What do you think?

Ulam Kasih Sambal Cinta
Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.
Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!
Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!
Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

560 pages, Paperback
First published April 1, 2015
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
December 30, 2019
Bila tengok tajuk je boleh lapar dibuatnya.. hehehe.. Kisah 2 orang chef yang melalui dugaan bercinta kerana orang ketiga.. Watak orang ketiganya dasyat.. Ganas dan menggoda.. Satu kisah yang menarik dibaca..
Read
April 4, 2018Bacaan santai utk merehatkan minda.
Pinjaman dari:
Perpustakaan Komuniti Setiawangsa Jusco AU2 - Perpustakaan Negara Malaysia
Belajar tentang kerjaya seorang chef.
Dialog/nukilan yang menarik...
Ya, kenyang makan lauk cemburu dengan ulam sakit hati cicah sambal kecewa.

May 2, 2015
Simple je kisah dia. Walaupun berpaksikan pada kisah cinta yang biasa, tapi bila digabungkan dengan dunia chef, sedikit sebanyak rasa terhibur membacanya.
July 9, 2019
Chef pastry dan chef masakan melayu..pertemuan pertama saja sudah tidak mengembirakan adelia kerana ditegur puding karamelnya pahit .Yang mengeur pula adalah seorang lelaki iaitu Chef Syed Idlan...tidak cukup disitu mereka kebetulan bekerja menjadi dhef di hotel yang sama...
bak kata orang tua,janganbenci seseorang nanti kita suka...itulah yang terjadi ....rasa benci dan geram bertukar menjadi cinta dan sayang...namun kehadiran Chef Joanna dan Ammar menjadi penghaang dalam percintaan mereka...
kerana cemburu dan sakit hati,percintaan itu terputus di pertengahan..di tambah lagi campur tangan ayah Chef Joanna ,chef adelia dipindahkan ke Hotel mereka di cawangan Johor.Gambar percutian di Bali melihatkan kemesraan idlan dan joanna sampai ke pengetahuan adelia...
idlan pula salah sangka yang adelia tinggal berdua dengan ammar ketika pengambaran program memasaknya...kerana sakit hati adelia menukar nombor telefon.kerana satu peristiwa idlan baru sedar yang dia salah..
Joanna bukan calon isteri yang paling sesuai...mampukah dia mencari adelia kembali...mahu kah dia menerima idlan semula atau adelia gembira bersama dengan ammar...jangan lupa baca novel ni ...memang best

February 22, 2025
Mula-mula, rasa buku ini kisah cinta klise; percintaan di tempat kerja yang sama bermula daripada episod gaduh-gaduh.
Sehinggalah watak Joanna muncul dengan perangai yang nauzubillah... Mula-mula rasa mak tiri dia tu yang sengal, rupanya dia ni lagi jahat dan cukup menyakitkan hati.
Si Hafidz pula, aduhai. Aku diserang second lead syndrome disebabkan mamat ni.
Pengkisahan cara kerja chef di hotel disusun baik dalam buku ini. Membacanya sahaja, boleh dirasai kesibukan dan kepenatan yang mereka lalui.
Kisah yang tidaklah complicated, ada manisnya... geram, meluat, sedih juga ada. Kaya dengan emosi.

December 6, 2023
at first i ingat buku ini light reading and konflik tak berat sangat but tak sangka si j ini perangai macam b.
dua dua watak macam biasa je, nothing istimewa but kita nangis time hafiz itu 😭 ingat dia gitu rupanya gini je 😭😭😭😭
okay bye nak nangis lagi pasal hafiz

January 27, 2025
(25/1/2025)✓
Buku yang menarik menceritakan tentang kisah hidup chef yang berada dalam berlainan bidang masakannya. Agak unik sebab jarang di ceritakan tentang kisah chef tetapi tiada plot twist yang menyakitkan kepala. Sesuai untuk baca masa lapang.

December 4, 2020Macam mne nk bce novel gune apps nih?1st time gune hrmm x retiiiii someone plss ajar
December 16, 2016
buku 17/2017
sesekali layan novel..
1. kisah dunia kulinari. susah juga jadi selebriti chef. nampak macam senang. tengok dlm TV, depa tu main campak2 dlm kuali /periuk. kemudian, hias kasi cantik.
2. realitinya, kalau tak ada pembantu chef, kena beli dan buat persiapan sendiri dan cuba buat masakan tu berkali-kali sebelum masuk TV atau mana2 demo.
3. Jalan cerita, kena baca.