Jump to ratings and reviews

Wisata Dua Dunia #2

Yuda Lakarloka

Hidup baru, duka lama.

Diya mengambil tempat sebagai ratu adilakar di Lakarloka atas satu niat - dia mahu jadi pelindung kaum perempuan dan kanak-kanak yang menerima natijah pemerintahan raksha-raja.

Tapi, hidup baru mustahil bagi Diya. Masa lampau tidak melepaskannya. Dunia Ampang melambai dengan panggilan lara.

Dua lelaki yang sama terperangkap dalam duka masa lampau mereka, Arjuna dan Narasinga menyimpan dendam akibat dosa warisan.

Dengan Lakarloka di ambang perang, dapatkah Diya benar-benar menyelamatkan semua?

Takdir tiga insan bertembung di jalan menuju medan. Adakah yuda ini dapat digambarkan dengan lukisan?

344 pages, Paperback

First published May 29, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Sri Rahayu Mohd Yusop

25 books269 followers
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

Hasil kerja yang telah diterbitkan:

1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja.
2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.
3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006.
4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008.
6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.
7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.
8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.
9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013.
10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.
11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015.
12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja.
13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara.
14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama.
15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua.
17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (76%)
4 stars
2 (11%)
3 stars
2 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for caa.
86 reviews
July 27, 2026
sebaik sahaja saya menutup buku ini, perasaan saya bercampur baur. ada rasa sebak, gembira, puas... dan dalam masa yang sama, sedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Lakarloka.

prolognya sahaja sudah cukup membuatkan hati saya sebak. dan entah kenapa, siri Lakarloka terasa begitu istimewa buat saya. mungkin kerana dunia yang dibina oleh Puan Sri terasa begitu hidup sehingga saya sendiri rasa seperti pernah menjadi sebahagian daripadanya. kalau Diya boleh meninggalkan Ampang untuk ke Lakarloka, rasanya saya pun sanggup ikut sekali.

perkara yang paling membuatkan saya jatuh cinta dengan naskhah ini semestinya perjalanan watak Diya.

sejak Roman Lakarloka, kita diperkenalkan dengan seorang gadis yang hidup dalam ketakutan, pendiam dan sentiasa dipijak oleh orang sekeliling. Namun dalam buku kedua ini, Diya tampil sebagai seorang ratu yang jauh lebih matang, yakin, tegas dan berani.

perkembangan wataknya terasa begitu meyakinkan. setiap keputusan yang dibuat, setiap keraguan yang dilalui, setiap kesilapan dan setiap pengorbanannya terasa benar-benar nyata. melihat perjalanan seorang gadis biasa menjadi seorang ratu yang disegani merupakan antara aspek yang paling saya kagumi dalam siri ini.

jalan ceritanya pula bergerak perlahan, tetapi bukan perlahan yang membosankan. sebaliknya, penulis memberi ruang kepada pembaca untuk benar-benar menyelami dunia Lakarloka. worldbuilding merupakan antara kekuatan terbesar siri ini. setiap lokasi, budaya, sejarah dan sistem dunianya dibina dengan begitu teliti sehingga saya tidak pernah sukar membayangkan segala yang berlaku.

saya juga lega kerana hampir semua persoalan daripada buku pertama mula diberikan jawapan. tiada plot yang terasa dilupakan. sebaliknya, semuanya disusun dengan kemas sehingga kepingan-kepingan cerita perlahan-lahan bercantum menjadi gambaran yang lebih besar.

chemistry antara Diya dan Arjuna juga berkembang jauh lebih baik berbanding buku pertama. kalau dahulu ada beberapa bahagian yang terasa agak tergesa-gesa, kali ini semuanya berkembang dengan lebih semula jadi.

malah, belum sempat saya menarik nafas selepas satu babak, penulis datang pula dengan pengorbanan yang lain. sama ada pengorbanan demi cinta mahupun di medan peperangan, semuanya berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.

cumanya, sebagai pembaca saya masih belum puas 😩masih banyak persoalan yang belum terjawab. mudah-mudahan dengan izin-Nya, akan tiba masanya kita dapat kembali berwisata ke dunia Lakarloka sekali lagi!
Profile Image for Juliana Es.
258 reviews31 followers
June 1, 2026
When you often immerse yourself in fiction - be it in the form of a book or a TV show - there'll be times when the two worlds merge or collide.

There's a gap between the first novel and its sequel. And in between, I watched many TV shows. It took me a while to guess that this duology was inspired by the show Outlander. Before I arrived at the right guess, I had thought of many Cdramas that this story was inspired from.

When Arjuna suddenly switched side, ngl, I was heartbroken. The feeling was the same that I experienced while watching Fated Hearts, a Cdrama. Nope, the plot is nowhere near similar to Lakarloka, but the betrayal felt close to the time when my favourite side character, Murong Yao, was revealed to be the masked villain.

I was devastated when Arjuna came back from Kiranapuri as a changed man. I had hoped it's not true, that it's merely a red herring. I didn't want him to end up like Murong Yao, but there's already a foreshadowing when he secretly smiled before he left Lembah Aswa for Kiranapuri. What's the meaning of that smile?

This is an open ending novel, but it did hint a certain potential that's favourable towards one of the two men.

There's supernatural and black magic involved (papakerma, tiwikrama), which makes it even more intriguing. There are alternate universe elements that reminded me of two TV shows: (1) Fringe, and (2) The Demon Hunter's Romance.

Typo and grammar wise, I wish the novel could do better. I miss the days of HSKU era, where all the novels edited by Nor Azah Aziz were free from any errors.

Regardless, kudos to Sri Rahayu for such an effective world-building. It has been an immersive reading experience for me. I couldn't put it down once I started reading.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hidayah Azmi.
38 reviews1 follower
August 3, 2026
Yuda Lakarloka merupakan buku kedua dari Wisata Dua Dunia mengisahkan bagaimana Diya mahu menguruskan Istana Siluman bersama-sama dengan penasihat dan para pentadbiran yang baru tetapi dalam Diya ingin membuat perubahan pada Istana Siluman dan Lakarloka perkara yang menghantui Diya telah datang dan menyebabkan Diya resah tetapi ada perkara-perkara yang tidak disangka telah berlaku. Nak tahu perkara apa? Boleh baca Yuda Lakarloka.

Pada pendapat dayah tentang cerita ini sangatlah baik dan sedap dibaca tambahan pula Kak Sri sangatlah bagus dalam menulis penceritaan dan selitan gurauan dan perkara tersebut tidak terasa terlalu janggal dan saya tabik kepada Kak Sri kerana memasukkan elemen agama dalam buku. Elemen agama tersebut tidak terlalu janggal atau pelik ketika dibacanya dan saya boleh nampak atau rasa pandangan yang bukan islam ketika mengetahui tentang agama Islam.

Dari segi watak-watak pula bagi dayah, watak utama Diya dari buku pertama hingg kedua nampak prekembangan yang sangat baik dan paling penting Diya sentiasa beringat bahawa semua kejadian ini adalah ketentuan Allah dan sabar menghadapinya. Arjuna pula wataknya membuatkan saya kagum terpesona ketika membaca Yuda Lakarloka, tidak ku sangka.... (nak tahu sila baca!). Narasinga dan Suria pun dalam buku kedua ini menampakkan perkembangan yang sangat baik dan watak-watak lain pun baik juga.

Akhir sekali buku ni sangat best hahaha
Profile Image for Izzah Berhan.
103 reviews5 followers
July 4, 2026
Cerita yang memanusiawikan manusia!

Memang manusia begitu kan? Cinta dan berperang. Berperang kerana cinta. Cinta yang benar takkan dikalahkan dengan cinta yang tamak. Cinta kerana kasih sayang membawa kebahagiaan, cinta kerana ketamakan sudah tentu membawa kepada kesengsaraan.

Alhamdulillah, kurniaan Allah atas nikmat menelusuri naskhah yang begitu bermanfaat ini.

Terima kasih penulis kerana menulis cerita yang memeluk jiwa (as usual) ini, semoga Allah berkati dan limpahkan lagi dan lagi ilham untuk menulis cerita² yang memanusiawikan manusia.
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 25 books269 followers
May 29, 2026
Alhamdulillah! Dengan izin Allah SWT lengkaplah duologi Wisata Dua Dunia dengan buku penutup 'Yuda Lakarloka'. Dalam buku ini saya menyimpan kenangan tentang satu kesenian yang saya cintai suatu ketika dahulu iaitu melukis mural. 25 tahun dahulu, guru dan murid sendiri yang melukis mural di dinding sekolah, menjadikan rupa bentuk mural pada zaman itu pelbagai ragamnya dan kelakar dipandang mata. Jauh bezanya dengan mural pada zaman sekarang yang benar-benar profesional dan berseni kerana dilukis oleh pakar dalam bidang mural dengan bayaran yang setimpal.

