Apabila Darwisy tiba di Kota Rajawali, dia bukan datang sebagai pelajar biasa. Tujuh tahun lalu, dia menyaksikan sendiri ibunya bertukar menjadi pontianak dan membunuh ayahnya. Pada malam itu juga, hidupnya diselamatkan oleh dua pemburu misteri, Badruz Zaman dan Citra Adra. Kini, Darwisy dibawa ke Hostel Bunga Melati, sebuah akademi rahsia yang melatih remaja terpilih untuk memburu makhluk ghaib dan menutup koyakan antara alam manusia dengan alam mistik.
Di situ, Darwisy bertemu Embun yang dingin tetapi menyimpan luka sendiri, Emma yang tajam dan berani serta Zaid yang ceria di sebalik ketakutannya. Bermula dari kedai serbaneka berhantu, sekolah lama yang menyimpan rahsia perang hinggalah hospital dan penjara yang berubah menjadi mimpi ngeri. Mampukah mereka bersama menghadapi siri gangguan yang semakin mengganas di Kota Rajawali?
“Mak... Kenapa ada paku kat tengkuk mak?” — DARWISY.
“Bezanya pemburu dengan orang biasa, kita jalan juga walau lutut longgar.” — BADRUZ ZAMAN.
“Kita tak boleh kejar kepala penanggal. Cari badan dan ususnya!” — EMBUN.
•mitologi hantu Melayu • ilmu buru hantu •pertembungan dua dunia •kasih ibu •dendam & tipu daya syaitan
Bandar Rajawali pada waktu siang kelihatan seperti bandar biasa. Orang menjalani kehidupan seperti biasa, pelajar ke sekolah dan masyarakat meneruskan rutin harian. Namun, apabila malam menjelma, bandar ini menyimpan pelbagai kisah yang tidak diketahui umum. Orang hilang, kematian yang penuh misteri dan anomali yang menghubungkan dua dunia mula berlaku. Di sebalik semua kejadian itu, wujud sekumpulan pemburu hantu yang bertanggungjawab memastikan keseimbangan antara dunia manusia dan alam ghaib terus terpelihara.
Di sinilah bermulanya kisah Darwisy yang tidak menyangka ibunya sebenarnya seorang pontianak. Dia kemudiannya terhimpit dengan keadaan apabila terpaksa menyaksikan ibunya dimusnahkan di depan mata demi keselamatan sejagat. Dalam detik itulah muncul pasangan beradik kembar-pemburu hantu, Citra Adra & Badruz Zaman, yang mengubah seluruh hidupnya.
Sejak peristiwa itu, Darwisy direkrut menyertai kumpulan pemburu hantu. Di situlah dia bertemu dengan Embun Karina, Zaid dan Emma. Setiap daripada mereka memiliki ‘kuasa’ tersendiri, namun persamaan mereka ialah mampu melihat makhluk ghaib dan bergerak bebas ketika Hidden Hours, iaitu waktu berlakunya pertembungan antara dua dunia sewaktu bulan penuh.
Selain menjalani kehidupan sebagai pelajar biasa, mereka juga mengikuti kelas khas di Hostel Bunga Melati bersama beberapa orang guru yang mempunyai kepakaran dalam ilmu pemburuan hantu. Dari situlah mereka belajar tentang sejarah atau mitologi hantu, cara memburu makhluk ghaib dan menggunakan pelbagai peralatan yang bagi saya sangat kreatif dan menarik. Saya suka bagaimana penulis adunkan pengetahuan sejarah fiksyen artifak Melayu dengan baik💯
Malah, penceritaan bergerak dengan laju. Ada pelbagai misi yang perlu mereka tempuhi di lokasi yang berbeza dengan bimbingan Citra Adra, Badruz Zaman serta para guru yang lain. Antara babak kegemaran saya ialah misi di 7-Eleven dan juga di hospital. Dua-dua babak ini benar-benar memberikan debaran yang paling terasa sepanjang pembacaan.
Bagi saya walaupun saya rate 5⭐️, buku ini tetap mempunyai beberapa kekurangan. Antaranya ialah screentime Citra Adra dan Badruz Zaman yang agak terhad. Rupanya kedua-dua watak ini mempunyai buku tersendiri yang bertajuk Dari Alam Lain, dan saya pasti akan cari buku tu.
Menariknya lagi, bagi yang baru nak berkenalan dengan karya Helmi Effendy, buku beliau actually berada dalam universe yang sama. Ada beberapa watak yang akan muncul sebagai cameo dalam karya beliau yang lain. Saya pula memang suka konsep sebegini kerana ia membuatkan dunia yang dibina terasa lebih hidup dan saling berkait.
Cumanya saya ada rasa sedikit keliru watak mana yang sebenarnya ingin diberi fokus utama. Mungkin memang penulis mahu mengembangkan kesemua watak, tetapi saya masih rasa macam tak puas. Setiap kali misi pun gandingannya hampir sama, iaitu Embun dengan Darwisy, Zaid dengan Emma. Saya rasa lagi seronok kalau penulis mencampur-adukkan pasangan misi supaya kita dapat melihat lebih banyak dinamika dan chemistry antara semua ahli kumpulan.
Selain itu, beberapa watak seperti Emma dan Kaisara sebenarnya mempunyai potensi serta kebolehan yang menarik. Namun, saya merasakan kuasa mereka masih belum dimanfaatkan secara optimum sepanjang misi yang dijalankan. Agak rugi kerana saya yakin kebolehan mereka boleh memberikan impak yang lebih besar kepada jalan cerita dan strategi pasukan.
Dan akhirnya… plot twist buku ini memang langsung saya tak dapat jangka. Benarlah, syaitan itu penuh dengan tipu daya. Saya benar-benar tak menyangka dengan pendedahan siapakah sebenarnya Megat Arwana.
Apa yang berlaku pada akhir cerita? Berjayakah mereka menutup anomali yang kian menenggelamkan dunia manusia, dan bandar Rajawali itu?
Perkara lain yang saya sangat hargai ialah cara penulis mengolah aksi. Novel ini bukan sekadar bergantung pada jampi, mantera atau ritual seperti kebanyakan cerita seram. Sebaliknya, pemburu hantu perlu bertarung secara fizikal dengan makhluk ghaib menggunakan kemahiran, strategi dan peralatan khas. Elemen inilah yang membuatkan setiap babak terasa lebih intens dan benar-benar menghidupkan genre horror thriller.
Memang tidak dinafikan, ini antara naskhah seram fantasi paling padu dan wajib baca tahun ini! Saya ingat cerita hantu biasa, rupa-rupanya jalan ceritanya jauh lebih epik dan meruntun jiwa. Dari awal sampai habis, rasa berbaloi sangat laburkan masa untuk karya sehebat ini.
Siapa sangka trauma ngeri melihat ibu sendiri bertukar menjadi puntianak boleh mengheret seorang remaja ke kancah pemburuan makhluk ghaib? Itulah nasib Darwisy apabila dia diselamatkan lalu dibawa masuk ke Hostel Bunga Melati di Kota Rajawali. Tempat itu rupa-rupanya sebuah akademi rahsia yang melatih remaja istimewa untuk menutup koyakan dimensi alam. Penceritaan naskhah ini memang laju. Kita terus dibawa menyelami cabaran Darwisy bersama rakan-rakannya seperti Embun dan Emma dalam memburu entiti gelap di tempat yang agak dekat dengan masyarakat kita.
Jangan terpedaya dengan adegan aksi memburu hantu semata-mata kerana penulis bijak menyelitkan nilai persahabatan dan pengorbanan yang sangat mendalam. Bimbingan guru hebat seperti Badruz Zaman menjadikan setiap misi mereka cukup bermakna. Bahagian pengakhirannya adalah kejutan yang paling tak disangka. Serius tak tipu, saya sendiri menangis ketika membaca babak akhir cerita ini seolah-olah terlupa genre asalnya. Emosi yang digarap memang cukup hidup.
Akademi Pemburu Hantu kali ini benar-benar mengimbau kembali suasana dalam Dari Alam Lain. Vibenya hampir sama, cuma bagi aku Dari Alam Lain masih lebih menyeramkan.
Misi kali ini : Mencari pintu yang menghasilkan koyakan dan menyelamatkan watak-watak tertentu. Ada yang sempat diselamat tapi ada juga yang tak berjaya. Dari Ladang, ke Jalan Melur, kemudian Sekolah, lepas tu Hospital dan berakhir dengan Penjara Lama Rajawali. Opening cerita A++...aku pula teruja cakap dekat Darwisy "Jangan!!!"🫣🤣🤣
Novel ini terasa seperti permulaan kepada generasi baharu yang bakal menggantikan watak-watak pemburu hantu yang lama. Menarik melihat bagaimana legasi mereka diteruskan.
Mostly, watak-watak baru ni menghadapi kehilangan dalam kehidupan dan pada masa yang sama mereka ada keistimewaan masing-masing.
Aku juga suka bahagian yang melibatkan artifak dan alat-alat antik bersejarah. Sampai aku siap Google sebab nak tahu sama ada benda-benda itu benar-benar wujud. 😆🤣
Yang paling geram, budak-budak dalam cerita ni memang berani! Dah tahu berdepan dengan hantu, masih sanggup masuk ke alam mistik. Memang buat aku rasa takut, saspen, dan dalam hati asyik suruh mereka lari je! 😭🤕
Secara keseluruhannya, memang berbaloi untuk dibaca, terutamanya bagi peminat novel seram. Gabungan elemen seram, sejarah dan alam mistik menjadikan cerita ini lebih menarik dan sukar untuk dilepaskan.
Review Akademi Pemburu Hantu oleh Helmi Effendy Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
Kalau anda sukakan novel seram yang bukan sekadar bergantung pada jumpscare, Akademi Pemburu Hantu memang sebuah bacaan yang memuaskan. Dari awal lagi, penulis berjaya menarik perhatian dengan kisah silam Darwisy yang tragis sebelum membawa pembaca masuk ke dunia sebuah akademi rahsia yang melatih pemburu makhluk ghaib. Premisnya terasa segar dan memberi pengalaman membaca yang berbeza daripada novel seram tempatan yang biasa.
Apa yang paling saya suka ialah gabungan aksi, misteri dan seram yang seimbang. Setiap misi yang dihadapi watak-watak utama mempunyai cabaran tersendiri, membuatkan saya sentiasa tertanya-tanya apakah ancaman yang bakal muncul pada halaman seterusnya. Penulis juga bijak membina suasana seram tanpa perlu berlebihan. Ada bab yang benar-benar membuatkan saya rasa meremang, terutama apabila melibatkan makhluk mistik dan lokasi-lokasi yang menyeramkan.
Selain itu, hubungan persahabatan antara Darwisy, Embun, Emma dan Zaid menjadikan cerita lebih hidup. Setiap watak mempunyai peranan dan keistimewaan masing-masing, sekali gus membuatkan saya mudah menyukai mereka. Jalan cerita pula berkembang dengan kemas, diselang-seli plot twist yang membuatkan saya sukar berhenti membaca.
Walaupun novel ini agak tebal, saya langsung tidak terasa bosan kerana setiap bab membawa perkembangan baharu. Bagi saya, Akademi Pemburu Hantu bukan sekadar novel seram, tetapi juga kisah tentang keberanian, persahabatan dan pengorbanan dalam menghadapi kegelapan.
Secara keseluruhannya, ini adalah antara novel seram tempatan yang sangat menghiburkan dan berbaloi dimiliki, khususnya bagi peminat karya Helmi Effendy atau sesiapa yang gemarkan kisah pemburu hantu dengan dunia mistik yang dibina dengan begitu menarik.
The positive: Unapologetically Malaysian with a fantastical twist with a hint of horror. It leans more towards action than horror.
The negative: 1. The one that kept this book from a 5 Star (I wanna give it 4.5 actually:/) is I don't feel the growth between the characters. I think this book should have been a duology instead, to give the characters more growth and space to become someone who I could relate to.
2. The lack of representation among Malaysian, as we live in a multicultural country. Helmi, you were inspired by Harry Potter and X-Men, but like the former and latter; it comes with an array of peoples and backgrounds.
3. Somewhere around ≈75% of the book, it throw me off. How are you (not towards the writer) so comfortable in skipping classes after losing a hanful amount of students? I almost DNFd this book because of it.
4. In connection of Point 1, Citra and Badruz did a lot of the fights until the fight between Mergat and them, they were nerfed to the ground.
Mengisahkan sekumpulan remaja yang mempunyai kelebihan tersendiri dalam dunia mistik dikumpulkan pada satu tempat dan dilatih menjadi seorang pemburu hantu.
Darwisy yang merupakan pelajar baru, menyertai kumpulan pelajar sebayanya mencari solusi kepada 'koyakan' yang memisahkan antara dua dimensi dunia yang tidak seharusnya berlaku, atau bencana besar bakal melanda.
Berada di bawah bimbingan sekumpulan guru yang hebat belaka, mereka bekerjasama demi menyelamatkan dunia.
Pengakhirannya membuatkan aku terlupa akan genre sebenar buku ini. Dalam penuh adegan aksi seram dan pertarungan, ternyata ini naskhah yang mampu merembeskan air mata.