Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dendam Cinta

Rate this book
“Alfan dengan Dyla dah habis. Maaflah. Dyla memang tak pernah suka kat Alfan pun sebelum ni. Maaf bagi harapan.”
“Dyla tahu Alfan tak pernah pandang perempuan lain selain Dyla, kan? You are my first love! Waktu Alfan nak SPM, kenapa baru sekarang bagi tahu?”

Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan.

“... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way.” - ALFAN

“... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!” – DYLA

Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan… melamarnya di hadapan orang ramai!

“Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak.”

“Kita bincang lagi sekali, okey?”

“Awak putuskan pertunangan kita untuk lelaki lain. Ni tak adil!”

Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut ‘okey...’ Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit.

ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu.

“Aku nak makan apa, nak minum apa, that’s not your concern. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing.”

Namun, benci itu perlahan-lahan dihurung satu rasa yang tak pernah hilang dari hati Alfan. Kerana dalam falsafah cinta, paradoksnya, dendam itu cinta dan benci itu sayang.

“Tak banyak bintanglah malam ni.”

“Awak nak bintang ke? Meh nak ketuk kepala awak dengan kasut. Kejap lagi ada bintang pusing-pusing kat kepala awak.”

“Awww! So sweet of you.”

Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya.

“Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?”

“Cinta...”

“Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa.”

Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta?

732 pages, Paperback

First published January 1, 2015

39 people are currently reading
381 people want to read

About the author

Nurul Ain Syuhada

15 books269 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
93 (46%)
4 stars
54 (27%)
3 stars
35 (17%)
2 stars
14 (7%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,076 reviews379 followers
October 13, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Best! Love the cover. Ia memang simbolik untuk menggambarkan keadaan rumah tangga Dyla dan Alfan. Nampak cantik di luar (potrayed by the beautiful wedding dress worn by the lady on the cover), tapi sebenarnya dingin (just like the empty room on the cover) dan bukan atas kerelaan Dyla (sama seperti dengan wanita on the cover with her back against the wall). Tak tahu lar sama ada the representation itu memang disengajakan atau kebetulan. Apa-apa pun, I tought it was clever!

N rasa Alfan ni memang seorang yang sakit jiwa. Sungguh macam Jeckyll and Hyde. Creepy sangat-sangat (tapi tak se-creepy Encik Fuad). N rasa my favorite scenes dalam the entire novel yang boleh tahan ketebalannya adalah the camping scene. Walaupun kesian dekat Dyla sebab terpaksa menerima lamaran Alfan time camping, tapi sekurang-kurangnya nampak jugaklah sikap Alfan yang caring disebalik kekasaran itu.

Tapi, N rasa towards the end dah jadik sedikit boring. Tiba-tiba masuk pulak cerita bapak Dyla kahwin dua. Perlu ke? It was so sudden and came out of nowhere.

In addition to that, English agak tunggang-terbalik. I still stand by with what I said before. Tak perlu nak dicampurkan dengan bahasa Inggeris jika penguasaan masih belum mantap. Tak cacat sesebuah novel melayu itu jika tak ada bahasa Inggeris. Tak kurang hebatnya jika tak ada bahasa Inggeris.
Profile Image for SS.
541 reviews6 followers
January 8, 2019
Finished already. Haha. My third book for this month. By the way. Novel ni, dia punya main storyline is revenge. Dendam Alfan terhadap Dyla tu kemain teruk benar. Haha. Dari zaman sekolah dibawa nya sampai ke besar. Padahal masa tu bak kata Dyla, cinta monyet kot? Asal nak serius sangat? Tapi lain bagi Alfan. Haha. Lepastu, dipaksa nya Dyla kahwin dgn dia. Gamble melamar. Em. What else eh. Em. Of course, sepanjang baca novel ni. Kita akan nampak la hate love relationship antara depa dua. Cumanya, bila dah selalu sgt tarik tali. Ada beberapa bab yg mcm hilang fokus nak baca. Sbb terlalu drag sangat. Meleret.

Watak paling menyampah dlm novel ni bila Encik Fuad, lecturer si Dyla gatal ya amat. Lepastu, gagalkan dia just because tak memenuhi kehendak dia. Eh kalau lecturer cmni wujud dekat kolej, memang kena baling telur la kat muka. Geram! Tak professional. Annoying. Hidup menyusahkan org je. Kan dah teremosi.

Oh, ada a few sentence yg mcm tersalah. I mean typo error maybe? But it's okay. Tak da la sampai menghalang utk teruskan membaca.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,547 reviews1 follower
February 17, 2018
Kisah dendam zaman sekolah akibat ditinggalkan.. Alfan mencari semula cinta lamanya demi membalas dendam.. Hubungan yang awalnya terbina akibat dendam, berjayakah mereka mengekalkan kebahagiaan.. #dendamcinta #nurainsyuhada #penulisan2u #cinta #novelmelayu
Profile Image for Ella.
794 reviews94 followers
March 24, 2016
3.5

Getting better in her writing. An improvement. Macam stock cikgu pulak semak karangan murid..hahaha..walhal im bad at writing, bahasa and grammar..

Weird..mungkin cara remaja couple kut..
Suka2 couple..suka2 putus..last dendam..
Profile Image for Kern.
43 reviews5 followers
April 19, 2022
Meleret. Did Not Finish.
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
August 10, 2020
Best i luv it!👍 pada awalnya kita rasa macam agak klise...dengan keadaan mahasiswa siswi di uni...

Perkenalan tanpa diduga ...kemalangan memulakan segalanya... Alfan yg tidak menyangka akan bertemu semula first love dia si Dyla...mengatur strategi untuk mengikat Dyla...

Dyla yang menyimpan hati pada Syah namun Syah seperti main tarik tali...

Keberanian Alfan mengejar Dyla kembali adalah atas dasar dendam lama...Dyla memutuskan hubungan dgn Alfan di kala SPm semakin hampir....Alfan sangat kecewa dan menaruh dendam untuk buat Dyla merasa apa yg dia rasa jika ditinggalkan dan diabaikan sang kekasih hati tanpa alasan dan sebab...

Pelbagai cara Alfan lakukan...akhirnya Dyla bernikah dgn Alfan... Maka bermulalah pelbagai dugaan dan episod duka buat Dyla tetapi buat Alfan inilah detik yg ditunggu...penderaan emosi...mental dilakukan Alfan...

Pada Alfan air mata Dyla adalah kepuasan hatinya... Namun takdir tuhan tiada siapa boleh lawan... Benci jadi cinta...benci menjadikan Alafan seorang pelindung paling penting buat Dyla...

Susuan cerita sangat lancar dan seronok baca tanpa skip muka surat...yehuu...

5⭐
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
October 28, 2020
Fuh! Alfan.... kejamnya kau ni. Tau lar sakit hati pun kat Dyla tu, sebab dipermainkan, tapi takkan sampai nak dendam dan balas dendam. Pastu, boleh plak biar je Dyla tu jatuh, luka-luka kaki bagai, biar je dia tidur sorang-sorang kat bawah, selimut pun tak. Pergh! Boleh tahan dendam ar. Tapi padan lar muka dengan Dyla tu, masa permainkan hati Alfan tu tak beringat, mulut plak cakap nak lantang. Haaa...baru ada akal. Tapi, dalam dendam si Alfan tu, masih ada sweet dia. Hahaha. Kadang-kadang tak faham lar apa benda lar Alfan ni dengan Dyla fikir complicated sangat, contohnya pasal bab anak tu. Adoiiiiii.
1 review
April 13, 2021
Novel yang sangat best , dan saya ingin sharing dengan yang lain.
8 reviews
November 24, 2023
Cite dia so so. Byk sgt campur bhs melayu n english dlm 1 ayat. Fonin den. N draggyyy. Sorry ya penulis.
Profile Image for rina.
25 reviews1 follower
October 30, 2025
best , for me dua dua macam troublemaker sikit
33 reviews1 follower
January 5, 2017
best..berjujuran laa ayaq mata
194 reviews9 followers
May 13, 2015
Baca novel ni start bab 30++, lepas bab dalam blog. P PBAKL memang cari novel ni sebab cerita dia lain dari yang lain. Kawen paksa, bercinta, bahagia tapi asalnya dari dendam.

Rasa nak sekeh Dyla ni sebab hal sebesar nak kena rogol pon sanggop tak nak report polis masa kali pertama n masa kali kedua tu, kalo aku kat tempat dia, dah straight away call alfan, meraung2 suruh amik.

For me, ape yang Alfan buat bukan sebab dendam tapi lebih kepada, I love her, she must be mine. Tapi siput sungguh dia ni nak dapatkan Dyla sebenar2 dapat. Hmmmm... I wonder how he can tahan. Ahaks..

Situasi lepas jdi suami isteri sebenar2 suami isteri sangat sweet. I like!!! Penulis tak dak pon bagi sweetness overdose tapi boleh rasa sweet tu. Great! I like masa konvo. Memula kesian dah kat Dyla sebab tunggu Alfan sampai senja. Tapi rupa2nya ada kejutan untuk Dyla.. Best best..

Overally, worth reading.
Profile Image for Ain adawiyah .
26 reviews3 followers
May 12, 2016
Best! Suka!

Non stop reading. Tak sedar da page yg terakhir.

suka dgn love - hate relationship yg penulis ketengahkan.
Dari cinta monyet timbul dendam yg tak sudah. Benci betul si alfan dgn dyla ni. Memperisterikan dyla sebab dendam kena dumped dulu. Mentang2 la alfan tu cinta monyet dyla. Muka Alfan pon dia tak recognize. Lagi bertambah la dendam si alfan tu haha.

Naskhah kali ni much better dari yang sebelum nya!.
Profile Image for Aza Tamin.
1 review
April 7, 2015
Novel ini awesome..sedih, lawak, psiko..semua ada..congrat penulis..harap dapat hasilkan lagi karya yang mantap
Profile Image for Sue Chiaki.
42 reviews6 followers
February 14, 2016
Mmg geram ngan alfan n kesian dyla. Cinta monyet kot dok dendam bagai nk rak tu. Apa2 pun mmg jalan citer lain dr yg lain. Owesome.
Profile Image for zay.
29 reviews
September 7, 2020
Cerita dia best and sedih. Tapi bagi saya penghujung tu tak berapa nak best sangatlah
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
September 8, 2015
I'm sorry. A big 'NO'

Macam meleret-leret. Lelah nak menghabiskan.
Profile Image for Yaya Aiman.
13 reviews6 followers
Read
August 25, 2017
jln cerita y fluctuate..mungkin writer x nk habis kan cerita awal2..utk tu aq bg point sbb x cliche y kawin-gaduh-bahagia..Selain tu xde y istimewa..masuk-kotak-simpan-bawah-katil mcm biasa
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to Read
July 10, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 25 of 25 reviews