Di sebalik kisah mural, novel ini ialah surat cinta daripada diri saya pada zaman sekarang kepada diri saya yang berusia 16 tahun. Saya beritahu kepada diri saya yang remaja itu yang walaupun saya tak nampak jalan keluar, segalanya gelap gelita, saya dapat teruskan hidup sehingga 29 Mei 2026. Saya beritahu gadis itu yang dia akan ke Prajapurwa dan Runtuk Angker melihat castles and cathedrals. Saya beritahu gadis itu dia akan jumpa Arjuna dan Narasinganya. Akan ada Nenek Rawa dalam hidupnya, walaupun dia seseorang yang sukar untuk disayangi. Saya beritahu diri saya yang remaja itu walaupun saya tak dapat segera melarikan diri seperti Diya bahkan ditinggalkan dalam rumah raksha-raja, sayalah orang terakhir keluar dari Kiranapuri. Saya yang terakhir keluar dan tiada siapa lagi selepas saya. Kepada Allah sahaja saya berserah dari awal hingga akhir, walaupun hati rasa penuh galau dan syak-wasangka kepada Tuhan.

Jika ada umur lagi, saya tak sabar untuk membawa pembaca menikmati advencer seterusnya. Insya-Allah!
Profile Image for Eizalicious Noir .
96 reviews1 follower
July 18, 2026
🌟🌟🌟🌟🌟 RECOMMENDED 🌟🌟🌟🌟🌟

Selepas Wisata Dua Dunia: ROMAN LAKARLOKA, saya memang menantikan sambungan kisah Diya. Ternyata Yuda Lakarloka berjaya membawa cerita ini ke tahap yang lebih besar.

Novel ini bukan sekadar memaparkan peperangan, tetapi lebih banyak menumpukan kepada proses membina sebuah negara yang hampir musnah. Politik, strategi, kepimpinan, persahabatan, pengkhianatan dan kekeluargaan semuanya diadun dengan sangat baik.

Saya paling suka perkembangan watak Diya. Dia bukan watak yang terus hebat sejak awal, sebaliknya belajar daripada setiap kesilapan. Itulah yang membuatkan dia terasa sangat manusiawi.
Dunia Lakarloka juga semakin hidup. Setiap lokasi, sistem pemerintahan, budaya dan istilah baharu menjadikan dunia fantasi ini terasa benar-benar wujud.

Walaupun terdapat sedikit elemen romantik, fokus utama tetap pada perjuangan mempertahankan negara dan membina masa depan rakyat. Jadi bagi pembaca yang sukakan fantasi, politik, world-building yang kukuh dan konflik emosi, novel ini memang sangat memuaskan.

Bab-bab akhirnya pula penuh debaran dan emosi sehingga sukar untuk berhenti membaca. Setiap kemenangan datang bersama kehilangan, dan setiap keputusan mempunyai harga yang perlu dibayar.

Yuda Lakarloka bukan sekadar kisah tentang siapa yang layak memegang takhta, tetapi tentang bagaimana seseorang belajar menjadi pemimpin yang sanggup mendahulukan rakyat melebihi dirinya sendiri.

⭐️ 5/5 – Sebuah sambungan yang semakin memantapkan dunia Lakarloka. ❤️

#EizaliciousNoir #WisataDuaDunia2YudaLakarloka #YudaLakarloka #SriRahayuMohdYusop #PenerbitX
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books79 followers
June 22, 2026
4.3 bintang.

Kenapa aku suka duology Wisata Dua Dunia ini? Kerana watak Diya dekat denganku. Aku rasa nak peluk dia. Aku faham perasaan tak nak menyusahkan sesiapa itu. Aku sendiri selalu berangan-angan, alangkah bagus jikalau ada tenaga lelaki dan pandai bertukang seperti lelaki, juga seberani lelaki. Jadi tak perlulah aku susah hati untuk harapkan pertolongan orang lain yang kadang-kadang hal kecil saja, tapi aku tak reti serba-serbi. Rumahku tiada figura lelaki yang sebegitu.

Aku kagum dengan Diya, dalam keadaan yang dia tak tahu apa-apa untuk memerintah Lakarloka, banyak keputusan bagus yang dia lakukan. Sebabnya, dia fokus kepada satu tujuan - menjadi pelindung kaum perempuan dan anak-anak. Jadi, segala keputusannya berdasarkan motivasi nan satu itu. Aku bayangkan kalau aku di tempat Diya, bagaimana agaknya? Mungkin aku pun boleh lakukan. Tuhan sudah letakkan Diya sebagai sang ratu, jadi pastilah dia dapat memikulnya.

Arjuna dan Narasinga pula? Daripada buku pertama, aku tetap menyebelahi Narasinga. Dan Arjuna, terima kasih atas segala pengorbanan. Aku sebak membaca surat Arjuna itu. Bergenang air mata. Pengakhiran yang memuaskan hati. Aku bangga dengan semua orang yang terselamat. Mereka berjuang untuk hidup. Untuk hidup dengan baik.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews