Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kleptokrasi #2

Kleptokrasi II

Rate this book
Bekerja dengan Muhammad Al-Fathi menyedarkan Irdina Tasnim tentang bagaimana dunia korporat yang sebenar.

Tahun baharu, mereka memulakan misi besar – menjatuhkan konglomerat gergasi Petra, Dato’ Hanif. Rancangan disusun rapi dan Irdina memegang peranan untuk meraih kepercayaan Dato’ Hanif. Namun, tidak semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Irdina diasak satu demi satu tekanan dalam memegang peranannya.

Muhammad Al-Fathi mula menyaksikan kehilangan buat kesekian kalinya di depan mata. Rancangan mereka hampir lumpuh apabila orang lama kembali muncul.

Apa yang mereka sangkakan selama ini benar-benar salah.

Siapa sebenarnya musuh mereka?

480 pages, Paperback

First published May 2, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Leena Syiha

13 books52 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (61%)
4 stars
9 (29%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
929 reviews89 followers
June 16, 2026
[24|2026]

Kleptokrasi Jilid 2 || Leena Syiha

Kesinambungan kisah Fathi dan Irdina dalam memperjuangkan negara yang bersih dari korupsi. Kali ini, kisahnya lebih mendebarkan dengan watak-watak baharu yang membuatkan perjalanan hidup Fathi dan Irdina makin meruncing.

Kali ini kisah tertumpu pada tujuan Fathi dan Irdina yang ingin 'membogelkan' kerja jahat Hanif yang dilihat sebagai lelaki yang budiman. Namun, semakin dikaji kerja Hanif, ada kesan buruk yang menanti. Dan itu tidak bagus kerana ada nyawa yang dipertaruhkan. Dalam keributan yang melanda, muncul Damia, si perempuan yang punya niat jahat sendiri. Sudahnya, dapatkah Fathi dan Irdina menghapuskan Hanif? Apa pula kaitan Damia dan Hanif?

Jujur cakap buku kali ini lebih mendebarkan. Tidak senang duduk membacanya terutama apabila Fathi dan Irdina berdepan dengan kelicikan Hanif dan rakan sekutunya. Tahniah buat Leena Syiha untuk karya ini.
Profile Image for Ai.
126 reviews4 followers
June 20, 2026
Susulan dengan buku pertama Kleptokrasi yang pada saya mengecewakan, saya berharap Kleptokrasi II dapat menebus semula kekurangannya dengan plot perceritaan yang lebih menarik. Namun, sekali lagi pendapat saya tentang keseluruhan duologi ini kekal sama.

Sama seperti buku sebelumnya, masalah utama adalah plot yang seakan-akan 'hold back'. Tiada apa-apa adegan yang bagi saya memberi impak ketika pembacaaan. Malah, saya mengambil masa yang agak lama untuk habiskan buku ni, sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana saya biasanya boleh habiskan buku fiksyen Melayu dalam masa sehari. menunjukkan cubaan untuk mencipta kejutan kepada pembaca, tapi bagi saya kurang memberangsangkan. Ini kerana watak bukanlah watak yang ada pembinaan hubungan yang kukuh dengan pembaca. Sepanjang pembacaan sentimen yang kekal dengan saya adalah "the stakes are not high enough". cuma dikambingkan hitam oleh plot sedangkan kematiannya tidak pun mengubah suasana perceritaan. Irdina tidak pun cedera parah dalam kemalangan itu (plot armour) dan Fathi tidaklah terkesan sangat pun. Sepatutnya yang mati adalah Puan Leila, that would make things get serious. Satu perkara lagi untuk menjustifikasikan kerendahan pertaruhan ini adalah plot yang sentiasa menyebelahi Fathi. Of course Hanif would take actions that 100% follows his prediction, sebab apa? sebab dia watak utama. Membosankan.

Saya tiada komen sangat berkenaan pengakhiran buku ini. Ianya sesuatu yang sudah pun dijangka, daripada buku pertama lagi memang ada banyak bayangan yang memberi petunjuk tentang hubungan romantik di antara Irdina dan Fathi, contohnya ketika Najah mengusik tentang rupa paras Fathi, atau ketika Puan Leila memberi petunjuk tak berapa halus tentang kesukaannya kepada Irdina. Tetapi walaupun jika saya tidak persetankan semua bayangan plot ini dan mengambil kira sekali interaksi Irdina dan Fathi, mereka berdua masih kurang 'romantic chemistry'. Fathi yang diperlihatkan jatuh cinta dengan Irdina menerusi perubahan mood agak 'tiber' dan Irdina pun macam tiada apa-apa perasaan kepada Fathi. Mungkin penulis ingin mengetengahkan bercinta selepas kahwin tapi rasa janggal melihat kemesraan mereka selepas berkahwin bagi saya kerana time skip dan hampir 800 muka surat sebelumnya yang tiada romantic chemistry. Sekurang-kurangnya Fathi memberitahu hasratnya sendiri kepada Irdina, tidaklah suruh Puan Leila. So tired of seeing him being a mommy's boy getting coddled with everything. Ini bukanlah kritik terhadap keperibadian Fathi, dia cuma bukan type saya, hahaha.

Akhir kata, saya memang kecewa dengan duologi Kleptokrasi dan saya kurang yakin untuk membeli karya penulis lagi pada tahun hadapan. Tema dalam buku ini tentang jenayah kolar putih sangat menarik tapi plot yang play safe dan watak-watak yang pasif menjadikan cerita ini kurang hidup, sepertinya cuma satu karikatur sahaja berbanding cerita serius yang sepatutnya menerapkan social commentary dan class analysis yang terperinci. Good premise, bad execution. Saya puji usaha penulis yang cuba untuk keluar daripada zon selesa dan menulis tentang sesuatu yang baru, tapi malangnya melalui pembacaan, memang ketara isu ini bukan sesuatu yang familiar dengan penulis.
Profile Image for Fairuz Yahaya.
7 reviews
August 4, 2026
​1. Damia: Why Is She Even Here?

​Honestly, the biggest waste of paper in this sequel is Damia. She gets introduced, takes up space, and then... does absolutely nothing of substance.

​What should’ve happened: Imagine if she was actually a double agent leaking Al-Fathi’s moves back to the orang lama network or Dato’ Hanif. That would’ve been brilliant! It would’ve given us real paranoia, genuine betrayal, and actual stakes. Instead, she just sits there as "plot bloat" while the story forgets what to do with her.

​2. Irdina’s Severe Lack of Self-Awareness

​Toward the end, Irdina goes on this whole dramatic speech about needing to escape the "dark side of the corporate world" because of how much it's changed her. ​Let's do a reality check: She was only in the thick of it for 12 months!
​Before this, when she was working at Rangkasa under Mustakim, she was practically walking around with blinders on. Corruption was literally happening right in front of her face, and she didn't suspect a thing. Calling herself a battle-hardened survivor who needs to escape the shadows after just one year feels less like character growth and more like unearned melodrama.

​3. The "Find Myself" Romance Whiplash

​Nothing breaks character logic faster than an author trying to force a "Happily Ever After."
​Irdina preaches about needing space, autonomy, and time to "find herself" away from all these corporate anchors... only to immediately pivot into marrying Al-Fathi. It completely undercuts her speech about independence and turns it into empty lip service just to deliver a neat, mandatory romantic bow.

​Final Thoughts

​If you loved the first book and just want to see how the investigation wraps up, it’s a functional read. But if you care about character arcs that actually make sense, Kleptokrasi II will probably leave you rolling your eyes at the screen.
This entire review has been hidden because of spoilers.
3 reviews
July 7, 2026
Okay jilid 2 ada peningkatan dari segi perincian. Misalnya penggunaan proksi yang sorokkan ultimate beneficial owner macam Datin Sumayyah walaupun bukan diatas kertas, penjenayah kolar putih guna syarikat keldai yang memang taktik cuci duit klasik dan penggunaan taktik-taktik perakaunan macam round tripping, creative accounting yg Hanif buat tu hinggalah penggunaan syarikat-syarikat keldai, syarikat luar pesisir, beroperasi diluar negara (ini senario yang biasa kalau siapa yg membaca tentang jenayah kolar putih). Sebabnya berbalik kepada tajuk novel ni; Kleptokrasi yang kat jilid 2 menjelaskan kenapa kleptoktrasi yang meletakkan realism bahawa ekonomi adalah politik dan korupsi dalam korporat sedikit berbeza korupsi politik yg ambil berapa persen ataupun konsesi tertentu dan mendapat saham melainkan licik, berevolusi dan kadangkala jauh lebih pelik daripada fiksyen.


Kesimpulannya jilid 2 ni okey kalau fokus tu beralih sekejap dari dua insan tapi kalau dialihkan, alamatnya pembaca Kleptoktasi tak akan menjangkau anak muda yg mana selepas novel ini habis dibaca mungkin diorang akan semakin cakna tentang isu jenayah kolar putih. Ini mendidik pembaca muda dan penulis mencuba untuk merapatkan jurang yang selama ini golongan elit kewangan, golongan tertentu dan penguatkuasa sahaja memandangnya?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for rjuniex.
47 reviews1 follower
July 13, 2026
amaran cetus ayat dibawah mungkin mengandungi ‘spoiler’

Kisah kalini, A’ Fathi team mempunyai misi baharu iaitu menjatuhkan Dato Hanif konglomerat besar Petra. Untuk jatuhkan orang besar bukan perkara yang mudah walaupun A’Fathi sudah mempunyai pengalaman. Pelbagai strategi diatur demi menjayakan rancangan mereka.

Irdina, this time her character ada improvement (?). Tugas Irdina dalam misi ini ialah meraih kepercayaan Dato Hanif untuk mengambil Rangkasa sebagai syarikat pelaburan di company baru Dato Hanif. Dan berpura-pura polos yang Irdina masih ragu-ragu dengan ‘apa yang dilakukan’ Fathi.

Fathi, siapa sangka insan yang selamani tak banyak cakap, tegas dan misteri tiba-tiba berubah kepada talkative, caring dan kerap senyum. Puncanya haruslah cik Irdina kita. Yang tak tahan tu masa tengok Fathi berubah, Umar boleh cakap “Tuan ni mesti dah tak lama 😭🤣”.

Namun, kerana terlepas pandang pada perkara kecil, Fathi terpaksa menyasikan kehilangan buat kesekian kalinya. Scene ni buat rasa sebak sikit (?) sebabnya si fulan tu dah berhati-hati tapi itula kan, haih.

Kebenaran dia buat saya speechless

Overall, buku ni sesuai untuk someone yang sukakan cerita berkaitan politik. Oh dan romance tu ada tapi macam hujung-hujung je. Book 2 is recommended
9 reviews
July 18, 2026
Bagi saya yg just nak baca enjoy2... Sy tak byk ilmu penulisan... Saya suku buku klep 2 ni... Lebih banyak part yg lucu dan blushing... Senyum2 sendiri iuoll..... Seperti serunai maut 2... Ada part yg Emosional dan bikit nangis juga.. ada yg mati😭... Saya dapat merasai rasa tegang dan emosi dalam novel ni.. Thanx penulis... Puas hati baca sampai Habis..
4 reviews
July 11, 2026
BEST GILA SUMPAH PLSS BYKKAN TULIS CERITA KORPORAT POLITIK ROMANCE MCM NI KAK LEENA 😭😭😭 overall semua perfect!
14 reviews
August 2, 2026
saya suka storyline kedua ni tapi agak kecewa sikit sebab nurrah hmmmm😭😭😭😭
Displaying 1 - 10 of 10 reviews