Jump to ratings and reviews
Rate this book

Catatan Hidup Seorang Perempuan Yang Hampir Berputus Asa

Rate this book

Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (58%)
4 stars
4 (33%)
3 stars
1 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Shine Imani.
32 reviews1 follower
September 21, 2026
Tahniah Arlina & tim Iman Publications untuk penghasilan buku yang baik ini. Dapat bookmark percuma — sangat menarik & inovasi yang kreatif!

Dalam kehidupan ini, ada tikanya kita akan berdepan dengan insecurities & rasa ketinggalan dalam banyak hal.

Penulis mengajak kita untuk berdamai dengan setiap rasa itu & terus melangkah dalam kemampuan kita - walau mungkin sejengkal jaraknya setiap hari.

Buat semua yang bergelut dengan cabaran hidup, you are not alone. Walau apa jua yang sedang dihadapi, anda amat bermakna & bernilai.

Teruskan melangkah. Percayalah sedikit lagi — kita akan tiba di daerah yang hangat, damai, penuh nikmat & bahagia.

Sedikit cuplikan penulisan dalam buku ini :

"Tiada satu pun yang diciptakan sia-sia."

"Saya tidak perlu menjadi sama untuk tetap menjadi sebahagian daripada mereka. Saya boleh menjadi berbeza, dan masih diterima. Saya juga belajar menerima setiap kegagalan & keterbatasan sebagai seorang manusia."

"Apabila kita belajar merendahkan diri, merendahkan hati, dan tidak malu untuk bermula dari bawah, kehidupan mula terasa seperti suatu perjalanan mengumpul pengalaman."

"Hidup ini seperti telur; sangat rapuh. Ia boleh retak pada bila-bila masa, dan kita boleh pergi begitu sahaja. Jadi, jangan terlalu mengambil serius tentang segala-galanya."

"Anda tidak perlu sentiasa baik-baik sahaja. Anda tidak perlu sentiasa melangkah ke hadapan. Ada masanya, anda boleh menoleh ke belakang.

Ya, memang betul, cermin kereta hadapan lebih besar berbanding cermin sisi dan cermin di tengah itu.

Tetapi apabila mahu mengundurkan kereta, kita tetap perlu menggunakan cermin lain. Tidak kira seluas mana pandangan ke hadapan, ada masa kita perlu melihat ke belakang; terutamanya jika masa lalu masih belum selesai."
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzu.
28 reviews2 followers
August 3, 2026
Penulis menulis tentang pengalaman dirinya yang menghadapi ujian sakit di mana salur darah otaknya pecah secara tiba-tiba tanpa amaran( aneurisme). Bagaimana penulis perlu meneruskan kehidupan baru selepas pembedahan dengan kekurangan diri terutama apabila beliau tidak boleh memandu dan exercise sedangkan dua hal ini perkara rutin beliau. Hal ini menyebabkan penulis merasakan kehilangan diri.

Walaupun ujiannya berbeza dengan saya, namun saya juga kehilangan sesuatu. Perkara itu sangat menyakitkan. Ia menyebabkan saya tertarik untuk baca buku penulis. Kalau anda rasa kehilangan sesuatu dan bagaimana perlu berdamai dengan takdir. Cubalah baca buku ini.
Profile Image for Faqihah.
44 reviews
June 9, 2026
Penulisan yang ringkas dan bersahaja. Buku ni senang dibaca. Tetapi, ada kalanya gaya penulisan yang diangkat terus (direct translation) daripada Bahasa Inggeris terlalu ketara sehingga saya rasa agak kekok ketika membaca. Apa-apa pun, percubaan debut yang baik.
Profile Image for Nurul Diyanah.
15 reviews
September 21, 2026
Buku yang menarik. Penceritaan sangat ringkas dan bersahaja. Anyone could finish this book in one sitting and learn a lot from it.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews