Jump to ratings and reviews

Duka Rumah Belanda

Pada Oktober 1702, seorang bouwmeester dari Amsterdam dipanggil ke Kota Melaka. Willem van Dyck ditugaskan mengubah suai sebuah biara Portugis lama untuk dijadikan bangunan arkib pentadbiran Belanda.

Dibantu Pak Mat, tukang rumah tempatan, serta para buruh yang disediakan, Willem memulakan kerja-kerja pemulihan. Namun sejak hari pertama, gangguan demi gangguan menghambat usaha mereka.

“Kenapa tingkap di tingkat atas itu dipalang dengan kayu?” tanya Willem sambil memerhati dua tingkap yang terletak simetri di sayap kanan bangunan.

“Sebab ada benda yang lebih baik dibiarkan di dalam, tuan.”

Penampakan dua orang rahib yang sering muncul di sekitar biara menimbulkan ketakutan dalam kalangan buruh. Bagi Willem, semua itu hanyalah kebodohan orang tempatan-sehingga dia menemukan sebuah ruang rahsia yang tersembunyi di balik dinding batu kapur berusia puluhan tahun.

Tindakan itu membuka sesuatu yang sepatutnya tidak disentuh.

Dengan bantuan seorang gadis Portugis bernama Maria, mereka cuba merungkai sejarah gelap yang terpendam di sebalik dinding biara. Namun apabila batas antara dunia yang terlihat dan yang tidak kasat mata mula runtuh, persoalan sebenar muncul: mampukah akal dan keberanian manusia menentang sesuatu yang tidak pernah pergi?

Rahsia biara—rahsia hitam sebuah kegilaan.

182 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Maria Kajiwa

69 books114 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (54%)
4 stars
5 (45%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for caa.
82 reviews
July 13, 2026
another historical horror story daripada MK dan sejujurnya, saya suka yang ni juga cuma satu je masalah dia... pendek sangat! tahu-tahu je dah habis. rasa macam tak puas baca 😩

bagi saya, naskhah ni lebih fokus kepada gabungan historical fiction, misteri dan supernatural horror. olahan ceritanya menarik dan berjaya buat saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di sebalik biara Portugis lama tu.

mana yang dah biasa baca karya MK mesti dah tahu macam mana penulis suka bermain dengan persepsi pembaca.

dan melalui naskhah ini, pembaca dihidangkan dengan kisah Willem yang langsung tidak mempercayai cerita-cerita tentang biara berpuaka itu sehinggalah gangguan demi gangguan mula berlaku. ditambah pula dengan desakan Gabenor Hendrick untuk mencari harta peninggalan Portugis yang dipercayai tersembunyi di biara tersebut. dalam masa yang sama, apakah sebenarnya kaitan keluarga Maria dengan biara itu? siapakah yang boleh dipercayai? dan siapa pula yang akhirnya berjaya melepaskan diri daripada rahsia hitam biara itu?

antara perkara yang paling menarik bagi saya ialah perbezaan pegangan antara Willem dan Pak Mat. Willem sentiasa cuba mencari penjelasan yang logik untuk setiap kejadian, manakala Pak Mat pula melihat semua itu daripada sudut kepercayaan Islam dan kewujudan alam ghaib. saya suka bagaimana penulis mengolah perbezaan perspektif ni sebab ia menjadikan elemen seram dalam naskhah ni terasa lebih hidup dan dekat dengan latar sejarahnya.

cumanya, saya berharap penulis memberikan lebih banyak ruang untuk mengembangkan lagi kisah keluarga Maria, para rahib, dan makhluk yang menghuni biara lama tersebut.

oh ya... satu lagi benda yang buat saya hooked ialah perkembangan hubungan antara Willem dan Maria 👀 walaupun elemen romantik bukan fokus utama cerita ni, saya tetap rasa tak puas baca interaksi mereka. sorry not sorry, saya hanyalah seorang insan #hopelessromantic hahahaha

secara keseluruhan, seperti karya-karya MK yang lain, saya suka bagaimana penulis tetap menyelitkan mesej dan pengajaran tanpa terasa dipaksa. itu antara sebab saya sentiasa menantikan karya beliau 🫶🏻

akhir kata, DRB mungkin sebuah naskhah yang pendek, tetapi berjaya menggabungkan elemen sejarah, misteri dan supernatural dengan baik. walaupun masih ada beberapa persoalan yang saya harap dapat diterokai dengan lebih mendalam, saya tetap seronok mengikuti perjalanan Willem membongkar rahsia hitam yang sekian lama tersembunyi di sebalik dinding biara lama itu.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,030 reviews125 followers
May 27, 2026
"Apa yang zahir tidak semestinya benar," katanya perlahan. "Ramai melihat rahib perempuan itu kerana mereka yang paling dekat dengan tempat kejadian. Tetapi mereka bukan yang menjadi punca."

Kisah “Duka Rumah Belanda” membawa pembaca kembali ke tahun 1702 di Melaka semasa penjajahan Belanda. Ia mencerita tentang Willem, seorang jurubina mahir dari Amsterdam yang telah dilantik oleh kerajaan Belanda untuk mengubah suai sebuah biara Portugis lama in Melaka.

Jeng! Jeng! Jeng!

For history lovers, this story will take you through the memory lane of penjajahan Belanda dan kesusahan kehidupan orang Portugis yang kalah dan juga rakyat tempatan di kota Melaka.

Sesuatu yang tragis dan kejam telah berlaku di biara Portugis tersebut dan Willem ditugaskan juga sebab tiada orang lain yang nak tugas tersebut - biara tu berpuaka. Tak nak reveal too much nanti tak exciting dah 🤭

Perencah seram, misteri, tragis, kepiluan, kematian, kebaikan hati Pak Mat dan orang kampung, peranan Maria dan neneknya yang dimasukkan semua cukup rasa.

In my opinion, penulisan MK untuk novel ini agak puitis dan sedap dibaca; rasa terlalu pendek sebab ingin juga mengetahui dengan lebih lanjut tentang jin tu yang menghuni biara tersebut 🤔

Salah satu babak yang paling Joy suka dan menghayati ialah waktu kemunculan Imam Shamsuddin dalam rumah Pak Mat. Best pulak scene tu.

Kesimpulan, beli je. Jangan ragu². Joy cuma harap cetakkan seterusnya font size dibesarkan 🤣
Profile Image for Eizalicious Noir .
91 reviews1 follower
May 19, 2026
🌟🌟🌟RECOMMENDED🌟🌟🌟
DUKA RUMAH BELANDA - Maria Kajiwa

Novel ni bukan sekadar kisah seram. Ia tentang kerakusan manusia, rahsia yang disimpan terlalu lama dan tempat yang enggan melepaskan masa lalunya.

Sebuah biara lama di Kota Melaka mahu dirobohkan oleh Belanda untuk dijadikan arkib. Namun semakin mereka menggali dinding, membuka ruang tersembunyi dan mencari dokumen lama, semakin banyak perkara aneh berlaku.

Loceng berbunyi tengah malam.
Rahib tanpa wajah dilihat berkeliaran.
Dan biara itu seolah-olah hidup… memerhati setiap orang yang masuk.

Yang paling saya suka, penulis pandai mainkan emosi pembaca terhadap watak. Sekejap kita percaya. Sekejap kita curiga. Sekejap rasa kesian. Sekejap rasa nak jerit suruh lari 😂

Suasana novel ni sangat kuat, rasa lembap biara batu lama, lorong gelap bawah tanah, bunyi ribut dan rahsia yang disimen bertahun-tahun memang buat saya rasa macam berada sekali dalam runtuhan tu.

Kalau suka:
🕯 Historical horror
🕯 Misteri binaan lama
🕯 Plot twist bertingkat
🕯 Rahsia zaman penjajahan
🕯 Gangguan perlahan yang makin lama makin menyesakkan

Memang patut baca.

Dan percayalah…
Ada sebab kenapa pintu itu tak sepatutnya dibuka.

#EizaliciousNoir #DukaRumahBelanda #MariaKajiwa #SeramLahOi
Profile Image for Mohd Ashmunir.
205 reviews3 followers
August 15, 2026
Done and settle. Berlatarkan zmn penjajahan Portugis dan Belanda. Love sgt wpun agak kurang seramnya. Tp still best ya… and the ending and the plot twist… love!!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews