Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati. Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri. Tapi, apakah nasibnya secantik namanya?
❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau!❞
Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayaan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? — Doktor Nuffaiq Wildan
❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞
Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. — Lilyrose Warda
Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞
Tatkala pembedahan usai, penyesalan pula datang merempuh dada. ❝Aku nak kau lunaskan hutang darah kau, tapi kenapa aku yang selamatkan nyawa kau? Kenapa kau, Warda? Kenapa?❞
Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Doktor Nuffaiq Wildan? Apabila ia melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan.
❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞
Tak perlu tunggu waktu itu, doktor. Sekarang pun saya rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati!
Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti...
Dapatkah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sehingga detak jantung itu terhenti...
Awal² memang pain sangat bila Warda dituduh menjadi punca kematian Bella, sepupu yang dia sendiri sayang. The accusations, the hatred and the guilt she had to carry made her life miserable from the very beginning.
Nuf meraung bila balik outstation dan menemukan isterinya sudah kaku di rumah. From that moment, dia nekad nak membalas dendam. Tambah pula parents Bella especially mak Bella, memang tak pernah suka Warda. Ada saja benda yang Warda buat nampak salah di mata mereka.
This story is seriously long, more than 900 pages. Kita dibawa dari kisah dendam, kehilangan, penyesalan sampai ke fasa kehidupan baru dan perkahwinan.
This book is thick for a reason. The author truly poured out everything she felt and thought about their story.
Rasa macam tak ada satu pun yang tertinggal. Every thought, every emotion, every memory is there.
Honestly F feel sorry for Bella. Masa dia bertunang dengan Raiz, tunang sendiri sebenarnya lebih tertarik pada Warda. Lepas kahwin dengan Nuf pun sama, Nuf pernah ada crush lain sebelum Bella. Jadi tak hairanlah Bella menyimpan rasa marah dan cemburu terhadap Warda sebab orang² yang rapat dengannya sentiasa berpaling kepada gadis itu.
At the same time, F juga nampak Nuf sebenarnya tertekan sepanjang berkawan dengan Bella. The way Bella subtly pushed and pressured him made it obvious that Nuf struggled to say no.
Life Warda memang penuh dengan ujian. Apa yang dia lalui buat F sesak nafas. Bila akhirnya Nuf tahu perkara sebenar, memang gelupur dia mencari Warda untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku.
Ada satu scene yang buat F geram sangat. Disebabkan terlalu marah pada Nuf, Warda sanggup naik kereta Raiz. Girl.. you made a big mistake! Raiz tu red flag. U ada bad history kan gan dia. Awatlah Warda buat keputusan sependek itu?
Thankfully, kesakitan Warda tak berpanjangan. She eventually finds her own happiness. Cuma satu je perangai dia yang kadang² buat F stress, dia suka buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan Nuf. Padahal Pak Ngah dah banyak kali pesan supaya mengutamakan suami yang begitu menyayangi dan sentiasa berada di sisinya.
Nanti uols akan tahu the real story why mak ngah tak suka Warda. Dan apa yang pak ngah tanya kat wife dia sama apa yang F fikir.
Actually, F teringat kisah benar seseorang yang sampai hari ini masih suka mengungkit tentang ex-fiance yang tak jadi kahwin dengan dia.
Ironinya, life dia sekarang jauh lebih baik. She's happily married to a good husband, blessed with a beautiful family yet she's still holding on to the past.
Betullah, bila seseorang terlalu lama menyimpan dendam atau kekecewaan, kadang² mereka terlupa untuk menghargai the blessings right in front of them.
Overall, this was a story filled with heartbreak, regrets, second chances and healing. Memang penuh drama, penuh emosi dan ada banyak moment yang buat F geram, sedih serta lega dalam masa yang sama.
TW: Cubaan Membunuh Diri & 🔞 (Adegan Suami Isteri).
Kematian Bella buatkan hidup Warda lebih sengsara dari sebelum ini. Nuffaiq Wildan melancarkan perang terhadap Warda bagi menuntut bela dan mendapat keadilan buat isterinya, Bella. Apa yang terjadi seterusnya?
Pasti ramai pembaca akan cop Lilyrose Warda sebagai seorang yang lemah kerana tidak berani pertahankan diri sendiri. Tapi saya rasa tidak kira macam mana sekalipun Warda cuba untuk perbetulkan keadaan. Dia tetap dipersalahkan. Dan Nuffaiq pula -- dia nampak sus bila dia decide untuk balas dendam dekat Warda. Sebab dendam dia menunjukkan yang sebaliknya. Semuanya jadi huru hara sebab tak sync.
Kan best kalau ada banyak scene dalam bilik bedah. sebab saya rasa macam nak baca banyak lagi kes kes bedah Dr Nuffaiq. Tapi saya tahu saya tak boleh tamak.
NFH penuh dengan drama dan bermain dengan emosi pembaca. Kisah tentang peluang kedua, manipulasi keadaan, ujian hidup, nikmat kesihatan, dendam dan pengkhianatan. Level pain yang ada dalam buku ini mengingatkan saya cerita Siti Rosmizah. Pembaca akan berada dalam circle sakit itu dalam tempoh yang lama. Dan kemudian graph menurun dan lebih tenang sebab kita akan dalam fasa melayan angau watak ♥︎
Ada banyak rahsia yang tersimpan. dan itu salah satu sebab saya teruskan menyelak mukasurat. Walaupun storyline jenis buat FL jatuh terduduk macamni dah pernah baca. Tetaplah saya teruskan. Buku ni tebal dia tahap baling dekat anjing pun boleh pengsan. Tapi saya enjoy je baca sebab memang dalam mood nak baca cerita bagi darah tinggi naik.
cumanya -- Warda cepat sejuk kan?. Saya kalau boleh nak dia tunjuk lebih lagi perasaan marah dia yang membuak-buak tu dekat Nuffaiq. Sebab dia layak untuk marah. Tapi dia ambil langkah paling play safe & saya rasa mcm sekejap sangat dia cool hmph?
Terima kasih banyak buat @girlcrush_yaya untuk ARC ini. Teruskan menulis sebab anda boleh menulis. Kalau tidak silap saya kalian boleh baca NHF di wattpad penulis.
Tebal gila buku ni weh. Aku dah baca wattpad version dengan buku. Memang puas hati gila baca buku ni. Plot takde kosong langsung. Tak boring langsung. Lilyrose Warda ni sangat la kuat orang nya. Sampai rasa nak hempuk si Nuf bila dia berlaku kasar dgn Warda. Nuf memang grovel teruk 🤣 Padan muka 😆
Woww.. saya sendiri tak boleh percaya i can finished this within less than a day.. nampak tebal.. tapi penulis cerita semua nya, tak ada satu yang tinggal.. dan yang penting tak ada meleret² ..
Warda nie dari awal da kene macam².. apa yang Mak Ngah dan Bella nie tak suka sangat tak tau laa.. Warda nie hidup dia hari² di salah erti..
Bella nie sentiasa ada perasaan curiga kat Nuf nie.. dia kata Nuf tak sayang dia.. Nuf ada orang lain.. macam² laa.. at first nie macam kesian kat Bella sebab semua orang yang dia suka, suka kat orang lain.. tapi niat tak menghalal kan cara Bella.. Bella nie pulak jenis yang suka push..
Bila Nuf balik dari outstation and jumpa Bella da takda.. tak terkata masa nie.. Warda jugakkk di persalah kan sebab Nuf mintak Warda tolong jaga kan.. dari situ Nuf terap kan dalam otak yang Warda memang bersalah.. Warda tak ada kat rumah tu, how come you can think that Nuf? Geramm
Warda rasa tertekan dengan semua takdir.. semua hanya nak salah kan dia.. akhir nya dia decide untuk join program keamanan.. mungkin dia boleh ber bakti pada orang yang betul² memerlukan..
Bila Nuf dapat tahu hal sebenar, gagau laa dia cari Warda balik.. and finally ada sinar bahagia untuk Warda..
Kisah silam antara Mak Ngah dan Bell sampai tak suka Warda terbongkar.. how come a mother can plan like that huh? Serius tak boleh brain tau.. gilaa betul perangai Mak Ngah nie..
Saya suka character development dalam buku nie.. dorang semua tak perfect, semua buat silap.. dan slowly dorang belajar dari kesilapan dan jadi versi yang lebih baik..
When I first started this book, I would say…Wow, sedapnya bahasa penulis. No wonder sebelum ni ada few readers bagitahu, once dah start baca memang tak rasa tebalnya…Go for it, kata dorang. Memang sedap.
Since saya tak pernah baca versi Wattpad, saya tertarik bila dah start baca. Saya fikir, okay, another enemy-to-lovers trope, which is my favourite. Saya nak tahu apa punca Nuf ni marah & benci sangat dekat Warda.
Dr Nuffaiq Wildan berkahwin dengan Bella. Bella merupakan sepupu kepada Lilyrose Warda. Bella meninggal dunia & Nuf salahkan Warda atas kematian isterinya itu. Dari situ, dia berdendam dan marahkan Warda. Tapi siapa sangka, takdir mereka ni lebih daripada itu.
Awal-awal lagi saya memang suka perwatakan Warda. Orangnya lembut, selalu dipersalahkan untuk banyak benda padahal bukan salah dia pun. Bila Nuf buat keras, dia pun sama naik keras.
Bella mati - dia salah. Ex-bf Bella suka dia - pun dia salah. Then, bila sampai plot twist Nuf pun… Warda yang dipersalahkan. Padahal none of them were her fault at all.
Tapi dia beruntung sebab despite semua tu, dia masih ada Amna & Fahmi. This duo kan, I would say character yang saya paling suka dan paling hidup dalam buku ni.
Pendek kata, saya tak ada masalah dengan Warda. Dia kuat, dia tabah… dan saya paling suka babak Warda confront Mak Ngah, kemudian Pak Ngah muncul to protect her. I can feel the pain, the emotional damage… just wow. Rasa nak masuk dalam buku lah nak cakap dekat Mak Ngah..Padan muka.
Now here’s the thing yang saya rasa susah nak connect sikit.
Ini pendapat peribadi saya ajelah ya. Saya rasa karakter Nuffaiq Wildan agak celaru dari segi motivasi dan perubahan emosinya.
That moment bila dia reveal rahsia yang dia simpan daripada Warda, terus saya flashback balik those scenes dari bab-bab awal. And honestly, saya jadi macam… Eh, kejap. Kalau macam ni, kenapa sebelum ni kau buat macam tu?
Okay, grief boleh buat manusia irrational. Saya boleh terima. Tapi masalahnya ialah tahap tindakan Nuf tu… saya rasa tindakan Nuf sebelum reveal tu tak berapa sync dengan apa yang akhirnya kita tahu tentang dia. Bukan sebab saya tak boleh terima perubahan karakter, tapi saya rasa proses untuk sampai ke perubahan tu agak kurang meyakinkan.
From benci, salahkan Warda atas kematian Bella, maki hamun - to scalpel scene - to let me take care of you - to damask rose - to plot twist Nuf. . The transition felt a little less gradual than I would have liked. . However honestly, selepas semua yang dah berlaku, Nuf memang sweet husband. Green all the way sampailah penamat, except yang saya sebutkan itulah. Saya suka Nuf yang ini. Cuma saya rasa perjalanan daripada Nuf yang awal kepada Nuf yang akhir tu yang buat saya sedikit terkial-kial nak follow. . Mungkin ni masalah saya seorang ajelah kot. But then again, that’s how I experienced the story as a reader. . And due to that, tak dapat tidak, I felt a little pity for Bella walaupun perangai dia rengsek jugak. Bila dah tahu backstory kenapa dia rasa insecure tu… terus saya macam… Lahhh Nuf pun.. . Then adalah few minor things yang saya perasan - isteri doktor duduk dalam bilik ofis tunggu, monolog pasal kulit mulus pesakit, simpan gambar crush…Benda-benda ni kecil dan tak jejaskan keseluruhan cerita pun, cuma sempatlah saya pause kejap. . Overall, it was such a good story. Dengan ketebalan 900+ muka surat tu, kita boleh rasa semua emosi. Tak ada satu watak pun yang saya rasa membazir… semua ada fungsi untuk menggerakkan cerita, which is something yang saya puji tentang penulis. And I think that’s one of the biggest strengths of this book. . Walaupun panjang, setiap watak ada peranan masing-masing dan cerita tak terasa macam dipanjangkan semata-mata untuk cukupkan muka surat. . Dengan bahasa penulisan yang sedap, penulis memang boleh pergi jauh lagi. Kalau aspek character progression dan emotional transition tu dapat diperkemaskan lagi, I think the writing can be even stronger. . All the best untuk karya seterusnya. 🤍
Another day, another review! Finally dapatkan habiskan buku yang tebal yang amat ni! Jangan takut dulu tengok ketebalan dia, sebab storyline dia bagi aku agak fast paced dan mudah faham dengan penulisan author ni. Mengisahkan tentang Lilyrose Warda yang hidup dia dituduh jadi punca kematian sepupu dia, Bella and also merupakan wife kepada Nuffaiq Wildan. Pada pemulaan cerita memang dah mula rasa benci dan dendam Nuf pada Warda, tapi actually bukan salah Warda pun, sebab memang bukan salah dia, yang ada masalah penyakit hati si Bella tu, tambah pula dengan mak Bella tu lagi, perangai dia “wow” nasib tak baling je buku. Nuffaiq Wildan, doktor cardio (jantung), masa part prolog, dia kena operate seseorang and orang tu Warda, masa dia dah tahu siapa yang dia operate tu, memang nampak hatred dia towards Warda, lagi kuatkan perasaan dia yang dia tak sepatutnya selamatkan Warda. Padahal ei masa Warda nak explain dia sendiri taknak dengar, facts apa yang terjadi masa malam Warda pergi rumah Bella masa tu sebab Nuf suruh Warda jaga Bella waktu dia takde. Makin lama Nuf nak balas dendam dia pada Warda, makin ada petunjuk yang Warda tu sebenarnya bukan macam mana dia sangka, masa dia kahwin dengan Bella, Bella mesti nak burukkan Warda depan Nuf, boleh nampaklah yang sebenarnya Nuf ni dia stress hidup dengan Bella termasuklah aku sebab aura negatif dia kuat benor.
Bella dia lepas “kejadian” tu jadi, dia simpan rasa marah dan cemburu pada Warda, padahal macam tajuk buku Not Her Fault sebab memang bukan salah Warda, yang salahnya manusia lain dalam buku ni. Punca dia ex tunang Bella ni lebih tertarik pada Warda dan bukan dia. Kiranya Bella ni memang penuh rasa insecure lah actually dia. Lepas tu dengan Nuf ada crush pada seseorang ni and ada simpan lah gambar seseorang tu, lagilah berapi Bella, Nuf pun satu haih.
Masa baca, agak questioning apahal mak si Bella ni memang tak pernah suka dekat Warda ni, asyik-asyik mesti dia nak cakap benda tak baik dekat Warda, sampai sanggup rancang kejadian yang buat kan Warda tu dibenci. Rupanya lah ada dendam yang katanya 30 tahun dah simpan, masa aku tahu tu aku cam “Eh, makcik ni tak reti move on rupanya” 30 tahun tu better gi perbetul hidup daripada nak buat anak orang macam tu. Bukannya dia takde family ke lepas apa yang jadi.
Hidup Warda sebelum dia berangkat pergi Reyhanli tu memang dia asyik menghadap jela si Nuf tu yang asyik tak habis-habis nak tuduh dia punca kematian Bella. Kebenaran yang Nuf akhirnya tahu pun sewaktu dia jumpa dengan doktor Warda masa tu, barulah dia tahu apa yang jadi masa Warda takde jaga Bella masa tu, ha baru lah tahu nak menyesal, padan dengan muka hg baru nak tercari-cari minta maaf, masa orang tu depan mata, patutnya seek the truth lah. Masa dia dah jumpa Warda dekat Reyhanli tu, macam-macam ayat dia bagi nak Warda tu maafkan dia. Tapi Warda ni sebab hati dia tu lembut, dia tak suka nak simpan actually rasa marah tu lama-lama, walaupun orang dah minta maaf, parut tu tetap ada kan akan ingatlah sampai bila-bila.
If author buat watak Warda lepas apa yang jadi tu macam baddie sikit best, biar dia basuh ni Nuf tu betul-betul, walaupun ada chapter macam “ei Warda asal lah ko ni degil sangat eh tak dengar cakap” Valid untuk Nuf being protective macam tu, faham Warda nak kekalkan kandungan dia, but at the same time dia tahu kan dia ada masalah jantung, jadi dengar jela cakap Nuf tu! Kang ko tumbang, salahkan diri sendiri, ubah tajuk pulak “Yes, it is your fault”. Tak marah pun geram ciked je.
Okay tak boleh cerita lebih-lebih kat sini, nak tahu apa yang jadi dalam buku yang amat tebal ni boleh cuba baca di Wattpad, and hopefully author boleh lepasni letak triggered warning dalam buku, apa pun anyone yang nak baca, jangan takut dengan ketebalan buku ni, for me it’s enjoyable.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Fuhhhh.. akhirnya habis jgk naskhah ni saya baca. Ambik masa lama sikit. Bukan tak best. Best citer ni. Tp masa sgtlah tak mengizinkn.. dgn tebal nye dah mcm kamus 😂
Tahniah penulis untuk naskhah sulong ini. Tak mengecewakan. Sy approved.
Kalau dari awal lagi watak utama dah kena tuduh atas kematian seseorang yang dia sendiri sayang, memang saya tahu perjalanan cerita ni bukan sesuatu yang akan tenang. Pfttt 😞☝🏻
Warda hidup dengan membawa satu beban yang sangat berat ; pemb*nuh Bella. Yang paling menyakitkan, orang yang paling dia harapkan untuk memahami keadaan ialah Nuffaiq, tetapi lelaki itu jugalah yang memilih untuk membenci dan menghukum dia. 🥹
Nuffaiq memang buat saya rasa nak lempang dia laju-laju sepanjang membaca. Saya boleh faham kenapa dia terluka dan marah selepas kehilangan Bella, tapi cara dia melayan Warda tu… sumpah saya rasa baran.
“Sampai bila kau nak cuai macam ni? Kau nak ada orang lain pula m4ti disebabkan kau lagi ke?”
Dan Warda pula jenis heroin yang buat saya rasa kesian sebab terlalu banyak perkara dia pendam seorang diri. Dia bukan tak terluka, bukan tak kecewa, cuma dia memilih untuk bertahan walaupun berkali-kali dipatahkan oleh keadaan dan manusia di sekelilingnya. (Aihhh lah Wardah 😞)
Part yang paling menarik bagi saya ialah bagaimana kisah ni bermain dengan persoalan siapa sebenarnya yang bersalah? Bila kita hanya tahu satu sisi cerita, kita akan mudah untuk menjatuhkan hukuman. Tapi semakin jauh pembacaan saya, semakin banyak perkara yang mula terbongkar dan membuatkan saya persoalkan semula apa yang berlaku kepada Bella.
Saya sangat suka elemen dunia perubatan yang diletakkan dalam cerita ni, terutamanya apabila melibatkan Nuffaiq sebagai doktor. Ada sesuatu tentang seorang doktor yang begitu menjaga nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama menyimpan dendam yang begitu dalam terhadap seseorang. Ironi dia tu memang menarik.
Dan hubungan Warda dengan Nuffaiq? Gurlll… this is NOT a cute little romance. 😂 Kita kena lalui rasa sakit hati, salah faham, kebencian, penyesalan dan banyak benda sebelum boleh sampai ke bahagian yang lebih lembut.
Yang buat saya terus nak baca ialah rahsia di sebalik kematian Bella. Setiap kali rasa macam dah boleh agak arah ceritanya, ada pula perkara lain yang buat saya terfikir betul ke eh?
Saya juga suka tema forgiveness, redemption dan second chance yang muncul dalam novel ni. Sebab kadang-kadang yang paling sukar bukan untuk mencintai seseorang semula, tetapi untuk belajar menerima bahawa kita pernah salah menilai orang yang kita fikir paling kita kenal.
For me, Not Her Fault memang jenis cerita yang akan menguji emosi pembaca. Ada bahagian yang buat saya geram, ada yang buat saya kasihan dekat Warda, dan ada juga saat saya cuma mampu fikir, “Tolong berkomunikasi boleh tak gais?”
Sometimes, the person we blame the most may not be the person who deserves the blame.
Kalau korang suka cerita romance yang penuh konflik, family drama, medical element, secrets, revenge, redemption dan emotional rollercoaster, Not Her Fault mungkin boleh masuk dalam reading list korang. 🩷
Not Her Fault is one of those books that had me feeling so many things throughout the reading journey. Dengan ketebalan yang boleh tahan, saya pada awalnya agak risau cerita akan terasa draggy, tapi ternyata tidak. Banyak perkara yang berlaku membuatkan saya terus tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya tersembunyi di sebalik setiap kejadian.
Apa yang paling menarik perhatian saya ialah perjalanan Warda dan Nuffaiq. Hubungan mereka bukan jenis yang terus manis dari awal. Banyak benda yang perlu mereka lalui sebelum sampai ke satu titik di mana masing-masing mula melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza. Saya paling suka melihat perubahan Nuf apabila dia mula sedar bahawa tidak semua perkara yang dipercayainya selama ini adalah benar.
Warda pula antara watak yang buat saya rasa nak peluk sekaligus geram untuk pihak dia 🥹 Banyak keputusan dan keadaan dalam hidupnya berada di luar kawalan sendiri, tetapi dia tetap cuba meneruskan hidup walaupun berkali-kali diuji. Bagi saya, kekuatan Warda bukan sebab dia tak pernah jatuh, tetapi sebab dia tetap bangun setiap kali hidup menjatuhkan dia.
Plot cerita ni memang kaya dengan emosi, konflik dan kejutan. Ada perkara yang pada awalnya nampak macam satu kebenaran, tetapi semakin jauh membaca, semakin banyak persoalan yang muncul. Bila satu demi satu kepingan cerita mula bercantum, barulah kita faham kenapa sesetengah watak bertindak seperti itu. This definitely kept me turning the pages.
Saya juga appreciate bagaimana perkembangan watak-wataknya dibuat secara berperingkat. Tak ada yang terus menjadi sempurna selepas melakukan kesilapan. Mereka belajar, buat pilihan yang salah, berdepan dengan akibat dan perlahan-lahan cuba berubah. That growth made the characters feel more human.
Dan saya tak boleh abaikan betapa geramnya saya dengan beberapa tindakan watak tertentu. Bagi saya, itu juga petanda yang cerita ni berjaya buat saya emotionally invested dengan watak-wataknya.
Overall, Not Her Fault bukan sekadar cerita tentang hubungan Warda dan Nuf, tapi juga tentang kesilapan, akibat daripada pilihan yang dibuat, kehilangan, memaafkan dan peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik.
I love this novel so much. First time baca kat wattpad dah best, then now beli novel lagi just so i can experience again the kind of pain and sweetness bila baca cerita ni
Yes novel ni tebal and yes I'm scared to start reading 🥴 tapi once dah baca, i simply can't stop sbb it was so good and sedar² je dah habis
Some may say ada plot yg agak meleret but for me yg suka slow burn dari instant love, this is just my cup of tea. Nuffaiq once he falls, he falls hard and that's why he's one of my fav book husband 😂
Try giving this book a chance, jgn takut pada ketebalan sbb once you dive in you'll love it
4 bintang sebab tak suka watak hero di permulaan cerita..agak cliché di situ sebab dah boleh rasa macam ahh lepas ni hero tu mesti rasa menyesal layan heroin macam tu..mesti marah-marah tapi sebenarnya suka..ahh cengitu! ok la 4 bintang..
Check jantung tadi berdebar2 nonstop bukan sebab tengok kehenseman nuf tapi setiap babak tu astagaaa nonstop bertubi2 byk pengajaran kita rasai dgn melalui kisah nuf and warda and lil lea💓