Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rumah Pusaka

Rate this book
Baca!

Kitab lama daripada memori 15 tahun lalu membawa Myra kembali ke kampung. Rumah pusaka yang lama terbiar menyambut dia tanpa belas kasihan. Takut? Disergah pun berdesup seribu batu dia lari. Namun pencarian naskhah usang memanggilnya untuk sentiasa pulang.

“Kalau dah bertekad, terjun gaung pun dia buat.” - Amirul

Jangan percaya!

Misi mencari kitab mengembalikan gangguan perempuan kebaya merah dalam hidupnya. Namun kehadiran wanita penuh kasih sayang dan si kecil yang malang itu buat Myra sukar melepaskan mereka pergi. Sehingga pertaruhan itu akhirnya menghantui diri.

“Dah masuk kubur? Tak sempat solat Maghrib, tak sempat taubat?” - Myra

Akan tetapi Myra tidak boleh berhenti mencari.

Walaupun jiwa menjadi galang ganti.

356 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Nur Liyana

7 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (16%)
4 stars
1 (16%)
3 stars
2 (33%)
2 stars
1 (16%)
1 star
1 (16%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Aira Zira.
208 reviews4 followers
June 25, 2026
Kurang masuk dgn font dan penulisan.
Penggunaan kata yang agak try hard. Maaf kurang faham apa yang ditulis. Kurang sampai emosi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ili.
8 reviews1 follower
August 1, 2026
Amaran: Review ini hanya berdasarkan pengalaman pembacaan peribadi semata-mata. Taste setiap pembaca tak sama 🙏

POV: POV 3
Rating: 2.5/5⭐

1) Saya rasa penggunaan olahan bahasa gaya puitis langsung tak sesuai dengan genre ni. Saya tak dapat nak faham apa yang penulis cuba sampaikan sampai ada waktu saya kena baca banyak kali untuk imagine scene tu. Saya hargai usaha penulis untuk perkenalkan banyak perkataan baharu dalam cerita, tapi benda tu hanya memburukkan keadaan. Saya hampir DNF cerita ni selepas selesai baca Prolog dan Bab 1. Masuk pertengahan cerita, baru saya faham (sikit) apa yang penulis nak ceritakan dan saya habiskan bacaan pun sebab saya nak tahu ending.

2) Saya ada mixed feelings pasal watak utama, Myra. Sejujurnya, saya agak geram dengan watak Myra sebab saya rasa dia jenis degil dan pentingkan diri sendiri. Kerana nak selesaikan manuksrip Perempuan Kebaya Merah (PKM), dia dah menyusahkan semua orang terutama sekali keluarga Amirul. Myra sedar yang dia dah buat semua orang susah hati sebab dia kerap dirasuk, tapi masih berdegil juga nak cari kitab semata-mata untuk siapkan manuskrip. Nasib baiklah dia ada supportive circle yang sanggup bersusah-payah dengan dia untuk selesaikan misteri PKM.

Tapi dalam masa yang sama, saya faham. Kalau dia drop niat dia untuk habiskan manuskrip tu, ikatan Myra dengan Leila kemungkinan masih ada.

3) Saya dah pernah komen tentang layout dalam buku lain terbitan penerbit yang sama. Agak mengecewakan kerana penggunaan font yang kurang sesuai dan spacing yang terlalu dekat buatkan pengalaman membaca saya jadi kurang menyeronokkan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews