Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mahakamus

Rate this book
Ceritera futuristik manusia menentang mesin. Sebuah fiksyen sains fantasi air tangan Faisal Tehrani. Perjuangan seorang saintis memperbetulkan kesilapan lampaunya lantas bangkit menentang suatu percubaan mensanitasi sejarah oleh empayar pimpinan sang kapitalis, dengan dibantu oleh leluhurnya dari masa hadapan yang merentas jagat. Penuh simpang siur dalam nuansa kecerdasan buatan; atau apakah ia sebetulnya ‘kebuasan’ buatan?

Garis antarjagat kini bersimpul dan bertembung antara satu sama lain, menagih bukan hanya perhatian pembaca, bahkan hampir perlu menjadi seorang arkeologis demi menggali dan mengutip naratif yang bertaburan sepanjang maraton rentas jagat paling epik.

Apakah pada hujungnya, misi sang saintis itu tertebus dan lunas? Apakah leluhurnya berjaya menyelamatkan memori dan trauma yang cuba dipadam oleh empayar Baal?

310 pages, Paperback

Published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Faisal Tehrani

76 books601 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (22%)
4 stars
7 (77%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Hamidah Effendi.
634 reviews7 followers
July 6, 2026
Baca buku ni macam melihat perjalanan pemerintahan Mahathir dari awal sehinggalah ke era terkini.

Buku ini dibuka dengan gaya kamus, tetapi tidak disusun mengikut turutan abjad seperti kamus biasa. Selepas itu, disusuli pula kisah-kisah pendek yang berkait dengan peristiwa tercatit atau nama terlibat.

Melalui buku ini, kita dapat melihat sisi kehidupan masyarakat yang bergerak seiring dengan zaman pemerintahan Mahathir. Jadi, banyak peristiwa yang pernah kita lalui atau baca sebelum ini terasa seperti muncul semula sebagai satu flashback ketika membaca.

Gaya bahasanya mudah difahami, tetapi ada masanya aku terbabas juga sebab penulis menggunakan gambaran dan pilihan perkataan yang unik. Waktu itulah aku asyik membelek dan mengoogle, "Apa bendalah perkataan ni? Tak pernah dengar pun." Bahagian sejarah pula memang buat aku rasa nak mencari lebih banyak maklumat supaya apa yang dibaca terasa lebih hidup.

Aku baca buku ni agak slow burn. 🫣

Emosi sepanjang membaca? Ada masanya rasa lost, tapi aku teruskan juga. Bila dah semakin banyak halaman dibaca, barulah aku faham bagaimana flow buku ini disusun.

Bagi aku, ini memang sebuah bacaan yang agak berat (heavy reading). Tapi nak lebih menikmati pembacaan, memang kena rajin mengoogle maksud perkataan dan peristiwa yang disebut. Lepas tu barulah, pengalaman membaca jadi lebih seronok.📚
Profile Image for Klux.
257 reviews
July 24, 2026
I found myself staring at a wall when I finished this book.

I was born in 1981, the year when Mahathir became the 4th Prime Minister of Malaysia. I basically grew up under him. So yes, this book rasa dekat di hati. Slow burn indeed.

The book used the structure of a dictionary to tell the many stories that evolved around Mahathir. It was definitely a unique experience and needed some getting used to.

As someone who abhor politics/politicians, this book validates my feelings. Reading this also made me realize how little I knew about the history of Malaysia after independence. I had to Google some of the events that were mentioned, like the Memali tragedy.

There were few stories that left an impressions: pasal kucing, Erra and syair Mahathir. There was even a story about Faisal Tehrani himself tengah flashback about writing this book. I wonder if it was inspired by a true story?

I was a bit confused about the whole Amigdala, Fimiyun and Sang Leksikografer bits. I know why they jumped from one universe to the others but sometimes the details flew over my head. Rasa macam they were an inside joke pun ada gak.

Well, dah nama pun satire kan?

But I do feel sorry for Mahathir. Imagine living for 102 years and then you read this...

Story 4/5
Characters 4/5
Development 3/5
Enjoyment 4/5
Style of writing 5/5
Overall 4/5
Profile Image for Suriyah Razip.
23 reviews
June 14, 2026
This was such a refreshing read, i’ve read his romance genre and was pleasantly surprise with this latest piece of work.

This book got me thinking a lot about how malay people think in general especially the part about - ketaksuban manusia kepada mana-mana sistem yang mendakwa memiliki kebenaran mutlak.

As we all know, history is written by the victors, tapi by end of the day siapa yang memegang kuasa untuk menentukan kebenaran type of thing.

Some parts of the story is satirical but most part, i felt that some of it is referring to an inside joke.

Book may not appeal to certain readers but i loved it.

“Di tiap jagat ada rahsia kebangkitan.”
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 28 books191 followers
June 28, 2026
Lima bintang kalau aku lagi arif pasal situasi politik Malaysia (atau Mahathir).
Displaying 1 - 4 of 4 reviews