Ini soal cinta. Tetapi bukan cinta antara lelaki dan perempuan, bahkan cintanya jauh lebih besar. Dalam kemelut petaka taburan musuh-musuh Islam, tetap ada manusia mukmin yang tidak tenggelam.
Dalam pudarnya kemanusiaan dan bercambah kerakusan, dasawarsa alam melihat wilayah umat Islam berpadu tekad memacu kemajuan dunia, dalam kancah yang tertampak meredam. Kemajuan mencari redha Allah dan menjaga amanah. Bukan sekadar menunggu munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa, melainkan berjerih perih bersedia berdada dengan musuh yang mahu terus menabrak jantung hati manusia – nilai-nilai murni tatacara hidup Islam dan anak-anak muda.
Novel ini adalah prekuel kepada PERANG ARMAGEDON, gabungan sejarah dan futuristik. Kekalahan Nasrani/Kristian di Baitulmaqdis pada era Sultan Salahuddin al-Ayyubi didogmakan sebagai Armagedon bagi dunia Kristian Barat, akibat hasutan Zionis-Yahudi. Dogmatik ini mendarah daging di dalam jiwa penjarah umat Islam, sehingga mutakhir.
Namun janji Allah Maha Benar. Kelak dunia akan bersaksi.
Cinta, thriler, dunia berhijab dan Armagedon ... medan tarung berdarah! Mampukah mereka menjaga iman?
Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.
Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.
Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.
it feels like reading Lord of the Rings & Game of Thrones. rse mcm baca epik gitu.
summary of this book: Lord of the Rings + Game of Thrones + Takdir + futurefic + sejarah perang salib + biografi Salahuddin al-Ayyubi + konspirasi Illuminati + politik