“Cik Puan Alya perlukan wang, bukan? Di sini, Cik Puan Alya boleh jualkan apa sahaja.” Hidup Alya kucar-kacir sejak suaminya, Sabri disahkan menghidap kanser. Kini, dia terpaksa menguruskan keluarga sendirian dan perlu mencari wang untuk membayar kos rawatan Sabri yang mencecah ratusan ribu ringgit. Saat emosi berkecamuk, Alya membawa diri tanpa arah tuju. Namun, tiba-tiba sahaja dia berada di sebuah padang yang luas menghijau; di tengah-tengahnya kelihatan sebuah bangunan dua tingkat. Tertera namanya, ‘Kedai Tukar Apa Saja’. Kerana terdesak, Alya menggadaikan satu-satunya bakat dan impian yang dia ada. Semuanya demi nyawa suami yang tercinta. Tidak lama kemudian, Sabri semakin pulih. Alya gembira bukan kepalang, namun hatinya mula terdetik sesal apabila menerima tawaran daripada penerbit terkemuka. “Kau mahukan bakat menulismu semula, Cik Puan Alya? Silakan, tapi kau harus mendepani beberapa ujian.”
Sanggupkah Alya mendapatkan kembali bakatnya semula, seandainya harga yang perlu dibayar adalah nyawa insan yang tersayang?
* Kisah ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang berdepan ujian suami menghidap kanser.
Di mana harus aku bermula? Empangan mataku pecah sejak babak-babak pertama cerita. Tapi, kesedihan itu tidak lama, sebaik Alya menemui Pak Lemari, pemilik Toko Ajaib.
Alya kemudian harus melalui pengembaraan di dunia Aksaraya untuk mendapatkan semula gadaiannya, bersama Rumi, Sora, Kael dan Mira.
Sesudah itu, hatiku kepedihan membaca babak-babak akhir cerita. Aku masih belum recover daripada emotional damage, ketika menulis review ni.
Cerita ini sangat perlu dibaca oleh semua yang mahu menjadi penulis dan sedang menjadi penulis. Ada pengalaman yang disisipkan buat pengajaran kita, buat ingatan kita.
Juga sesuai buat mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Bukanlah bermaksud cerita ini ada kandungan dalam selimut, sebaliknya cerita ini mengingatkan kita, apa yang ada pada kita sekarang, semuanya sementara. Akan ada masa-masanya rumahtangga itu diuji dengan penyakit dan kebolehan untuk bertahan.
Juga sesuai dibaca untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita. Dalam kita berusaha mengasah kemahiran dan mencari pengiktirafan, ada pengorbanan yang berlaku.
Dipertengahan cerita, aku sepertinya kembali menonton movie Never Ending Story. Cuma tiada anjing yang ditunggang pada akhir cerita. Hanya keretapi steam yang bergerak selaju bullet train di Jepun.
Terima kasih Tey Marzuki atas cerita ini. Jangan berhenti menulis ya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini adalah buku pertama yang saya baca dari penulis ini. Karya yang lain dari sebelum² ni saya pernah baca. Tertarik dengan watak Alya seorang isteri juga ibu utk 2 orang anak. Terpaksa meninggalkan cita² sebagai seorang penulis demi menjaga suami yg sakit kanser.
Berjumpa dengan Toko Ajaib yang boleh menukar apa² saja utk apa² yg dihajati. Alya sanggup menjual bakatnya demi menyelamatkan suami tercinta.
Sebenarnya awal² lagi saya dah bole agak siapa Rumi, kehadiran yang tiba² untuk menjadi pemandu dan peneman Alya sepanjang pengembaraannya.
Watak Sora yg sangat kebudak²an sampai rasa geram sangat² sebab tak bole kawal emosi dan terima nasihat orang lain
Watak Rumi yg sangat berahsia tetapi sentiasa bersama dan menyelamat Alya walau apa jua keadaan. Watak Rumi mmg green flag sangattttt.
Watak Kael tak banyak bagi impak dalam cerita ni tapi masih bole nampak peranan Kael dalam membangunkan cerita ni sbb Kael yang bagi semangat pada Alya untuk terus maju dalam bakat penulisan.
Watak Mira paling tak ada perkembangan, terlampau pendek sangat scene Mira dalam novel ni. Ujian yang Mira sediakan utk Alya tak cukup berat, atau mungkin perlukan tambahan beberapa bab lagi utk scene dalam Pustaka Kala.
Pengakhiran yang tidak dijangka, terutama scene last dalam Toko Ajaib bila Alya diberi peluang untuk memulakannya semula.
Pembaca betul² perlukan imaginasi yang tinggi utk membayangkan situasi yang berlaku terutama ketika mereka berada di Pustaka Kala.
Terbaik Tey Marzuki, InshaAllah akan cari dan baca lagi buku kamu
Comel bukunya. Penulisan mudah masuk dan jalan cerita santai. Ada vibe magika. Tak heavy dan tak serabutkan kepala.
Bukan jenis buku yang buat kita menangis atau termenung lama lepas habis baca, tapi tetap seronok diikuti. Sesuai kalau tengah cari bacaan ringan dan menenangkan.
Overall, okay.. Buat aku yang slow reader. Aku habis masa dalam 2 hari tau. ✌️
Buat wanita yang kuat, naskhah ini buat kamu. Moga sentiasa kuat seperti Alya dan penyayang seperti Sabri. Moga ceria seperti Sora, menjadi pelindung seperti Rumi.
Ada banyak benda yang diluahkan oleh penulis dalam naskhah ini.
Salah satunya cabaran sebagai penulis yang perlu mengemis dengan royalti daripada penerbit. Bila nak minta manuskrip kemain lagi dikejarnya.
Sila baca cerita ini jika kamu mahukan kelainan. Ada fantasi ✅ Ada nilai-nilai murni ✅ Ada pustaka yang wow ✅ Happy ending ✅
Full review dekat IG naylaaa_storyyy. Saya cuma membebel disini 👀🦋
Betullah tekaan saya Rumi tu siapa hihi, nangis sikit kat part akhir tu, 😭 hemm macam tak puas baca, tak boleh ke mengembara lama sikit kat dunia Aksaraya tu? Hehe macam menarik pula dunia tu, teringat dengan cerita Alice in wonderland, Narnia.
Penulisan kak Tey Marzuki memang selalu buat saya rasa nak tahu apa jadi, saya peminat cerita fantasi, buku pertama kak Tey saya baca ialah Sindrom dan Purnama, selepas tu saya baca buku Vendetta, saya harap kak Tey sentiasa sihat untuk teruskan berkarya, akak salah satu author wajib buy yang saya minat sangat dengan penulisannya, buat rasa tak bosan bila baca.
Ada beberapa sikit saya nak berikan pandangan, pertama tentang tempat Aksaraya, saya rasa tempat dunia fantasi ni menarik, saya berharap sangat-sangat kalau kak Tey ada buat maps untuk pembaca lihat bagaimana rupa dunia Aksaraya, kebanyakan buku fantasi saya baca mesti ada maps, tapi buku kak Tey saya tak pernah jumpa maps, 🥹
Seterusnya rupa watak, Saya teringin nak tengok rupa Pak Lemari, Sora, Kael, Mira dan Rumi!! Jadi please kak include photocard atau lukisan sikit dalam buku, saya teringin nak manjakan mata saya tengok rupa watak semua buku akak ni🥹🫶🏻 (kalau korang nak tengok rupa mereka korang boleh tengok langsung dalam ig kak Tey Marzuki tau)
Okay dah tu je, semua cerita akak saya lurve, and cerita ni inspirasi dari cerita akak yang sebenar kan? Takziah untuk kak Tey Marzuki… semoga Suami kak Tey dalam perlindungan dan amal solehnya diterima oleh Allah swt. Aamin🤲🏻
Kisah pengorbanan seorang isteri dan ibu. Bakat penulisan dan satu-satunya bakat yang ada terpaksa dijual demi menyelamatkan nyawa orang tersayang.
Kisah pengembaraan Alya ke dunia fantasi demi mencari semula nota bakat yang dijual ke Toko Ajaib milik Pak Lemari. Alya ditemani Rumi orang suruhan Pak Lemari. Alya akan mendapatkan semula nota bakat dalam apa jua keadaan dan rintangan untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi penulis semula.
Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ini. kisah pengorbanan yang tulus seorang isteri untuk suami tercinta. Kisah persahabatan yang ikhlas dan semangat Alya yang tidak kenal erti putus asa. Siapakah sebenar Rumi yang sentiasa menemani Alya dalam pengembaraan yang penuh mencabar?
Untuk Alya - kamu sangat kuat dan kental Untuk Sabri - kamu yang sentiasa ada disisi Alya Untuk penulis Tey Marzuki - terima kasih untuk sebuah cerita yang penuh makna dan banyak memberi pengajaran !
Cerita Tey kali ini menguras air mata. Secara peribadi saya boleh bahagikan tiga kumpulan yang akan merasa tersentuh dan terpukul lalu terduduk, isteri, ibu dan penulis.
