What do you think?

Seruan Membaca dan Berfikir
35 pages
Published January 1, 2026
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
June 11, 2026
Buku ini sebenarnya menerbitkan semula karya asal beliau yang ditulis pada tahun 1982 dalam sebuah majalah yang bertajuk "Para penulis, belajarlah membaca dengan betul." Ia ditujukan buat penulis dan juga penilai cerpen dalam sebuah sayembara. Tetapi, ada beberapa bahagian yang isinya umum kepada semua penulis (sastera mahupun bukan sastera). Proses untuk menulis haruslah bermula dengan membaca. Proses seterusnya adalah berfikir. Tanpa kedua-duanya, penulisan yang dihasilkan mungkin tidak begitu baik. Hal ini terpakai buat semua jenis penulis, bukan tertumpu kepada hal sastera sahaja. Pandangan peribadi, komentar beliau dalam buku ini berbentuk seorang guru yang mengkritik dengan tujuan untuk menambah baik sesuatu, bukan untuk untuk menjatuhkan mana-mana individu.
June 7, 2026
Buku ini mengandungi 2 artikel yang pernah disiarkan dalam majalah Widya pada tahun 1982. Tahniah buat Akademi Jawi Malaysia dengan usaha ini.
Ia mahu mengajak penilai sayembara, penulis sastera serta seluruh pembaca dan pencinta buku untuk tingkatkan kemahiran membaca dan berfikir. Ini selari dengan prinsip Mohd. Affandi Hassan yang mahu karya bersulamkan ilmu khususnya menerusi Gagasan Persuratan Baru (GPB).
Beliau secara konsisten menolak konsep 'sastera untuk sastera' yang kononnya pentingkan estetika dan hiburan, namun kosong dalam makna. Karya sastera pula bukan sekadar bersulamkan ilmu, bahkan mempunyai tujuan mendidik manusia (ta'dib).
Anak kelahiran Kelantan yang telah hasilkan karya kritis Anugerah Sastera Negara dalam Kesusasteraan Melayu Moden (2019) banyak mengkritik sebahagian penulis yang beliau anggap gagal membaca dengan kritis sebelum hasilkan sesebuah penulisan.
Ujar beliau, "amatlah penting bagi para penulis kita belajar membaca dengan betul... 'he must be a good and perceptive reader'." Sambil itu, beliau membedah beberapa karya yang menang sayembara lalu menyerlahkan beberapa bahagian daripada karya tersebut yang dianggap kurang logik dan kurang matang.
Bagi beliau, penulis tidak semestinya pengarang, tapi pengarang itu adalah penulis - "orang yang pandai menulis, lemas dalam retorik yang tak memberi apa-apa makna; orang yang pandai mengarang berusaha menggunakan 'constitutive language'."
Penulis sifatnya gagal membaca dengan betul, lantas gagal menilai sesebuah karya itu baik atau sebaliknya. Hasilnya, gagal menghasilkan penulisan dan karya yang baik. Sesetengah penulis cuba menulis berkisar tema yang hebat, namun hasilnya tidak memberangsangkan.
Tokoh pengkritik sastera ini bagaimanapun berikan saranan penyelesaian: a) Membaca dengan betul; b) Merancang penulisan dengan rapi; c) Membuat penyelidikan. Beliau juga tidak sekadar mengkritik karya yang dipilih dalam buku ini, bahkan berikan 'recognition' punya potensi jadi cerpen yang baik, berserta cadangan.
Buat penilai sayembara, sekiranya karya-karya yang dinilai itu dibaca dengan tidak betul maka analsis dan apresiasi buat karya juga akan jadi tidak betul. Oleh sebab itu, pada peringkat awal sewaktu mengimbas pantas akan buku nipis ini, saya cadangkan agar ditukarkan saja tajuk kepada KHUTBAH BUAT PENILAI SAYEMBARA.
Bagaimanapun, majoriti kandungan buku ini ditujukan buat penulis seperti saya dan anda. Ada nada khutbah, banyak juga bukan dalam nada dan gaya khutbah.

August 18, 2026
Sebelum melakukan sebuah penulisan, kita perlu tahu tentang cara membaca dengan betul supaya penulisan yang dihasilkan mutu dan berkualiti.
Pengarang menekankan juga planning adalah salah satu elemen penting dalam menghasilkan sebuah karya.
Kritikan pengarang terhadap cerpen juga sangat tegas dan beliau pinpoint akan kekurangan cerpen yang dihantar ke GAPENA.

June 26, 2026
Sebagai seseorang yang telah membaca hampir kesemua karya kreatif dan karya ilmiah Tuan Haji Affandi Hassan (kenyataan ini diberikan sebagai penegasan bahawa saya sudah melazimi karya dan bentuk penulisan beliau, bukan sebagai pernyataan mendabik dada), karangan beliau dalam buku ini agak sedikit berbeza yakni tiada kesinisan dan kegarangan yang ditonjolkan. Maka, saya seakan-akan membaca karangan yang bukan ditulis oleh beliau.
Walau bagaimanapun, ketajaman sang pengarang dalam mengkritik dan memperhalusi karya-karya kreatif yang lain, masih jua sama. Beliau mengulas bahawa kepadatan cerpen dan teknik yang betul sangat penting agar pembaca boleh mengulangbaca cerpen yang sama beberapa kali, dan tidak terganggu pula kelancaran pembacaan mereka. Penulisan cerpen, berbeza dengan penulisan prosa yang lain, menurut tuan pengarang.
Di akhir buku, beliau berpesan: “belajarlah membaca dengan betul, sebelum anda cuba menulis”. Ini ialah pernyataan yang harus diambil berat dengan sebenar-benarnya! Seorang penulis yang baik, hanya akan mampu dilahirkan jika dirinya ialah seorang pembaca yang baik.
Pada muka surat enam, beliau telah pun menghuraikan kepentingan membaca ini, iaitu,
“Latihan membaca yang betul ini sangat penting kerana seseorang penulis terutamanya, juga penilai, harus dapat membezakan, tema yang mentah dengan yang digarap (the achieved content). The achieved content itulah yang menentukan nilai sesebuah karya: berhasil tidaknya, berkesan tidaknya, indah tidaknya, kekal tidaknya. Tema yang digarap, dicernakan, the achieved content, akan dihurai, dinilai, dan diberi makna oleh penulis dalam ciptaan yang terkawal tekniknya dan berkesan stylenya.”
•••
“…beliau pandai menulis, tapi tidak pandai mengarang. Orang yang pandai menulis, lemas dalam retorik yang tidak memberi apa-apa makna; orang yang pandai mengarang, berusaha menggunakan “constitutive language”.

June 20, 2026
Sidang Penerbit mengatakan bahawa pengarang sudah tekal dengan pandangannya untuk membawa pembaca kembali ke akar tradisi dan peradaban Islam sejak tahun 1960-an lagi.
Maka, buku ini merupakan salah sebuah hasil beliau dari pegangan tersebut. Seruan Membaca dan Berfikir ini merupakan kritikan Mohd. Affandi terhadap 2 cerpen yang memenangi hadiah utama sayembara "Cerpen Hadiah ESSO-GAPENA" pada tahun 1979 dan 1980.
Walaupun beliau menggunakan gaya khutbah untuk menyampaikan kritikannya dan dikhususkan kepada penulis, satu hal yang perlu kita renung dan insafi ialah pesanannya yang berbunyi:
"Belajarlah membaca dengan betul, sebelum anda cuba menulis."
Gagasan Persuratan Baru beliau saya tidak pasti adakah masih mendapat tempat kini. Selepas 30 tahun, siapakah yang menggunakan gagasan ini dalam penulisan kreatif sepertimana Haji Mohd. Affandi Hassan sendiri mengujinya melalui pelbagai karya penulisan?

October 6, 2026
Tiga perkara, pembacaan yang betul, research dan planning agar dapat hasilkan cerpen yang baik. Semua penulis boleh menulis tapi tak semua pandai mengarang. Belajarlah membaca dengan betul sebelum anda cuba menulis.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews