,tak sempat ucap terima kasih untuk segala galanya. conflict antara adik beradik dalam cerita ni lebih kurang dengan apa saya lalui. untuk mereka yang mencari buku untuk menangis, sila baca. ini huku osman deen pertama saya. nampaknya saya kena beli buku beliau lagi untuk nangis. kepada osman deen,terima kasih sebab memberi kesedaran kepada saya,manusia yang terkadang lupa tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.

"tengok mak, kene tengok puas-puas"
ya allah i cried from middle until finish baca buku ni, maybe because i came from keluarga yang ada masalah adik beradik so that's why terkesan a lot.
i read it two times on same day also the same day i read pada masa yang terhenti, i kurang gemar that one so i tried read this one to see whether it's the story or his writing, then yk what i love it so muchh, the line, dialog, plot everything is top notch, thank you osman deen.
Moga mak hidup lebih lama ya..

“Nak bergaduh tak apa. Tapi jangan sampai tak mengisah dah.”
“Marah lagi bagus daripada tak ambil peduli.”
“Hidup kita ni pendek, hidup kita ni panjang. Sepanjang-panjang umur, sekelip mata saja berlalu. Sependek-pendek masa, rasa lama betul bila terisi dengan orang kita sayang.”
“Hidup kita panjang dan pendek pada masa yang sama. Selagi kita hidup, kita hiduplah sebaiknya.”
“Akarnya, jawapan perlu dicari untuk membuang segala “kalau” yang tidak akan pernah terjadi.”
“Rumah itu tinggal rumah yang sudah tiada tuannya. Kosong dan lompong tanpa mak.”

Sebuah drama keluarga yang digarap dengan baik. Teringat filem2 keluarga Indonesia yg banyak keluar mutakhir ni. Aku memang peminat filem2 seperti tu. Dekat di hati. Bab2 keluarga ni, tak boleh lah. Hati jd tisu :")
Mcm ada sesuatu yg kurangg, tapi tak tahu apa. Dia mcm setiap kali emosi tu nak sampai, macam terputus. Kalau penulis boleh improve part tu, mesti lebih mantap.
Menanti karya penulis yg seterusnya.

August 28, 2026
Osman Deen is an excellent writer, and funny too. I like that it incorporates unusual themes like superpowers and imagination. The book plays with all our senses, so readers can't help but imagine themselves being among the characters. However, since I've read 'Pada Masa yang Terhenti' prior to this book, I found this book a bit draggy, and some parts are redundant. Nonetheless, the book is indeed heartwarming and worth reading!
June 12, 2026
Mula-mula ingat author nak tulis pasal mak mereka hilang dan tiga beradik tu kena cari guna gifts yang diorang ada. Rupanya wow! Banjir. 🥲 Sweet but sad story. Memang puas hati dengan ending dia, walaupun sedih sampai nak marah. 😭 I baca within 3hours. Stop half way sebab sedih sangat. Time gaduh pasal rumah tu. Ok sedih bye. Anyway. This deserve 5 stars.
This entire review has been hidden because of spoilers.
June 30, 2026
First part tu slow lagi,sampai tengah2 tu memang non stop dah saya menangis sampaila habis muka surat terakhir ye 😭😭😭Jahat erkkkkk sobs.Wahid,Hanani dan Ilyasa.Masing-masing ada kelebihan istimewa tapi kelebihan tu kadang-kadang jadi kelemahan mereka.Sebab apa? haaa sila baca.Osman memang pandai bab buat orang nangis haha nak lagiiiiii suka buku sedih ni😌😌
July 2, 2026
Buku pertama Osman Deen yang aku baca. Best, sedih ceritanya, tengah membaca pun boleh mengalirkan airmata. Perginya seorang insan yang bernama ibu, maka, hilang jugalah doa yang tiada hijab darinya. Cakap pasal ibu ni memang buat aku tersentuh hati. Teringat arwah ibu 😭 Secara keseluruhannya, buku ini permulaan terbaik untuk aku membaca karya lain seterusnya dari Osman Deen.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews