Bergelar ibu tunggal bukan satu perkara yang mudah. Kesan dari penceraian yang lepas, anak-anak yang menjadi mangsa. Demi Muiz dan Marissa, Akma nekad membahagiakan mereka. Ketika dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital swasta, takdir menemukan dia dengan seseorang. Lelaki yang dia mahu elak disebabkan rasa bersalah sejak zaman sekolah.
“Kau… kau… Wazir?”- Akma
“Akhirnya kau ingat nama aku.”- Wazir
Akma semakin rasa rendah diri melihat kejayaan Wazir. Lelaki itu bukan lagi pengecut seperti di zaman sekolah. Sikap dingin Wazir membuatkan Akma banyak makan hati. Siapa sangka sekarang lelaki itu bergelar doktor. Kemunculan bekas suaminya di tempat kerja, menambahkan lagi masalah Akma. Hanya disebabkan Akma menuntut hak nafkah anak-anak, dia diserang oleh bekas suaminya. Dan ketika itulah Wazir hadir untuk menghulurkan bantuan.
“Aku takut, Wazir. Macam mana kalau dia sakitkan anak-anak aku? Bapak dan mak aku. Itu yang buat aku takut.”- Akma
“Aku ada.”-Wazir
Sekelip mata sikap Wazir berubah. Semuanya disebabkan salah faham yang terlerai selepas lebih 10 tahun mereka terputus hubungan. Kali ini Wazir nekad membahagiakan Akma.
“Err… kau memang nak kahwin dengan aku ke? Tak nak pusing-pusing dulu.”- Akma
“Kau jangan nak ubah fikiran. Jawapan aku tetap sama. Aku hanya nak kahwin dengan kau.”- Wazir
Mampukah Wazir merealisasikan impiannya bersama Akma? Dan benarkah peluang kedua masih wujud untuk Akma dan anak-anak menikmati rasa bahagia?
Tertarik dengan cerita ni sebab cover dan wataknya yang dikatakan kerja sebagai pengawal keselamatan (di mana tak banyak cerita yang ada watak yang bekerja dalam bidang ni).
Ceritanya berkenaan Akma, seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anak yang semakin membesar. Yang ada cuma mak dan bapak sahaja di kampung.
Susah, payah. Semua mereka tanggung dengan kudrat empat kerat yang masih bersisa dek bekas suami Akma, Manaf langsung tak pernah tunjuk muka selepas penceraian. Apatah lagi menghulurkan nafkah untuk anak-anak.
Bila Akma dapat kerja sebagai pengawal keselamatan di hospital selepas dua bulan diberhentikan dari kilang, dia mahu menyara anak-anak dengan lebih baik tanpa terlalu bergantung kewangan dengan mak ayahnya yang masih hidup.
Di situlah dia bertemu dengan seorang doktor yang sombong. Baru jumpa dah bercakap kasar dan macam berdendam dengan Akma. Tapi Akma tak kenal pun itu siapa.
Rupa-rupanya, doktor tersebut yang bernama Wazir merupakan kawan sekolah yang pernah dibuli oleh Akma suatu ketika dulu dan ada sesuatu yang membuatkan Wazir berdendam hingga kini.
Tapi ketika melihat Akma cukup susah berjuang untuk hidup di depan mata, sakit hati yang dirasakan Wazir berubah menjadi sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi. Dan bermulalah episod Wazir menjadi penyelamat kepada seseorang yang memang dah lama bertapak di hati.
Overall, cerita yang simple saja. Agak klise dan predictable sebenarnya sebab ada beberapa novel sebelum ni daripada penulis pun berkaitan dengan 'salah faham' lama juga yang jadi punca pertemuan semula watak utama. Tapi masih juga smooth bila dibaca. Untuk yang nak light reading, dengan trope single mom, bolehlah cuba baca buku ni.
The plot actually lebih kurang dengan TC sebab trope dia pun sama jugak. Bezanya sebab kalini Wazir sebenarnya dah lama suka dekat Akma. And watak the ex dalam novel ni lagi teruk lah. Akma pun biasalah remaja yang rebel, nak kahwin muda sangat kan, tapi rupanya salah pilih suami. Ada lah beberapa scene yang buatkan aku sedih but itu jelah.
My personal opinion, bila baca rasa macam terlalu memaksa the feeling tu. Tak natural macam aku baca TC before this. Tak boleh elak nak compare sebab almost everything sama. Single mom, jumpa kawan sekolah lama dekat tempat kerja, hero sentiasa ada jadi penyelamat, ex datang buat hal. The scene is predictable. Rasa kurang sikit kalini kalau nak compare dengan buku MA yang aku pernah baca.
Tapi ada jugak beberapa part yang aku suka contohnya kisah time dorang sekolah, hubungan kekeluargaan Akma & Wazir dengan family dorang. Cuma nak tanyalah, memang trademark novel MA kat RC sekarang ni memang buat flashback dekat pertengahan cerita ke? Tapi nasib baik kalini tak panjang sangat flashbacknya tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Peluang kedua ni bukan untuk pihak kedua je, diri sendiri pun layak diberi peluang kedua untuk bahagia. Akma & Wazir dipertemukan semula di hospital sebagai mak guard & doktor selepas beberapa tahun lost contact.
Jadi Akma tak mudah. Ingatkan kahwin dengan orang yang kita suka akan bahagia, rupanya cuma manis di awal perkahwinan. Selebihnya menderita. Mental & fizikal memang koyak habis. Lepas bercerai pula, struggle untuk teruskan hidup dengan anak-anak. Mungkin ni balasan atas sebab apa yang dia buat dulu & atas sebab perangai dia yang degil. Tapi ni juga yang buatkan dia kuat untuk teruskan hidup.
Disebabkan satu peristiwa zaman sekolah dulu, Wazir terus berubah. Dia memang bencikan Akma. Tapi benci tu tak lama lepas dia tahu tentang hidup Akma. Rasa cinta tu lebih dalam dari rasa benci. Wazir sentiasa ada ketika Akma dalam kesusahan. Wazir sayangkan anak-anak Akma macam anak sendiri. Hakikatnya rasa cinta tu tak pernah padam dari zaman sekolah dulu. Nasib baiklah, Akma tak reject dia buat ketiga kalinya.
Betullah orang kata, anak sulung ni memang anak yang nampak kesusahan mak ayah. Macam Muiz, dari kecil nampak Akma kena pukul dengan Manaf. Tak dapat rasa kasih sayang seorang ayah. Trauma tu sampai ke besar. Dia kalau boleh tak nak Akma kahwin lain sebab takut pisang berbuah dua kali, tapi dalam masa yang sama dia nak juga rasa kasih sayang seorang ayah. Paling kita sedih masa Muiz ikat perut dia sampai sakit sebab nak beli keperluan sekolah.
Korang! Best tak kalau dapat kahwin dengan crush zaman sekolah? Jeng jeng jeng🤭
Siapa percaya pada peluang kedua? Mestilah Akma dan Wazir. Cerita ni so manis walau ada liku-likunya. Wazir yang dah pangkah si Akma sebab peristiwa zaman sekolah, mengalah juga untuk sayang semula crush lamanya. Ha kena baca apa sebab Wazir berubah.
Saya baca kisah Akma ni dengan bermacam perasaan. Kesian sebab dia dah lalui hidup berumahtangga yang tak sihat. Kemudian menjadi ibu tunggal pada dua orang anak. Bekerja keras demi tanggungjawab. Bekas suami memang tak guna eh dalam cerita ni.
Wazir hadir seperti hero selamatkan princessnya. Kasih sayang yang dicurahkan pada anak-anak Akma tu memang A+. Demi peluang kedua, dia nak pulihkan keadaan Akma dan kejar cinta yang dah lama tak berbalas. Dari garang jadi sweet. Gila tak tersengih-sengih saya dibuatnya? Bukan tendang angin dah, habis cek suami kena ketam bila Wazir mengayat halus si Akma.
Cerita yang penuh emosi. Saya dah sengih, gelak, marah dan menangis. Buku kali ni tak santai sangat dengan keganasan dari pihak yang tak bertanggungjawab. Rasa nak peluk Akma kuat-kuat. Manusia memang diuji sebelum bahagia. Syukur peluang masih ada. Hargai orang yang sayang kita.😭
Korang penat? Berehatlah dengan buku SCFY ni. Macam biasa, tulisan kak Mia mudah nak go through. Tahu-tahu dah habis. Cerita pun sampai ke hati. Janji jangan nangis?🥺
Akma bergelar ibu tunggal setelah diceraikan dengan talak tiga oleh bekas suaminya. Dahlah bekas suaminya tak nak langsung beri nafkah kepada dua orang anaknya. Akma pun pulanglah ke pangkuan ibu bapanya di kampung. Ayahnya tolong sama-sama sara Akma dan anak-anaknya. Akma ni baru lepas kena buang kerja sebab ada kes. So, ayahnya rekomenkan untuk Akma bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital swasta. Akma pun terima jelah cadangan tu sebab dia memang terdesak sangat nak kerja.
Takdir membawa dia bertemu semula Wazir — seorang doktor kanak-kanak di hospital tu merangkap bekas kawan Akma yang dia pernah buli, tolak dan hina dulu. Alkisahnya diorang dua ni dah kawan dari sekolah rendah lagi. Persahabatan mereka terbawa sampai ke tingkatan enam. Pastu masa diorang sibuk nak STPM, Wazir ni confess lah kat Akma. Of course lah Akma rejected sebab dia dah ada boyfriend, Manaf. Yang jadi masalahnya bila Akma ni dia bukan rejected Wazir elok-elok. Tapi dia siap hina kaw kaw si Wazir ni. Siap ugut lagi kalau Wazir masih dekat (nak berkawan) dengan dia, dia akan adu kat Manaf dan akan pastikan Manaf "ajar" dia sampai patah kaki. Tup tup itulah yang terjadi.
Memang kecewa teruklah Wazir ni. Dia bawa diri tinggal dengan keluarganya semula di bandar. Pastu lama lah diorang lost contact.
Bekas suami Akma, Manaf ni memang baran dan psiko gila. Dah cerai talak tiga pun masih ganggu lagi Akma dan anak-anak dia. Wazir pulak tak sanggup tengok keadaan mereka anak beranak. Dan dia pun masih ada perasaan pada Akma. Makanya dia pun lamarlah Akma sebagai isteri dia.
Actually settings cerita ni mengingatkan saya pada novel Troublemaker Couple. Heroin ibu tunggal ada anak - Bekas suami baran/psiko - Hero tu pernah kena hina dengan heroin masa zaman sekolah - Heroin angkuh dan sombong masa sekolah - Hero nak kahwin dengan heroin sebab dia kesiankan keadaan mereka dan dia pun masih ada perasaan cinta lagi. 😬