Ceritanya bermula dengan Alya yang sedang buntu mencari kos rawatan suaminya hingga dia terpaksa menjual bakat menulis yang ada padanya. Dia berjaya mendapatkannya tapi dengan taruhan yang besar.
Saya kagum Key menyulam kisah kehidupan ini dengan elemen fantasi. Dalam ni anda akan jumpa Sora, Mira dan Kael.
Saya membacanya sekali duduk sambil menangis dan ketawa. Itulah apa yang saya rasa ketika membaca naskhah ini.
Apa yang Alya tahu ketika ini ialah dia sangat-sangat memerlukan harapan. Harapan untuk dirinya agar terus bertahan menjadi tiang tempat suami dan anak-anaknya terus berpaut meskipun dirinya terpaksa mengorbankan apa yang dia suka.
Sejak suaminya, Sabri, disahkan menghidap kanser, hidup Alya tidak seperti dahulu lagi. Alya terpaksa menguruskan segala-galanya baik daripada urusan keluarga dan pekerjaan, di samping mencari wang bagi membiayai kos rawatan suaminya yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Satu hari, ketika Alya jadi hilang punca dalam mencari arah dan penyelesaian terhadap semua permasalahan si dalam hidupnya, Alya merayau-rayau tanpa hala tuju. Alya merayau-rayau membawa diri tanpa menyedari apa di sekelilingnya, sehingga tiba-tiba dia berada di sebuah padang yang luas menghijau. Di tengah-tengah padang itu terlihat pula sebuah bangunan dua tingkat. Di hadapan bangunan tersebut, terpapar nama, “Kedai Tukar Apa Saja”.
Di “Kedai Tukar Apa Saja” ini, Alya yang terdesak telah menjual sesuatu yang sangat berharga bagi dirinya demi menyelamatkan suami yang tercinta. Setelah pulang ke dunia nyata dan keadaan kembali tenang dalam hidup Alya, Alya akhirnya telah menerima tawaran kerja yang sangat diimpikannya. Namun, kegembiraan bertukar duka kerana tawaran yang diterimanya itu, memerlukan ‘sesuatu’ yang telah Alya jual kepada “Kedai Tukar Apa Saja”.
Alya kini dalam dilema. Perlukah dia mengorbankan hidupnya sekali lagi? Atau melupakan sahaja tawaran yang diterima? Sekiranya Alya ingin menerima, bagaimana dia harus mendapatkan kembali apa yang telah dijual demi melunaskan cita-citanya? Permasalahan lebih besar lagi, bagaimana dia harus mencari “Kedai Tukar Apa Saja” itu, dan di mana?
Sebagai seorang isteri dan ibu, yang pernah melupakan hasrat dan cita-cita terdahulu, saya faham perasaan Alya. Di saat saya berada di kemuncak kerjaya, waktu kerja saya dan suami yang berkecamuk, kehidupan berkeluarga kami huru-hara. Saya tahu saya perlu beralah. Anak-anak lebih memerlukan kami. Jadi, apa yang dirasakan Alya itu benar.
Saya sukakan bahagian kembara fantasi Alya - sangat comel. Dalam kepala saya, terbayang animasi-animasi Ghibli yang pernah saya tonton, penuh warna-warni, dan pengembaraan. Orang-orang yang ditemui Alya sepanjang pengembaraan ini juga sangat pelik dan pelbagai ragam persis animasi dari Jepun itu.
Bahagian-bahagian akhir adalah bahagian yang meruntun jiwa saya kerana saya rasa apa yang Alya rasa. Setelah menjadi surirumah, suami ialah kawan baik saya, teman hidup saya, dunia saya. Saya tidak tahu bagaimana hidup tanpa dia, maka jika saya di tempat Alya, sudah pasti saya akan lakukan hal yang sama. Berkorban untuk dia, kerana dia juga berkorban untuk saya.
Namun, yang paling saya suka dalam cerita ini ialah laras bahasanya. Indah. Berkosa kata tinggi, sehingga saya menyalin perkataan-perkataan baru yang tidak pernah saya jumpa sebelum ini. Dari penyusunan ayat, pilihan perkataan dan garapan cerita, saya terbuai dengannya. Saya sangat suka penulisan bahasa Melayu yang seperti ini.
Melalui cerita ini juga, kita dapat tahu serba-sedikit, di balik tabir kehidupan seorang penulis yang mungkin pembaca hanya nampak sisi glamornya sahaja. Namun, ada jerih-perih, cabaran dan kadangkala hati yang terluka perlu dirawat sendiri. Mungkin ramai yang sudah tahu, cerita ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah sebenar penulis sendiri.
Ini sebuah cerita yang menceritakan tentang harapan. Yang mengingatkan pembaca bahawa di setiap apa yang berlaku itu, kita jangan pernah putus berharap. Di setiap perkara yang berlaku itu, pasti ada kebaikan dan sinar di sebaliknya, walaupun harus menempuh jalan berliku. Mungkin ada yang beranggapan jalan ceritanya sama seperti mana-mana cerita fantasi seumpamanya, namun bagi saya, bukankah penting sentiasa ada cerita yang mengingatkan kita tentang hal-hal kehidupan?
Jika anda gemar kisah kehidupan dan fantasi, atau gabungan kedua-duanya sekali, mungkin ini untuk anda. Paling penting, teruskan berjuang walau berat bagaimana sekalipun kehidupan yang kita lalui. Tawakkal dan letakkan pengharapan yang paling tinggi pada Yang Maha Berkuasa.
"Jiwa yang bergelora tak akan dapat menghasilkan karya" - Alya
I didn't expect a fantasy novel like this to leave such an impact on me. Membaca buku ini mengingatkan saya yang 'you don't have to have a plot twist' yang gempak atau storyline berselirat utk menghasilkan sebuah buku fantasi yang baik.
Bila bahasanya sedap dan olahannya menjadi, cerita itu akan mengalir dengan sendiri. At least, itulah yang saya rasa sepanjang membaca buku ini. Sampai saya tak stop baca hampir 4 jam straight.
Dan ya, berair jugalah mata bila tekaan saya pasal Rumi tu betul.
Alya, seorang penulis yang dah lama berhenti menulis atas faktor tertentu. Ada satu kejadian buatkan dia terlalu kecewa sehingga hilang semangat untuk berkarya. Kemudian dia diuji pula apabila suaminya disahkan menghidap kanser tahap 4.
Rutin hariannya berubah. Dialah ayah, dialah ibu. Hari-hari berulang alik uruskan suami di hospital dan anak-anak. Sampailah satu hari dia terdesak memerlukan RM200,000 untuk rawatan suaminya. Out of nowhere muncul Pakcik Lemari yang menawarkan wang tersebut, tapi dengan satu syarat - Alya perlu menjual sesuatu. Dan di sinilah semuanya bermula.
Untuk dapatkan semula apa yang telah dijual, Alya perlu kembali ke kedai Pak Lemari. Tapi semuanya tidak semudah yang disangka sebab dia kena usaha sendiri. Adventure dalam dunia Aksaraya pula, menemukan Alya dengan Rumi, Sora, Kael dan Mira.
Di sinilah kita dapat lihat betapa cantiknya cerita ini dibina. Penulis tak perlu menerangkan world building secara terlalu terperinci pun, tapi kita masih mampu membayangkan dunia tu dengan jelas. Saya juga suka bagaimana kesukaran yang dihadapi Alya dalam dunia sebenar seolah-olah mempunyai refleksi dalam Aksaraya. Setiap cabaran yang dia hadapi di sana terasa seperti peringatan untuk apa yang perlu dia hadapi dalam kehidupan sebenar.
Dan sepanjang pengembaraan itu, Rumi banyak membantu Alya menghadapi pelbagai cabaran. Mungkin sebab itu juga saya cepat attached dengan watak dia.
Satu lagi perkara yang paling membuatkan saya terkesan ialah bagaimana novel ini turut menyelitkan perspektif seorang penulis.
Melalui suara hati Alya, kita dapat melihat bagaimana komen-komen pembaca seperti "cerita ni klise" atau "tak ada perkembangan watak" boleh memberi kesan kepada seseorang yang mencurahkan hati dan jiwanya ke dalam sebuah karya. Alya bukan marah, tapi lebih kepada rasa yang perlahan-lahan melunturkan semangat dia untuk terus menulis
Selain itu, ada banyak quote dan isu menarik tentang dunia penulisan yang membuatkan saya pause sekejap sebelum sambung membaca.
Mungkin itulah sebabnya buku ini terasa begitu dekat dengan hati saya. Cerita dia bukan sekadar cerita pengembaraan ke dunia fantasi, tapi juga tentang harapan, kehilangan, pengorbanan dan kasih sayang.
The beauty of this story, bagi saya terletak pada penghujung ceritanya. Walaupun ada beberapa perkara yang saya berjaya teka lebih awal, ia langsung tak kurangkan kesan emosi pada ending cerita ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini adalah novel pertama karya penulis yang saya baca. Mungkin kerana tertarik dengan tajuk dan sinopsis. Ditambah pula, saya dimaklumkan novel ini diinspirasikan daripada kisah hidup penulis sendiri.
Membaca buku ini mengingatkan saya kepada beberapa cerita yang klise tentang pengembaraan yang memberikan pengajaran, menaikkan semangat dan memberikan motivasi untuk bangkit kembali setiap kali watak utamanya iaitu Alya berada di 'checkpoint' tertentu dalam pengembaraannya. Saya juga dapat rasakan luahan perasaan penulis dalam tulisannya di beberapa tempat seperti coretan di muka surat terakhir nota bakat. Rasa seperti membaca luahan hati penulis.
Dari sudut pandang seorang pembaca yang cuba memahami penulisnya, saya dapati perkembangan ceritanya agak seronok dibaca. Saya dapat rasakan Alya yang kehilangan bakat menulisnya sedikit demi sedikit berjaya mendapatkan semula bakat tersebut ketika mengembara.
Persinggahan pertama di mana dia bertemu Sora mengembalikan rasa seronok Alya untuk menulis, persinggahan kedua bertemu Kael mengingatkan Alya bahawa tulisan yang baik mampu memberi impak pada kehidupan pembaca manakala persinggahan ketiga paling signifikan di mana setiap ujian menetapkan semula niat atau tujuan Alya menjadi penulis dan penulis bagaimanakah Alya ingin jadi... Serta bagaimana sesebuah tulisan itu tidak pernah gagal selagi penulisnya terus menulis...
Saya beri tiga bintang atas sebab plotnya klise. Daripada awal saya sudah tahu siapa Rumi yang sebenarnya dan penggunaan wanita penjual kuih untuk memberikan panduan kepada Alya tentang cara ke kedai tukar apa sahaja adalah tidak kreatif dan saya tertanya - tanya jika ada plot twist tentang kemunculannya namun tiada. Meskipun begitu, penulis juga ada memberitahu memang dia adalah penulis yang memilih kisah yg cliche namun bagi saya ianya mengurangkan keterujaan saya untuk membaca.
Kesimpulannya, pembaca fiksyen fantasi dan imaginasi akan seronok membaca novel ini dan menikmati garapan/ olahan penulis tentang dunia Aksaraya. Meskipun saya kurang seronok dalam aspek tersebut, saya menikmati buku ini dari segi menghayati dan mendalami kesusahan serta 'struggle' yang dialami oleh seorang penulis dalam kariernya.
Benarlah, perempuan itu kalau sudah sayang, segalanya sanggup dikorbankan. Seperti Alya, seorang isteri yang sanggup mengorbankan bakat beliau sebagai tukaran pada kesihatan suaminya yang tercinta. Sebelum beli, jujur saya tak tahu langsung novel ini fantasi 😁 saya beli sebab rachun kawan-kawan dalam group SUM dan juga tanda sokongan pada Puan @teymarzuki .
Rupanya, ingatkan cuma kisah sebuah pengorbanan seorang isteri tetapi disertai juga dengan pengembaraan dalam dunia yang penuh magis. Pelbagai dugaan dan rintangan perlu Alya lalui untuk harga sebuah pengorbanan.
Mana mungkin kita sebagai seorang isteri dan ibu yang tak teringat kan suami dan anak-anak ke mana jua kita pergi. Sedih. Walaupun saya diuji kehilangan ibu, tetapi saya tak dapat bayangkan kalau diuji dengan kehilangan pasangan dan anak. Kita diuji sesuai dengan kemampuan kita. MashaAllah.
Saya kagum dengan semangat juang Alya. Tapi ada satu part dalam novel yang saya rasa agak lucu. Kalau saya lah kan, tengok jari pun dah tahu tu suami kita. Bayang belakang pun boleh tahu itu suami. Hihihi tapi dalam dunia yang Alya mengembara ni, mungkin lain ceritanya kan 🙈 alamak takut lah bagi spoiler. Ok saya enjoy juga baca. Cringe sikit jelah panggilan 'abang,sayang' hahahaha ok bye 😘🥰
congratulations puan penulis. Semoga lebih berjaya di masa akan datang nanti saya akan beli novel yang lain pula ye 🥰
P/s: gambar berlatar belakangkan Tasik Meromiktik , Taman Negara Pulau Pinang. Tasik yang airnya ada masin dan tawar, tetapi tidak bercampur di lapisan atas bawah. Tasik ini satu di Malaysia dan hanya ada 19 di dunia.