Al Haq, seorang ahli geng motor THE OUTLAWS di Johor Bahru, memiliki kebolehan melihat masa depan melalui sentuhan.
Namun, segalanya berubah apabila dia terlanggar seorang gadis bernama Minisa Ross di tengah jalan raya.
Sentuhan yang tidak disengajakan itu mencetuskan satu bayangan ngeri-Minisa bakal berkahwin dengan ketua THE OUTLAWS, Kael Malek. Tragisnya, perkahwinan itu tidak membahagiakan Minisa. Dalam bayangan yang sama, Al Haq melihat dia mati di tangan suaminya sendiri!
"Kenapa kau kahwin dengan Kael?" - Haq "Hah? Kahwin? Kau gila ke apa? kau sedar tak kau baru langgar aku tadi" — Minisa "Tolong.. jangan kahwin dengan Kael. Sebelum semuanya terlambat."- Haq
Terperangkap antara kesetiaan dan kebenaran, Al Haq kini berada dalam satu dilema - membiarkan takdir berlaku, atau menentang sahabatnya sendiri demi menyelamatkan gadis itu.
Dia terpaksa menjadi THE RUNNER: berlumba dengan waktu, mengejar seseorang yang cuba melarikan diri daripadanya.
Terlalu bagi high expectation untuk The Runner karya Haque. Jalan ceritanya memang tidak cliche dan ada beberapa plot yang menarik, tetapi saya rasa ada banyak persoalan yang tidak dijawab dengan memuaskan. Watak Haq mempunyai kelebihan yang luar biasa, namun penjelasan tentang bagaimana dia memperoleh kelebihan tersebut agak kabur. Sebagai pembaca, saya tertanya-tanya sama ada ia berkait dengan trauma zaman kanak-kanaknya atau ada sebab lain yang lebih besar. Malangnya, novel ini tidak memberikan jawapan yang cukup jelas, menyebabkan elemen penting itu terasa tergantung.
Selain itu, perkembangan jalan cerita juga terasa terlalu pantas. Banyak peristiwa berlaku dalam masa yang singkat tanpa ruang yang cukup untuk pembaca memahami emosi, konflik dan perkembangan watak dengan lebih mendalam. Ada beberapa bahagian yang sebenarnya berpotensi untuk dikembangkan lagi, tetapi terus melompat ke plot seterusnya.
Menjelang penghujung cerita, rentaknya menjadi semakin laju sehingga ending terasa agak tergesa-gesa. Penamatnya biasa biasa je, tetapi ia tidak memberikan impak yang saya harapkan selepas segala konflik yang dibina sejak awal cerita.
Secara keseluruhannya, novel ini mempunyai idea yang unik dan jalan cerita yang berbeza daripada kebiasaan, namun kekurangan dari segi penerangan latar belakang kuasa watak serta pacing yang terlalu laju membuatkan pengalaman membaca saya sedikit kurang memuaskan.
Untuk novel debut, saya rasa novel ini masih okay dan ada potensinya tersendiri. Idea cerita menarik dan lain daripada yang lain. Cuma ada beberapa aspek seperti penerangan tentang kelebihan watak utama dan pacing cerita yang boleh diperkemaskan lagi. Saya berharap karya seterusnya daripada penulis akan lebih mantap kerana potensi itu memang ada.
It's hard for me to enjoy this book, because first of all, there's quite a lot of errors in the book. But most of all, I cannot find it in my heart, that I care for any of the character. For example, we didn't sit through Haq's grief when his mother passed. We didn't sit through the abuse from his aunt, because he was optimistic. When Kael was caught clubbing by Minisa, he didn't care enough to explain himself by just saying "Kau ingat dia nak jumpa aku lagi ke?", then he went straight to inflicting violence upon Haq. I don't see growth in Kael, I just have to believe Haq's "sacrifice" was all it takes to change Kael bad habit.
All of the characters are also portrayed in a very one dimensional way. So there's not much character growth you can get.
Also, I lol'ed when there's a freudian slip happened when Minisa thought of his father during her first date with Kael. I think thats unintentional but it proves that this book was written by a Man. I'm saying this with no disrespect, it's just a little bit funny.
I honestly thought this book was a Romance genre book aside of Action and Sci-fi of course. But on technicality, it wasn't. No HEA with the protagonist, no clear character growth, and love isn't the primary arc of the book. It definitely has a love story as a plot, BUT TECHNICALLY IT DOESN'T COUNT AS A ROMANCE BOOK.
I am imploring YA's to read any novel from Hlovate to feel what it's like for an Author to actually write a character thats alive, and you care about them as a person. Not just to serve the plot because its decided.
2 stars because the idea is interesting, but I feel like the execution isn't the strongest.
habiskan in one seating. honestly i tak expect akan ada plot twist macam tu yee! cerita mcm not my cup of tea sngt tapi storyline & the plot best je baca. tapi satu je , kita taksuka sangat illustration dia sebab nampak sangat ai tu. publisher ii lain pls la jangan guna ai untuk illustration dalam buku nampak buruk sangat 🥺 tapi i taktahu la some of the illustration je ke apa cuma ada la yang nampak takcantik.
jalan cerita tak cliche, agak lain daripada yang lain. but maybe sebab aku tak puas hati dengan banyak tanda tanya. what do i mean is the storyline terlalu cepat sampaikan ada part yang patut diketengahkan tidak diberikan ruang untuk diterjemah dengan baik.
paling tak puas hati dengan kawan haq masa sekolah before dia join the group. what happen to him? ke aku terlepas baca? rasanya aku dah baca as slow as i can to memahami setiap perincian cerita.
idk maybe my expecation terlalu tinggi kot since the author pernah menulis before this. but still The Runner is a good book to those yang suka action romcom book like this one.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mengisahkan tentang Haq, seorang lelaki yang memiliki kebolehan melihat masa depan seseorang hanya melalui sentuhan. ✋🔮 Namun, hidupnya berubah apabila dia secara tidak sengaja terlanggar dengan Minisa Ross. Dalam sekelip mata, Haq melihat masa depan Minisa bersama Kael Malek, masa depan yang berakhir dengan kematian Minisa sendiri. 💀 Dari situlah bermulanya perjalanan Haq sebagai "The Runner" 🏍 dengan satu misi, iaitu menyelamatkan Minisa daripada takdir yang telah dilihatnya. ⏳
Bagi Rael, The Runner merupakan sebuah novel yang sangat fast-paced dan straightforward. ⚡ Jalan ceritanya terus membawa pembaca kepada konflik tanpa dipenuhi naratif yang terlalu panjang. Ada beberapa babak yang Rael rasa boleh dipanjangkan lagi, terutamanya scene2 yang sepatutnya memberi impak emosi lebih mendalam. 🥹 Tapi, ia tidak mengganggu pengalaman membaca kerana keseluruhan penceritaan tetap jelas dan mudah diikuti. Malah, gaya penulisan seperti ini menjadikan The Runner sesuai untuk pembaca yang baru ingin berjinak dengan dunia novel. 📖✨
Dari segi watak, Qudr merupakan karakter yang paling menarik perhatian Rael. 👀 Selepas pengakhiran cerita, Rael masih tertanya-tanya tentang hala tuju hidupnya. Walaupun dia annoying & penuh rasa dengki terhadap Haq, entah kenapa watak dia sangat menarik. Biasalah... watak macam ni selalunya lagi handsome daripada main character, kan? 😂 Rael berharap dapat melihat lebih banyak perkembangan wataknya pada masa akan datang. ✨
Rael juga sangat sukakan elemen plot twist yang diselitkan sepanjang cerita. 🤯 Pada mulanya, Rael berharap Kael dan Minisa mengetahui kebenaran tentang kebolehan Haq. Namun selepas habis membaca, Rael rasa keputusan untuk membiarkan mereka terus tidak mengetahui perkara itu menjadikan cerita ini lebih menyakitkan buat readers. 💔 Ditambah pula dengan tindakan terakhir Haq terhadap mereka berdua... biarlah hanya Haq seorang yang memikul segala kebenaran itu. Dan kewujudan "orang ketiga" dalam visi Haq juga merupakan sesuatu yang Rael langsung tidak sangka. 👀
Antara perkara yang paling membuatkan Rael teruja ialah perancangan penulis untuk mengembangkan The Runner menjadi sebuah universe 🌌 dan bukannya sekadar novel standalone. Rael mewakili fans The Runner berharap The Runner 2 menjadi kenyataan. 🙏 Kisah Haq terasa masih belum selesai, lebih-lebih lagi selepas dia memilih untuk mengembara selepas pengakhiran cerita.
Rael juga berharap sekiranya spin-off Qudr benar-benar berlaku, dia mendapat sebuah redemption arc yang memuaskan. 🔥 Selain itu, Kayden dan Rai juga mempunyai potensi besar untuk dikembangkan kerana chemistry mereka bersama Haq sangat menarik, malah ada hint enemies to lovers jugak hehe. 🤭💕
Selepas menghabiskan novel ini, Rael merasakan cerita lebih kepada kisah Kael dan Minisa, manakala Haq pula menjadi watak yang mengorbankan segala-galanya dari belakang tabir. 😭 Sebab itu Rael berharap jika The Runner 2 diteruskan, fokus utama dapat diberikan kepada perjalanan hidup Haq pula. Rasanya dia juga berhak untuk mendapatkan happy ending. 🤍
Secara keseluruhannya, walaupun novel ini mempunyai beberapa kekurangan, Rael tetap sangat menikmati pengalaman membacanya. ✨ Rael jatuh hati dengan konsep cerita ini, idea di sebaliknya, serta keseluruhan persembahan novel ini. Illustration, character profile dan aesthetic yang dibawakan menjadikan The Runner mempunyai identitinya yang tersendiri. 🎨📚
Terima kasih Haque atas karya yang sangat menarik ini, dan juga kepada Nukilan Biruni kerana membawa The Runner kepada para pembaca. 🤍 Rael benar-benar tidak sabar untuk melihat apa lagi yang bakal menanti dalam The Runner Universe. 🌌
⭐ 4.3/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
first of all tahniah haque for your book, the runner ni menarik tau, plot dia menarik, i love the plot srs, but sebagai seorang yang tak pernah baca buku like touch ii scene for yg bukan mahram, yeaa this book kinda make me tergamam gitu, ending dia? ramai orang kata diaorang tak suka ending dia but for me okelaa not badd, and this book bukan untuk semua orang i think, overall not badd yaa bole laa okelaaa, cuma for me maybe this book bukan untuk aq? tapi still enjoying buku ni, aq habeskan buku ni dalam masa 3 hari je, so okela kann ii
Penceritaan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami, tapi plot story tak membuatkan rasa excited nak baca next chapter, hopefully author dapat hasilkan satu novel yg dapat bagi impak yg lebih besar utk next novel.