Jump to ratings and reviews
Rate this book

Duyung

Rate this book
Chahaya – sang puteri duyung bangsa Sereia yang bakal menaiki takhta sebagai penjaga Selat Banda. Jelita, bijaksana dan tangguh menghadapi segala cabaran. Tidak pernah gentar, tegas namun tetap baik hati meladeni setiap hidupan dalam lautan. Selalu bersedia berkhidmat. Semuanya demi restu ayahanda yang dikasihi. 

Ranjana – pewaris tunggal kerajaan Dewangga yang canggung, namun tidak pernah berhasrat mahu menaikitakhta. Merasakan dirinya tidak pernah layak bahkan lari daripada tanggungjawabnya sebagai raja. 

Chahaya dan Ranjana kemudian bertemu, dalam satu peristiwa yang kemudian membawa mereka ke kancah perebutan kuasa serta dendam di antara dua dunia berbeza. Mereka berdua perlu mengetepikan perbezaan personaliti masing-masing dan bekerjasama demi kesejahteraan dunia darat serta lautan, daripada ancaman yang menjadi musuh kebuyutan keturunan mereka sejak dulu.

364 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Tey Marzuki

15 books109 followers
Penulis bagi novel/novelet :

1) Sindrom - 2017 (DearNovels)

2 Kerana Kirana (Projek Kerajaan Paling Seram Vol 2) - 2018 (DearNovels)

3) Purnama - 2019 (DearNovels)

4) Vendetta - 2020 (DearNovels)

5) EVA - 2021 (DearNovels)

6) Ebook EVASIF - 2021 (Bersama-sama 4 orang penulis)

7) Ebook Isteriku Di mana? - 2021 (bersama-sama 4 orang penulis)

8) Hikayat Suwarga Sukma Canderawasih - 2022 (Swaterbit)

9) Siri Puaka Sekolah : Puaka Surau Asrama - 2024 (Penerbit X)

10) Siri Puaka Sekolah : Puaka Gelanggang Silat Sekolah - 2024 (Penerbit X)

11) Hikayat Suwarga Indera Bumi - 2024 (Swaterbit)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (70%)
4 stars
4 (20%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,408 reviews257 followers
September 1, 2026
Masa mula² F nampak buku ni, F terus rasa macam... wait, is this inspired by The Little Mermaid? Tapi bila dah baca, rupa macam Little Mermaid tapi bukan Little Mermaid. F suka!

Ranjana ditabalkan menjadi raja dalam usia yang masih muda. Tapi dia bukanlah raja yang penuh keyakinan diri. Dia penakut, agak lost dan masih struggling dengan kehilangan ayahnya yang meninggal secara tiba².

Ranjana selalu ke laut menaiki sampan, termenung seorang diri sambil memikirkan nasib dan tanggungjawab yang tiba² jatuh ke bahunya.

Sampailah satu hari, Ranjana disihir dan terjun ke dalam laut.

Chahaya menyelamatkan dia bersama Veda. Keadaan Ranjana agak kritikal... sampai Chahaya terpaksa melakukan sesuatu untuk memastikan Ranjana terus hidup.

Dengan menggunakan magic Veda, Ranjana akhirnya tahu siapa dalang di sebalik semua tu. Ranjana speechless.

Lebih teruk lagi, orang² istana sudah pun mengumumkan kematian Ranjana.

Ranjana nak balik ke istana tapi Veda mengingatkan dia... not now. Mereka perlu ada plan terlebih dahulu untuk menggagalkan rancangan manusia yang jahat. Dan sekali lagi, Chahaya mengorbankan dirinya.

This is where F started teruja... so excited nak rahu kisah seterusnya. Sebab F nak tahu apa yang akan jadi pada kematian family Ranjana.

Mesti korang ingat Ranjana akan jatuh cinta dengan Chahaya kan? Tidak sama sekali.

Ranjana masih muda. Lagipun, ada Panglima Surya yang somehow berjaya menarik perhatian Chahaya... termasuklah perhatian F sekali.

Aura Chahaya dengan Surya ni memang something else. Both of them have such strong personalities... so bila mereka muncul dalam satu scene, chemistry diaorang click. Ranjana pun tak kurang hebatnya... hasil didikan Chahaya dan Veda, dia slowly start bina keyakinan dan menjadi seorang yang lebih berani.

F suka cara penulis olah cerita ni. The writing has this beautiful, almost magical quality yang memang sesuai dengan genre historical fantasy. Plot dia pun menarik.

Veda... F love Veda. Suka giler dia jadi umang². Cute sangat!

Overall, Duyung bagi F ialah a refreshing take on the familiar mermaid tale. It may give you Little Mermaid vibes at first but the story takes its own direction and builds its own world.

F hope ada kisah tentang Chahaya & Surya selepas ni. Or mungkin abang Chahaya? Aduhai, nama dia pun F dah lupa.

Historical fantasy lovers, this one might be worth diving into.
Profile Image for SS.
579 reviews11 followers
September 3, 2026
First time baca Duyung versi raw. Saya tahu cerita ini ada potensi yang besar untuk menjadi cerita fav pembaca fantasi.
Saya tak menyesal say yes untuk Duyung.

TBC
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
123 reviews
June 21, 2026

Duyung membawa pembaca menyelami dunia lautan yang penuh keajaiban, mitos dan perebutan kuasa antara dua dunia yang berbeza. Kisah ini memfokuskan kepada Chahaya, puteri duyung bangsa Sereia yang bakal mewarisi takhta sebagai penjaga Selat Banda, dan Ranjana, pewaris kerajaan Dewangga yang lebih gemar menjauhkan diri daripada tanggungjawab sebagai raja.

Apa yang menarik perhatian saya ialah pembinaan dunia dalam novel ini yang sangat hidup dan mempesonakan. Penulis berjaya menggambarkan kehidupan bangsa duyung dengan begitu terperinci sehingga terasa seperti sedang membaca sebuah hikayat lama yang diberikan nafas baharu dalam bahasa Melayu moden. Sebagai peminat kisah fantasi dan legenda, saya sangat menikmati bagaimana elemen mitos duyung diinspirasikan sedikit daripada kisah Ariel, namun diolah dengan identiti tersendiri yang lebih matang dan segar.

Selain jalan cerita yang menarik, novel ini juga kaya dengan kosa kata yang indah. Banyak perkataan baharu yang dapat dipelajari sepanjang pembacaan, menjadikan pengalaman membaca bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menambah ilmu. Saya sangat mengesyorkan buku ini kepada pembaca yang gemarkan karya fantasi yang sarat dengan nilai bahasa.

Antara dialog yang paling memberi kesan kepada saya ialah:

"Manusia dan duyung sama-sama ada istimewanya. Setiap daripada kita mempunyai kelebihan masing-masing di dunia sendiri." — Veda

Dialog ini mengingatkan kita bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri dan tidak wajar dibandingkan antara satu sama lain.

Selain itu, kata-kata Veda:

"Peraturan dan larangan itu ada agar kita hidup dengan tertib dan rukun."

memberikan peringatan bahawa setiap peraturan diwujudkan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Secara keseluruhannya, Duyung ialah sebuah novel fantasi yang menggabungkan pengembaraan, konflik politik, persahabatan dan nilai kemanusiaan dalam satu naskhah yang memikat. Jika korang gemarkan kisah fantasi berlatarkan dunia Melayu yang kaya dengan budaya, mitos dan bahasa yang indah, novel ini sememangnya wajar berada dalam senarai bacaan korang tau!
Profile Image for Su.
267 reviews
September 12, 2026
Semacam ada sesuatu yang kurang sampai dalam karya ini. Tapi saya suka perwatakan Chahaya. Seorang yang berkeinginan dan akan buat apa sahaja untuk mencapai cita-citanya. Terbalik pula dengan Ranjana yang seolah-olah menyerah sebelum berjuang. Saya paling suka Surya 😍

BTW, really recommend buku ni utk bacaan anak-anak sekolah. Even sekolah rendah pun boleh baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Seraphina.
70 reviews1 follower
June 23, 2026
5 STAR READ FROM ME!! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


Ya Allah bestnya buku ni, kalau dah biasa dengan penulisan kak Tey Marzuki korang mesti faham maksud aku. Korang tak akan menyesal baca, saya suka gila watak Chahaya a.k.a duyung Seriea, I like strong female lead!! And also watak Surya si Panglima dingin hehe. Best la cerita ni, tak bosan baca, nanti nak reread balik la kalau rindu dengan Chahaya hehe.

Watak Renjana ni awalnya agak introvert, penakut, takde kepercayaan diri, rasa diri tak layak jadi raja sebab dia anak bongsu yang suka membaca daripada bercakap. Sampai dia terpaksa naik takhta sebab semua ahli keluarga dia Meninggal. Tiba-tiba…

Renjana masukkan diri dia ke dalam laut di tepi bot, macam nak bunuh diri la. Masa tu Chahaya perasan Renjana ni dah lain macam tau, nasib baik dia sempat tangkap Renjana ni daripada jatuh ke dasar laut. Then rupanya dapat tau Renjana ni kena sihir dengan … haa nanti korang tau siapa sihir Renjana hehe. Sihir tu sangat sakti dan kuat yang buatkan seseorang tu berhalusinasi dan meninggal. Chahaya pun berikan sesuatu paling berharga di kalungnya. Veria or something kut nama dia, nafas lautan. Renjana pun mula tersedar dan sihat macam biasa.

Lepas Renjana dapat tau siapa yang sihirkan dia dari magis Veda, Veda beri cadangan untuk jauhkan diri daripada menteri dari kerajaan dewangga buat sementara waktu. Selepas beberapa hari Renjana duduk di pulau pak Kundur, Renjana masih membisu, murung, dan sedih. Chahaya yang tak tahan tengok keadaan Renjana macam tu, buat perkara yang tak masuk akal. Demi kembalikan takhta yang sepatutnya milik Renjana dan keamanan bangsa manusia di darat, Chahaya sanggup gadaikan segalanya. This is why I like her character so much❤️

Endingnya? Hehehe sila baca sendiri, penat kita menangis tau, takkan nak tau ending? Spoil la nanti😆 satu je saya tak puas hati. Macam mana dengan Chahaya dan Surya??? Saya nak tahu kisah mereka berdua😭
Profile Image for sn_fiq.
175 reviews11 followers
August 25, 2026
Syukur Chahaya ni bukan seekor duyung yang naif dan jatuh cinta buta-buta macam Ariel The Little Mermaid. Wataknya yang ada sifat kepimpinan dan proaktif memang mengetengahkan "girl power".
Suka watak Veda, sangat setia. Tertanya-tanya juga macam mana agaknya rupa Veda sebagai umang-umang kalau dilukis . Dahlah saiz kecil sampai boleh masuk dalam baju. :')
Panglima Surya pula gagah berani. Amboi last-last tu ambil jawatan yang itu sebab nak dekat dengan seseorang ke? :3
Kasihan dengan hidup Sultan Ranjana, kehilangan keluarga, dibelot oleh pakcik, perlukan semangat dan bimbingan untuk memerintah. Kalau Chahaya tak jumpa dia, terus settled dah cerita ni, pakcik dia memerintah.
Kesimpulannya jalan cerita straight forward, tidak terlalu rumit nak difahami. Ada bahagian yang buat kita tertanya-tanya, ada lawan-lawan. Ada pasal politik, ada pengembaraan (beli barang masak). Pace penceritaan pun tak laju tak slow, sedang elok.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for readwithariey.
42 reviews1 follower
August 20, 2026
Tatau nak cakap! Best 5⭐

Mindblowing fantasy story! Penulisan hook, konflik best, plot smooth, storyline amazing, aku dpt rasa semua emosi, rasa geram, maghoh, fluffy, rasa misteri, rasa thrill! Masuk ngan jiwa aku. Rasa mcm dunia dia hidup.

Arghhh nk spin off Putera Endra bleh x
15 reviews1 follower
September 4, 2026
🧜🫅
Duyung
Penulis : Tey Marzuki
Penerbit : Lawa Lingo

🧜Fantasi
🧜Pengembaraan
🧜Crtitical Thinking
🧜Konflik dalaman politik
🧜Persahabatan

Ini adalah kisah Chahaya, si Puteri Duyung bangsa Sereia. Kisah kehidupannya sebelum dia ditabalkan sebagai Penjaga Selat Banda oleh ayahandanya, Raja Mahawira.

Chahaya perlu mencari sesuatu, menjadi sesuatu yang mampu melayakkan dia mendapat pangkat sebagai Penjaga Selat Banda. Serasa Chahaya, semua kehebatan dan kelebihan sudah "disapu" bersih oleh kakanda-kakandanya. Apa saja yang tinggal untuk dia tunjukkan pada bangsanya bahawa dia layak digelar sebagai Penjaga Selat Banda?

Chahaya tidak menyangka bahawa dia akan dipertemukan dengan Ranjana dari dunia manusia, pewaris tunggal kerajaan Dewangga yang walang kerana pemergian seluruh ahli keluarganya. Akan tetapi, Ranjana tidak berhasrat untuk menaiki takhta kerana dia tahu dia tidak layak menjadi seorang raja.

Inilah masanya Chahaya perlu menunjukkan "kepakarannya" dalam menyelesaikan sebuah masalah yang rupanya cukup besar, yang jika dibiarkan, bukan saja bangsa manusia, malah bangsa Duyung Sereia akan porak peranda!

Lalu wujudlah kisah pengembaraan Chahaya dan juga Veda, si penjaga kepada Puteri Duyung, Chahaya. Mereka berdua mengerah tenaga dan minda dalam merancang agar Ranjana dapat menaiki takhta sebagai Raja Dewangga yang baru. Dalam novel ini juga, terasa 'bahangnya' dengan konflik yang wujud dalam politik.

Kisah Duyung ini benar-benar buat saya bagai menyelam di alam lautan yang cukup indah bersama bangsa Sereia dan hidupan laut yang lain. Penulis begitu teliti dan bijak dalam menggambarkan suasana lautan bagai fantasi. Bacaan kali ini juga bagi saya agak santai dan tidak berat. Sengaja lambat saya habiskan bacaan kerana sepertinya tidaklah saya mahu 'keluar' daripada dunia Chahaya dan Ranjana.

Saya sangat sukakan aura Chahaya yang menampakkan sisi seorang ketua yang mahir dalam berfikir dan bertindak. Chahaya sangat sukakan cabaran, walau dia tahu betapa besar impak yang bakal dia hadapi. Kata-katanya kadang tajam seperti bilah pisau yang sudah diasah cukup lama. Tak percaya? Baca sajalah berapa acap kali dia 'mengejutkan' jiwa Ranjana daripada terus merasa rendah diri dan rasa tidak layaknya dia jika menjadi seorang Raja.

Saya juga sangat sukakan ayat yang digunakan di dalam novel ini. Sungguh indah dan puitis. Juga banyak maklumat dan kosa kata yang baru yang dapat saya pelajari. Begitulah jadinya, jika penulis benar-benar membuat carian maklumat yang terperinci demi menyiapkan naskhah yang terbaik.

Tahniah penulis kerana berjaya menghasilkan kisah Duyung ini cukup indah.
Saya sangat suka!
#yatibaca
#duyung
#lawalingo
#teymarzuki
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
September 9, 2026
Genre: Epik fantasi

•Perbezaan dunia dunia & bangsa •pengkhianatan keluarga •konflik kuasa •sihir & dendam

𝘛𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪𝘢𝘯, 𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢.

🧜‍♀️ Kisah bermula dengan Puteri Chahaya, puteri bongsu kepada Raja Mahawira, penguasa lautan & kepada bangsa duyung Sereia. Menjelang hari pertabalannya, Chahaya merasa rendah diri kerana tidak sehebat kakanda-kakandanya. Mujur dia ada Veda, yang selalu memberi semangat dan mengingatkan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri.

🧜‍♀️ Di dunia manusia pula, Ranjana memikul tanggungjawab sebagai putera dan pewaris takhta kerajaan Dewangga. Kehilangan ibu bapa dan adik-beradik sejak kecil telah meninggalkan luka yang dalam. Lebih menyakitkan apabila satu-satunya ahli keluarga yang masih tinggal pula dipercayai telah mengkhianatinya. Namun, Ranjana sendiri masih tertanya-tanya, apakah benar semua yang berlaku, dan apakah sebab di sebalik pengkhianatan itu?

🧜‍♀️ Takdir menemukan Chahaya dan Ranjana dalam satu peristiwa yang tak tersangka. Pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada perjuangan mereka menentang pembelotan kuasa yang kian berleluasa. Walaupun Ranjana hampir berputus asa, Chahaya tetap berkeras mahu Ranjana terus kuat dan bangkit melawan💪🏼.

Betapa Chahaya bertekad untuk tolong Ranjana, juga dengan bantuan Veda di sisi.
Dalam perjalanan itu, mereka bukan saja berdepan pelbagai cabaran, malah satu demi satu rahsia turut terbongkar.

🧜‍♀️ Saya suka perkembangan watak Chahaya dan Ranjana, selain world-building yang jelas dan mudah dibayangkan. Ada ilustrasi peta disediakan.

Saya juga suka hubungan Chahaya dengan ayahandanya, Raja Mahawira. Baginda sentiasa memberi ruang untuk Chahaya membuat keputusan mengikut kemampuan dan kapasiti dirinya. Bagi saya, hubungan mereka memberi aura yang positif dan banyak membantu perkembangan watak Chahaya.

🧜‍♀️ Watak yang paling saya suka semestinya Veda! Peranan dia dalam perjuangan Chahaya & Ranjana sangat membantu. Dan, berangan lah juga andai penulis ada plan nak sambung lagi kisah Chahaya dan Panglima Surya. Sebabnya nanti mesti sweet hehe.

🧜‍♀️ Walaupun banyak latar cerita berlaku di dunia manusia, saya tetap suka bagaimana penulis mengakhiri perjalanan Chahaya. Jadi, novel ini bukan sekadar mengisahkan kehidupan duyung di lautan, tetapi juga menceritakan perebutan takhta, pengkhianatan keluarga dan rahsia bangsa yang berjaya menarik perhatian saya.

🧜‍♀️ Jadi, mampukah Ranjana mempertahankan takhta kerajaan Dewangga? Mampukah Chahaya membantunya? Dan apakah kaitan Chahaya dengan pertelingkahan musuh lama yang menghubungkan dunia manusia dan dunia duyung?

Personal ratings: 4.5/5⭐️
Profile Image for Hamidah Effendi.
755 reviews14 followers
October 6, 2026
Duyung vibe! 🧜🏻‍♀️✨ Persahabatan tiga sekawan, Surya-Chahaya-Ranjana, mengingatkan aku dengan buku Sindrom. Plot buku ni pula macam spin-off daripada kisah The Little Mermaid Disney yang selalu kita dengar.

Kali ni, Chahaya, puteri bongsu a.k.a duyung, sedang mencari sesuatu yang boleh membuatkan dirinya dikenali. Abang-abangnya semua hebat dengan kawasan masing-masing yang perlu dijaga. Jadi, Ranjana menjadi laluan untuk Chahaya mencipta nama.

Ranjana ialah bakal sultan yang hampir kehilangan nyawa sebelum diselamatkan oleh Chahaya. Dengan bantuan sahabat baiknya iaitu Veda, Chahaya berubah menjadi manusia untuk membantu Ranjana menjadi seorang sultan yang berwibawa.

Bestlah! Kalau korang pernah baca Sindrom, korang mungkin akan dapat vibe yang sama. Heroin datang untuk membantu hero, tetapi dalam cerita ni, mereka tak bercinta pun. Mereka bersahabat baik dan bekerjasama untuk menyelamatkan negara daripada dirampas oleh watak-watak jahat. 🥰

Tey Marzuki, tahniah! Aku suka penulisan kau. ❤️ Kau ambil idea daripada sesuatu yang kita dah biasa dengar, kemudian olah menjadi sesuatu yang berbeza dengan idea A, B dan C. Kreatif betul! 🥰
Displaying 1 - 10 of 10 reviews