Jump to ratings and reviews
Rate this book

Geopolitik Dunia Islam: Peta, Konflik dan Kuasa Umat

Rate this book
Selama ini, kita diajar bahawa jatuh bangun dunia Islam hanya soal moral dan konspirasi. Premis sebegini memerangkap kita dalam polemik fikrah yang tiada kesudahan.

Lupakan naratif lama. Buku ini merungkai realiti yang lebih kejam: Dunia Islam tidak digerakkan oleh idealisme, tetapi oleh geopolitik—pertembungan abadi antara geografi, kelangsungan hidup, dan unjuran kuasa.

Kita tidak dijajah hanya kerana kemerosotan spiritual, tetapi kerana kedudukan strategik di persimpangan benua dan chokepoints maritim dipintas oleh kuasa asing.

Melalui logik dingin geopolitik, naskhah ini membedah dinamika sebenar yang mencorak takdir umat:

• Dilema Keselamatan: Mengapa negara Islam sering terperangkap dalam kemelut proksi dan perlumbaan senjata sesama sendiri?
• Garis Sempadan & Identiti: Bagaimana kebanyakan konflik hari ini bukanlah perang suci, tetapi warisan perangkap sempadan penjajah.
• Retorik vs. Realiti: Membezakan antara ilusi wira pelindung ummah dengan percaturan pragmatik demi kepentingan nasional.

Ini bukan nota sejarah yang bernostalgia. Ini adalah manual strategi untuk membaca dunia sebenar, dan memahami syarat mutlak untuk dunia Islam bangkit semula sebagai blok kuasa dunia.

432 pages

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ayman Rashdan Wong

13 books187 followers
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (73%)
4 stars
4 (26%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
70 reviews1 follower
June 12, 2026
Tak pernah saya rasa sekenyang ini baca buku tentang geopolitik, terutama tentang dunia Islam.

Sekarang saya sudah faham kenapa dunia Islam sering bertelagah. Dan kenapa mereka tidak pernah aman.
Bukan kerana kita lemah. Tapi kita kena terima satu hakikat bahawa:

Geografi adalah takdir.
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
308 reviews49 followers
August 10, 2026
Buku Geopolitik Dunia Islam karangan Tuan Ayman Rashdan Wong merupakan antara penulisannya yang terpanjang, tetapi tidak kurang komprehensifnya.

Boleh dikatakan beliau sudah ber-“graduasi” daripada siri “Dunia Tanpa Tembok” yang memuatkan esei-eseinya daripada Facebook, kepada penulisan penuh yang memuatkan ideanya yang tersendiri seperti dalam “Adikuasa”.

Buku Geopolitik Umat Islam pula lebih meluas rangkumannya, yakni berkaitan dengan nasib umat Islam yang sudah berpecah kepada beberapa puluh negara dan komuniti.

Doktrin yang dipegang penulis, saya kira sudah jelas buat semua: geografi adalah takdir. Takrif “geographical determinism” sederhana yang dihuraikan penulis saya gambarkan sebagai: kepentingan kedudukan geografi yang memberikan keluasan kekuasaan, kedudukan entiti-entiti politik berbeza, dengan sumber alamiahnya yang tersendiri menjadi faktor utama penentu dalam pembentukan polisi dan tindak tanduk (atau geopolitik) sesebuah negara.

Beliau juga menolak retorik emosi dan konspirasi dalam menganalisa berbelas negara yang dimuatkan dalam buku ini. Analisis beliau, seperti yang diketahui ramai, bersifat intuitif, enak dibaca dan mudah dicerna oleh orang-orang awam seperti saya.

Saya pernah muatkan sebuah “meme” yang menonjolkan betapa kagetnya saya apabila seluruhsejarah kegemilangan umat Islam daripada kewafatan Nabi Muhammad sehingga jatuhnya Khilafah Uthmaniyya- hanya sekitar sepertiga daripada buku ini!

Ini tentunya menimbulkan keinsafan dalam kalangan pembaca betapa umat ini begitu berpecah belah dan dimainkan oleh pihak penjajah.

Namun, di sini dan di sana dalam tempoh pensejarahan gelap pasca-Uthmaniyyah, akan ada kemunculan semula yang dipelopori oleh figura-figura unggul seperti Imam Shamil al-Dagestani, Gamal Abdul Nasser dan pejuang-pejuang kemerdekaan di negara kita yang tampaknya hampir menggerakkan kembali roda usang umat ini.

Jika diperluaskan lagi, bukankah sejarah itu dipacu oleh Manusia Agung seperti Nabi Muhammad sendiri, dan yang lain seperti Cyrus, Socrates, Pericles, Leonidas, Iskandar, Augustus, Aurelian, Diocletian, Salahuddin al-Ayyubi, Baybars, Otto I, Frederick Agung, William I, Napoleon, Bismarck, Churchill dan lainnya?

Ia buat saya terfikir bahawa walaupun sesebuah entiti politik mempunyai kad-kad geopolitik yang terhebat, dapatkah ia dicetuskan tanpa Manusia Agung?

Penulis tidaklah menidakkan peranan figura-figura ini. Saya sekadar memikirkan bahawa jika sejarah itu merupakan catatan dan analisis peristiwa-peristiwa besar, adakah “penghujung sejarah” itu ialah apabila berlaku kesirnaan Manusia-Manusia Agung ini, dan seterusnya tamatlah peristiwa-peristiwa besar yang sebelum ini digerakkan mereka. I

Stalin pernah mengatakan, kematian pada skala besar akan menjadi sekadar statistik. Kita juga boleh tambah, peristiwa yang acap berlaku tetapi tiada kesimpulan juga sebagai alah bisa, tegal biasa. Dengan globalisasi dan keterhubungan yang semakin erat, roda sejarah yang sebelum ini berani digugah Manusia Agung menjadi semakin sukar untuk digerakkan kembali.

Lihat sahaja keadaan politik negara kita. Adakah anda fikir dalam 50 tahun lagi adakah mereka masih diingati? Atau adakah mereka akan dilupakan seperti lupanya sejarah kepada para penikam Caesar selain daripada Brutus?

Penghujung sejarah mungkin adalah seperti apa yang Nabi sebutkan sebagai “buih-buih di lautan”. Buih-buih itu pasti ada, tetapi setiap satu daripadanya tiadalah guna ataupun difahami melainkan dengan buih lain yang sama sirna jika dengan sendirinya.

“Historical voluntarism” oleh Manusia-Manusia Agung ini menggunapakai segala perincian yang ditakdirkan oleh geografi mereka. Malahan, dalam kalangan komuniti “terbantut” atau “arrested societies” seperti Sparta yang mengalami kekangan politik masih melahirkan Manusia-Manusia Agung seperti Leonidas.

Tetapi pada hari ini berlakunya paradoks di mana (selain daripada titik-titik konflik) dunia secara relatifnya lebih selesa dan terhubung, tetapi tidak lagi melahirkan Manusia-Manusia Agung.

Kebanyakan daripada kita tidak lagi mendaki roda “Pengembaraan Sang Hero” yang dihuraikan oleh Joseph Campbell. Untuk menggantikan diri kira daripada terlibat dengan sebarang pengembaraan sebenar, wujud filem-filem semberono, hobi-hobi yang merugikan, kebergantungan penuh dengan media sosial dan sebagainya. Kesemua ini merupakan anestetik zaman ini.

Secara kesimpulannya, buku ini tentunya akan membuatkan anda berfikir tentang nasib kita. Dan ia membuatkan saya terfikir tentang “historical voluntarism” yang semakin terhakis dan “penghujung sejarah” yang menghampiri, apabila kesemua manusia menjadi buih tidak bernama di lautan.

Mungkin kita tidak akan dikalahkan musuh melalui peperangan besar yang maha dahsyat, tetapi mungkin melalui cara ini: dengan menghapuskan pergerakan besar jiwa manusia, mungkin umat Islam sendiri yang akan menyerahkan kunci bandar suci kepada mereka.
Profile Image for Nuruddin Azri.
441 reviews181 followers
September 23, 2026
Buku ini menawarkan pengalaman pembacaan yang mempesonakan dan “membuka mata” kerana ia menyorot secara meluas dan mendalam mengenai struktur geopolitik yang mempengaruhi dunia Islam, bagaimana faktor bermewah-mewahan (cth: zaman Muhammad Ali Pasha), perpecahan dalaman (ideologi, mazhab, kaum, parti dll.) dan kegagalan mengumpulkan kekuatan ekonomi, pentadbiran dan teknologi menyebabkan majoriti negara Islam berada dalam keadaan terpuruk.

Penulis memulakan perbahasannya dengan membangkitkan persoalan menarik: Bagaimanakah enam selat utama (Melaka, Sunda, Hormuz, Bab al-Mandab, Suez dan Bosporus) yang menjadi laluan perdagangan dunia dan terletak betul-betul di antara negara yang majoriti Islam, tidak mampu membuatkan Islam menguasai ekonomi dunia?

Secara kasarnya, penulis membahagikan buku ini kepada tiga bab besar. Bab pertama berkisar mengenai sejarah geopolitik Islam dari zaman nubuwwah, saat perpecahan, serangan Mongol, kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah sehinggalah kepada imperialisme, dasar pecah dan perintah dan perjanjian-perjanjian (Sykes-Picot, Camp David, Oslo, Abraham dll.) yang menyebabkan peta negara Islam dikerat-kerat sehingga menjadi negara bangsa.

Bab kedua mengupas mengenai kuasa-kuasa besar dunia Islam seperti Arab Saudi, Iran, Turki, Mesir, Qatar, Pakistan dan India. Apakah kaitannya dengan Amerika Syarikat, Israel, China dan Russia? Apakah kepentingan mereka di Timur Tengah? Amerika Syarikat antaranya dengan tujuan Petrodolar (mengawal harga minyak dunia melalui mata wang dolar), Israel dengan jaringan Pakatan Hexagon, China dengan dasar tidak campur tangan dan kestabilan (lalu akhirnya membuatkan dunia Islam bergantung kepada ekonomi mereka) manakala Russia dengan mengeskploitasi perpecahan melalui dasar pecah dan perintah.

Bab terakhir pula menyentuh mengenai krisis yang melanda dunia Islam seperti di Palestin, Syria, Iraq, Yaman, Libya, Sudan, Balkan, Afghanistan dan Kashmir. Dalam usaha membebaskan Palestin, penulis mencadangkan supaya rakyat Palestin perlu melahirkan barisan kepimpinan baharu yang menyatukan Gaza dan Tebing Barat manakala dunia Islam harus menggunakan blok ekonomi dan platform alternatif (seperti BRICS dan pengaruh Global Selatan) demi memencilkan negara haram secara sistematik melalui diplomasi dan kebergantungan komiditi. “War of attrition” yang panjang sama ada secara fizikal, diplomatik, ekonomi mahupun demografi ini akan sedikit sebanyak melumpuhkan perbendaharaan rejim Zionis dan sekutu Barat mereka.

Menurut penulis, kelemahan kesatuan pada negara-negara Arab seperti OIC dan Liga Arab adalah pada banyaknya negara yang menganggotai, tetapi segelintir sahaja yang betul-betul mempunyai kekuatan dalaman dan kesatuan, lalu yang tinggal hanyalah laungan retorik semata-mata.

Kekuatan negara Islam yang menganggotai ASEAN pula terletak pada Dasar Tidak Campur Tangan dalam urusan dalam negara (Non-Interference) selain menyantuni permasalahan geopolitik melalui strategi “hedging” (mengimbangi kuasa, melindungi nilai, memaksimumkan keuntungan, mengurangkan risiko) dan “compartmentalisation” (mengasingkan kepentingan, memaksimumkan kerjasama).

Dalam menangani permasalahan geopolitik dunia Islam pada hari ini, penulis menyarankan tiga strategi: i) “Compartmentalisation” (mengasingkan pertikaian tanpa menggadaikan prinsip), ii) Kedaulatan Geoekonomi dan Rantaian Bekalan (perlu mandiri dari sudut ekonomi, teknologi, mata wang, makanan domestik dll.) dan iii) Penguasaan Selat (perlu majukan Selat dengan teknologi pertahanan, perkapalan serta menggunakannya sebagai aset diplomasi tawar-menawar/“bargaining chip”).

Akhir sekali, buku ini dapat memahamkan pembaca mengenai bagaimana sesebuah negara itu bangkit dan jatuh, apakah kepentingan politik, ekonomi dan agama yang menjadi tarik tali dan timbang tara dalam neraca geopolitik, kepentingan diplomasi selain peri penting berfikir secara lebih kritikal terhadap selok-belok geopolitik dunia, bukannya memadai dengan fikiran selapis dan binari semata-mata.

Peta yang dikepilkan pada setiap bab dalam buku ini turut membantu pembaca untuk memahami bagaimana bidak catur geopolitik itu disusun dan antara bahan rujukan menarik yang dibuat oleh penulis dalam karyanya ini adalah seperti hasil karangan Eugene Rogan, David Fromkin, John Mearsheimer, Marshall Hodgson, Hugh Kennedy, Daniel Yergin, Nur Masalha dan Halil Inalchik.
Profile Image for Zura.
54 reviews2 followers
July 21, 2026
Sejarah dan geografi sememang dua subjek yang saya gemari. Manakala subjek ekonomi dan politik pula memualkan dan memeningkan kepala. Tetapi apabila digabungkan kesemuanya di dalam sebuah buku dan ditulis dengan sangat santai, saya seperti sedang mendengar bebelan tuan Ayman disetiap bait buku ini.

Seronok, geram, sakit hati, putus harap dan sangat membuka mata. Menambah sedikit rencah di dalam kolam pengetahuan saya sendiri. Alhamdulillah di izinkan bertemu dengan bahan bacaan sebegini.
Profile Image for Mahadi Mahmud.
3 reviews
October 9, 2026
This book leaves behind dogmatic or emotional impulses when you are presented with an event on any ‘hot spots’ in the world. Proof that many of us may underestimate how geography dictates much of history.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews