"KEZALIMAN WUJUD BUKAN KERANA ORANG BAIK TELAH PUPUS, TETAPI KERANA MEREKA MEMILIH UNTUK BERDIAM DIRI DAN MEMBISU." — HAYDEN FAYYAD”
Hayden Fayyad dan Mikayla Ayaz kini ditabalkan sebagai Kaisar dan Kaisarah Obsidia. Bandar itu telah lama dikuasai oleh keluarga elit mafia yang zalim; ahli politik yang korup dan penunggang agama pula bermaharajalela.! Bertekad untuk merombak sistem yang rosak serta membela golongan tertindas, Hayden perlu bersiap sedia menempuh musuh baharu keluarga Kaizen dan Draco.
Dalam masa yang sama, Kaisarah Mikayla sedang menanti kelahiran anak sulung mereka, satu-satunya pewaris takhta. Di saat paling kritikal ini, Hayden bukan sahaja berjuang untuk menyelamatkan Obsidia — dia juga harus melindungi keluarganya daripada musuh yang sedang menunggu saat tepat untuk melancarkan sebuah-KUDETA
Mustaqim Jiwa, atau lebih dikenali dengan nama pena JIWA, ialah penulis bestseller kelahiran Singapura yang menulis merentas pelbagai genre. Di bawah nama pena Serban Putih, beliau menghasilkan karya-karya spiritual, di samping menulis puisi dan buku kata-kata penyembuh jiwa (self-healing).
Beliau merupakan anak kepada Ahmad Md Tahir, seorang penyair Singapura, dan Azihan Mahmud. Latar keluarga yang dekat dengan dunia sastera menjadikan Jiwa tidak asing dalam dunia penulisan sejak kecil.
Selain menulis, Jiwa juga pernah mempelajari bidang perfileman (cinematography), yang memperkenalkannya kepada dunia visual dan menjadikannya jatuh cinta pada seni filem dan storytelling. Minatnya terhadap sinema memperkaya naratif dan gaya penceritaannya, menjadikan karya-karyanya bukan sahaja bersifat puitis tetapi juga visual dan sinematik.
Kini, Jiwa berperanan sebagai Creative Director di Nukilan Biruni Publication, di mana beliau terlibat dalam pembangunan karya kreatif untuk buku-buku terkenal seperti Tulisan (Daiyan Trisha), Azzamine, dan Rumah Untuk Alie.
Pada tahun 2017, beliau dipilih sebagai wakil MASTERA Singapura dalam bidang puisi ke Bogor, di bawah bimbingan penyair Indonesia tersohor, Joko Pinurbo. Buku puisinya, Teruntuk Langit yang Bercanda, telah menerima Anugerah Buku Sastera MABOPA 2023.
Pada tahun 2025, beliau buat pertama kali menerbitkan novel sulungnya berjudul KAISAR—sebuah karya fantasi romansa yang mengisahkan dua sosok dari dua dunia yang berbeza. KAISAR mendapat sambutan luar biasa dan segera menjadi antara novel terlaris, menandakan kejayaan besar dalam debut sasteranya di dunia fiksyen naratif.
Di pesta buku, Jiwa sering menyediakan ruang curhat dengan menaip mesej positif menggunakan mesin taip klasik, membalas setiap curhat yang dikongsikan pembaca dengan kata-kata yang menyentuh hati.
Bagi Jiwa, kata-kata yang sederhana—asal sahaja jujur dan tulus—sudah cukup untuk mewakili perasaan pembaca dan mewujudkan makna yang mendalam.
one word for this book, mindblowing🤯 lily tak sangka buku kaisar II ini akan jadi jauh lebih baik dari siri pertama. buku yang sarat dengan action, romance, emotion, family and friends relationship, betrayal, terdapat juga isu politik yang diselitkan. kudos and well done author👏🏻
mari kita start dengan permulaan, penulis sajikan kita dengan biodata watak bersama ilustration guys. every character has his or her own drawing, semuanya hensem belaka pulak tu (i love airos so much, he's so hot)🫦 readers juga diberikan peta obsidia yang sangat cantik bersama penerangan setiap daerah, jadinya kita boleh faham setiap peranan kawasan dengan lebih baik sepanjang bacaan🙌🏻
bermula dengan niat hayder dan mikayla sebagai kaisar dan kaisarah yang baru, di mana mereka berdua ingin menghapuskan segala kezaliman di bandar obsidia namun mendapat tentangan dari semua pihak termasuk keluarga fayyad sendiri. jadi adakah mereka berjaya membawa perubahan dan cahaya islam? dapatkan kaisar II dan ketahui sendiri🫵🏻
lily suka sangat every plot dari awal hingga akhir, kalau tiada kerja hakiki, lily yakin buku ni boleh dihabiskan in one sitting sahaja😮💨 penulis berjaya grab attention lily untuk terus curious dengan what will happen next?! bila dah sampai hujung pun, lily macam eh kenapa panjang lagi? rupanya ada lagi plot twist yang diluar jangkaan🤌🏻 lily yakin korang memang tak akan kecewa untuk sekuel kaisar kali ni. you will never know who is the real betrayer till the end guys👀
jalan cerita juga tersusun bermula dengan membangunkan the slum sebelum misi menjatuhkan kezaliman. setiap rancangan yang dilakukan oleh kaisar dan fayyad sangat strategik dan mindblowing (we stan intelligent man)🙂↔️ tak lupa juga, betapa gempaknya dua ciptaan senjata yang bagi lily walaupun cliche, tapi cara mereka menggunakan weapon tu buatkan lily rasa tertarik, "oh haahla boleh guna macam tu jugak". and tak lupa juga bila mikayla minta untuk tak bunuh musuh mereka, jadi semua senjata yang dicipta hayden pun bukan tujuannya untuk meragut nyawa pihak lawan😩 so sweet
satu perkara ketara yang boleh di improve ialah gaya penulisan. penulis boleh variasikan pengunaan compound and complex sentences instead of uses simple sentences all the way. terdapat banyak juga ayat yang dicampur adukkan pengunaan dua bahasa di mana lily rasa ada ayat yang boleh sahaja menggunakan perkataan bahasa melayu daripada diganti dengan perkataan bahasa inggeris✍🏻 terdapat beberapa kekurang-sesuaian frasa untuk sesuatu situasi, penggunaan tanda baca, struktur ayat, layout penulisan dan kata ganti diri yang tidak konsisten menyebabkan pembacaan agak terganggu. lily juga rasa lebih baik jika komik diletakkan di pengakhiran setiap bab daripada di pertengahan cerita agar nampak lebih teratur📌
romance dalam kaisar II terlihat lebih natural dan kurang awkward berbanding kaisar I. hayden dia taklah sweet sebenarnya, but action speaks louder than words gang🤏🏻 especially when he is so loyal to his wife walaupun ada dugaan yang datang. author, if next book ada gangguan orang ketiga, lily tak mau accept because only readers je yang boleh kongsi hayden dengan mikayla😝 tapi lily sebenarnya kurang gemar dengan trope begini di akhir cerita. perasaan mikayla sebagai isteri kalau dia nak marah is valid tapi i love the way natasha handle the situation at the same time🫂
action dalam ni memang pack with all the tensions, sebab some fight scenes memang tak boleh agak siapa yang akan menang. tapi bukan lawan fizikal sahaja, perang mental and lawan mulut pun boleh buat lily stress🤗 tapi bagi lily sound effect seperti bunyi senjata, siren dan helikopter mungkin kurang sesuai dan tidak diperlukan but overall all scenes are well described, tak terlalu detail sampai lewah and tak terlalu pendek, just nice especially for the women scene (lurve sangat)💋
lily suka character development dalam ni lebih-lebih lagi pada aira, sebab nampak character growth dia lepas the situation happened and changed her. also untuk the dracos where one is too serius and another is so calm dan mereka punya perwatakan ni dibawa sehingga ke penghujung cerita🤜🏻🤛🏻 cumanya bagi saya, hayden dan mikayla punya character are the same dari awal hingga penghujung without character dynamic. tapi apapun, i still love my airos so much🫰🏻(lahh hehe)
next, nilai islam yang dibawa oleh penulis dalam cerita ni. contohnya, kisah perang badar yang dikaitkan dengan keadaan mereka ketika itu iaitu jumlah tentera yang sedikit berbanding musuh. terdapat juga scene di mana mereka menunaikan solat sebelum berperang, mengingatkan lily dengan kisah sultan muhammad al-fateh⭐️
mula-mula family relationship dalam ni nampak biasa sebab lily nampak mereka lebih kepada hubungan ketua dan orang bawah. tapi menuju penghujung, lily rasa tersentuh bila mereka sanggup berkorban untuk each other, and the cafe? it is so cute🥹 i wish more scenes yang boleh menunjukkan sisi diorang as one family rather than kaisar and soldier but it'sokay☹️ if i love airos for male character, rania got my love for woman category. the one who idgaf but actually cares a lot❤️🩹
last but not least, the orphanage house at the end really touched my heart💔 now i really need kaisar III😇 (done menekan author) tapi sampai sekarang saya tertanya, siapa pakcik yang rania jumpa dekat the slum tu?
apapun, kaisar mengajar kita untuk mengambil tindakan dengan akal dan emosi yang waras, menghargai orang sekeliling sebelum perpisahan menjadi takdir dan menjadikan islam sebagai tunggak utama kehidupan.
3🌟 star reads for 2026! fly high jiwa🔥
nota kaki lukisan yang nampak seperti hasil janaan AI : 199, 226, 312
p/s: I tak baca Kaisar I & Secret Chapters, however still boleh faham sebab dia akan recap certain highlight untuk kita faham the whole concept.
I genuinely felt the idea of this book is so fascinating. I might say the worldbuilding is beyond my expectation sikit sebab konsep mafia dalam ni bukan cikai-cikai eh. High class dgn division mafia's families yang each of them ada role tersendiri even masing-masing corrupted. Dalam Kaisar II Kudeta, Hayden dan Mikayla ingin mengubah Bandar Obsidia menjadi bandar yang bebas daripada korupsi politik kotor, penunggang agama dan kekejaman keluarga Draco & Kaizen. I suka part ni because lots of changes means rebellion. Basically, Kudeta terjadi dan those corrupted make their move nak hentam keluarga Hayden balik.
Walaupun worldbuilding gah & sangat action-packed, I kurang rasa the emotion of the characters. Maybe sebab dia orang mafia? So kena stern and cold tapi personally, tak semua perlu ada personaliti begitu :( the writing make them so monotone. No two-ways conversation yang meaningful sbb less gesture and emotion. Even antara Hayden dgn Mikayla pun I don't feel a thing. If you someone yang suka dgn writing yang sangat straightforward, maybe you would love it but for me, the writer need to improve on that part.
Belum lagi sentuh pasal error mistakes :') it's too much. Kalau you a critical reader, maybe akan rasa tak puas hati tengok typo sana-sini. I hope they recheck and getting better for the next batch sebab sayang lah, all illustrations dah lawa tapi banyak error pula.
So, am I gonna stop reading this series? Well, you can't stop me :p
walaupun I cannot go sangat dengan dia punya writing (I do believe every writer ada chance for improvement) so hoping next buku, writing dia improve. Rate peribadi 2.75 bintang.
Novel dimulakan dengan ilustrasi, peta dan pengenalan karakter-karakter utama yang cantik. Sangat membantu pembaca untuk bayangkan situasi. Tapi itulah... ada sambungan lagi ke? Lelah nak habiskan siri ini. Kalau ada yang Kaisar 3, mungkin saya tak beli dah. Saya akan baca sinopsis sahaja.
Saya baca siri Kaisar ini atas rekomendasi anak murid Tingkatan 2. Novel ini sesuai untuk golongan sekolah menengah. Tetapi tidak untuk pembaca dewasa seperti saya. Konsep dan tema novel ini cantik. Cuma ada babak dan bahasa yang cringe dimana ia tidak melambangkan bahasa tahap mafia. Dialog agak straightforward dan guna bahasa remaja. Saya juga tidak berkenan dengan one-line sentence. Dalam satu muka surat itu, ayat-ayat dia sebaris-sebaris sahaja. Agak bosan jugalah baca ayat satu-satu. Harapnya penulis boleh belajar cara menulis cerita melalui penulis-penulis hebat seperti Ramlee Awang Mursyid.
Kesimpulannya, novel ini kuat dari aspek ilustrasi, tema dan world building tetapi perlukan bantuan dari segi teknikal dan kesusasteraan.
tbh, much better than the previous Kaisar. Jalan cerita menarik, it hypes me up sebab tak sabar nk sambung next chapter.
Tapi tulah, I cannot feel the 'romantic' in Hayden. Ayat" dia macam kosong. And awal" dalam kapal terbang tu pelik aku sebab Hayden macam malas nak layan Mikayla. Tapi awal" tu jelah, rest of the story semuanya okey. And dalam ni ada juga side protective Hayden. And cara Hayden susun strategi untuk jatuhkan family" lain. Ha yang tu best.
One thing yang berjaya buat aku geram– waktu Natasha minta bermadu dgn Mikayla. Like– gurl?! sesenang itu kau minta? Ending! Ending dia unexpected ya. Punya bersemangat aku selak next page, lah– 'tamat' sudah 😭. Idk la nak kata happy atau sad ending. Both maybe. I hope ada sambungannya. So far... 4.3 stars.
This entire review has been hidden because of spoilers.
i suka the storyline which is memang banyak scene ii dorang semua bergaduh and so on, betrayal, romance, action semua ada lah. but ada jugak some parts macam cringyy and cliche tapi boleh dimaafkan but paling tak expect ada jugak scene penyondol ehh like urhhhh.
and like i said i tak satisfied with the ending sebab habis macam tu je , like the author should add more melainkan Kaisar III akan keluar. i ingat kudeta ni was like the ending of everything rupanya tak.
character Vendetta pun muncul sekejap sangat, like i need more Vendetta punya scene tapi mungkin scene dia kurang sebab waktu Kaisar I tunjuk pergaduhan antara Hayden & Vendetta so yg kudeta ni author buat untuk focus family lain pulak.
overall : 3.5/5 📚✨ not good but not so bad lah , in the middle tapi okay jee
Definitely better writing from Jiwa untuk Kaisar II compared to the first book. Better plot, better illustration. But my comment remains, i cant feel anything when reading this book and thats why i cant give full stars. Like it did not seep through my soul it feels rather dry.