Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hilang & Jumpa

Rate this book
Sebuah novel klasik. Tiga sahabat bertemu sesuatu yang hilang daripada mereka tanpa sedar, di tempat yang paling mereka tidak jangka. Ikuti kisah suka duka jatuh bangun tiga sahabat di bumi Sheffield. Mana tahu, Anda juga akan terjumpa sesuatu yang tidak disangka.

"Sebuah novel yang 'hidup' dan 'dekat' dengan realiti kehidupan!"
- Da'i Azam Al-Kankari
(Finais Da'i Pendakwah Milenia TV3 & Pendakwah Bebas)

"Ia menjumpakan saya dengan sesuatu yang lain dan berbeza, berbanding lambakan novel-novel di pasaran."
- Muharikah
(Penulis buku & Blogger)

258 pages, Paperback

First published January 1, 2015

11 people want to read

About the author

Umi Kalthum Ngah

29 books3 followers
Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah bertugas sebagai ahli akademik di Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1981. Kini beliau menyemai bakti di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Di samping tugas harian sebagai ahli akademik, beliau juga meluangkan masa menghasilkan buku dan bahan penulisan di akhbar harian, khususnya ruangan Jendela Hikmah dan Bicara Hati, Berita Harian. Malah menghasilkan bahan penulisan adalah cara beliau menangani tekanan dan kebuntuan, yang mana usaha ini dimulai ketika menyudahkan tesis doktor falsafah beliau dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia yang baru diterimanya.

Beliau tidak mendapat pendedahan formal dalam bidang penulisan tetapi berkat tunjuk ajar dan menghadiri kuliah berkala anjuran PTS dan bimbingan Puan Ainon Mohd, beliau berjaya menghasilkan beberapa buku yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa, buat tatapan remaja dan kanak-kanak.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (26%)
4 stars
20 (58%)
3 stars
3 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Faarihin Talip.
36 reviews2 followers
January 23, 2018
Buku yang sangat dekat dengan diri ini juga. Dalam mencari sesuatu yang hilang dalam diri. Semoga perubahan ke arah kebaikan itu sentiasa ada dan tak akan pernah padam.

Biar di mana pun kita berada, moga Islam tetap tertegak dalam diri kita. Mengembaralah ke mana jua sekalipun asalkan jangan lupa siapa Tuhan kita.

Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
April 13, 2019
Intipati yang agak dekat dengan diri yang masih tercari-cari apakah yang hilang. Biarpun pengkisahannya berlandaskan 3 sahabat di luar negara, tetapi setiap bab ada 'penjelasan halus' tentang apa sebenarnya yang kita hilang selama ini. Hilang; kejiwaan yang muat dengan kenikmatan pemberian Allah, tetapi masih terasa kosong. Apakah kekosongan itu? (jeng..jeng..jeng..)

Penyampaian agak perlahan. Mungkin aku bukan di antara pembaca yang gemar membaca ayat dialog berbaku tetapi percayalah, sebaik sahaja membaca hingga ke helaian pertama, engkau akan jumpa apa yang hilang dalam jiwa engkau.

Terima kasih, sang penulis!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
January 29, 2020
Pengalaman yang dilalui boleh jadi panduan dan ibrah bagi orang lain. Penulis menukilkan pengalaman belajar di negara orang bersama dua sahabat baik.

Asas agama sangat penting diajar kepada anak-anak. Apatah lagi bila ia dapat dihayati sebaiknya. Ia jelas menjadi benteng pertahanan Iman anak-anak.

Sedih membaca episod malang pelajar Islam kita yang kecundang di negara luar semasa belajar. Muda memang sekali tetapi bukan tiket untuk enjoy sepanjang masa.

Kita pasti mati. Dan hidup di alam sana selama-lamanya.

Buku 1 / 2020
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 29, 2022
Q U O T E


"Sememangnya, ilmu perlu dan mesti dicari. Kadangkala pula, pengalaman mengajar kita. Sekiranya pengalaman itu pahit, akibatnya timbul penyesalan yang tidak sudah. Namun, mengajukan pertanyaan adalah satu kemestian sekiranya kita tidak tahu, walaupun ego diri kita itu setinggi gunung yang melangit. Kerana dibimbangi, kita bakal terjebak dalam kehancuran dan kemusnahan. Seterusnya, kepada-Nyalah kita memanjatkan segala keampunan."
4 reviews
October 24, 2015
Buku ini bagus. Mengisahkan tiga sahabat yang sambung belajar di luar negara. Belajar kehidupan yang berbeza bersama kawan-kawan dari pelbagai negara luar. Daripada situ mereka bertiga belajar apa yang perlu dipertahankan apabila berhadapan dengan bangsa asing dan kita menjadi agama minoriti. Bahasa yang digunakan penulis juga teratur dan klasik.
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
November 16, 2021
Penulis menceritakan kisah beliau semasa mencari ilmu di luar negara. Bagaimana beliau dan dua sahabatnya hilang sesuatu di negara sendiri namun menjumpainya di negara orang.

Agak janggal ketika membaca dialog di dalam buku ini kerana ia menggunakan sepenuhnya bahasa baku. Namun, setiap pengajaran dari kisah dan pengalaman yang diceritakan oleh penulis sampai ke jiwa pembaca.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.