Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biru

Rate this book
Bagaimana kalau suara yang keluar dari mulut sendiri boleh membawa malapetaka?

Itulah nasib manusia di Alam Tanbu.

Sebuah alam yang tidak lagi memberi ruang untuk bebas berkata-kata, kerana setiap bunyi boleh mengundang roh hitam.

288 pages, Paperback

Published May 11, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Syukran Mohamad

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (48%)
4 stars
6 (24%)
3 stars
6 (24%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews12 followers
May 18, 2026
Biru oleh Syukran Mohamad

Cerita ini dibuka dengan suasana penuh misteri di Alam Tanbau—langit yang tinggi dihuni roh-roh hitam yang berterbangan menyerang penduduk yang bersuara. Penceritaan disampaikan melalui tiga POV berbeza: Mahira, narator, dan Dipa, yang masing-masing membawa sudut pandang tersendiri.

Pada pendapat saya, tidak seram and gore pun sikit-sikit je. Pembukaan cerita dimulakan dengan satu pembunuhan yang sangat menyayat hati, apabila watak tersebut mati dalam keadaan terseksa. Rohnya kemudian menjadi sebahagian daripada entiti yang menyerang penduduk di Alam Tanbau. Menariknya, suasana perkampungan digambarkan sunyi tanpa suara—komunikasi hanya berlaku melalui bahasa isyarat, menambahkan lagi elemen misteri dan kelainan.

Gaya penulisan penulis agak berat dan memerlukan fokus. Ada bahagian yang perlu diulang baca dua hingga tiga kali untuk benar-benar memahami maksud yang ingin disampaikan. Walaupun tidak terlalu seram, jalan cerita tetap membuatkan saya terus membaca kerana terlalu banyak persoalan yang timbul—“kenapa itu berlaku?” dan “kenapa begini jadinya?”—hingga susah untuk meletakkan buku ini. 🫣

Namun, segalanya mula terasa lebih jelas apabila tiba di bahagian epilog. Di situlah saya mula memahami konsep yang cuba dibawa—tentang perpisahan antara roh dan jasad, serta persoalan ke mana arah diri apabila terperangkap di antara dua alam. Jika pernah menonton K-drama Light Shop, mungkin pembaca akan lebih mudah menangkap inti cerita ini.

Kisah turut menyentuh tentang pertentangan antara baik dan jahat, serta manusia yang berselindung di sebalik topeng untuk menyembunyikan keburukan diri. Banyak mesej diselitkan, antaranya tentang kesembuhan, kesedaran diri, dan hakikat bahawa setiap pilihan akhirnya terletak pada diri sendiri.

Tahniah kepada penulis atas karya yang mencabar kesabaran saya sebagai pembaca, namun tetap memberi kepuasan di penghujungnya. 👏✨
Profile Image for Mina Ahmad.
24 reviews
May 21, 2026
To me buku ni agak berat untuk difahami especially semasa Dipa pergi ke utara Alam Tanbu. Semuanya terjawab di bahagian epilog tapi saya masih rasa seperti ada bebanan dikepala dan bahu saya seolah2 cerita masih belum terjawab sepenuhnya.

1) Bahasa yang digunakan ialah bahasa pujangga - melayu klasik zaman hang tuah, bahasa yang indah tetapi agak sukar untuk ditafsir bagi yang jarang mempraktikkannya, jadi pembacaan agak sukar dihadam membuatkan kite kene berfikir sejenak untuk mencerna tetapi memberi ilmu baharu kepada pembaca tentang bahasa tersebut

2) Main genre buku ni ialah fantasi. To me yang suka menonton daripada membaca genre fantasi ni memang berat untuk hadam babak2 yang diluar realiti sebenar. Kadang apa yang dibayangkan drpd penulisan tu seperti tidak masuk akal, mungkin tersalah bayang tidak seperti apa yang penulis ingin sampaikan yang membuatkan buku ini agak berat bagi saya.

Buku ini tidak seram kerana roh2 yang digambarkan seperti tidak masuk akal bagi saya (you’ll understand when u read). Ada beberapa babak gore yang ditulis tetapi tidak lah sehingga boleh bawa ke mimpi.

3) Permulaan yang agak slow tetapi disebabkan beberapa persoalan sudahpun muncul di bab pertama membuatkan saya meneruskan pembacaan ke akhirnya dan selepas itu cerita berpaced konsisten, tidak terlalu laju dan perlahan seperti di awal permulaan.

4) Saya sukakan plot di alam tanbu sebelum mahira tidak sedarkan diri, selepas daripada itu, jalan cerita dan plotnya seperti tidak click to each other.

Pengakhiran kepada watak2 penting (angkara lima dan mahira) juga kurang memuaskan seperti tergantung atau kurang memberi impak (ke ada buku kedua?), ending kepada sutan dwi jugak kurang memuaskan dan kenapa sutan dwi muncul di alam tanbu juga seperti tiba2 jika ingin kaitkan dengan alam syahadah, tertanya2 jugak akan apa yg sutan dwi sampaikan ke mahira semasa mahira tidak sedarkan diri (hubungan mahira dan dipa di alam syahadah).

So as conclusion selepas saya menaip panjang berjela ni, saya rasa akan ada sambungan di buku yang kedua untuk menjawab dan mengangkat segala bebanan di kepala dan bahu saya ni 😅
Profile Image for Eizalicious Noir .
99 reviews1 follower
June 2, 2026
BIRU membawa pembaca ke sebuah dunia yang penuh misteri, kepercayaan lama dan rahsia silam. Apa yang saya suka, novel ini bukan sekadar fantasi. Ia turut menyentuh tema penyalahgunaan kuasa, fitnah, kepercayaan masyarakat, persahabatan, penebusan kesalahan dan keberanian untuk menghadapi masa lalu.

Dunia yang dibina penulis terasa unik. Nama watak, gelaran, adat serta suasana kampung memberikan identiti tersendiri yang membezakan BIRU daripada novel fantasi tempatan yang lain.

Dari segi penceritaan, terdapat banyak misteri yang disimpan sehingga penghujung cerita. Pembaca akan sentiasa cuba menyusun petunjuk dan meneka jawapan kepada pelbagai persoalan yang ditinggalkan sepanjang novel.

Namun begitu, saya sedikit terganggu dengan beberapa perkataan yang kelihatan seperti ditampal atau dibetulkan dalam teks. Pada mulanya saya sangka kes terpencil, tetapi apabila semakin kerap ditemui, ia mula mengganggu kelancaran bacaan. Saya tertanya-tanya sama ada perkara ini berlaku pada semua naskhah atau hanya melibatkan sebahagian cetakan sahaja.

Selain itu, jumlah watak dan istilah khas yang agak banyak mungkin memerlukan sedikit tumpuan pada peringkat awal pembacaan. Namun selepas memahami struktur dunia yang dibina penulis, cerita menjadi lebih mudah diikuti.

Secara keseluruhannya, BIRU ialah sebuah novel fantasi misteri yang mempunyai dunia tersendiri, tema yang berat dan beberapa kejutan yang membuatkan saya terus berfikir walaupun selepas menutup buku.

Sesuai untuk pembaca yang suka fantasi Nusantara, misteri, legenda tempatan dan kisah yang penuh teka-teki.

Fantasi? ✅
Misteri? ✅
Seram? ❎

#EizaliciousNoir #BIRU #SyukranMohamad #Jiwa
1 review
May 21, 2026
Gila!!!

Buku ni gila mind blown best nak mampus!

Bahasanya memang puitis. But why???? Kenapa watak green flag mampus?

Tapi best!!!! Penulisan yang sangat mengalir bagi saya.. infinite la buku ni
9 reviews
June 30, 2026
Alam Tanbu.. yang belum siap habis diteroka di bahagian Timur dan Utara.. Di manakah penghujungnya???
Orang2 di sini tidak bersuara... Mereka menggunakan bahasa isyarat... Malahan mereka tidak mempamerkan emosi...
Ada bayi2 yang hanyut ke alam Tanbu.. Bayi akan di selamatkan, diberi nama dan dibesarkan... Dari manakah Bayi2 ini?? Suatu Hari... Seorang lelaki dewasa yang hanyut ke Alam Tanbu... Dia tidak diberi nama.. Kerana, dia memang sudah bernama... Siapakah dia???
Profile Image for dynareadssss.
49 reviews2 followers
August 27, 2026
pls pick this up if u guys nak buku fantasy yang settings dia zaman dulu, tapi ada sikit modern elements jugak! saya beli time PBAKL2026 sebab kawan cakap buku ni ada vibes Serunai Maut and hihi memang tak menyesal grab 🌊

I really love the writing style sebab bahasa dia cantik tapi still easy to follow, tak confusing pun. Lagi satu, I LOVE bila ada banyak POV sebab kita dapat tengok cerita dari POV Dipa, Mahira and narrator. Somehow each POV buat cerita tu lagi menarik for me.

Honestly, this might already be in my top 5 favourite Malay fantasy books 💗
Profile Image for Jannah Amani.
24 reviews
October 1, 2026
How do i put into words? Firstly, i heard that this is the author’s first published book and luckily it’s under JIWA publisher, which somehow you can trust their fiction books. I trust JIWA books, and thankfully, the trust is not broken, again this time.

Awal bab pun dah buat aku terikat dan rasa nak baca. Berjaya catch attention reader. Buat kita nak tahu apa jadi ni? Kenapa? Siapa?

Penceritaan yang menarik, tapi agak memeningkan. Akhir-akhir tu aku pening sikit sebab yang akhir-akhir tu lah dia nak rungkaikan semuanya. So nak kena fikir dan faham apa kaitan itu dan ini.

Alam Tanbu, Alam Syahadah, tidak boleh bersuara, tidak boleh gentar, tidak boleh menangis. Hanya tersenyum walau ketakutan mencengkam. Kesunyian itu memekakkan, tapi diam itu keselamatan.

Aku biasanya tak suka cerita dari pov setiap watak, but this one is extra exceptional. It’s just too brilliant for the author menceritakan daripada 3 pov, Mahira, Narrator dan Dipa untuk bagi reader faham.

Penggunaan bahasa klasik, ciptaan nama-nama yang indah bersesuaian dengan sifat masing-masing. Penulis juga gemar dan berjaya memerikan setiap elemen. Tetapi penggunaan “cahaya” agak banyak hampir setiap bab.

Fitnah, kuasa, sahabat, kepercayaan.

Kehidupan dunia ini adalah tempat kita kumpul bekalan untuk ke alam abadi. Kita buat yang terbaik. Semoga dikurniakan husnul khatimah.
Profile Image for Nad.
481 reviews2 followers
June 9, 2026

Ingatkan buku ni macam scary tapi takde la jugak. Sekali lagi tertipu dengan teaser dari penerbit. Permulaan dia agak slow ya dan tertanya tanya watak mahira ini penting ke tidak.
Jadi pentingnya kenalah baca sampai habis sebab 'ohhhh tapi masih tak paham ending'.
Maybe nanti kena baca balik 3 bab terakhir untuk faham kan jalan cerita.

Selingan : dalam 150 pages ke belakang ada banyak tape mungkin sebab typo la kot. jadi penerbit mungkin tape satu satu buku sebab tu buku ni lambat keluar before pbakl. gigih amat dan kudos to them.
Profile Image for dhir.
3 reviews
July 16, 2026
Secara jujurnya, masa awal-awal baca tu pening sangat sebab banyak persoalan yang muncul dekat otak dan masih belum terjawab. Tapi bila dah halfway baca, everything becomes clearer dan barulah setiap perilaku karakter mula masuk akal.

CUMA ENDING DIA TU. Siapa sebenarnya yang baru bangun dari koma tu, dan siapa 'Dipa' yang Mahira kenal? Geram sikit sebab jadi pening balik😭

Overall good writing, tatabahasa dan gaya bahasa pun cantik je. Love the book!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Tengku Siti Hasmah.
7 reviews
September 16, 2026
Biru. Birunya mata. Birunya air laut. Birunya langit.

Alam Tanbu; sebuah alam bagi mereka yang berada didalam koma.

Lama juga saya ambil masa untuk baca buku ni; ceritanya menarik tapi gaya bahasa POV si Mahira tu berat sangat.
Tapi bila masuk POV Dipa, barulah buku ni senang dibaca dan terus dapat habiskan.

Terkilan dengan Fajar, yang mati sebegitu je, tak sempat dia balik jumpa adik-adik; maksud dia tak terjaga dari koma dan meninggal di dunia nyata.

Sayang tak ada POV Kusuma.
Profile Image for pujun.
22 reviews
August 11, 2026
agak unik dari segi bahasa, storyline. untuk malay book aku approved buku ni! mind blowing dengan jalan cerita nya.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews