Jump to ratings and reviews
Rate this book

Oh, My Prince!

Rate this book
ADELE, si gadis bijak yang hidupnya hanya bertemankan kekasih hati di universiti. Kehadiran Danial di Universiti Awam Alamin membuatkan si gadis manis ini serba tak kena. Di mana ada Adele, di situ ada DANIAL, diekori ke mana sahaja.

Kasih Adele yang sudah tertumpah kepada Hairi, menyebabkan kehadiran Danial dipandang sepi. Kedudukan Hairi dalam hati Adele sedikit pun tak tergugat, walau bermacam-macam cara yang digunakan Danial untuk memikat Adele.

Demi menyelesaikan masalah, salam persahabatan daripada Danial disambut. Masalah yang disangka selesai akhirnya menjadi semakin besar. Sehinggalah satu kesilapan menyebabkan Adele lari meninggalkan segala-gala yang dia ada di Universiti Awam Alamin.

Suasana kampung mengubah personaliti Adele seratus peratus. Di sana, dia bukan lagi Adele yang dikenali di Universiti Awam Alamin tetapi yang wujud hanyalah Adlina Hani. Kehadiran Danial di kampung Adele menyebabkan rahsia yang Adele sorokkan selama ini hampir terbongkar. Adele kalut!

“Macam mana awak boleh sampai sini? Saya mohon sangat-sangat. Awak tolonglah balik ke Amanjaya dan rahsiakan tentang saya daripada ayah saya.” – ADELE
“Kamu di sini dan kamu di universiti sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza.” – DANIAL
“Aku minta maaf. Bagi aku satu peluang saja, Adele. Peluang yang terakhir...” – HAIRI

Adele, Danial dan Hairi. Tiga insan daripada tiga dunia yang berbeza. Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Siapakah putera dalam hati Adele?

622 pages, Paperback

First published April 1, 2015

18 people are currently reading
172 people want to read

About the author

Hannah Dhaniyah

3 books37 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (30%)
4 stars
34 (30%)
3 stars
28 (25%)
2 stars
7 (6%)
1 star
7 (6%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
September 28, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

So much better than I expected. Rasanya dengan novel kedua ni, Hannah Dhaniyah membuktikan that she is not a one-hit wonder. Jika Suami Aku Ustaz boleh dikategorikan sebagai sebuah novel romantic comedy ‘berisi’, Oh My Prince lebih serius dengan mengetengahkan unsur kekeluargaan di samping mencari ‘cinta dunia’ sehinggakan terlupa mencari ‘cinta akhirat.’

Walaupun Oh My Prince adalah sebuah novel fantasi, ia bukan fantasi kosong. Ia padat dengan peringatan dan nasihat yang mungkin kita kadang-kadang terlupa dalam kesibukan mencari ‘cinta dunia’. N amat tertarik dengan kisah-kisah perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Adib dan diaplikasikan pada situasi Adele.

Satu take-away message yang boleh diambil dari novel ini adalah jangan selalu bersangka buruk. Bersangka baiklah pada keluarga. Bersangka baiklah pada aturan hidup. Bersangka baik pada Allah. Jika doa kita tak dimakbulkan oleh Allah, jangan sesekali kita menjauhkan diri dari-Nya. Sebaliknya, anggaplah ia hanyalah satu ujian sementara Dia mahu memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita mahukan.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
April 9, 2015
1 karya yg bagus.. macam ala2 fairytales bila baca buku ni MB teringat negara singapura..

1 ayat yang sesuai dgn jalan cerita ni
IMAN TAK DAPAT DIWARISI

kalau ikut hati MB nk padam semua kisah hairi sbb dari mula mmg hampir separuh buku kisah si hairi bila baca tajuk ku sabarkan juga tak mahu derhaka tengok belakang..
sampai terfikir ini kisah
oh my prince atau oh my hairi
haha...

apa2 pun MB suka watak danial hehe wink2
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 23, 2015
sebenarnya x puas dgn cerita ni..sbb cerita byk kisah lovey dovey si Adele dgn Hairi drpda Adele dgn heronya Daniel..huhu..in my opinion lah.. but..i like cover dia...karya seni mmg kreatif kalau bab cover ni..sbb sume novel cantik2.. ;)
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
October 30, 2021
Sy rate 3.5

Dari awal kisah mmg rasa cukup tak berkenan dgn hairi..... Byk persoalan yg menjadi tanda tanya... Kenapa keluarga hani tak rapat dengannya... Dari kecil sejak kematian ibu dijaga oleh nenek.. Kenapa nenek dan org lain yg jaga.. Bukan ayah dan abang2 yg jaga ... Setelah meningkat dewasa baru duduk sekali bersama ayah dan abang abangnya....jiwa hani memberontak... Apabila jauh dari keluarga hani merubah penampilan diri yg jauh berbeza dgn hani Apabila berada di kampung.. Segala persoalan sedikit demi sedikit mula terjawab apabila satu persatu masalah timbul...

Saya suka dengan tazkirah yg disampaikan oleh ustaz adib yg sedikit sebanyak buatkan hani sedar...ada diselitkan kisah nabi yusuf a.s.

"between men and women there is no friendship possible. There is passion, enmity, worship, love, but no friendship"
1 review
Read
June 25, 2019
Saya nak jual buku OMP nii..

Kalau ada sesiapa yg berminat boleh pm 0192005860.
Tkasih!
1 review
November 20, 2019
Jalan cerita yang sangat best...saya amat seronok tengok cerita ini yang dimainkan di televisyen
Profile Image for Intan Jannati.
40 reviews59 followers
August 31, 2015
Oh, My Prince
Novel ni dah lama baca tapi belum review.. Masa baca bab2 awal novel ini saya tak suka Putera Danial kerana merasakan dia cuba menganggu hubungan Adele @ Adlina Hani dgn Hairi. Tetapi lps tu baru terfikir, tajuk My Prince mesti la heronya Putera Danial & bknnya Hairi. Setelah mengenal perwatakan kedua2nya iaitu Danial & Hairi, barulah saya menyukai Danial. Saya suka akan watak Adlina Hani tetapi tidak suka akan Adele. Kerana Adlina berubah menjadi  Adele kerana menyangka ayah & abang2nya tidak menyayanginya.. Sebenarnya itu hanya salah sangka. Geram juga rasanya bila dia mengambil masa yg lama utk menerima Danial walaupun hakikatnya dia menyintai Danial. ketika membaca novel ini saya rasa macam menonton filem2 klasik zaman P.Ramlee.. sebab kelainan pada nama tempat2 dalam novel ini contohnya Universiti Awam Alamin. Tahniah Hannah Dhaniyah kerana dapat menghasilkan Karya yang berbeza & banyak ilmu yg pembaca dapat. ketika Adele mengikuti kelas ustaz Adib kita akan rasa seperti berada didalam kelas yang sama dan mendengar apa yang disampaikan oleh Ustaz Adib.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
November 14, 2015
It is yet another cinderella story with a twist. I had fun imagining it. sambil buat throwbacks to drama Princess Hours. Putera Danial dan keikhlasan yg ada untuk memilik Adlina Hani. Hairi yg bagi aku meluat bole geng ngan Jasmine. It makes me feel like I'm reading a backdrop of my country. the MRT, the Marina Mall. I like it
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.