Kali pertama aku baca tulisan Jorji adalah melalui zine yang diterbitkannya bertajuk 'Pills'. Dalam zine itu, dia menulis tentang hidupnya, a young slacker yang berpeleseran sekitar Seremban; tak ada kerja, tanam anggur, kutu, tak tentu arah dan tak peduli. Cara dia meromantikkan bandar tua Seremban yang membuatkan aku tertarik. Jorji buatkan Seremban kedengaran seperti Paris pada tahun 50an. 'Pills' adalah holy grail zine Malaysia dan Jorji adalah Beatnik.
Membaca memang perlukan keadaan yang bersedia. Saya baca buku ini di hospital, menemankan ayah yang ditahan wad. Jadi, hilang "rasa" ketika membaca.
Tapi, cerpen "Karya Agong" saya suka. Menjentik fikir antara membukukan karya yang "agong" berbanding "blook". Antara prinsip dan juga menukarkan karya kepada "kepala agong", yang mana menjadi pilihan?
Karya2 yg pasti mencuit dan menghiburkan hati pembaca. Isu semasa yg ditulis, dikupas dgn cara yg berbeza, tersurat dan tersirat. Kisah2 mengenai scene bolasepak tempatan juga menarik,menghiburkan dan suatu memoir yg hebat. Cerita2 semua sempoi tapi best. Thanks Jorji & Dubook
Awal-awal agak skeptik untuk membaca sebab sikap prejudis aku sendiri bila baca blurp di belakang buku. Macam acah-acah.
Rupa-rupanya acah-acahan yang disangka itu berasas. Entah kenapa, aku sukakan cerpen-cerpen dalam buku ini. Enak dibaca, enak pula difikirkan. Karya Agong ini memang selayaknya dinamakan sedemikian rupa.
Paling menarik perhatian aku, Cerpen Karya Agong semestinya. Kritikannya benar-benar tepat ke penerbit-penerbit yang hanya mengumpulkan cerita-cerita blog kemudian dibukukan. Bangang abadi.
Aku tau Jorji ni melalui laman web sokernet lama dahulu, sekarang dia dah keluarkan buku Karya Agong. Aku bukanlah jenis suka membaca bahan bacaan berat, serius atau percintaan jadi tulisan Jorji ni aku rasa sesuai untuk aku beli dan baca dan ia nyata tidak mengecewakan.
Himpunan beberapa cerpen yang mudah dibaca, difahami dan dihayati menggabungkan kisah cinta antara melayu dan cina, seekor anjing baka import, keresahan kehidupan melayu, dan beberapa cerita bola.
Aku cukup suka baca cerita Sehangat Cinta Rasisme ke apa tajuk dia aku lupa tapi penceritaannya agak bersahaja dan menarik untuk aku baca. Oh rindu betul suasana Terminal One Seremban, yang kali terakhir aku jejak pada darjah enam.
Buku yang unik, ada cerita berbeza beza, ada cerita cinta, cerita anjing, cerita bola,cerita dilemma penulis, ceramah agama dan lain lain, tapi yang uniknya, semua cerita berkongsi lokasi yang sama iaitu Negeri Sembilan. Aku gelak berdekah baca kisah anjing jelir lidah tengok perempuan bertudung-woha!
Jadi, oleh sebab buku ni cerita tentang negeri sembilan, maka sempena 1hb sembilan aku ucapkan, selamat menyambut bulan September.
Saya mula baca karya Jorji sejak lkny. I enjoy his writing, same goes to this book. Cerita yang pelbagai, dari culture, sukan hingga sinikal isu semasa. Satu tulisan yang masuk akal, segar dan santai. Kudos to the author for writing "Takkan Sultan Melaka Hilang Di Dunia" sebab cerita ni lah saya makan masa yang lama nak habiskan satu buku ni dan saya sedar kelemahan saya untuk baca bahasa melayu klasik. Tahniah, penulis.
I feel like this collection of short stories akin to a classic mix tape. It takes you for a ride from being a hopeless romantic slacker to a professional cynic. Each story is served differently, and you also need to read between the lines to uncover and discover the messages.I found it to be predictable and unpredictable too just like birthday presents from your parents.
Memang karya Agung, terima kasih penulis sebab telah mengingatkan Ernnie akan tempat yang Ernnie pernah tinggal iaitu diSeremban, N9. Cerita-cerita yang bersahaja. Katanya cerita ini hanyalah cerita. Tiada unsur deep whatnot. Tapi bila baca deep dia macam sangat deep deep