Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Turki

Rate this book
Sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi. Sejarah yang rasmi pula tidak semestinya benar. Analisis dan kajian perlu dilakukan bagi memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan palsu.

Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan penulis menyelusuri lipatan sejarah hebat hubungan Kerajaan Islam Turki dan Alam Melayu, yang disembunyikan!

Hubungan Turki-Melayu bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, jihad dan persaudaraan Islam. Turki sebagai pelindung umat Islam menganggap Alam Melayu sebagai sebahagian induk wilayah Islam keseluruhannya. Sejak zaman Sultan Sulaiman Agung, bahkan lebih awal, bantuan ketenteraan telah dihantar oleh Uthmaniyyah bagi membantu umat Islam Alam Melayu menentang Portugis. Kemudian, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, bantuan ketenteraan turut dihantar ke Alam Melayu bagi menentang Belanda dan British. Ramai tentera Uthmaniyyah yang berjuang di Tanah Melayu menentang Portugis dan Siam tidak pulang kembali ke Turki, sama ada mereka gugur syahid atau meneruskan kehidupan di sekitar wilayah Patani. Patani adalah penempatan Melayu yang terlepas ke tangan Siam akibat permainan politik British-Siam.

Membongkarkan sejarah hebat bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu, buku ini bukan hanya membuka mata terhadap penipuan sejarah perkembangan Islam oleh penjajah dan tali barut mereka. Malah memahami keagungan kita melalui sejarah ini, membantu membina jati diri dan kesedaran kepada generasi hari ini bahawa mereka adalah bangsa hebat yang pernah melakar sejarah gemilang malah diiktiraf dunia, lalu kegemilangan itu wajar diteruskan.

367 pages, Paperback

First published January 1, 2015

33 people are currently reading
392 people want to read

About the author

Mat Rofa Ismail

15 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (42%)
4 stars
34 (40%)
3 stars
9 (10%)
2 stars
4 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Azlinah Awang.
25 reviews4 followers
July 3, 2015
Novel travelog sejarah WAJIB hadam. Memahami sebuah SEJARAH umat kita yang dirampas. Membetulkan sudut pandang kita yang selama ini dipesongkan dengan penuh terancang.

Dosa penjajah bukan hanya pada hasil mahsul negara jajahan yang dirampas, tetapi mereka melakukan jenayah yang lebih dahsyat dengan merampas SEJARAH sebuah bangsa.

Betapa sejarah umat ini yang dibaca, yang ditulis, yang diajarkan jauh dipisahkan daripada kebenaran yang sebenar.

Sebuah kekuasaan kerajaan khilafah Turki Uthmaniyah membawa rahmat Islam ke seluruh alam termasuk alam melayu. Yang memilukannya, sejarah ini digelapkan. Nama tokoh : Syeikh Ahmad Al Fathoni dihilangkan daripada lipatan sejarah.

Bagaimana ironinya sejarah kedatangan Henry Gurney di Tanah Melayu dan perkaitannya dengan penderitaan umat di bumi PALESTIN.

Besarnya jiwa para pemimpin dalam sejarah Islam Turki Uthmaniyyah. Apa yang dirasai dengan kewujudan Erdogan-Turki kini adalah kesinambungan sejarah mereka terdahulu. Kehebatan mereka ada asas sejarahnya.

Seronok dan teruja membaca betapa keadilan dan rahmat Islam dirasai di segenap dunia pada satu ketika dahulu.

Di satu saat pembacaan, rasa sayu datang tanpa dipinta. Apabila mengenangkan betapa jauhnya kita, betapa tidak besarnya jiwa kita, betapa dangkalnya perkiraan kita...

Memikirkan umat, memikirkan bagaimana rahmat Islam yang belum dirasai semaksima mungkin kerana kurangnya usaha kita.

Membaca buku ini mengambil masa yang agak lama, kerana melibatkan penceritaan fakta sejarah tapi ianya berbaloi.

Satu muhasabah : Sejarah yang sudah berlalu hanya tinggal abu berterbangan. Api sejarah yang pernah menyala dalam sejarah silam perlu dinyala kembali. Kebenaran adalah kebenaran dan tetap benar walau dinafikan seluruh alam.

Bacalah buku ini. Demi kebenaran.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
September 15, 2016
Sebuah catatan perjalanan dari pengarangnya yang cuba melihat hubungan antara masyarakat Melayu dan Turki yang telah berlangsung sejak sekian lama. Keasyikan membaca terganggu dengan dua perkara - banyak kesalahan ejaan dan fakta yang berulang-ulang (katanya disengajakan). Namun begitu buku ini bagus buat yang ingin memulakan pembacaan tentang hubungan alam Melayu-Turki sebelum bergerak ke karya lain khususnya oleh Haji Wan Muhammad Shaghir Abdullah yang sebenarnya banyak dirujuk oleh penulis
Profile Image for Tahani Ahmad.
2 reviews1 follower
July 17, 2016
Post ini saya tulis sebagai review buku Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki. Saya hanya pembaca yang tertarik dengan isi kandungan buku ini, dan tidak ada kaitan dengan apa-apa kajian Dr. Mat Rofa (penulis yang mengkaji). Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa ada beberapa isi buku ini yang menarik untuk dikongsikan.

Antara tujuan buku ini ditulis adalah untuk membongkarkan sejarah yang berkaitan dengan empayar Uthmaniyyah dan hubungan empayar ini dengan Alam Melayu. Pelbagai bukti-bukti sejarah yang dijumpai oleh penulis buku tentang hubungan antara kerajaan Uthmaniyyah dengan kerajaan di Alam Melayu. Dalam buku ini, penulis menceritakan tentang hubungan Turki dengan Alam Melayu yang berlangsung sejak awal.

LATAR BELAKANG SEJARAH HUBUNGAN

Di Alam Melayu, ketika itu, Melaka diperintah oleh Sultan Mansur Shah (1458-1477) selama 19 tahun bertepatan dengan pembukaan Istanbul oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Melaka dan rantau pentadbirannya di Asia Tenggara mengiktiraf khalifah Uthmaniyyah sebagai pemimpin besar umat Islam keseluruhannya. Lalu, kerajaan di Alam Melayu menjalinkan hubungan dengan kerajaan Uthaminyyah. Hubungan ini semakin kuat dan melebar ketika pentadbiran Sultan Sulaiman al-Qanuni. Beliau berutusan surat dengan kerajaan Islam Acheh yang melibatkan hubungan diplomatik dan ketenteraan. Kerajaan Uthmaniyyah menjadi pelindung negara umat Islam di seluruh dunia ketika kemuncak keagungannya. Kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia diganti oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Sejurus sebelum kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah, perjuangan menentang penjajahan British di Tanah Melayu masih berhubung dengan khalifah Turki oleh rangkaian Syeikh Ahmad al-Fatani di Riau, Jambi, Pahang dan seluruh Alam Melayu. Contohnya, perjuangan Dato Bahaman Dato Bahaman memohon pertolongan Turki. Khalifah Turki menghantar pertolongan armada laut tetapi armada ini ditenggelamkan oleh British sebelum tiba ke destinasi.

Di akhir pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah, umat Islam berada dalam pergolakan dan perpecahan yang dahsyat disebabkan oleh dasar imperialisme Barat. Sultan Abdul Hamid menubuhkan gerakan Pan-Islam bertujuan untuk menyatukan umat Islam di bawah satu pentadbiran yang mantap berpayungkan Uthmaniyyah sebagai sebuah kerajaan Islam. Umat Islam perlu disatukan di bawah seorang khilafah setelah perpecahan yang berlaku akibat kolonialisme Barat. Projek ini berjalan dengan jayanya tetapi akhirnya tergendala setelah kejatuhan Sultan Abdul Hamid II. Penentangan British dan sekutunya terhadap Sultan Abdul Hamid II yang menjadi pelindung kepada umat Islam dilakukan dengan sangat terancang.

FAKTA-FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN

Antara fakta yang menarik yang saya temui di dalam buku ini juga adalah, semasa era penjajahan Jepun di negara kita. Kerajaan Uthmaniyyah telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu. Fakta ini langsung tidak disebut di dalam buku sejarah di negara kita kerana sesetengah penulis sejarah negara terpengaruh dengan paradoks bahawa pejuang Melayu yang melawan Jepun adalah hero negara. Selain itu, penulis di negara kita juga tidak menyebut nama-nama tokoh penting yang banyak menyumbang dalam perhubungan Turki-Melayu. Antaranya ialah Syeikh Ahmad al-Fatani yang telah dilantik sebagai wakil kerajaan Uthmaniyyah di Alam Melayu. Syeikh Ahmad al-Fatani sangat berjasa dalam perkembangan ilmu agama dan pemikiran Islam di Tanah Melayu.

Bukti-bukti sejarah yang ditemui oleh penulis semasa melakukan kajian beliau menunjukkan bahawa ilmu-ilmu seperti astronomi, aljabar, algoritma, astrofizik dan sebagainya terlebih awal diasaskan oleh sarjana-sarjana Islam seperti al-Farabi, al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan sebagainya. Bahasa Arab juga adalah bahasa ilmu di dunia ketika zaman kegemilangan Islam dan bahasa ini dipelajari oleh sebahagian sarjana Barat yang menuntut ilmu daripada sarjana Islam.

Penulis juga mengkritik sesetengah penulis sejarah yang tidak adil dalam menulis sejarah sesuatu tamadun. Lebih teruk lagi, penulis di tanah air kita juga terpengaruh dengan penulisan sejarawan Barat. Penulis Barat lebih fokus untuk menghuraikan keburukan kerajaan Uthmaniyyah melebihi sumbangan kerajaan tersebut terhadap tamadun Islam. Sebagai contoh, kerajaan Uthmaniyyah diburukkan dengan kes yang berlaku berkaitan dengan hal-hal peribadi dalam keluarga sultan. Walaupun wujud korupsi dalam kalangan pemerintah, tetapi sumbangan kerajaan Islam yang besar tidak di'highlight'kan dalam buku yang ditulis oleh sejarawan Barat.

Penulisan buku ini boleh jadi juga sedikit tidak adil kerana menyebelahi kepada satu pihak saja, namun buku ini ditulis berdasarkan kajian yang merujuk sumber yang 'authentic'. Oleh sebab itu, fakta sejarah dalam buku ini lebih diyakini berbanding fakta buku sejarah yang diajar di kebanyakan sekolah di Malaysia.
Profile Image for Noornuzula.
38 reviews1 follower
July 5, 2020
Kata penulis "sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi , sejarah yang rasmi pula tidak semestinya sejarah yang benar . Analisis dan kajian perlu di lakukan untuk memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan yang palsu "

Dalam buku ini penulis memaparkan hubungan tanah Melayu dengan kerajaan Turki Uthmaniyah , dalam hubungan dua negara ini penulis banyak sekali mengangkat tokoh Syeikh Ahmad Fatani yang pernah menjadi penasihat kepada sultan Mansur di Kelantan . Selain Syeikh Ahmad Fatani banyak juga tokoh lain yang ditulis seperti Sultan Abdul Hamid II , sultan Muhammad al Fateh , sultan Iskandar Thani , Said Nursi dan pelbagai untuk mengaitkan dengan pelbagai peristiwa sejarah , baik di tanah Melayu atau turki

Walaupun Tajuk buku ini seperti menekankan berkaitan tanah Melayu dan negara Turki , namun setelah saya selesai membaca maklumat berkaitan "hubungan " tersebut tidak sampai atau tidak lebih separuh buku , banyak kisah yang lain terutamanya tentang jatuh bangun kerajaan Turki Uthmaniyah , penipuan maklumat sejarah oleh penulis -penulis sejarah terutama dari barat yang seolah menyembunyikan banyak fakta ,sebelum ini telah saya baca dalam beberapa buah buku yang lain menjadikan bacaan kali ini seolah -olah membaca buku yang sama berulang -ulang kali , namun buat yang pertama kali ingin membaca berkaitan dengan jatuh bangun kerajaan Turki Uthmaniyah dan negara Turki sendiri saya kira ini buku yang bagus buat mereka .

Saya amat kagum dengan penulis yang berani untuk berbeza pendapat tentang maklumat sejarah yang popular yang selama ini kita dengar , beliau bukan sahaja berani untuk berbeza malah keberanian beliau di sandarkan dengan ilmu dan kajian , sesuatu yang harus kita hormati dan belajar untuk berdisiplin dalam berbeza pendapat

Kata penulis "Menolak fakta tanpa hujah merupakan amalan penjajahan yang tidak didasar kepada kebenaran"

"Budaya ilmiah tidak menolak sesuatu pandangan , kecuali perlulah pula dibawa hujah yang lebih baik dan yang lebih sahih daripada catatan penulis ".
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
April 22, 2015
Penulisan bersahaja tetapi sarat maklumat dan memberi perspektif baru dalam melihat sejarah umat.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
September 20, 2018
Sebuah naskhah travelog sejarah yang membawa pembaca untuk bersama-sama merenung kesahihan fakta sejarah yang selama ini telah diputar-belitkan oleh penjajah Inggeris. Kebanyakan fakta sejarah yang sebenarnya ditutup bertujuan untuk mengelakkan semangat kebangkitan. Dalam konteks naskhah ini, keagungan dan kehebatan sarjana serta dunia Islam dipadamkan dari catatan sejarah serta dikaburi dengan penyelewengan fakta. Islam pernah mewarnai kehebatan dan kegemilangan dunia pada suatu ketika dahulu tetapi masyarakat hanya melihat kepada era kebangkitan tertentu sahaja. Fakta inilah yang telah dicungkil semula oleh penulis dan dipersembahkan dalam bentuk penulisan mudah tetapi sedikit berat agar generasi sekarang tidak menjadi seorang yang BUTA SEJARAH !
Profile Image for Faisal Rosli.
10 reviews2 followers
June 22, 2021
This book narrated the role and influence of the Ottoman empire as the last caliphate towards the islamic empires in South East Asia in 18th-19th century. During this period, the islamic countries were part of the British Empire. This book finally helped me connected the dots between the missing facts that I've been looking for of the struggle of Islam that had huge influence in the Malaysian before Malayan independence. You will never find these links written in the current Malaysian History books.
Profile Image for Muhd Fariz Ismail.
11 reviews
August 10, 2017
Penulis telah berjaya membawa diri pembaca untuk tetap setia membaca setiap lembaran buku ini. Buku ini jelas sekali membuka minda pembaca untuk berfikir dan merenung kembali sejarah tanahair yang dahulunya penuh dengan peristiwa-peristiwa penting.

Acapkali kita membaca buku-buku sejarah sejak peringkat sekolah dengan sudut pandang yang sama. Kini, kita disajikan dengan sisi pandang yang berbeza sekaligus mencetuskan pemikiran demi pemikiran serta keinginan untuk tahu sejarah yang sebenar dan tepat.

Kembalikanlah kegemilangan dan kekaguman kepada para tokoh Muslim dahulu yang bukan sahaja memegang pedang dan tombak untuk berjihad, tetapi mereka ini berjihad dengan ilmu dan pena tulis dengan penghasilan penemuan baharu serta kitab-kitab rujukan.

Buku ini SEHARUSNYA DIBACA oleh semua umat Islam di Malaysia khususnya.
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 8, 2016
mind blowing! Buku ini membawa aku melihat dua dunia, satu dunia yang berkisar bangsa aku, Melayu dan satu lagi adalah dunia agamaku, Islam. Betapa aku dulu mengangumi bagaimana Barat itu boleh maju berbanding kami Melayu Islam. Akan tetapi, rupa2nya, tamadun Islam lah yang banyak mengajar Barat, terutamanya Eropah untuk maju. Eropah tidak akan maju jika mereka tidak bertemu Islam. Mereka meratah sepuas2nya kemajuan dan keilmuan Islam yang hebat seawal abad 9 itu.

Penulis juga membawa hubungan kehebatan alam Melayu dan kejatuhannya saat Portugis, Belanda dan British sang penjajah itu menakluki tanah Melayu. Kebejatan gunting dalam lipatan menyebabkan bangsa ku sendiri melulut dan mencium sang penjajah!.

Cuma, ada satu bab dalam buku ini , perihal Ibnu Batuttah. Penulis ada menyebut bahawa dalm buku Rehlah Ibnu Battuta, beliau memfitnah Ibnu Taimiyyah. Seingat aku, aku pernah baca dalam karangan Rose E. Dunn, Jejak Ibnu Battuta, beliau ada menyebut bahawa buku Rihlah itu bukan karangan Ibnu Battuta kerana beliau sebenarnya tidak menulis buku, itu yang menyebabkan sukarnya pengumpulan manuskrip2 yang ada untuk dijadikan sebagai travelog.

Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
January 19, 2016
Alhamdulillah,diizinkan oleh Allah SWT untuk menamatkan pembacaan buku ini.Sebuah catatan perjalanan dan sejarah yang wajib dimiliki untuk renungan dan juga perancangan masa hadapan melalui pemahaman sejarah bangsa.
Profile Image for Nur Othman.
Author 4 books6 followers
May 11, 2015
Penulisan ini membawa saya mengenali kehidupan di Turki & menyedarkan kisah sebenar berkenaan sejarah Tanah Melayu. Seakan tertipu dengan segala bacaan buku teks terdahulu. Buku yang patut dimiliki semua.
Profile Image for NurFatihah Jamil.
6 reviews
January 27, 2017
Gladstone mengatakan "umat islam tidak dapat dikalahkan buat selama-lamanya selagi al-Quran berada di tangan mereka. Maka untuk melemahkan mereka, jauhkanlah kitab ini daripada mereka"
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.