Jump to ratings and reviews

HAQQ

Haqq Qaisar El-Thasiq berdepan dengan pembunuhan bersiri yang menyasarkan kerabat diraja Aqtar. Pada masa yang sama, Haqq perlu memenuhi desakan wazir untuk berkahwin agar kesinambungan waris Kesultanan Aqtar terjamin.

Lalu, Haqq dijodohkan dengan Jasmine Haya’ yang kembali ke dalam hidupnya selepas sekian lama menghilang. Namun, kerana sebuah janji, antara mereka ada jurang yang sengaja diciptakan.

“Antara kita, ada benteng yang tak akan pecah.” – Haqq
“Aku harap kau tak pernah wujud dalam hidup aku.” – Jasmine

Semakin lama hidup bersama Haqq, Jasmine yakin ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki itu. Siapa sangka, Sultan Aqtar yang kelihatan sempurna, ternyata punya sisi lain yang disembunyikan?

“Haqq janji Haqq akan jadi manusia yang sempurna.” – Haqq
“Beritahu aku sekotor mana sultan kau itu.” – Jasmine

Dan apabila Jasmine menjadi sasaran, Haqq terpaksa meminta bantuan Damien dan Taqi untuk merungkai misteri di sebalik ancaman itu. Sedang Haqq sendiri tak terlepas daripada cengkaman bahaya.

Akan terbongkarkah sisi Haqq yang selama ini disembunyikan daripada Jasmine? Mengapa pula ada pembunuh menagih darah mereka sebagai korban?

***

EFFALEE sentiasa mempersembahkan sesuatu yang lain daripada yang lain, hanya menunggu pembaca menilai sendiri setiap sisi watak dan ceritanya. Editor dah mindblown dah. – Pingu Toha, Editor

479 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Effalee

6 books152 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
71 (76%)
4 stars
21 (22%)
3 stars
1 (1%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Nik Natia_KC.
109 reviews5 followers
July 6, 2026
Haqq, Qaisar, Thasiq
- Every version of Haqq yearns for Jasmine

Nilai persahabatan 3 serangkai memang tak dapat dipisahkan.

Last² part sedihnya menitik jgk lah 🥲🥲🥲

Taqi dgn perangai bangga diri, dpt pujian dpt lolipop baru kerja jalan..

Next welcome back to my channel !!!
- Taqipedia!!!
Profile Image for Aira Zira.
238 reviews5 followers
May 24, 2026
Tanpa kelainan, bukanlah Effalee namanya. Cerita ni ada sisi gelapnya. Tentang kasih sayang, pengkhianatan dan kuasa. Sejauh mana kejahatan akan menang. Mampukah cinta yang bertakhta memulihkan hubungan dingin beku?

Menjadi sultan yang sempurna namun tiada permaisuri. Desakan menuntut Haqq untuk meneruskan rencana mengahwini Jasmine. Tapi kenapa dalam ramai-ramai calon, hanya Jasmine rela diikat?

Diasak pula dengan pembunuhan bersiri di kalangan kerabat diraja. Dengan bantuan Damien, mereka cuba merungkai corak jenayah. Taqi diperlukan tapi bagaimana nak umpan si nakal?

Sementara nak cari pembunuh, kita akan layan kejap konflik Haqq dengan Jasmine. Penyakit misteri Haqq memberi peluang buat Jasmine untuk jadi sedikit terbuka walau caranya kasar dan keras.

Kadang rasa geram betul dengan perangai Jasmine pada Haqq tapi situasi yang menekan diri dia tu akan buat pembaca faham. Mampu ke Haqq mengalah? Atau Jasmine akan tewas? Qaisar dan Thasiq, perasaan tak terluah dari Haqq?

Plot twist dia, auto terimbas cerita Munafik. Cuma yang tu seram, novel ni thriller. Buku yang penuh drama, keletah dan konspirasi. Penemuan saling berkait yang cantik tersusun! Dalam serius ada jenaka.

Saya memang suka siri kedua Aqtara ni! Kalau siapa suka Qaid, mesti akan lagi suka HAQQ! Letakkan HAQQ dalam list PBAKL korang paling atas dan terus serbu reruai Manés nanti tau!

📌Boleh dapatkan HAQQ di Manés Bookery, PBAKL 2026 atau secara online di semua platform Manés Wordworks bermula 29 Mei 2026 ini!
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
112 reviews
June 1, 2026

Kalau korang gemarkan kisah yang menggabungkan elemen misteri, politik istana, persahabatan dan cinta yang sarat dengan emosi, HAQQ memang sebuah naskhah yang patut berada dalam radar bacaan korang.

Aqtar dikejutkan dengan siri pembunuhan yang menyasarkan kerabat diraja. Sebagai Sultan, Haqq tidak mempunyai ruang untuk berdiam diri. Dalam usaha memburu dalang di sebalik jenayah tersebut, dia turut berdepan tekanan untuk memilih permaisuri demi masa depan takhta. Namun, di saat ramai calon tersedia, hanya Jasmine yang sanggup menerima ikatan yang seperti itu.

“Jangan sesekali baik dengan aku.”

Seawal bab pertama, Effalee terus mencampakkan pembaca ke dalam konflik utama tanpa banyak pengenalan. Ketegangan demi ketegangan disusun rapi sehingga membuatkan saya sentiasa tertanya-tanya siapa sebenarnya dalang yang sedang mengatur segala kekacauan ini.

Apa yang paling menarik, HAQQ bukan sekadar kisah siasatan pembunuhan. Di sebalik gelaran Sultan yang kelihatan sempurna, Haqq sebenarnya menyembunyikan luka yang tidak pernah benar-benar sembuh. Setiap keputusan yang dibuat terasa berat kerana dia sentiasa cuba memikul segala beban seorang diri.

“Aku nak tengok apa permainan kau sebenarnya.”

Pada mulanya, hubungan Haqq dan Jasmine terasa dingin dan sukar untuk diselami. Jasmine kelihatan keras, sukar didekati dan seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Namun semakin banyak rahsia yang terbongkar, semakin mudah untuk memahami mengapa dia memilih untuk membina tembok setinggi itu di sekeliling hatinya.

Saya juga sangat menyukai persahabatan antara Haqq, Damien dan Taqi. Dalam dunia yang dipenuhi pengkhianatan dan perebutan kuasa, mereka menjadi tempat Haqq berpaut ketika dirinya hampir rebah. Gurauan mereka mungkin mencuit hati, tetapi kasih sayang yang mereka tunjukkan terhadap sahabat sendiri benar-benar menyentuh perasaan.

“It’s also interesting to see my friends got played.”

Gabungan misteri pembunuhan, trauma silam, konflik perasaan dan konspirasi yang semakin rumit menjadikan jalan cerita sentiasa hidup. Setiap petunjuk yang ditemui terasa saling berkait sehingga membawa kepada pendedahan yang langsung tidak saya jangka.

Yang paling saya suka ialah bagaimana Effalee memperlihatkan bahawa tidak semua luka dapat sembuh dalam sekelip mata. Ada hati yang memerlukan masa untuk pulih. Ada insan yang perlu belajar menerima diri sendiri sebelum mampu menerima kasih sayang orang lain.

HAQQ ialah kisah tentang dua jiwa yang terluka, persahabatan yang tidak pernah berbelah bahagi, dan manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Penuh debaran, emosi dan plot twist yang membuatkan saya sukar meletakkan buku ini.

Jika korang menyukai Qaid, besar kemungkinan anda akan lebih jatuh hati dengan HAQQ. Dan kalau korang belum pernah membaca karya Effalee, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula berkenalan dengan dunia Aqtar. 🖤✨

#maneswordworks #HAQQ #effalee #pbakl2026 #MWxPBAKL2026
Profile Image for chelsannereads.
266 reviews6 followers
July 14, 2026
Rating: 4🌟
Trope: grumpy FL x sunshine ML/ betrayal/ mental illness/ royal family/ ajaran sesat/ pembunuhan bersiri/ etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

Buku kedua dalam Siri Aqtara kalini pasal Haqq seorang Sultan Aqtar iaitu rakan kepada Damien dan Taqi. Buku ni enjoyable tapi saya lebih prefer Qaid. Buku kedua ni serius cakap jalan cerita dia menarik cuma saya rasa agak perlahan sikit penceritaannya. Tapi, apa² pun saya bersyukur dapat baca buku kedua.

Buat watak Haqq, saya suka lelaki macam ni. He's giving 'I can handle your attitude' vibe untuk perempuan yang grumpy macam Jasmine. 😍 Haqq ni memang baik betul dan saya percaya semua wanita impikan untuk dapat jejaka seperti Haqq. Namun, walaupun saya boleh agak dah tapi saya tak sangka yang Haqq juga menghidapi 'that thing' yang boleh dikira 'rare' didunia ni.

Saya kesian dengan Jasmine sebab selain dari Haqq, jasmine juga mengalami trauma semasa kecil. Mungkin pada mulanya saya geram dan tak faham kenapa Jasmine begitu kasar sekali dengan Haqq. I mean, kau tak perlu kut nak kasar² dengan Haqq, dia layan kau baik² je kan? Tapi bila saya teruskan lagi membaca baru saya tahu kenapa sikap jasmine macam tu. Saya taknak bebel lebih² nanti takut terspoiler. Korang baca lah kalau nak tahu kenapa Jasmine layan Haqq kasar².

Alur cerita pula bagi saya okay. Saya sangat suka dengan ikatan persahabatan antara Damien, Haqq dan Taqi sebab makin nampak ikatan persaudaraan tersebut. Tapi harus saya akui, ini mungkin saya saja kut sebab saya tak dapat rasa chemistry antara Haqq dan Jasmine, tapi cerita ni tetap enjoyable. Oh ya, sebelum saya terlupa, penulis ni sebenarnya pelawak ke? Kenapa lawak penulis semuanya kelakar weh. 😭🤣 Aku perhati je HAHAHAHAHA..

Taqi punya personaliti serius lawak gila. 😭 Aku tak bolehlah dengan sikap bangga diri dan taknak kalah dia tu. 🤣 Lepastu saya tak sangka yang Qaiser pun boleh tahan lawak. 😭 Luaran je baran tapi dalam hati ada taman ~ HAHAHAHAHA 🤣 kelakar gila bila dia rasa nak tumbuk orang sebab kek matcha strawberry tu sedap sangat. 🤣 Saya perhati je humor² author sejak dari Twin's Territory. Sebenarnya author ni memang lawakkan orangnya? Baik mengaku! 🌚

Keseluruhannya, it's an okay read. Saya enjoy membaca karya ini. Reccomended untuk siapa yang ingin mencuba karya dari penulis ni, lagi² siapa yang suka ada lawak² tu boleh cuba. 🤭😆 Okay next, I guess it's Taqi time? 😎
46 reviews
August 10, 2026
⭐⭐⭐⭐⭐

After finishing Qaid, I honestly wondered if Haq could give me the same feeling. And yes, it did. In fact, if I really had to choose between the two, I think Haq wins just a little bit more for me. ❤️

Both books are very strong in their own ways, but Haq really touched my heart.

I finished this book in about two days. Not because it was short, but because I genuinely could not stop reading. 😂 I only stopped because, well… responsibilities still exist. The storyline is direct, clear and easy to follow. There are no unnecessary detours that made me wonder, “Where is this story actually going?”

What touched me the most was Haq himself.

We already saw his gentle personality in Qaid, but in this book we really get to know him. I loved seeing how soft and patient he was with Jasmine, even when she was harsh towards him. The way he loved her, cared for her and treated her as his wife made their relationship feel so much more emotional to me.

Qaid and Amrah were romantic too, but Qaid has that naturally rough personality, so when he becomes romantic, I’m like, “Eh, this man can be sweet also ah?” 😂 But Haq? His romantic side suits him so naturally because gentleness has always been part of his character. His relationship with Jasmine really made my heart ache in a good way.

And Haq isn't without his own pain. He carries trauma too, yet he still has responsibilities and a country to manage. I loved seeing that side of him. I also loved the friendship between Haq, Qaid and Taki. You can really feel that Qaid and Taki genuinely care about him.

The conflict involving Jasmine's father also made Haq more exciting for me. The darker side of his character and his involvement with devil worship added another layer to the story and made me even more curious about what would happen.

And somehow, in the middle of everything, this book was FUNNY. 😂 Some of the male characters genuinely made me laugh so much.

This book gave me everything. I laughed, I cried, I felt sad, disappointed, heartbroken and excited. Effa Ali really gave each character such a distinct personality that I could actually imagine how they would behave.

So between Qaid and Haq?

I love both. I really do. They each have their own strengths, and Qaid was already such a good read for me.

But if you force me to choose only one…

Haq. ❤️

The story just hit my heart a little harder.

Now I’m just hoping I can find another book that makes me this unwilling to put it down again.
Profile Image for chaptersofnaz.
18 reviews4 followers
May 28, 2026
Insiden pembunuhan bersiri menggemparkan kerajaan Aqtar. Haqq sebagai ketua negara tidak membuang masa untuk menyiasat kes tersebut agar tidak berleluasa. Dikala masalah itu menggoncangkan akal fikiran Haqq, soal perasaan juga turut diuji apabila kekasih hati muncul kembali untuk menjadi calon permaisuri.

Beban dibahu Haqq semakin berat. Dia cuba bertenang tetapi sayang bila trauma masa lalu menghimpit kebahagian yang ingin Haqq gapai.
-
Permulaan naskhah ini boleh dikatakan sangat laju apabila “main course” terus dihidangkan kepada pembaca. Tidak berdalih seperti biasa, penulis membuka naskhah Haqq dgn “intense” apabila ahli kerabat raja dibunuh satu persatu tanpa ihsan.

Dan disinilah bermula bagaimana Haqq, Damien dan Taqi bergading bahu demi menangkap si pelaku yang tidak berperikemanusiaan. Bagi para pembaca yang sudah menelaah karya Qaid The Unknown, sudah pasti gelagat 3 sahabat ini yang dinanti-nantikan.
-
Premis penceritaan ditarik terus ke segmen romantis apabila Jasmine mula memunculkan diri. For sure, di awal pembacaan memang agak menggeramkan dgn sikap Jasmine yg ada “angin” nya sendiri. Chemistry Haqq dan dia memang sukar saya ingin rasakan.

Namun, bila satu persatu “topeng” Jasmine dilucutkan. Mengertilah saya bahawa sikap “nonchalant” yg ditunjukkan hanyalah perisai utk dia lindungi orang yang disayang.
-
Dan apa yang menarik pada kali ini juga, akan ada sisi “baru” Haqq dipentaskan oleh penulis. Yang dilihat sempurna rupanya menyimpan luka paling dalam. Yang kononnya beruntung menjadi kerabat diraja rupanya mengunci trauma yang menduka. Sisi “vulnerable” tersebut disimpan kemas. Cuma sahabat rapat yang mengetahui.
-
Kucar kacir kes pembunuhan + rahsia Jasmine + trauma Haqq. Tiga formula ini menjadi penguat penceritaan. Daripada peratusan chemistry mereka saya tidak dapat rasakan di awal bab, perlahan-lahan mula membuka pukulan emosi yg sebu sepanjang pembacaan.
-
Seperti biasa akan ada jenaka yang terselit dalam penulisan. Tetapi pada kali ini saya boleh rasakan humor dikurangkan untuk sebatikan perjalanan penceritaan yg lebih serius. Sekaligus, saya boleh detect garapan cik penulis sedikit berbeza dari nashkah sebelum ini. Namun, jangan risau. Sudah pasti sikap “gila-gila” Taqi masih ada untuk menghiburkan para pembaca.
-
Kisah Haqq dan Jasmine memang tidak mudah. Berliku dan banyak benda pasangan ini harus korbankan. Mereka tidak meminta lebih, hanya rasa kasih dan sayang didambakan. Seorang cuba berlakon kuat dan seorang cuba berlagak kuat. Langsung rebah keduanya bila perasaan sudah berkecamuk.

Saya setuju dgn pilihan di akhir coretan.
Kebahagiaan itu mengambil masa untuk pulih. Versi lebih baik diperlukan untuk hubungan yg berkekalan.

“No matter how our story ends, please allow me to spend all of my love on you” —Haqq
-
Banyak benda lagi saya nak hurai dan ulas tetapi biarlah selebihnya untuk anda kaji sendiri kisah dua sejoli ini dan bagaimana setiap klu-klu tercantum akhirnya membawa kepada si durjana licik. Tidak ada lagi iman tersisa apabila nafsu gilakan kuasa bermaharajalela mulai terbuku di dada.

Akibatnya,

Yang tidak bersalah tenggelam derita,
Yang bersalah menyimpan senyum ceria.

Personal Rating: 4.50/5.00 ✨
1 review
June 1, 2026
First of all BEST GILAA?!! The fact that I dah lama reading slump and bila baca HAQQ je I rasa macam automatic segala mood membaca I datang balikk. I must say this is another masterpiece from Effalee. The plot is super interesting, rasa macam semua benda cukup lah dalam ni. Effalee memang taknak bagi kita santai pun ye di awal bacaan sebab start baca tu pun dah rasa the stress to know what exactly happen right here?!! My curiousity level while reading this book be likee 📈📈 Believe me once dah start baca, memang rasa taknak letak buku langsung.

A lil bit of synopsis~ mengisahkan tentang perjalanan hidup Haqq untuk menjadi seorang raja. Apa yang dia lalui daripada kecil sampai la dia dewasa sehingga ditabalkan menjadi raja. Haqq digesa untuk berkahwin bagi memastikan keturunan diraja ada pewarisnya. Dan apabila Jasmine terpilih sebagai calon akhir permaisuri, bermulalah pertemuan kembali antara Haqq dan Jasmine. At the same time, muncul pulak satu kes pembunuhan bersiri melibatkan kerabat diraja yang menyebabkan Haqq terpaksa campur tangan and minta bantuan Damien dan Taqi untuk selesaikan kes misteri ni.

I nak cakap sikit pasal friendship diorang dalam buku ni. Seriously, I suka sangat sangat cara Effalee potrayed their friendship in this book!! It is soo beautiful I rasa nak nangiss bila baca sebab macam terharu sangat dengan diorang punya bonding tuu. How Damien and Taqi still stay dengan Haqq dari dulu sampai sekarang really showed how much they love him (aaa I am crying🥹). And also, the never ending beef between Damien and Taqi HAHAHAH I is cannot😭🤣 I sebenarnya dah lupa sebab apa diorang jadi macamtu but they are soo funnyy😭 Another thing yang I suka pasal penulisan Effalee ni is scene scene lawak yang dia tulis selalu kena dengan tekak I, takde pun rasa cringe atau try hard nak bagi nampak kelakar. Lawak dia sangat natural (yes I laughed so hard😭).

Relationship antara Haqq and Jasmine? I must say it is bittersweet. But the development of their relationship? It is soo good! Kita boleh nampak how the feelings tu develop dalam diri masing masing. Sorry but I rasa Haqq ni comel sangat tauu bila dia sukakan someone tu HAHAHA like it’s soo obvious broo?! And he’s such a greenflag gentleman!! Jasmine pulak, she kept so many things by herself. I am glad she finally found someone she can rely on❤️‍🩹 And untuk Haqq Qaisar El-Thasiq, I seriously want to give him a hug soo badd!! For the ending, sejujurnya I think that might be the most realistic ending yang kak Effa boleh bagi and I truly understand and accept the ending. It’s beautiful and heart-wrenching at the same time.
Profile Image for Aurel and the books🥀.
44 reviews1 follower
June 8, 2026
None of it was real.All this time,it was a lie.


Putera Mahkota Haqq Qaisar El-Thasiq adalah satu-satunya waris Kesultanan Aqtar. Sejak dia berumur 5 tahun lagi, Haqq dididik untuk menjadi seorang Sultan menggantikan Almarhum ayahndanya,Sultan Herman disebabkan dia merupakan anak tunggal.Apabila Haqq sudah cukup umur dan ditabalkan menjadi Sultan,Wazir Nasab Diraja mulai risau dan memutuskan untuk Haqq berkahwin dan mendapatkan zuriat. Dengan adanya permaisuri dan waris dari Haqq dapat menstabilkan kerajaan Aqtar.

Apa yang mengejutkan Haqq diantara calon permaisuri terselit nama Jasmine didalamnya. Wanita yang cukup Haqq kenali sejak sekolah lagi. Mereka mempunyai sejarah dan
itu saling tidak bertegur.

Yang buatkan Haqq pelik, Jasmine tidak membantah untuk dijadikan calon isterinya kerana wanita itu membencinya dan hanya diam menurut. Perkahwinan yang dibina oleh mereka hanyalah semata atas dasar formaliti. Tidak lebih dari itu. Haqq menghormati Jasmine. Mampukah mereka menempuh benteng pertahanan perasaan yang mereka bina selama ini?



Kejadian kes pembunuhan bersiri yang melibatkan 6 individu yang dibunuh dilaporkan oleh Detektif Hezran mengejutkan Haqq.
Mayat-mayat yang dibunuh ini adalah kerabat di raja Aqtar. bermula dgn kerabat yang jauh yng berketurunan raja dan sampailah menghampiri dgn keturunan sultan yang sekarang. Setiap mangsa yg dibunuh dgn cara yang sama dalam keadaan sungguh mengerikan! Detektif Hezran, Damien dan Haqq berusaha untuk menyelesaikannya.

Damien mengarahkan Jasmine untuk melakukan autopsi ke atas mayat tersebut oleh kerana wanita itu seorang doktor patologi forensik. Jasmine menyatakan ada cecair yang asing dimasukkan ke dalam setiap badan mayat tersebut. Jasmine sendiri tidak dapat mengenal pasti. Taqi mahir dalam bidang ini. Jadi, mereka ingin meminta bantuan dari Taqi kerana Taqi bijak dalam hal sains biologi dan sains kesihatan. Dia mempunyai PHD biologi molekul perubatan. Tetapi, lelaki itu hilang tanpa jejak selepas pergelutan antara dia dgn Damien pada waktu lalu.


Perbuatan kasar Haqq ke atas Jasmine yang tidak disengajakan pada malam perkahwinannya itu membuatkan Jasmine menyangka bahawa Haqq, sultan yang diagungkan oleh rakyat dan yang paling suci,hanyalah wayang semata bagi untuk menutup perangai yang sebenar. Tapi,Jasmine lihat hanya pada dasarnya sahaja. We don't know what he struggled behind this. The unseen behind him? He hurt and healed as time went by as he thought. Does he 'really' heal?

Dengan sikap Jasmine yang kasar dan tiada perasaan, dia ingin buat Haqq untuk membenci akan dirinya. Apakah yang membuatkan Jasmine menjadi seperti itu?

Haqq sukar untuk mengerti emosi Jasmine dengan muka ketatnya. But, he was always trying as hard to understand her as he could. So gentleman. Ada sisi lembut Haqq untuk Jasmine Haya'. Bagi wanita itu pula,Haqq adalah lelaki yang selalu buatkan dia selesa. Dia terasa lebih hidup dgn Haqq. Itulah rasa yang Jasmine paling benci!


Untuk bekerjasama dengan Taqi Mikhyariq, sudah tentunya dia meletakkan 'syarat'.Taqi semakin banyak akal terutamanya untuk mengenakan Damien. Haqq selalu menjadi orang tengah meredakan pergaduhan setiap kali mereka berbincang. Ngl, saya makin suka pulak dekat watak si manusia yang terpaling hebat ni.Dalam masa yg selalu lupa dgn nama orang.😂 (Oh,part nyanyi lagu aram sam sam tu comel! Sampai Ivan pun terjebak sama.)


Tinggi kesabaran Damien untuk mengalah dengan Taqi ni demi untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini. The more important thing is, only Taqi could handle the other side of Haqq. Saya tunggu buku Taqi pula selepas ni!


Karakter Haqq ini menjadi kegemaran saya since baca buku Qaid lagi dan tertunggu-tunggu dengan ceritanya.Kali ini, saya suka sebab banyak part Taqi. Saya suka bila mereka dapat berkumpul kembali.
Manis cinta dengan Jasmine tetap terasa walaupun dia bersikap kasar. Tetapi, kemanisan hubungan sahabat mereka bertiga yg terjalin itulah yg mahal di setiap saat.

Ini adalah kisah dua jiwa yg membawa luka yg berat dimna mereka membesar tidak mndapat cukup kebahagiaan dan kebebasan sperti orang lain. Cerita yang sarat dengan emosi dan menguji adrenaline.

Disebalik kedukaan yang terselit rasa bahagia. Disebalik kesedihan pula, ada tawa dan jenakanya.


I really love this story! I totally drawn to this book!Kalau korang nak tahu misteri yang berlaku di dalam kerajaan Aqtar. Please read Haqq!!!Sudah pastinya ada kelainan yang ditulis pada setiap karya Effalee dgn idea-idea yg brilliant!✨
Profile Image for pewnofthaly.
1 review
May 29, 2026
If y'all like to read books that come with some crime investigations and mystery elements that are mixed up with romance and friendship, Haqq will suit you pretty well. So basically, Haqq ialah sekuel kepada siri aqtara sebelum ni iaitu Qaid : The Unknown. Kalau Qaid adalah tentang Damien, Haqq adalah tentang Haqq. Boleh ke baca Haqq dulu sebelum Qaid? Of course boleh! Tetapi kalau nak tahu apa yang jadi antara tiga sekawan tu, semuanya ada dalam Qaid.

Jujur ippa rasa, Haqq’s driving me crazy. Sebab baru beberapa bab, Effalee dah sajikan kita dengan bermacam-macam fakta. Laju dia tak boleh bawa bincang 🙂‍↕️ Perkahwinan? Ancaman bunuh? I was like ‘satu-satu Effa. SATU. SATU.’ Honestly, kisah antara Haqq dan Jasmin bermula agak lambat. Ippa memang asyik tertanya-tanya apa yang jadi antara mereka tetapi ippa faham sebab penulis cuba built the environment untuk main issue jadi pembaca mudah faham akan situasi dan dapat ikut rentak cerita sehingga ke penamat.

‘𝙻𝚎𝚝’𝚜 𝚘𝚙𝚎𝚗 𝚑𝚎𝚛 𝚋𝚘𝚍𝚢 𝚞𝚙.’

This might be one of the reasons ippa hooked dengan jalan cerita Haqq. As usual, kalau sebut tentang pembunuhan kita akan terbayangkan pembunuhan seperti tikaman berkali-kali atau pemerdagangan organ. Namun berbeza dalam cerita kali ni. The description tentang apa yang jadi pada mangsa sangatlah mind-blowing. Like how can Effalee fikir benda macam tu. I really love the idea. It's rare but yes.

As for the character, pada mulanya ippa tak dapat rasa dinamik antara watak Haqq dan Jasmin. Mungkin disebabkan perwatakan masing-masing yang masih samar. But when it comes to ’the version of Haqq’, dinamik antara watak mereka sangat ketara. Ippa sangat suka apabila penulis ketengahkan watak-watak yang ada dengan cara tersendiri (I'm trying not to give spoilers 😌) #Q4life #Tthecrybaby

Dan ippa suka dengan friendship antara Damien, Haqq and Taqi dalam cerita ni. Kisah mereka dalam Haqq lebih banyak diketengahkan berbanding dalam Qaid. Lebih-lebih lagi watak Taqi. Nampak la dia berguna sikit dalam ni walaupun perangai gila-gila tu masih ada :) and I really love with the line ‘Kalau Damien ada untuk Haq, Taqi pula ada untuk diri sendiri.’ 😇 #sayangTaqiangatsorryQ

Speaking of the ending, I must admit that this was an unexpected rebound from effa since we all know her writing style. Jadi, masih adakah happily-ever-after untuk Haqq atau sebaliknya?

Personal rating : 4.8 ⭐
Profile Image for serene.
3 reviews
June 3, 2026
Permulaan cerita ni terus straightforward ke haqq kena kahwin and dorang senaraikan calon-calon. Jasmine disenaraikan dan benda tu membuatkan haqq rasa pelik sebab dulu, jasmine yang menghilangkan diri tapi sekarang dia muncul sendiri? Tapi benda tu diabaikan ja dengan haqq. Perkahwinan dorang smooth je takde apa yang diganggu tapi lepas dorang kahwin, ada kes pembunuhan yang melibatkan kerabat diraja (its getting interesting !) so haqq mestila kena ambil tindakan and siasat benda tu sebab dia ketua negara kan. Tapi tak semua dia boleh selesaikan, dia memerlukan kawan-kawan dia iaitu damien dan smart boy kita, taqi 😆😆 untuk minta tolong damien kejap je boleh tapi taqi tu hm ,kalau yang dah baca qaid tahu la kenapa 🌝 this part kita suka sebab dalam buku kali ni banyak scene dorang bertiga and i can see their friendship yang sangat rapat. setiap sorang love language dorang berbeza sebab tu je !! Okay pastu pasal perkahwinan dorang, YA ALLAH I IS GERAM DENGAN PERANGAI JASMINE !!! pastu chemistry dorang awal-awal kita tak berapa nampak , maybe sebab perangai jasmine sama 😔🫩 (haters jasmine) tapi ha ada tapi 👀👀 makin kita baca makin tahu kenapa perangai jasmine tu jadi sebegitu ~~ and tak effalee la kalau takda plot twist !! kalau haqq pun ada sisi lain, jasmine pun ada sisi lain yang disembunyikan juga 🙂‍↔️🙂‍↔️ back to kes pembunuhan, bagi kita buku ni lagi menarik kes dia berbanding buku qaid sebab kita terfikir, macam mana author boleh terfikir untuk create kes yang macam ni sebab dia berkaitan dengan agama, kuasa dan sedikit sains disitu ya. yang part agama tu ye banyak sangat in real life pun berlaku, so saya suka ! my fav character issa damien HAHAHAH sorry saya setia dengan damien, of course haqq handsome semua tapi untuk sikap/perangai saya lebih suka damien hehehe. Kalau korang nak tahu siapa dalang kes pembunuhan tu and apa sisi lain haqq , sila lah beli ! totally recommended ! buku ni bukan sahaja pasal cinta tapi pasal friendship, thriller and banyak pengajarannya ✨🙂‍↔️
Profile Image for callareads.
7 reviews1 follower
May 20, 2026
tbh, i’ve never managed to finish any effalee’s previous books (they just arent my cup of tea forgive me pls dont attack 😔) but this time, I gave a try for Haqq cause the premise intrigued me and to my surprise, I enjoyed it a lot its so good ngl. I can say that the author’s writing has improved so much, it feels far more mature and polished now. the plot development here also has more intensity (the mystery, angst, conflict and everything).

Honestly, the portrayal of friendship is what hits me the hardest. how damien & taqi going above and beyond just to make sure Haqq feels safe and loved. How damien & taqi always banters but when it comes to haqq, they becomes soft and will do anything (i have my biggest soft spot for haqq too). their friendship is the kind i longed to have. the real definition of unconditional love and im feeling emotional as i write this 🥹 And I also love how it’s about two wounded souls who were brought together by circumstances beyond their control at first but somehow fate turned it into a journey of them finding love and mending the buried scars they’ve carried their whole lives, Haqq and Jasmine deserves so much love and more 💔

Usually I cringe at romance, but this one made it feel so genuine it doesnt feel forced at all. Even the comedic moments blended so well amidst the serious plot. I dont want to spoil much but this book deserves a read! If you havent read any effalee’s books cus you aint into romance book please give this a try! totally worth it

To effale, you’ve just gained a new reader! I hope you continue writing stories that touch many hearts and leave us completely mindblown the way this one did for me 🤍✨

ps: ill be waiting for taqi’s side of story (eventho sometimes he annoyed me agsgs) 🤭
Profile Image for Tiya Rashid.
8 reviews
May 28, 2026
Lepas QAID, memang Tiya tertunggu-tunggu cerita pasal Haqq sebab dalam buku sebelum ni Haqq digambarkan sebagai seorang yang tenang, matang dan misteri.

Tapi dalam HAQQ, baru nampak sisi lain diri dia yang selama ni kita tak nampak.

Cerita bermula bila satu demi satu kerabat diraja Aqtar dibunuh secara misteri. Dalam keadaan tegang tu, Haqq sebagai Sultan Aqtar dipaksa berkahwin demi memastikan waris kesultanan tetap ada. Kemunculan semula Jasmine Haya’ dalam hidup dia pula memang terus tambah banyak persoalan.

Apa yang Tiya suka, HAQQ bukan sekadar cerita politik istana atau misteri pembunuhan semata-mata.

Effalee banyak main dengan emosi dan psikologi watak. Makin lama baca, makin rasa ada sesuatu yang ‘tak kena’ dengan Haqq. Dan part tu memang buat tiya lagi curious nak tahu apa sebenarnya yang Haqq sembunyikan.

Friendship trio Haqq, Damien dan Taqi pun masih jadi antara benda paling best dalam buku ni 🤫 Interaksi dorang terasa natural dan hidup. Di tengah cerita yang agak berat, trio ni lah yang banyak bagi balance dekat emosi pembaca.

Penulisan Effalee pula as always, santai dan smooth. Walaupun cerita dia penuh misteri dan emosi berat, cara dia bawa cerita tetap senang nak hadam. Humor dia pun jenis tak try hard. Tak sedar kita tergelak sendiri atau senyum sorang-sorang masa membaca.

Bagi tiya, HAQQ rasa lebih berat dan emosional berbanding Qaid.

Haqq bukan sekadar pasal misteri atau kuasa tapi pasal manusia yang terlalu lama simpan luka 🥹
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
September 9, 2026
Genre: mystery, romance

Saya rasa buku ni bukan sekadar cerita tentang misteri pembunuhan atau pemerintahan Haqq, tapi juga tentang bagaimana pengalaman dan trauma boleh membentuk seseorang.
Bagi saya, Jasmine antara watak yang agak sukar untuk difahami pada awalnya. Tapi semakin saya tahu apa yang dia lalui, the more it broke me.😭

Kita tak semestinya bersetuju dengan cara seseorang bertindak, tetapi memahami luka yang membentuknya boleh membuatkan kita melihat watak itu dari sudut yang berbeza.
Mungkin kita tak faham pilihan yang dia buat, tapi saya rasa kita boleh cuba faham kenapa dia bertindak begitu, dan cuba bertahan.
Haqq & Jasmine sama-sama watak yang buat saya rasa mereka perlukan seseorang untuk bantu mereka berdepan dengan luka masing-masing. Bezanya, Haqq masih ada Damien & Taqi. Tapi Jasmine??? 😭

Kepada Haqq & Jasmine di luar sana... itsssoookay untuk pentingkan diri sendiri sekali-sekala. Take your time to heal. Luka lama mungkin membentuk kita, tapi itu tak bermakna kita selamanya akan terperangkap di situ.
Saya percaya setiap orang layak dapat peluang untuk sembuh, berubah dan diberi peluang kedua.
*yeahh moga penulis cepat2 keluarkan buku Taqi pulak. Tak puas lagi baca cerita universe dorang ni.

Personal ratings: 5⭐️
Profile Image for sara.
7 reviews
May 30, 2026
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️/⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Haqq seorang yang pendiam & lembut tetapi betul ke tu je sifat yang dia ada? Jasmine pula seorang yang pemarah dan keras hatinya tetapi takkan hatinya tidak lembut dengan belaian daripada haqq sendiri? What a dynamic duo

Kita mulakan dengan Haqq, dimana kita tau dia ni seorang sultan bagi kerajaannya jadi untuk menjadi seorang sultan, bagi dia perlu dilakukan setiap kerja dengan SEMPURNA sedangkan damien & taqi selalu cakap tak perlu pressure diri sendiri sehinggakan penat nnti lain jadinya lebih lebih lagi “the unseen part of him”

Dalam HAQQ, kita dapat tengok dengan lebih detail pasal trio ni la which is haqq, damien & taqi AND YOU KNOW WHAT?? I LOVE THEM SO MUCH but i just know that taqi’s book will ruined me and you know what?? i’m ready for that because i feel intrigued

Jasmine pula mesti ada sebab kenapa dia macam tu which is hati dan sebagainya tapi TAK EXPECT LA KEJADIANNYA SAMPAI BEGITU SEKALI YE???? I WAS SHOCKED AND CRYING OUT MY TEARS FOR JASMINE

Both of the male and female character need each other to heal and be normal and that what makes me feel so emotional because they found each other 🥹🥹
Profile Image for bunga..
34 reviews
September 8, 2026
everything was about solving cases until qaid ceritakan pada jasmine pasal qaisar & thasiq, who turn out to be haqq’s alter ego 😩

at first geram kenapa haqq baik sangat even jasmine berkasar je dengan dia, but that’s actually what a man does when they are in loveee (awwww) 😭💓

this book also reminds me of kdrama "it’s okay to not be okay" sebab jasmine tak suka showing her true emotions. konon tak terkesan dgn kebaikan haqq, padahal… hati dia lama dah cair.

paling suka moment jasmine & qaisar. waktu qaisar gigit lengan dia, jasmine tarik pula rambut dia. padan muka MUAHAHA. waktu thasiq muncul pula comel je, siap boleh peluk lagi hehe 🥰

part semua dah terbongkar, serious ANGST GILA. i cannot part jasmine minta maaf dekat haqq 💔 that’s literally titik terendah jasmine 😭😭

overall buku haqq memang terbaik. after baca qaid mesti baca ini. teruskan menulis effalee, tak sabar nak tahu apa jadi dalam kisah taqi pula !!
Profile Image for Nur Asshikah.
1 review
September 9, 2026
I love this book so much (another masterpiece from Effalee) The plot is super interesting and i love their love story. The way Haqq always trying to protect Jasmine whenever she got hurt or complained especially when Qaid love to talk rudely/harsh towards her. He always got her back in every situation. Haqq was so soft and very gentlemen even though when he living with DID and switching alters. Although when Haqq switch to his another personality which is “Qaisar" known as the one who always have an aggressive and rough character, he always have a soft spot for Jasmine and will never hurt her. Jasmine who grow in an imperfect family always try to hide her feelings towards Haqq. In the end, im happy they got their happy ending and love each others flaw.
Profile Image for moon — ᨳଓ ..
30 reviews
June 5, 2026
Honestly suka sangat dengan cerita Haqq! , kalini banyak scene damien , haqq & taqi dari buku Qaid dan i taktahu pulak cerita ni banyak sangat sedih ye sampai ada kesan air mata dlm buku tu Hahahahhaha. tapi still takpuas dengan ending dia 😭 like kak effa should add more tau tapi macam takpe sebab i rasa akan keluar buku taqi pulak 👀👀. cuma buku ni kurang sikit plot twist yang jaw drop macam buku kak effa sebelum ii ni sbb plot dia kita boleh guest. Lastly , the only character yang carried this book is Taqi , Qaisar dan Thasiq! sangat suka tiga ketul ni. Qaisar nak ending tu macam ii hal ek dia buat , kelakar gila 🤣
Profile Image for Chelsea Dirlton.
14 reviews
September 14, 2026
Jalan cerita yang sangat puas hati~! Overall, I really enjoyed the story. I love that we get to see both the hero’s and heroine’s perspectives and understand what they think about each other.

I especially enjoyed Damien and Taqi’s friendship. It has that funny hate-love kind of relationship. Eventho sometimes Taqi can be quite annoying hahaha but ngl he quite genius.

I really hope there’s a continuation of this story, but it seems like there might be one since Taqi already dropped some hints 👀✨ If there’s a next book, I really hope we get more of Taqi’s story!! 🥹
Profile Image for ju.
11 reviews
July 23, 2026
weh comel gila friendship diorang bertiga ☹️💗 sometimes jasmine is too much tapi from that you boleh nampak betapa Haqq tak kisah, as long as jasmine happy adoi rajaku 🥹😩🫶💓

taqi kau kan ei geram je aku cepat comeback aku nak baca cerita kau pulak wahai taqipedia. nah *umpan guna lollipop* pastu, so happy to see damien and amra again! 💘💗💞
Profile Image for Sara Khaleeda.
20 reviews
August 14, 2026
DAMNNNNNN THE STORYYY IS SOOO GOOODD😭😭😭😭Kak Effa makann apaaa time tulis buku niii😭😭😭 how the plot twists is twisting, TAQII REALLY MENGGUGAT KEIMANAN BUTT DAMNNN TAQIII SUNGGUH MENYALAAA DALAMMM NIIII...bittersweet ending for me in this book, moga Jasmine dan Haqq bertemu semula dalam versi terbaik masing-masing🥹💛
6 reviews1 follower
July 7, 2026
BESTTT!

Jangan ragu2 nak beli buku ni, beli jeee. Bagi aku buku ni lagi best dari Qaid.
Suka sangat jalan cerita Haqq ni sangat teratur & watak Haqq sangat unpredictable membuatkan buku ni lg menarik!
BTW saya tak sabar nak tunggu cerita Taqi.
Profile Image for Nurafee.
13 reviews
August 3, 2026
omg AHHHH KENAPA CEPAT SANGAT HABIS this book literally got me out of the reading slump do, sumpah PEAK gila cerita ni, also, kenapa page jasmine ni sangat blurry?!? kenapa sedih sangat ni?? and, haqq, the man u are, wow, keluarkan buku taqi cepat cepat pls
Profile Image for pujun.
22 reviews
August 11, 2026
disebabkan aku dah bayar qaid dan aku rasa best. aku kena baca haqq!

aku suka haqq hahah dengan soft nya walaupun dia menghidap DID tapi tu tolak tepi. dia punya soft tu buat aku pun nak soft sekali kahkah.

ok next taqi pleaseeeeeee
10 reviews
August 21, 2026
Ml sangat green flag! but the ending?!! i love cerita ni sangat best tapi sedih sebab ml dan fl ada trauma masing ii n bila diorang nak kecapi bahagia tu mesti ada je halangan/ benteng yang menghalang diorang. just hope ada walaupun satu kata sayang or ily from ml or fl
This entire review has been hidden because of spoilers.
5 reviews
May 23, 2026
Sumpah dah habis tak boleh move on nak lagi😭😭😭😭 tak puas😢😢
Profile Image for Rauda Shu.
52 reviews3 followers
May 31, 2026
macam biasa, she is cooking!! love this so much 💋
Profile Image for lavender books.
4 reviews
June 10, 2026
Besttt!....haqq has always been my favourite character since buku qaid..dia terlalu baik untuk dunia ni yg kejam😔
10 reviews3 followers
September 16, 2026
Wehhhhhhh lawak gileee part yang hujung-hujung ni 🤣🤣🤣🤣. Bongok la Qaisar. Kesian Damien dengan Taqi kena layan hahaha.

Anywayy, tak sabar nak tunggu buku Taqi pulakkkkkkk
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews