Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kleptokrasi #1

Kleptokrasi I

Rate this book
Bermula daripada kematian mengejut Tuan Mustakim, segala-galanya berubah untuk Irdina Tasnim. Syarikat Rangkasa di ambang kehancuran. Irdina diasak untuk membuat keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar.

Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli syarikat Rangkasa termasuk seluruh kerugiannya.

Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi.

Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi?

416 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Leena Syiha

13 books48 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (31%)
4 stars
7 (43%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
3 (18%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
920 reviews87 followers
June 8, 2026
[16|2026]

Kleptokrasi Jilid 1 || Leena Syiha

Definisi 'Kleptokrasi' itu sendiri berat sebenarnya. Dan adakah isi yang dilakar dalam buku setebal 400 halaman ini juga berat? Jawapannya, ya. Bagi pembaca yang meminati genre cinta, romantis atau ayat bunga-bunga, ini bukan bukunya. Buku ini padat dengan isu-isu gelap dunia korporat. Rasuah, korupsi, tikam belakang. Apa sahaja berkaitan dunia korporat ada dalam buku ini.

Berkisar tentang Irdina yang kehilangan majikannya sendiri. Namun, dalam kesedihan muncul watak-watak baharu yang mula mengambil alih syarikat tempatnya bekerja. Semenjak hari itu, satu demi satu rahsia mula membuatkan hidupnya jadi berubah total. Dan semuanya kerana satu nama itu, Muhammad Al-Fathi. Siapakah lelaki misteri itu? Adakah dia punca Irdina hilang majikan sebaik Mustakim. Atau adakah lelaki itu akan menyelamatkan syarikat tempatnya bekerja yang telahpun berdepan isu kebangkrapan?

Walaupun tema yang dibawa melalui buku ini agak berat, namun alur ceritanya sedap dibaca bagi saya. Penulis berjaya membuatkan kita tertanya-tanya apakah yang telah berlaku pada watak A sehingga dia dijatuhkan oleh watak B. Selain plot ceritanya yang lancar, susunan aksaranya juga bagi saya ditulis dengan baik. Serasa sangat sukar juga mengesan kesalahan tatabahasa ataupun ejaan.

Tahniah buat Leena Syiha untuk buku Kleptokrasi 1 ini. Bagi peminat novel tempatan yang menginginkan kelainan, saya kira buku ini boleh dijadikan antara salah satu bacaan pilihan.
Profile Image for Ai.
106 reviews3 followers
June 10, 2026
Pembacaan yang mengecewakan untuk buku PBAKL26 yang paling saya tunggu.

Untuk konteks awal, saya amat meminati Serunai Maut karya penulis, ianya buku bersiri yang membuat saya jatuh cinta semula untuk meneroka buku-buku fiksyen Melayu. Maka, apabila saya dapat tahu tentang terbitan baharu tahun ini daripada penulis yang sama, saya sangat teruja dan ambil keputusan untuk pergi PBAKL semata-mata untuk membeli Kleptokrasi I & II dan dapatkan otograf penulis. Saya memang gemar buku yang terapkan tema politik, jadi saya pasti buku ini akan serasi dengan citarasa saya.

Perkara yang paling menonjol sepanjang 400+ muka surat adalah penggunaan "tell and not show", bertentangan dengan penulisan baik yang akan "show not tell". Saya dapat lihat penulis cuba untuk yakinkan pembaca tentang watak Irdina yang digambarkan sebagai seorang yang tegas, kuat, bijak dan sebagainya. Senang cerita, semua ciri-ciri relevan dengan trop "strong female lead" yang menjadi trend dalam fiksyen kontemporari Melayu sekarang. Malangnya, Irdina yang sebenar sangat bercanggah dengan apa yang naratif beritahu. Irdina dikatakan sebagai "setiausaha emas rebutan ahli korporat, tahu rahsia-rahsia yang melemahkan syarikat lain" tapi hakikatnya Irdina terlampau naif. Dia bukan sahaja langsung tidak kenal kelemahan syarikat tempat dia sendiri bekerja, tapi juga bosnya sendiri. Ketidakpekaan Irdina tidak ubah seperti seorang setiausaha biasa yang cuma menjadi kuli orang atasan, buat kerja, lapor, balik rumah. Tidak ada sebarang rasa ingin tahu, curiga atau apa-apa waspada sepanjang 10 tahun Irdina bekerja dengan Tuan Mustakim, ini menjadikan Irdina sebagai seorang karakter yang pasif. Kenapa ini semua penting bagi saya sedangkan cerita bermula lepas Tuan Mustakim mati bukan ketika dia hidup? Sebab perwatakan Irdina yang sekarang adalah berdasarkan reputasinya selama 10 tahun dia bekerja. Sebagai pembaca, saya tidak diyakinkan oleh naratif cerita mengenai justifikasi "keistimewaan" Irdina dan juga kesetiaan Irdina kepada Mustakim kerana kedua-dua perkara ini disebut sepintas lalu di atas permukaan sahaja. Pembaca harus percaya dengan kenyataan dua perkara ini bukan sebab pembaca lihat apa yang berlaku tapi diberitahu "narrator".

Apakah keistimewaan Irdina sehingga jadi rebutan? Betul, dia cekap membuat kerja tapi sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman menjadi setiausaha peribadi CEO selama 10 tahun boleh capai prestasi kerja yang sama. Irdina bukan seorang licik berstrategi, bukan pun seorang yang bijak membina jaringan profesional untuk mengukuhkan Rangkasa. Tiada yang istimewa. Pembaca acap kali diberitahu Irdina ini, Irdina itu. Tapi Irdina sebenarnya pasif sahaja. Kedua, kesetiaan Irdina terhadap Mustakim diringkaskan kepada "daddy issues" yang dia punyai selepas kematian bapanya. Kepercayaan Irdina kepada Mustakim diperkatakan berasal daripada sifat kebapaan Mustakim yang menjaga makan-minum dan yuran pengajian Irdina sebelum dia mula bekerja. Ini merendahkan kualiti penggambaran watak Irdina kerana aspek ini tidak dikupas dengan terperinci. Dalam dunia sebenar, ada banyak kes di mana figura bapa mengambil kesempatan terhadap mangsa dianggap anak yang mempercayai mereka. Malah, ketidakseimbangan dinamik di antara Mustakim dan Irdina yang merupakan bos dan pekerja juga wajar diulas dengan lebih lagi. Perleraian plot mengenai Mustakim dan Irdina seperti ditulis dalam keadaan tergesa-gesa, seolah-olah penulis tidak selesa untuk perincikan aspek ini sedangkan ini elemen cerita yang bagi saya, sangat-sangat relevan dalam dunia korporat.

Berbalik kepada isu Irdina yang naif, pada usia 30 tahun, corak pemikirannya yang impulsif dan cetek seakan-akan seseorang di awal 20-an. Bagi saya, terlalu dangkal bagi seorang setiausaha korporat syarikat pelaburan untuk terkejut dengan kewujudan penggelapan wang menerusi proksi syarikat yang melabur di luar negara. Apatah lagi dengan kewujudan skandal kewangan Tan Sri Muazzam di skala besar-besaran yang baru sahaja berlaku beberapa tahun lepas. Tidak perlu pun menjadi setiausaha 10 tahun syarikat korporat besar untuk faham bahawa korupsi adalah sesuatu yang berakar umbi —tidak memadai dicantas satu dua dahan— cukup dengan menjadi seseorang yang boleh berfikir secara kritis. Selain itu, saya juga berasa agak jengkel dengan Najah yang keliru dengan pelaburan teman-teman ayahnya, perangai tipikal anak orang kaya yang tidak ambil tahu, cuma kisah dengan status kewangan sendiri yang terjamin dengan duit bapanya. Tapi ini cuma pandangan peribadi sahaja, pada hemat saya ini bahagian yang agak realistik dengan golongan elit.

Satu lagi contoh "tell" yang saya perasan adalah sewaktu Irdina menzahirkan kepercayaannya kepada doa istikharah. Itu momen yang agak manis, menunjukkan keperibadian Irdina yang solehah. Tapi saya juga rasa ianya agak "tiber". Walaupun Irdina digambarkan sebagai seorang yang mengerjakan solat dengan patuh, taat kepada tuhan dan sebagainya, hubungan Irdina dengan tuhan disentuh sedikit-sedikit sahaja. Jadi, jawapan Irdina ketika itu saya rasakan agak "out of place", tapi tidaklah mengganggu pembacaan.

Mengenai watak Fathi pula, bagi saya pembinaan wataknya agak lemah. Oleh kerana penulis terlalu ingin mengekalkan aspek misteri untuk Fathi, wataknya tidak dibina dengan baik dan menjadi satu dimensi sahaja. Dalam erti kata lain, Fathi tidak meyakinkan sebagai watak yang hidup. Sudut berbeza yang bertentangan dengan sifat "nonchalant" atau bersahaja yang Fathi sering tunjukkan kepada Irdina hanya ditunjukkan melalui imbas kembali, bukan perkembangan secara berperingkat. Aspek misteri untuk watak Fathi juga terlalu meleret sehingga mengambil 60% daripada keseluruhan buku. Ianya bukan sahaja memakan perkembangan watak Fathi, tapi juga mengambil ruang huraian trauma Irdina dan paling sayang sekali, tentang korupsi korporat sendiri, sesuatu yang sepatutnya menjadi titik utama buku ini sesuai dengan tajuknya Kleptokrasi.

Rumusnya, saya agak kecewa dengan Kleptokrasi I. Ada masalah daripada segi plot dan perwatakan yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah. Seperti contoh, umur Irdina boleh diubah kepada lebih muda untuk disesuaikan dengan pola pemikirannya, kesetiaan Irdina kepada Rangkasa boleh dipusatkan kepada Mustakim yang menjadi bapa angkatnya, tidak perlu "10 tahun". Tentang Mustakim dengan Irdina pula, tidak keterlaluan untuk saya katakan, kalau dalam bahasa mat salleh "there is no bite to it". Penulis seperti ada rasa kasihan terhadap Irdina yang membuatkan bahagian ini terasa sedikit hambar. Mustakim tidak pernah sentuh Irdina? hanya selepas Irdina bekerja selama 10 tahun dan Rangkasa di ambang muflis baru ada rasa nak pegang? Langsung tidak selari dengan sifat Mustakim. Saya jangkakan lebih lagi untuk impak yang lebih kuat, tapi "the teeth is not biting". Aspek misteri Fathi juga sepatutnya dikurangkan, kita mahu tahu tentang kleptokrasi bukan Fathi.

Akhir kata, walaupun Kleptokrasi I tidak mencapai jangkaan saya, saya masih mempunyai harapan untuk Kleptokrasi II. Memandangkan penceritaan buku kedua tidak lagi akan membuang masa tentang misteri siapa Fathi, saya menganggarkan akan ada plot menarik mengenai kleptokrasi. Saya harap, ekpektasi saya untuk buku kedua tidak akan dikecewakan.
Profile Image for Nurul Tasneem.
195 reviews7 followers
June 16, 2026
3.5⭐

Years ago, saya baca cerita ni di Wattpad dan memang dah ternanti-nanti pembikinannya dalam bentuk fizikal.

Honestly, masa baca dulu rasa okay je tapi sekarang saya boleh katakan yang karakter Irdina agak annoying. Dia terlalu naive despite her age and her experience as a secretary di syarikat besar. Cara penulis selalu menggambarkan Irdina sebagai seseorang yang menjadi rebutan syarikat lain juga rasa kurang konsisten. Yes, dia seorang yang rajin, teliti dan cekap bekerja. Tapi pada masa yang sama dia terlalu polos tentang dunia korporat, seolah-olah pekerja yang baru masuk kerja. Nevertheless, I still liked her character.

Fathi pula agak misteri. Loved him and the professionalism he displayed. Saya rasa introduction kepada karakter Fathi dibuat dengan baik tapi perkembangannya towards the end agak bland. Maybe we'll see more of him in Book 2.

In short, saya akan recommend buku ni kepada pembaca yang suka genre politik, penyiasatan korporat dan sikit la elemen romance. Walaupun genrenya nampak berat, saya rasa buku ini sebenarnya lebih kepada bacaan ringan sebab gaya penulisannya very simple dan mudah nak ikut.
34 reviews2 followers
June 9, 2026
Kleptokrasi II? Tidak.
Isu yang dikupas seperti rasuah, korporat tidak digarap dengan lebih mendalam sedangkan itulah yang sepatutnya dibawa pada pembaca.
Kebanyakan halaman lebih kepada untaian persoalan yang dibawa oleh Irdina : siapa muhammad al fathi dan apabila mengetahui tentang figura watak tersebut, ia tidak dibentangkan dengan baik.
bagaimana seorang yang berusia 34 tahun (jika tidak silap) boleh mempunyai saham besar dalam ratusan syarikat dan memiliki lebih 70 syarikat pemilikan tunggal yang pejabatnya hanya di rumah saja?
mungkin hal ini 'dibolehkan' kerana latar tempat bukan di Malaysia. tapi alangkah lebih baik jika penulis menghuraikan agar pembaca menjadi 'cerdik' dengan skop kerjaya ini.





Displaying 1 - 4 of 4 reviews