What do you think?

Langkah Menuju Tuhan
Ada sebahagian orang tidak mulakan langkah kerana malas. Namun lebih ramai yang langkahnya terbantut kerana dirasakan tidak layak.
Takut gagal. Takut tidak konsisten. Takut dilihat lemah.
Buku ini bukan tentang menjadi hebat dalam sekelip mata. Ia tentang keberanian untuk melangkah, walau hati masih ragu, walau langkah masih kecil.
Melalui refleksi peribadi, kisah para Nabi dan tadabbur ayat-ayat al-Quran, buku ini mengingatkan bahawa perubahan tidak bermula dengan sempurna, kegagalan bukan penghujung, doa adalah kekuatan serta Allah SWT sentiasa bersama mereka yang berusaha kembali.
Jika kita ingin berubah tetapi belum tahu caranya, ingin dekat dengan Allah SWT tetapi terasa jauh, buku ini ditulis untuk menemani langkah. Kerana dalam perjalanan menuju Tuhan, yang penting bukan seberapa laju kita berjalan, tetapi setekad mana kita tidak berhenti melangkah.
#PantangMenyerah
#30NASIHATBANGKIT
- Mengenal pasti halangan yang membelenggu diri
- Tip praktikal mulakan langkah mencapai impian
- Tadabbur kisah dalam al-Quran serta refleksi peribadi
- Nasihat agar tidak menyerah sebelum berjuang

160 pages, Paperback
First published May 1, 2026
About the author
Hazmi Irsyad
3 booksHazmi Irsyad merupakan Pakar Digital di Tadabbur Centre, berfokus pada penghasilan kandungan berkaitan tadabbur al-Quran di media sosial. Semangatnya memperjuangkan tentang Palestin di Turki dahulu kini disalurkan melalui penyampaian ilmu al-Quran kepada anak muda melalui Mubeena Academy, sebuah inisiatif dakwah yang memberi tumpuan untuk menyebarkan al-Quran dalam kalangan anak muda dengan pendekatan yang kreatif dan segar. Di situ, beliau memegang amanah sebagai CEO.
Penulis dilahirkan di Kuantan, Pahang dan kini menetap di Kajang, Selangor. Ibu merupakan seorang guru dan bapa merupakan bekas Ketua Nazir Sekolah Negeri Pahang. Penulis merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik. Sejak kecil, penulis dididik dengan suasana pendidikan Islam. Bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan sebelum meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz Al-Irsyad dari umur 13 hingga 15 tahun. Pada usia 16 tahun, penulis ke Sanaa, Yaman untuk mendalami hafalan 30 juzuk al-Quran di Darul Quran. Sekembalinya ke tanah air, penulis meneruskan pengajian menengah dalam aliran sains sehingga berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penulis kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh dalam bidang Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa sehingga tamat pengajian pada tahun 2022.
Setelah tamat pengajian, penulis berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi subjek Bahasa Arab dari tahun 2022 hingga 2024.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 1 of 1 review
August 23, 2026
LANGKAH MENUJU TUHAN TULISAN HAZMI IRSYAD
Beli buku ni kat Shopee. It appear on my Shopee feed, lepas tu beli tengok tajuk dia, yang perkataan “Syaja’ah” tu yang buat saya terus check out. Hahahaha.
Perkataan yang tersangat sinonim dengan hidup saya tapi saya rasa saya tak tahu secara mendalam pun apa maksud Syaja’ah ni sebenarnya. Maka saya pun beli buku ni dengan harapan yang soalan saya “apa maksud Syaja’ah” akan terjawab, dan alhamdulillah, terima kasih Ya Allah… the money I spent on this book, worth it. Heheh.
It’s a motivational book, a self help, spiritual motivation. Penulis nak pembaca faham bahawa menjadi berani tidak perlu tunggu kesempurnaan tetapi memulakan langkah pertama tu sebenarnya part yang paling penting sekali setiap kali kita berniat nak buat sesuatu. Sesuatu tu pula refers to something yang kita tak pernah buat sebelum ni. Something yang kita baru nak try, yang kita rasa takut, tak yakin, takut gagal, yang kita akan rasa mesti akan tak berhasil dengan baik punya benda tu.
Semua perasaan tu valid tapi ketahuilah bahawa semua rasa tu akan menyekat diri kita daripada be a better version of ourselves. Setiap kali kita kata kita takut, nak tunggu dulu, next time, atau esok… semua tu nanti menghalang diri kita daripada mengeluarkan potensi diri yang selama ada tapi tak digunakan dengan baik sebab kita takut nak mula.
Contohnya, kita nak jadi manusia yang lebih mencintai Allah tapi kita rasa kita tak layak sebab kita rasa kita ni banyak dosa. So, kita pun buat keputusan untuk tidak menghadiri majlis-majlis ilmu, menolak ajakan ke ceramah agama, menunda ke masjid dan sebagainya kerana rasa kita tidak layak berada di tempat-tempat sebegitu. Sedangkan, untuk menjadi manusia yang lebih mencintai Allah, tempat-tempat begitulah yang kita sepatutnya hadiri.
Contoh lain, kita dipilih menjadi ketua kumpulan atau pemimpin sesuatu program. Kerana merasa diri terlalu banyak kekurangan, kita tolak pilihan tu sebab rasa tak mampu nak buat. Sedangkan peluang untuk belajar sesuatu yang baru, yang boleh jadi memberi kelebihan kepada kita dan bermanfaat untuk orang lain sebenarnya sedang dibuka melalui terpilihnya kita menjadi ketua.
Percayalah. Perubahan memang menyakitkan dan menakutkan. Tapi jika kita yakin ia mampu menjadikan diri kita manusia yang lebih baik dari segi kualiti hidup dan fikiran, bermulalah walaupun sukar. Tidak perlu tunggu sempurna, tidak perlu tunggu lengkap bersedia, tidak perlu tunggu sudah jadi paling bijaksana. Mulakanlah sesuatu yang baru itu dalam serba kekurangan sekalipun, sebab menjadi berani, menjadi sempurna, menjadi bersedia, dan menjadi lebih berilmu adalah apa yang dibina melalui proses perubahan yang kita lalui nanti. Dan, hanya Allah sahaja yang dapat membimbing kita.
Oleh itu, bergantunglah sepenuhnya kepada Dia dalam perjalanan kita memulakan langkah baru yang menakutkan dan menyakitkan tu. Insya Allah, selagi mana masih diniatkan kerana Allah dan masih mengikuti syariat yang telah ditetapkan, pasti yang baik-baik saja. Hidup kita pasti ada ujian, tapi bila bersama Allah, ujian pun boleh bertukar jadi nikmat.