Jump to ratings and reviews

Hayat

Di mata orang, Hayat Zidni itu seorang lelaki yang mudah didekati... selamba... bersahaja dan adakalanya celopar. Jarang serius dalam setiap perkara.

Itu watak, bagaimana dia mahu dikenali.
Itulah juga watak yang dia bina dengan teliti.

Namun kehadiran Addie memecahkan keseimbangan itu. Garis yang selama ini jelas mula kelihatan kabur. Cinta menuntut kejujuran, sedangkan Hayat terus menyembunyikan kebenaran. Cinta bukan lagi sekadar perasaan. Ia mula menjadi ancaman.
Semakin dia cuba mempertahankan dua dunia yang berbeza, semakin jelas rahsia itu mampu memusnahkan mereka. Semakin dia sedar setiap rahsia ada harganya.

Addie ~ “Jadi… semua ni satu pembohongan?”
Hayat ~ “Yang palsu cuma identiti aku. Tapi perasaan aku, itu satu-satunya perkara yang benar sejak awal lagi.”

Ini sebuah kisah tentang rahsia, kepercayaan, dan harga sebenar sebuah kebenaran. Dalam dunia yang penuh pancaroba, Hayat harus buat pilihan.


Caption : Dalam riuhnya, ada sesuatu yang tak pernah diceritakan

581 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Dhiya Zafira

24 books197 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (45%)
4 stars
6 (30%)
3 stars
4 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
July 26, 2026
An action-packed story with a touch of romance, following Hayat and Addie, adik Luqman.

Diaorang berjumpa dalam flight and from that moment, Hayat couldn't help but notice Addie. Masa ni Addie belum tunang lagi.

Bila Addie's engagement ceremony, Hayat felt something was off about her fiance after seeing how he made her cry before.

Irsyad is portrayed as an overly possessive man... jealous, hot-tempered and convinced that being Addie's fiance gave him complete control over her. Yup.. his attitude was a huge red flag.

One incident changed everything and led to their engagement being called off. Happy la Hayat sebab dia suka kat Addie.. dia nak Addie. Hayat informed Luqman before express his feelings kat Addie.

The real conflict starts bila diaorang kahwin when Addie discovers a secret Hayat has been hiding. From there, the story gets even more intense with plenty of suspenseful action scenes that kept me turning the pages.

Hayat ni memang mulut celupar, kaki menyakat and always ready with a joke. I'm not sure if that's really his personality or he uses jokes and sarcasm as a shield to protect himself.

Yes, the pacing is slightly slow but it never made me lose interest. Best jugak layan kisah Hayat and Addie. Hayat ni adik Keif dan Eddie.

Overall, it was an enjoyable read with a nice balance of action and romance.

F also appreciate how the author buat flashback scenes throughout the story. It helped connect the dots without making the transitions feel confusing. So, bila masuk chapter baru, F tak rasa lost atau tertanya² apa yang sebenarnya berlaku. Everything flowed quite smoothly
Profile Image for Nik Natia_KC.
109 reviews5 followers
May 16, 2026
Hayat 💚💚💚
Selagi hayat dikandung badan Hayat sentiasa ada untuk Addie
Hayat yg happy go lucky, yg celupar, yg slumber wahh rupanya sesuatu!!!
Banyak comeo yg ada dalam novel ni
Karya kak Dhiya memang tak pernah mengecewakan
Profile Image for Cik.
227 reviews5 followers
August 5, 2026
Sama seperti tajuknya "HAYAT" memang betul2 fokus kat Hayat.Sampai watak Addie pun tenggelam (nasib baik i beli sc je hehe)
Profile Image for Azizah.
423 reviews6 followers
May 21, 2026
Hayat

Dhiya Zafira
PorengKertas Publication
M/S 581
18/5/2026 (1750H) - 20/5/2026 (2035H)

ML: Hayat Zidni
FL: Adriana Sofeena

Dalam riuhnya, ada sesuatu yang tak pernah diceritakan.

Frasa di atas dah menggambarkan sepenuhnya plot cerita HAYAT. Karektor Hayat yang ceria, mulut celopar dan manja dengan gelaran anak mak sebenarnya hanyalah helah untuk menutup identiti masa lalu dia.

Kali ni KakChik bagaikan terkaku aksara kerana kerahsiaan Hayat akan terbongkar kalau tergelincir spill sedikit sahaja, habis jadi spoiler la pulak.

Yang pasti hasil tangan DZ tak pernah mengecewakan KakChik. Plot lancar, bahasa ringkas (ayat pendek-pendek saja), tatabahasa pun hampir sempurna dan typo pun minimal (rasa kalau tak silap KakChik jumpa 2-3 sahaja).

Cumaaaanya, KakChik terganggu bila penulis menggunakan bahasa asing dalam pertuturan walaupun ada penterjemahan pada naratif seterusnya tapi ada juga yang tiada. Ye, zaman sekarang boleh sahaja kalau kita nak klik-klik check maksudnya. Cuma KakChik tak rajin, jadi ia sedikit mengganggu kelancaran pembacaan.

Yang lain, hampir semua watak dari siri komando cameo dalam karya ni. Tiba-tiba rindu Haq, rasa macam kena ulang baca la. Dan rupanya 2 siri komando Luqman & Ed, KakChik tak ada update review/dah baca. Nanti rajin KakChik ketuk keypad na.

Tahniah DZ untuk adik bongsu Kief & Ed ni. Review jujur 4.75 🌟 sebab isu yang KakChik ketengahkan di atas.

Harap HAYAT bukanlah karya terakhir DZ untuk action-thriller-romance.

Dannn KakChik tunggu karya di bawah, sekali lagi perlu ke ulang baca naskhah asal sebelum revamp ni keluar?

Rindu Belum Berhenti
Zack & Dinie

Dah tu bila TBR nak surut??? 😆

kcbaca_2026: 18/30
1 review
May 17, 2026
Mengenali Hayat,agak skeptikal untuk membaca novel ini. Adakah novel ini cerita cinta semata-mata tapi mengenali DZ kena yakin mesti ada aksi. Ya,Hayat bukanlah seorang hanya tahu menggunakan mak sebagai alasan tetapi lebih dari itu. Kudos untuk Addie kerana menjadi seorang wanita yang badass. Kemunculan tim komando dan Haq sebagai cameo memang memberi kesan dan saling berkait di antar satu sama lain. DZ still my number one author. Last but not least : anda tidak akan menyesal membaca novel ini.
45 reviews1 follower
June 18, 2026
4.5⭐️

fhewww, akhirnya dapat juga bertemu Hayat Zidni. Bagi aku, HAYAT ni mcm reunion pulak utk semua siri komando kak DZ termasuk si Kief dan Haq.
Baca Hayat ni mcm masuk kapsul masa, sebab Hayat ni ada dalam timeline Kief, CIA, CSE, Haq. kalau x baca buku2 ni semua mmg susah sikit nk merungkai kemisterian insan bernama Hayat ni.

pd page 454 baru penulis reveal siapa Hayat dan apa yg Hayat lalui di dalam kehidupan dia yg menjadikan Hayat bukan sekadar seorang jurugambar biasa. pertemuan Hayat & Addie menjadikan HAYAT sedikit berwarna selain Hitam yg byk menyelubungi kehidupan Hayat sebelum ni.

4.5⭐️ utk penulis, spttnya 5, tapi aku still rasa Kak DZ mcm xdpt nk allout utk HAYAT ni. mgkin tempoh 10thn utk siapkan HAYAT menjadi 1 tekanan buat beliau. byk kena refer buku2 lain utk lengkapkan puzzle HAYAT ni. btw congrats kak DZ sbb tidak mengecewakan.

oh ya, aku selalu suka baca penulisan kak DZ kerana penggunaan bahasa Kak DZ mudah fhm, lancar dan most buku kak DZ x draggy. adik2 penulis yg lain, blh contohi kak DZ.
Profile Image for Nad.
474 reviews1 follower
June 22, 2026
(Read in one day)

3.9
Memang ikut tajuk novel, cerita ni mostly pasal ML saja.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews