A Malaysian novelist named Ridhwan Saidi spends the World Cup 2014 month in Brazil. He is not there for football. Meanwhile, a detective is on his tail.
Ridhwan Saidi is a Malaysian writer, theatre practitioner, and filmmaker known for his interdisciplinary experimentation with language and his fearless exploration of taboo subjects, with his trademark mix of ‘art berat’ and ‘art ringan’, dry humour, and esoteric discourse.
In 2011, Ridhwan penned his first novel, “Cekik,” followed by “Amerika” in the same year. Since then, he has authored “Mautopia” (2012), “Stereo Genmai” (2012), “Babyrina” (2014), and “Brazil” (2015). Each of these works delves into a wide array of themes and courageously challenges conventional storytelling. However, his examination of the darker aspects of human existence has elicited both admiration and concerns regarding its moral implications.
In addition to his association with Moka Mocha Ink, Ridhwan’s enthusiasm for theatre and the performing arts led him to establish Ensembel Teater Kaos Nol. Through this collective, he nurtures artistic talent, encourages conversations, and addresses important issues through artistic means.
“Our aim is to be open and inclusive when it comes to diverse modern art forms and traditional craft. When you have a thirst for knowledge, value historical understanding, and have a sense of humour, things will fall into place.” –Ridhwan Saidi (Moka Mocha Ink, an indie publisher, is making strides in literature and theatre circles. The Star, 20 July 2019)
Ridhwan has made contributions to the field of theatre performance through his works in Teater Modular and Teater Normcore. Teater Modular employs a system of independent modules, creating an ever-changing and interactive experience for the audience. On the other hand, Teater Normcore explores the intricacies of the creator-creation relationship in “Stereo Genmai,” delves into the roles we assume in both private and public spaces in “Masam Manis,” and examines the human condition within urban settings through productions like “Hamlet Fansuri,” “Karaoke Medea,” and “Tahun-Tahun Seorang Novelis.” “Pengalaman Prangin” (2024), is a 2 km roaming performance—incorporating walking and bicycling—that explores memory, history, and spatial sensibilities between geomorphology and built environments in George Town, Penang. His approach remains firmly rooted in unconventional and grassroots theatre.
In his film “Tiada Cinta Selama Muda” (No Love for the Young), Ridhwan blends body movements, documentary footage, and poetry, creating a peculiar audiovisual experience. He welcomes spontaneity while filming on-site and fosters a sense of collective creativity. “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur) is his second feature length film premiered in Rotterdam.
Apart from his own projects, Ridhwan actively collaborates with others and works as a dramaturg in productions such as “Tidur Lambak” (2022, Kuala Lumpur & 2025, Jakarta), an immersive performance exploring communal sleeping, and Lau Beh Chin’s “Beyond Moving with Artisans” (2021-2024), a choreography exploring fading crafts.
Buku yang cool! Bebelan Ridhwan Saidi membuka sedikit mata dan beberapa perspektif yang selama ini mungkin aku juga abaikan. Banyak input yang boleh diambil dari bait-bait katanya di dalam naskah ini.
Ada pembaca di luar sana yang mengatakan buku ini sangat boring. Susah untuk dia habiskan. Tapi aku tak tahu bahagian mana yang membuatkan dia terasa boring.
Aku suka bila Ridhwan cakap bahawa seseorang anak seni itu harus tiru, tiru, tiru dan tiru apa yang dirasai terbaik sebelum menemui sentuhannya sendiri... ayatnya lebih kurang seperti itu.
Banyak isu mengenai buku dan penerangan mengenai novel-novelnya yang lepas dikupas di dalam naskah ini. Kekadang membuatkan aku tergelak sendiri. Aku juga tidak tahu kenapa ada masanya aku boleh gelak ketika baca buku ni. *blur~tutup muka...
Ridhwan perlu ada kelab peminat beliau sendiri. Yang mengikuti perjalanan tulisan beliau.
Brazil buatkan aku tenggelam dalam pembacaan (terima kasih musim peperiksaan), untuk membezakan antara Ridhwan tulis kisah sebenar apa berlaku dari proses meletak jawatan sehingga terbang pulang. Aku kejap-kejap jadi keliru (sehingga bengang) disebabkan aku tersepit antara realiti dan fiksyen.
Ada kalanya ada humor terselit dalam Brazil. Yang buatkan pembaca boleh tersenyum simpul. Gaya Roy adakalanya seperti watak yang mengingatkan aku pada seseorang (tolak fakta syurga neraka).
Kalau yang mengikuti Ridhwan dari Cekik, Amerika, Mautopia, Stereo Genmai, Babyrina dan kini Brazil --- pasti lebih mengerti gaya penulisan Ridhwan.
Bak kata seorang teman, "Ridhwan contoh yang baik. Tidak perlu menjadi bestseller di pasaran, tetapi masih mampu mengikat pembaca dengan tulisan yang mengujakan"
Ridhwan, genius yang memanipulasi fikiran pembaca yang gagal membezakan realiti atau fiksyen.
Hanya Ridhwan Saidi sahaja yang boleh menulis seperti Ridhwan Saidi.
10, 20 tahun nanti diharapkan ada pengkritik sastera yang berani untuk menyatakan 2015 adalah tahun yang baik dalam sastera tempatan. Dan bila itu berlaku Brazil akan disebut-sebut sebagai salah satu novel terbaik keluaran tahun itu (atau ini) selain dari Dondang Pembukaan, Wiskipop, Polaroid, Gugurnya Azazil(sekadar menyebut beberapa buku)
Sejujurnya aku membaca buku ini dengan niat 'tak nak mengulang apa yang telah ditulis' kepada manuskrip yang aku akan usahakan nanti dengan konsep yang agak sama. Itu awalnya. Namun setelah membaca hampir separuh, aku rasa, aku baca buku ini sebab ia menyeronokkan.
Pembacaan aku seolah aku ini dipertontonkan dengan satu gambaran Brazil tapi dari sudut-sudut penceritaan yang pelbagai. Bayangkan satu bendera dikibar oleh lima orang berbeza karakter. Lain stroknya, bukan?
Buku ini buatkan aku melihat seni fotografi dari sudut lain - maksud aku, sudut yang menyeronokkan.Mungkin aku akan beli kamera, buat research dulu dan cuba bergiat dalam seni fotografi.
Aku seronok baca novel ini. Ada beberapa perspektif berubah dan perlu aku terokai dan novel ini menyedarkan aku tentang kewujudannya.
Satu karya yang baik. Terus menulis ye, Ridhwan Saidi.
Ini barulah Fixi! Bukan karya separuh masak yang diedit separuh masak. Aku leka dengan Brazil sepanjang penerbangan KL-Kuching yang memakan masa 1 jam 40 minit. I think Ridhwan Saidi is a literary genius. Kipidap! Good job Ridhwan Saidi!
-Kalau revieu novel kau ialah "aku tak faham apa yg penulis cuba sampaikan", kau patut baca lagi sehingga kau faham- M/S 337.
Ermmm saya rasa saya sudah salah faham tentang buku ini, memandangkan ini kali pertama saya baca buku penulis dan review2 di GR juga tidak memberikan saya sebarang "hint" tentang buku ini. Jadi di awal2 pembacaan saya sudah mengalami kemurungan, saya merasakan yg saya sedang membaca karangan marilah mengenali penulis heh. Selepas berborak dgn Ririn, dan pujukan beliau(tak ada lah pujuk sgt) saya meneruskan pembacaan. Ya ada masanya saya terlupa yg saya tidak menyukai apa yg saya baca disini kerana penulis berjaya membuat saya percaya apa yg ditulis ini benar dan inilah dia realitinya. Usai menutup buku rasa kurang selesa itu hilang dan saya tahu saya tidak akan melepaskan peluang membaca buku2 penulis di masa akan datang. Itupun kalau Penulis masih menulis.
(1) "...ingin bergembira tetapi ada susuk hantu bernama kontrak pekerjaan sedang merantai saya dari ofis."
- this phrase reminds me to a pakcik yang tiba2 bagitahu dia nak pergi Brazil tahun depan.. dan takrifan susuk hantu itu juga memang cocok dengan bebelan dan keluhan dia... Hey pakcik, tenanglah! Dunia atas bahu sungguh!
(2) keindahan pupus setiap hari....
(3) aforisma rambang kitab Gibran - jika Bima Sakti tidak berada di dalam diriku, bagaimana boleh aku lihat atau mengetahui keberadaannya?
(4) menulis surat letak jawatan susah bagi mereka yang tidak berpengalaman. Penamat...?
ok...ini situasi normal yang berlaku setiap saat tanpa segan silu. Tapi RS selalu buat benda biasa dalam norma masyarakat tampak sukar dan aneh, sampai kadang2 aku terpaksa review pengalaman perletakan jawatan aku sendiri, mengumpul justifikasi2 yang membawa aku kearah situasi itu dulu.
(5) Secara konseptual, BR1M itu lagha.
Memang pun.
(6) Gibran lagi - Kita pilih kegembiraan dan kesedihan kita lama sebelum kita mengalaminya.
Hurmmm...Ini propaganda, anarki terancang Ridhwan Saidi. Dia bentang cerita. Dia bentang idea. Dia bentang keluhan. Dia bentang kekesalan. Dia bentang kritikan. Dia bentang maklumat dan ideologi. Dia bentang dirinya yang sukar difahami itu.
Cerita berliku -travelog, jurnal mimpi dan fiksi bergerak selari dengan garis silang tapi tapi sempadan yang tak kelihatan.
Kena pandai2 sendiri nak hidup dalam Brazil. Macam tak biasa.
Aku harap tangan Ridhwan Saidi menggigil nak terus menulis. Sebab temasya belum berakhir.
Tak tahu nak review macam mana novel(?) ni. Sebab buku ini terlalu owesome buatku. Aku dah baca 4 karya beliau, Amerika, Babyrina, Stereo Genmai, Mautopia. Dan Cekik belum lagi (sebab tak jumpa yang edisi asal, 1 buku bukan kombo + Amerika).
4 buah buku yang aku baca ni, betul kata penulis Brazil ni (orang yang sama) "menatang apa aku baca ni syetaannnnnn?!!!!". Seriusly memang aku susah nak faham, kecuali mungkin Babyrina dan Amerika. Tapi tu pun masih tak faham sepenuhnya. Dan sebab itu juga aku tak review dalam goodreads sebab aku pun tak faham ceritanya.
Sebab tu bila aku ke PBAKL2015 baru ni, dan aku lihat carta bestseller Fixi, Brazil tak ada dalam carta. Sebab? Orang kenal Ridhwan Saidi yang menulis "novel apa ni lahanat?". Dan dari itu orang tak akan beli dah buku dia untuk kesekian kalinya.
Brazil amat menarik. Sangat menarik. Ada dua cerita di dalamnya. Dan sebenarnya, aku masih tertanya-tanya, ada berapa watak dalam novel ni? Dan aku tertarik dengan Ridhwan kerana memegang @twt_buku dan @binfilem serentak. Memang menarik cara penceritaannya.
Membaca Brazil membuatkan aku khayal, dan semangat nak menulis. Tapi yang penting, membuatkan aku rasa nak baca balik Amerika, Babyrina, Stereo Genmai, dan Mautopia.
BRAZIL buat saya curious. Curious tentang siapa sebenarnya yang kirim manuskrip BRAZIL ke FIXI.
Saya suka perasaan yang macam tu-- ada some sort of excitement tentang apa yang saya baca. Saya tahu Ridhwan Saidi, sang fotografer telah mati ditikam di bawah suluhan lampu peti ais-- jadi mungkin Ridhwan Saidi, si novelis atau Roy Osmera ataupun Kasma yang siapkan novel ini.
Buku ini ada pembahagian bab yang teratur, jalan cerita kemas, ayat-ayat yang minimalis-- tak meleret/merepek. Kerana Jurnal Ridhwan adalah berkonsep 'jurnal', jadi tulisan hal remeh seperti Eros tempah alas meja atau Nurul terpecahkan pinggan waktu guna microwave buat saya terhibur. Ini buku yang kelakar di satu bucu, serius di satu bucu yang lain, dan misterius dikesemua bucu yang ada.
Tak pasti sama ada ini fiksyen atau real travelogue story-- kadang terlalu dreamy bagi saya. But i love the feel of reading every bits of it. Selain blurb yang menarik, cover yang eye-catchy, saya juga pentingkan patah pertama atau perenggan pertama setiap buku yang saya beli-- buku ini punya all three criteria.
Perbualan Ridhwan dan Ridhwan di twitter adalah bab yang paling menarik bagi saya di buku ini. Too much info and something to ponder. Both Ridhwan banyak buat saya guna otak.
A great book. One of a kind-- leisurely, chucklesome a bit, mysterious and sarcasm maybe.
Sebenarnya, saya susah sikit nak 'masuk' dengan novel terbitan Fixi. Cuma beberapa setakat ini yang saya kira sangat menarik jalan ceritanya. Untuk novel Brazil pula, novel ini dibeli secara kebetulan semasa jualan BBW baru-baru ini.
Dan... Tidak disangka pula novel ini ditulis dengan baik oleh penulisnya. Novel ini membawa kita mengenal apa itu fungsi seorang 'penulis'. Ditambah lagi dengan penerangan penulis tentang Brazil membuatkan karya Brazil ini, sebuah novel yang tidak boleh dipandang 'biasa-biasa' saja. Tahniah buat penulis!
Sebuah buku yang sangat egosentrik. Pemberontakan melalui kata2 sinis. Tak hadam boleh terjajah minda. Pada sudut lain, gaya bahasa menarik. Lebih separuh kandungan di isi dengan bermonolog. kritikan demi kritikan, pada awalnya membuka minda, lama kelamaan tertanya-tanya hala tuju penulis, di akhiri dengan rasa tawar hati.
Brazil telah mengaburkan sempadan antara fiksyen dengan non-fiksyen.
Brazil ini bukan Brazil Terry Gilliam kerana Brazil ini sebuah metafiksyen liar. Malah lebih liar daripada Charlie Kaufman punya Adaptation. Walaupun tak berapa cocok untuk aku bandingkan novel ini dengan filem tadi, sebenarnya. Ah, persetankan tentang medium. Dari segi naratifnya, ya, ia memang metafiksyen yang buas! (Aku belum berpeluang lagi untuk baca The Pale King, sebenarnya.)
Brazil telah buat aku buntu kerana sebelum ini aku suka gila dengan Stereo Genmai tetapi disebabkan (pada aku) Brazil lebih intrig kepada aku sejak awal pembacaan daripada Stereo Genmai, kini Brazil telah ambil tempat Stereo Genmai dalam senarai novel kegemaran aku. Tetapi dalam Stereo Genmai ada kontinuum idea-mimpi dan mesin timbang Saadah. Argh, macam mana ni?!
Brazil bukan tentang Piala Dunia 2014, bukan tentang bola sepak, bukan tentang bola yang tidak disepak.
Brazil tentang novelis bernama Ridhwan Saidi yang “sanggup berhenti kerja demi Brazil”. Dan Detektif Roy Osmera yang diupah penebit Fixi, Amir untuk mengintip Ridhwan Saidi di Brazil. Brazil kena siap. "Kalau tak, kau (Roy Osmera) tak akan wujud," tegas Amir. Sedang menyelak-nyelak novel ini, kita tahu yang Brazil memang sudah siap pun. Cuma, siapa yang menulisnya?
Brazil adalah sebuah keindahan baharu dalam stail dan bentuk prosa Malaysia.
Jadi bacalah novel ini cepat. Kerana... “Keindahan pupus setiap hari.” -Ridhwan Saidi
Perlu berhati-hati kalau mengkritik Ridhwan Saidi sebab dia seorang pengkritik yang mengkritik pengkritik-pengkritiknya. Brazil sangat tenang dan kadangkala keras beremosi. Klimaksnya memberi perasaan yang sama bila baca pengakhiran Cekik dan Stereo Genmai yang tersangat gelap dan buat saya tertekan.
Membaca naskah ini mengingatkan kepada D.U.B.L.I.N karya Wan Nor Azriq. Seolah-olah keduanya adalah kembar. Seolah-olahnya kedua mereka berkonspirasi. Seram.
Permulaan cerita aku bleh hadam lg. tp bila dah msuk babak Roy & Kasma aku blur. lg2 bab fotografi dan falsafah novel ni. aku pembaca biasa je takde sgt ilmu2 penulisan novel ni..so agak membosankan di situ. ada dlm 10ms yg aku skip baca sbb aku mmg x faham lgsg..aku x brp suka novel yg kurang dialog. mengantuk nak hadam apa mksud penulis...huhu
Habis! Aku cuba baca sepelan yang mungkin. Aku sedih Brazil tammat.
Banyak pencetus fikiran yang jadi katalis ide dan perbualan dalam Brazil, walaupun ia sebuah fiksyen travelog dan magikal realism yang bertemu dalam satu timeline yang selari.
Brazil mengingatkan aku kepada karya Murakami bertajuk Hard Boiled Wonderland and The End of The World, kerana konsep dua plot atau dimensi (satu real dan satu imaginatif) berlaku serentak dan akhirnya bertemu dan bergabung menjadi satu plot. Aku rasa aneh yang Fixi keluarkan buku berkonsep sebegini, kerana buku ini memecah dinding keempat, mungkin dah sepuluh dinding yang ia pecahkan.
Dalam semi-fiksyen Brazil, Ridhwan selaku Ridhwan sendiri dan Ridhwan selaku Kasma banyak mengulas tentang fotografi, penulisan, dan realiti dunia buku sekarang. Beliau turut menyentuh tentang jurang terma indie seperti yang dilahirkan oleh budaya atau terma indie seperti yang disebar dan ditetapkan oleh audiens dan scene penerbitan. Perihal penulisannya sebelum ini, beliau menyentuh tentang isu 'remake' atau keaslian sesuatu karya. Menurut saya, yang bersetuju dengan beliau, ada dua benda yang saya simpulkan dalam dua fokus berbeza ini:
1) Terma indie lama-kelamaan menjadi spesifik kepada suatu kumpulan karakteristik. Ramai yang kini menyangka buku indie itu kini adalah berunsur pulp, seks, thriller, hantu, bukan-fiksyen anti-kerajaan, dan LGBT. Ia tidak harus berlaku begini. Bagaimana dengan fiksyen muzik, fiksyen fantasi, dan hikayat berunsur moden, atau jenis-jenis penulisan lain yang bukan arus perdana yang juga janggal dikategorikan sebagai indie? Di mana letaknya mereka? 2) Originality sesuatu karya benda yang tidak wujud sama-sekali. Semua karya pada hari ini merupakan variasi cerita kepada cerita induknya yang kita tak tahu wujud pada zaman bila. Oleh itu apabila beliau berkata semua orang tiru kisah epik Yunani, kisah sufi dan sebagainya, saya bersetuju. Yang membuatkan suatu karya itu stand out adalah kejayaan cherita itu menjadi suatu identiti yang tersendiri.
Yang terakhir sekali, penamat cerita adalah pilihan penulis sendiri. Pembaca berhak untuk marah kalau tiada happy ending, tetapi pembaca juga berhak untuk memilih untuk tidak membaca buku yang tidak ber-happy ending. Menurut aku, pembaca yang marah dengan sad ending bermakna penulis lebih berkuasa daripada pembaca yang tenggelam dalam emosi dan harapan sendiri. Hahahaha.
Ach mein Glob, what a review.
Brazil hands down is the best RS' book so far. Ia buat saya mahu membaca Mautopia, Babyrina dan Cekik (buku-buku novel beliau yang saya belum baca). Beliau akan terbitkan buku kumpulai esei tak lama lagi, dan saya harus membelinya sebelum ia diberhenti-cetak dan saya terpaksa duduk menunggu Kafka untuk update dengan jualan buku beliau secara secondhand di Carousell.
Travelog ke-2 aku baca setelah travelog iran yang aku baca tak abis dulu-dulu, buku ni pun dari mula release dah aku beli cuma baru je "berpeluang" baca setelah internet kena potong selama sehari. Aku tak kenal pun si author ni cuma dalam buku ni banyak la dia promote nenovel terdahulu dia, amerika cekik apa semua, aku pernah dengar & nampak title title tu & tak berminat nak beli pun. Setelah dia dok promote dari awal hingga abis tu, aku rasa berminat gak nak baca suatu hari nanti insyaallah.
Oleh kerna aku baru sekali je baca travelog iaitu Iran, so aku tak boleh nak judge ketravelogan naskhah ni, tapi aku rasa ni travelog yang unik iaitu 50% fiction 25% travelog 25% self-promo about his thought & previous works. Aku tak nafikan yang aku enjoy baca karya ni cuma dia kata dia fotografer, aku ingat banyak la gambo brazil dia nak belanja, tapi cuma ada foto "seni tinggi je" yang hitam putih.
Lagi satu, kisah aktiviti beliau & kawannya di brazil terlalu T.M.I , tapi aku sangka baik je la sebab mungkin dia hanya nak provok pemikiran "islamik" pembaca, & aku tak heran sangat la sebab Brazil ni pengeksport daging halal no. 1 dunia, tapi dia banyak makan camarao.
Buku ini direkomen oleh kelab buku dan dia selitkan beberapa teaser. Itulah yang membuat aku nak membaca Brazil ini.
Take note yang ini adalah buku pertama karya Ridhwan Saidi yang aku baca.
Travelog yang sangat menarik, refreshing dan membuat kita tak senang duduk sampai ke ending sebab...... Siapa punya cerita Brazil ni? Kasma Booty? ke RS? Roy Osmera?
Terima Kasih atas buku ini. Saya enjoy dengan adventure ini.
Fahamlah saya kenapa kulit Brazil sebegini rupa rekaannya. Berlapis tindan tulang membawa hingga ke kulit hadapan. Nampak sinonim dengan jurnal dan fiksyennya si Ridhwan yang melangkaui realiti mahupun fantasi.
terus terang aku katakan yg aku merupakan peminat Ridhwan Saidi. Dari zaman Cekik kepada Amerika seterusnya Stereo Genmai dan pada akhirnya Babyrina. Kini dengan buku Brazil memberikan aku suatu keinzalan yang maksima.
Bermastubasi dengan karya Ridhwan Saidi nyata sangat berbaloi.
BORING? NO! CURIOUS? YES! MYSTERIOUS? YES! I wonder who's the writer of this book? Is this a real travelogue or it's just a fiction? I loved how my brain worked when I read this book. So many input that might be useful for readers. I loved how the author explained about the other books that he wrote. And I like the conversations part between Ridhwan and Ridhwan. I laughed and giggled at some point of the story. Heheh. Cool and great book to read! BRAVO!
sebagai pembaca, aku termalu sendiri selepas membaca novel ini.
betapa kita (aku sebagai pembaca) acapkali gagal mendalami maksud sebenar seorang penulis, hanya membaca untuk keseronokan sendiri, ataupun sekadar memenuhi target di GR ini ataupun sekadar mengisi masa lapang, selak2 n letak tepi. atas dasar itu, tak hairan mengapa novel2 cinta masakini memiliki plot yang hampir sama, kahwin paksa, hero kacak kaya, rebutan gadis2 gedix tak mahu kalah, ending kahwin beranak pinak dsb. atas alasan ingin menghilangkan tekanan dan mungkin sekadar hiburan (namun masih termimpi2 hero2 idaman, putera kacak datang melamar dan seumpanya), pembaca masih kaku untuk berfikir. mereka (termasuk aku) gemas sesuatu yang lebih santai dan direct. (apa aku bebel ni!)
ini merupakan buku ketiga ridhwan yang aku baca selepas cekik dan amerika, lain masih dalam status pending memandangkan aku baca ikot mood (belum cukup yakin nak hadam). diakui, sebagai pembaca aku kagum dengan keupayaan ridhwan menggabungkan antara realiti dan fantasi, bermain2 dengan ayat2 yang mudah dan dalam masa yang sama menghamburkan sindiran kepada pembaca, membentangkan fakta2 menerusi photograpi, buku dan filem. diselitkan beberapa sesi travel/tempat makan/penginapan/pengangkutan dsb sepanjang berada di sana.
permulaan, aku akui tidak meletakkan harapan tinggi untuk buku ini (sebab tu lama pending), setelah begitu terpesona dengan tulisan rihwan dalam cekik dan amerika. aku fikir ridhwan sengaja menghasilkan buku ini mengikut trend lambakkan buku2 tarvelog sedia ada.
dan, nyata ia terlalu berbeza, sarat dengan pemikiran2 penulis, suara2 hati penulis dan anekdot2 penulis,
aku masih dahaga novel terbaru beliau (yang ada pun pending, ces!)
Brazil berada di celah-celah antara fiksyen, meta-fiksyen dan bukan fiksyen. Kalau dijual di kedai buku, ia patut diletakkan di rak berasingan, bersendiri, atau paling tidak sebaris dengan Brief Interview With Hideous Men karya DFW (ah, mana aku letak buku pinjam ultra-rare tu?).
Aku beri 4/5 bintang, kurang 1 daripada markah penuh sebab aku mahu raikan ketidaksempurnaan. Lagipun, mana ada hasil tulisan yang sempurna, ya tak?
Abaikan typo merata, jalan cerita dikotomi surreal/absurd campur realist ini dan hayati kiisah Roy, Kasma, Nurul dan Ridhwan, dan pastinya kau akan setuju bahawa Brazil merupakan tulisan RS yang paling bagus setakat ini. Setidaknya, terubat jugalah rasa 'bengkek tidak puas hati' aku terhadap kecanggungan yang wujud dalam Babyrina.
Ah, aku perlu telan Panadol dan pergi baca komik Sin Chan selepas ini. Otak rasa sembap.
Brazil adalah fiksyen yang menyeronokkan. Penulis mencampak buah fikiran, perasaan, dan pengalaman beliau dalam novel ini.
Aku susah nak tidur lepas baca Brazil. Kewujudan watak Roy Osmera dan Kasma Booty di tengah cerita buat aku resah.
Yang menarik, penulis mengupas novel-novel beliau yang lepas dalam novel ini. Seperti review lain, aku juga rasa Brazil berdiri di atas garisan antara fiksyen dan non-fiksyen. Bila baca, aku anggap buku ini autobiografi dan juga fiksyen. Brazil terlalu berbeza dengan novel bahasa Melayu lain yang ada di pasaran.
Bahagian yang paling aku suka adalah penggunaan medium Twitter. Di sini, ada unsur humor dan pendapat penulis.
Ridhwan Saidi adalah penulis kegemaran saya. Kalau anda dah baca Brazil, bacalah Amerika, Cekik dan Stereo Genmai.
Bahasa dan emosinya adalah tipikal Ridhwan Saidi - minimalis. Dan boleh jadi Ridhwan adalah jenis penulis yang meletakkan keindahan pada teknik (mungkin sebab itu dia akrab dengan fotografi analog).
Karya-karya Ridhwan selalunya jujur dan tidak pernah pretentious. Begitulah Brazil ini. Tapi itu tak bermakna kita boleh mengenali sosok Ridhwan lewat karya-karyanya. Saya tak kenal Ridhwan, tapi saya fikir dia menulis bukan untuk dikenali. Dia menulis untuk menyembunyikan dirinya dari perhatian ramai.
selesai membaca sebuah autobigrafi yang bukan autobiografi. buku ini membuat kita seperti mengekor penulis yang menulis tentang Roy Osmora yang sedang mengintip Ridhwan dan Nurul di pantai Brazil. Tetapi siapakah yang sebenarnya menulis novel ini, Ridhwan Saidi, si fotografer, Ridhwan, si novelis, atau Kasma Booty?
Bahagian kegemaran saya perbualan Ridhwan dengan Ridhwan di Twiiter. penuh humor, witty!
A bit slow at the start. Then started to get interested in the middle when Roy appears. Though I was a bit confused at first at the mention of heaven and hell, bidadari and such.
A very interesting read. Lots of things discussed here. As usual, honest.