Jump to ratings and reviews
Rate this book

S.A.M.U.R.A.I.

Rate this book
Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.

Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat.

“Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat
“Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur
“Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat

Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah.

“Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat
“Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur

Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang.

Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?

506 pages, Paperback

First published April 1, 2015

8 people are currently reading
100 people want to read

About the author

Dekna Lee

13 books45 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (37%)
4 stars
47 (37%)
3 stars
23 (18%)
2 stars
7 (5%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,019 reviews377 followers
December 2, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Memang sangat awesome!!! Tiada part yang membosankan dan tiada watak yang menjengkelkan. Mujurlah baca time weekend, so dapatlah baca tanpa sebarang gangguan. Kalau ada gangguan pun, rasanya memang tak akan dilayan melainkan kalau nak kena ‘sembur’ dengan N...

Penuh dengan ayat-ayat yang tak sangka akan keluar. Kalau baca ni sambil minum air, rasanya mahu mati tersedak. Macam tak sangka ni novel Dekna Lee; sebab macam ada aura Rehan Makhtar pun yer. Ada sekali dua where N belek kulit novel ni just untuk memastikan ia memang bukan novel Rehan Makhtar.

Selain dari penuh dengan ayat-ayat sengal tapi benar, N suka cerita ni sebab watak-watak dia rasa ‘real’. Jangan lar harap ada watak CEO atau kereta mewah, atau hero berbadan sasa macam Van Diesel. Aizat hanyalah seorang lelaki biasa yang bertubuh keding. Ke mana-mana pun naik basikal cabuk. Jangan diharapkan ada rumah agam bak istana. Semua watak hanyalah penduduk kampung. Nak ber-shopping pun setakat di kedai runcit sahaja.

Tapi kesederhanaan watak-watak dan gaya hidup mereka yang menambah rencah dalam kisah S.A.M.U.R.A.I ini. It was like a breath fresh of air. Entahlah, mungkin sebab N secara peribadi tak pernah merasa suasana di kampung. So bila dapat cerita berlatar belakangkan kehidupan kampung, I find it refreshing.
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
December 9, 2023
Okay. Cerita ni kelakar gila sumpah. Penat gelak je baca dari prolog awal sampai ke sudah. Kalau minat enemies to lovers husband and wife, ha bolehlah baca ni. Aku suka ML dan FL cerita ni sebab mulut laser 😂

Bila baca buku ni memang buat aku teringat betul dekat karya Melur Jelita. Dia punya humour, environment, watak ML yang kasar tapi lembut dekat dalam, dengan watak FL yang tak habis-habis dengan degil dia. Serious best!

Aku cuba ringkaskan, cerita pada mulanya pasal Aizat yang dulunya nakal dan dituduh buli kawannya sampai melibatkan kes polis dan dihantar ke sekolah juvana. Entah macam mana, beberapa minggu/bulan Aizat masuk ke sana, dapat pulak berita yang ibu Aizat meninggal.

Sampailah setelah beberapa tahun, Aizat kembali ke kampung halamannya dan bertemu dengan heroine kita which is Melur. Terjumpa masa nak bayar dekat kaunter. Aizat hulurkan duit rm50 untuk air mineral yang harganya rm1, takde duit kecik punya pasal, so Melur pun tolonglah bayarkan.

Tapi aku tak ingat macam mana dan kenapa, masa dekat kaunter tu lagi diorang ni dah tak serasi, macam ada electric circuit tengah-tengah tau. Ada je nak digaduhkan. Bergaduh mulut. And then dapat pulak tahu yang si Aizat ni sebenarnya abang sepupu si Melur. Emak si Melur pulak adalah Mak De si Aizat. Ha cukup sekadar situ.

Nama buku ni S.A.M.U.R.A.I ni untuk describe watak Aizat yang sangat serabai, rambut panjang dan berikat macam samurai, pakai gitar dekat belakang, dengan baju pun macam selekeh. Tambah pulak si Aizat ni mulut pun boleh tahan puaka. Cakap main lepas. Sumpah takde insurans mulut dia ni hahaha. Suka menyakat dan buli si Melur.

Melur, our heroine pulak boleh tahan ganas jugak. Perangai serupa lelaki. Suka panjat pokok. Bak kata emak dan Ijai, Melur ni kalau dah panjat pokok tak boleh nak bezakan mana anak dara dan mana kera. Berdekah aku!

❝Mak! Dia ni gila.❞
❝Eh, kau tu yang gila. Banyak mulut. Pot pet pot pet tak henti-henti. Mak de bencikan siapalah waktu mengandung dulu sampai terkenan dekat budak ni?❞


Both of them are sepupu. Beza 6 tahun umur. Tak rapat. Sebab Aizat sejak masuk sekolah juvana memang Melur tak nampak dah. Tapi keluarga Melur selalu sebut tentang Aizat. Keluarga dia dok kenenkan diorang berdua untuk kahwin.

To be honest lah, aku serious tak dapat agak bila waktu Aizat suka dengan Melur ni. I mean, looking at their situation memang amat mustahil lah untuk wujud perasaan tu.

❝Suka saya ek?❞
❝Haah Melur. Aku suka gila kat kau. Kau aje yang tak tahu.❞


But once they got married. Everything about Aizat changed. You can see lah how much he loves and treasures her. Aizat ni memang typical kampung boy. Tak macam hero kebiasaan yang CEO type or kaya gila. So bila baca buku ni memang kau akan rasa normal. Hahahaha. Macam pelik je bunyi dia kan?

❝Betul ke kau memang tak nak kahwin dengan aku? Kau menyesal?❞
❝Cuba tanya diri sendiri soalan yang serupa.❞
❝Aku takkan menyesal kahwin dengan kau. Sebab itulah yang aku nak selama ni.❞


Rupanya, Aizat dah lama suka dekat Melur. Dari mula Along Melur datang jumpa Aizat, dia ada tunjuk gambar Melur pada dia. So, dia dah start suka situ. Nak pulak Melur dan Aizat memang rapat waktu kecik dulu rupanya. So, pergaduhan mulut waktu dekat kaunter haritu memang Aizat sendiri tak expect terjumpa Melur situ. So dia tak ready and spout nonsense (or more like sengaja cari pasal dengan Melur) 😂

Comel sebenarnya. When i told you Aizat adalah typical Malay kampung boy, memang he is! And comel sebenarnya cara dia untuk dapatkan attention Melur iaitu dengan cara pasal dan gaduh dengan dia.

Buku ni tak banyak konflik berat. Konflik dia aku rasa diorang gaduh mulut jelah. Lepas kahwin memang comel, typical marriage life. Cumanya satu jelah kot konfliknya, dendam Aizat dengan Jali masih belum berakhir even lepas diorang dah kahwin. Waktu Melur tengah pregnant, Jali ambushed their home waktu Aizat takde dekat rumah sebab kerja. Trauma Melur lepas kejadian tu, diabaikan Aizat sendiri sebabkan trauma. Anak pertama mereka gugur disebabkan Jali. Thats it. Sedih sekejap dekat situ. Aku faham perasaan Melur trauma dengan keadaan macam tu. Mengandungkan anak pertama tapi gugur sebab lelaki tak guna macam Jali.

Overall, disebabkan aku rasa tak cukup. Aku tak dapat kasi full tapi best lah cerita dia. Dalam busy-busy aku, memang enjoy baca sekadar untuk menghiburkan hati ni. More to slice of life lah this book.

Apa-apa pun, aku akan rindu moment Aizat dan Melur. Aku lebih suka tengok diorang berperang mulut sebenarnya. Disebabkan perangai diorang yang gegila macam ni lah yang membuatkan buku ni memang best layan. Aizat and Melur ni pulak memang lain macam, i tell you 😂 Aizat dengan loyar buruk dia dan kekadang melayan karenah pelik Melur. Seronok baca.

I recommend untuk sesiapa yang minat dan dalam mood untuk baca kisah ringan dan kelakar. Go read this book and gelaklah tengok perangai Aizat dan Melur! Hehehehe.

❝Nak beli bunga melur sekuntum.❞
❝Boleh, tapi mahal...❞
❝Apa pasal mahal sangat? Pokok bunga melur kan tanam tepi kolam aje?❞


Profile Image for Ririn Aziz.
788 reviews106 followers
June 15, 2016
3.8 bintang :-)

Peningkatan yang ketara berbanding dengan novel-novel sebelum ni. Walaupun masih dalam kategori 'fluffy' dan 'light reading', tapi untuk naskhah ini berjaya mengikat saya untuk membacanya tanpa skip.

Dan penulis berani mengambil pendekatan yanh berbeza untuk watak-watak dan latarbelakangnya. Kisah orang kampung yang lebih dekat dengan kita berbanding kisah orang kaya yang tak terjangkau dek kita. Lagi mudah untuk kita merasai dan memahami kehidupan watak-wataknya. Dan walaupun gaya penceritaan tu banyak juga yang melalut, tapi terselit pengajaran dan pandangan yang agak bernas juga. Jadi, kisah ni bukan kisah hiburan yang kosong tanpa isi. Ada sesuatu, tapi dengan cara yang santai.

Thumb's up untuk Dekna Lee :-)
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
April 22, 2015
hehehehe

sukalah jalan cerita yang simple sepanjang membaca mesti tergelak2
kelakar ok watak Aizat dan Melur...

yang paling tak sangka watak aizat tu la garang kasar kurenggg adap
tapi bila dah kahwin ngeeeee 240' his change XD terkujat saya...
xdpt 360' sbb ada lg sifat sengal dia ..

watak melur pulak lepas kawin alahai ngadakan menangis aja nak suruh pujuk la tuuuu..

konflik biasa je dan tak lama pun mana boleh lama2 nanti rindu ..

naskah kali ini best ringan
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
August 31, 2015
Review #samurai by #deknalee

I 'm done. Mengambil masa 3hari utk habiskan. 1st apa yg koi boleh kata..novel ni best! Ceritanya lain dr lain. Heronya org biasa-biasa dan heroinnya juga orang biasa-biasa.xperlu nak kaya raya ..beza darjat.. untuk kecapi bahagia.

Kerna kelainnya itu membuat koi xboleh stop baca bila dah koi dah buka. Overall cerita mmg menarik.sgt boleh dihadam. Koi baca dan follow cik penulis dr novel hantu punya bos. Dan novel ini menyerlah kematangannya dan variasinya dalam bidang penulisan. Well done dekna.

Samurai ni menceritakan kisah kehidupan aizat bekas seorang pelajar disekolah jahat pulang ke kampung (stlh beberapa lama menetap dikl) kerana satu rasa yg mula tumbuh dihatinya. Apa rasa itu ? ( baca eh nanti , tak suprise nak bagitau semuakan? )

Pertemuan pertama aizat dgn melur..membuat aku tak. Kering gusi ketawa. Ada sahaja perbalahan dan teletah mereka mencuit hati ....haha...tak sangka si samurai tu ada taman dalam hati...dan tak sangka si samurai tu manja after happy ending...hahaha... ( apa happy ending tu...baca tau! Mmg best tak rugi pun )

Ku suka semua watak dlm samurai..masing menghidupkan cerita....dr ke along..abg din ..alang...mak..abah...leha..hasyim.. sampai ke melur. Overall..samurai debaikkk..koi rasa blh kot nak nak panggil samurai ni projek memikat hati bakal isteri..hahaa..koi xpuas baca..nak lagi dan lagi sal aizat dan melur ni...novel ni mmg lain dr lain...tak bosan dan membuat koi teruja nak tahu apa jadi sseterusnya dan kenapa aizat tu boleh masuk sekolah jahat tu..

Anyway tahniah Dekna Lee !☺
Profile Image for fifichii.
9 reviews7 followers
March 27, 2024
4 Funny-Banters Stars

I beli buku ni sebab rating tinggi je, tak baca pun sinopsis sebelum beli. If baca sinopsis and tengok tajuk je, memang tak la novel ni akan masuk dalam cart langsung. Sebab apa? I don't do juvee / bully related books, sebab it's a trigger for my own trauma. Thankfully, bab juvee dan bully dalam novel ni sekadar dimention je so all is good for me.

Bercakap pasal novel ni, ceritanya simple je. Kisah budak kampung bernama Melur, dengan sepupunya, Aizat, bekas budak juvana. Gaduh-gaduh lepastu jatuh cinta. Tak ada samurai dalam cerita ni, yang ada si Aizat yang Melur panggil Samurai sebab rambut panjang and stail samurai. Takda sape kena tetak gak dalam cerita ni, perang cuma kat mulut je yang banyak. Ada gak diselitkan pasal keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan kat dalam novel ni tapi fokus utama memang kat hubungan Melur dan Aizat 90% of the time.

To be honest, I bukan pembaca tegar novel Melayu, so tak kenal langsung author ni, baca title novel pun rasa skeptikal je. Tapi lepas baca novel ni, in love betul dengan penulisan author ni, sebab lawak gila! (maybe sebab I memang mudah terhibur haha) Almost semua part buat I tergelak. Lepastu time part sedih, I pun terikut emosional sama huhu Sesungguhnya, I really like this book.

Watak-watak utama dalam novel ni pun semua menarik (and lawak-lawak). Takda yang suka-suka bertindak di luar nurul walaupun perangai kadang-kadang tu aneh dan sedikit delusional haha

Si heroin orangnya manja, namun berpada-pada. Tak sok suci merelakan aje bila dipijak-pijak. Emosional tapi masih rasional.
Si hero orangnya suka menyakat, namun dalam hati ada taman. Banyak kekurangan, tapi sedaya upaya membahagiakan.
Parents heroin suka bergurau tapi tetap tegas mengikut keadaan.
Si Ijat kawan yang baik, yang tahu batas.
Si Leha dengan si Maria memang annoying tapi sesuai la nak dijadikan watak sampingan untuk membakar jiwa si heroin haha
Si Hasyim pun sama, menjadi penambah perisa cerita menyakitkan hati dorang sekeluarga haha
Watak jahat pun ada, pencukup konflik.

Semua tak sempurna, tapi tak ada yang berperangai merapu gak so a very good set of characters I would say.

Dah semua elok, kenapa I tak bagi 5 stars, kan?
Sebab walaupun sekadar cerita, I feel like the hero was too unnecessarily rude to the heroine pada permulaan cerita. Bukan sekadar kasar pada bahasa, tapi pada perbuatan gak. Which is totally uncalled for, sebab si heroin tu tak buat salah apa pun. Tapi thankfully, dia 'bertaubat' gak dari perangainya tu dan mintak maaf gak at some point.

p/s: my favorite part dalam novel ni sudah semestinya scene si Melur mengutuk si Leha:



Aku lihat Leha semakin pandai bersolek sekarang. Bulu mata pun dah kalah bulu mata unta. Malah, tak dapat beza aku sama ada itu bulu mata Leha atau ulat bulu yang berwarna hitam melekat di matanya. Bibir pula merah menyala mengalahkan buntut babun yang dalam rancangan Animal Planet.
...
Punggung pula ditonggekkan dan digoyangkan ke kiri dan ke kanan walaupun dia hanya berdiri setempat.
...
Aku tak pasti sama ada dia sengaja tonggekkan punggungnya atau dia sebenarnya baru kena sengat dengan tebuan tanah dalam perjalanan ke sini.

Profile Image for Mslvoe.
2,011 reviews193 followers
February 9, 2024
Baca review kat goodreads mujur ada bacaan free kat pnm.

Memang light reading betul. Best baca time diaorang bergaduh. Masing² mulut kurang asam tul 🤣
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 30, 2016
awesome! best giler!!!

arghh... memang jd fav aku lah buku ni...

watak aizat tu... memang perghhh arh! giler cool! (haha)

mase sebelum kahwin, bkn main ckp kasar nk mampos dgn melur... bila lepas kahwin, perghhh... melting! (HAHAHA)

akhir kata, tahniah kat writer sbb berjaya hasilkan buku yg kena giler dgn selera aku ni... hehe...
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews24 followers
September 10, 2017
Dari awal sampai ke klimaks tu, cerita ni sweet saja. Memang terhibur dengan Melur, Aizat, mak abah Melur, abang-abang Melur, Ijai, Nora, malahan Leha dan Maya. Memang nak bagi 5 bintang dah.

Tapi bila nak sampai klimaks, hati rasa tak sedap. Dah boleh agak akan berlaku sesuatu yang boleh masuk kategori buruk.

Kemudian macam roller-coaster, bila dah di puncak, mestilah turunkan. Tapi sayangnya, sikap Melur pada waktu ni membantutkan hasrat hati nak teruskan bacaan.

Mungkin ada yang akan kata, bukan salah Melur. Lagi pun kau pernah rasa ke apa yang Melur rasa? Tak kan? Jadi, kau tak ada hak untuk judge Melur. Well, saya just nak tahu, apa pula salah Aizat?

Banyak kali saya bagi tau diri sendiri, Melur baru 21 tahun. Dia anak bongsu yang dimanjakan selama ni. Dia belum matang lagi. Tak banyak pengalaman hidupnya. Itu sebab pasangan Melur ialah Aizat. Sebab dari remaja lagi Aizat dah melalui kepahitan hidup.

Tapi sebab Aizat dah melalui macam-macamlah yang saya jadi geram dengan Melur. Kalau itu salah mutlak Aizat, saya akan sokong Melur 100% tapi kalau dikaji balik, baik salahkan Melur sebab acapkali tak mendengar kata. Kan dah dipesan hati-hati. Banyak kali kot. Buat tak endah lagikan.

Maka kuranglah 1 bintang dan hilanglah rasa suka saya pada Melur.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
March 11, 2019
Jujur cakap, mood sekarang tgh jiwang jiwang. So, bila baca buku ni. Menjadi sangat la perasaan tu. Faham tak bila baca novel cinta, kau jadi mcm ada rasa 'manissedihsebakcair' dalam satu rasa? Macam gitu la. 🙊

Personally, saya suka dengan watak Aizat. Sorry la. Suka sangat dgn watak Aizat. Hero muka kerek rock kapak tapi dalam hati ada taman bunga. Manis dia tu, dia tunjuk lepas kahwin dgn Melur. Pembaca mcm saya ni, lebih suka jalan cerita yg flow dia tu makin naik naik naik dan sampai taknak stop membaca sampailah ending dia tu rasa Ahaaa! Cantik! Dekna Lee tak create watak yg perfect utk Aizat. Dia gambarkan Aizat sebagai seorang yg kurus keding, berambut panjang, pakai baju yg ada gambar tengkorak jelir lidah & menganggur masa dekat kg.

Watak Melur pulak, saya rasa just nice. Mengambarkan yang dia seorang yg bersifat keanak-anakkan sikit. Tapi perempuan, mmg akan terselit la sifat tu sedikit sebanyak. So, rasa mcm perangai melur ni sangkut paut sikit dgn perangai sendiri. Kahkah. Tapi bukan bab panjat memanjat pokok. Haha melur ni mcm boyish sikit kot.

Cuma kurang gemar sedikit bila si Melur ni suka cakap ayat 'nak terkencing'. Haha. Itu je la yg rs menganggunya pun. Tapi tak la perkataan tu kerap sgt ada. 1-2 kali je.

Ni sebenarnya karya pertama penulis yg ika baca. Nak cari yg lain. Overall utk Samurai ni, ika suka.
Profile Image for Iman Nadia.
53 reviews5 followers
July 27, 2022
Cerita ni kelakar. Karya ketiga daripada Dekna Lee yang aku baca dan penulisannya berunsur komedi yang kadang-kadang tak kering gusi. Suka melihat pasangan Melur dan Aizat walaupun bergaduh-gaduh. Nasib kahwin juga hehe. Aizat budak lepasan juvana yang orang selalu pandang serong walhal bukan kesalahannya dimasukkan ke juvana. Dia seorang lelaki yang tabah dengan takdir hidupnya tetapi rapuh bila melibatkan orang tersayang. Melur pula anak bongsu yang memang mengada-ngada. Sangat. Nasiblah Aizat ni pandai melayan lepas kahwin. Sebelum kahwin tu macam anjing dengan kucing betul.
Profile Image for mummy bulut.
8 reviews5 followers
May 21, 2015
Habisnya pembacaan samurai
maka habis la kisah
aizat dan melur
macam sayang la pulak kn hihi

kau aku itu bhs biasa bagi aizat pada melur.. tapi pada melur aizat ni kasar
dia nk percaya aizat sayang dekat dia pn
ssh nak percaya ye la dah setiap kali
bertemu setiap kali masing2 bersuara
mmg gaduh aje kejenya..

Kata aizat nnt kau jgn mati terkejut dengan bahasa baru aku.. hahaha

Ku yg terkejut ok..
bila aizat mula panggil melur sayang
hihihi meremang bulu roma si melur
yg paling kelakar nk berlakon xjd
kakaka ok serius melur ni mmg watak dia sengal...

Serius aizat mmg sayang sgt2 dgn melur
Lagi2 lps kes melur dekat rmh masa sorg2
hancur luluh hati aizat samp berhenti kerja la sbb fobia..

akhirnya tahu juga aizat keje apa cmne kehidupan dia selama ni.. so apa me speku sume xtepat.. dlm samurai tak ada kisah ank org kaya honeymun golek2 rumah gedabak2 ooo mmg xde.. kisah aizat n melur sgt sederhana kelainan yg saya suka..

baca samurai pasti akan gelak n tersenggih.. lg2 sikap melur yg lurus bendul n byk tanya lepas kawin.. yg xmenahan si aizat boleh p tanya tips dekat kawan dia si hardtofind hehehehe sengal btl belum lg nota2 dlm hp si aizat adoii la gitu rupanya hati sibeku ni mmg taman bunga sungguh la kalah melur..

Lagu tema
KITA MEMANG DIJODOHKAN BERSAMA..SEHATI SERTA SEJIWA..

Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
August 20, 2015
Book #78 - 2015

masih mengekalkan cinta komedi. very entertaining. saya rasa watak melur hidup dalam cerita ni. saya memang tak kering gusi. mulanya i thought cerita ni serious. mungkin sebab tajuknya. Aizat yang misteri, mulut longkang di awal cerita kemudian jadi romantic, mulut manus bergula.

but... setelah sesuatu terjadi kepada melur, saya dah tak berapa jadi interested. pengakhiran yang sangat familiar. but overall it's a good read. bagi readers yang sukakan romantic comedy lah ☺️
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,542 reviews41 followers
August 12, 2019
Cerita cinta ni, kelakar yang amat. Melur Dan Aizat, Sama-Sama kerek, Sama-Sama mulut laser, Sama-Sama manja, Sama sepadan. Dialog antara mereka, Dan antara Melor / Aizat dengan watak sekeliling, banyak kali menyebabkan saya ketawa sampai nak nangis. Serious kelakar giler. Melalui cerita ni pertama kali saya tahu tentang band yang nyanyi lagu Radio/Video System of a down.... Saya Google dan dengar / tengok YouTube depa, hailaaa tak boleh Terima. Tapi sebelum ni langsung tak pernah dengar pasal band tu. Keseluruhannya, cerita cinta santai laa. Ada part tragik tapi tak cukup untuk buat saya sedih... Ada bengang juga dengan Melor yang terlebih rajuk, tapi Iya lah, she's just a kid. Kiranya, samurai tu ialah Aizat kepada Melor berdasarkan her very first impression (mostly sebsb rambut Ijat bertocang & badan keding) masa first time jumpa di Kedai runcit Pak Teh. Saya ingat kan S. A. M. U. R. A. I. stands for something.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews13 followers
June 1, 2016
Rating: 3.5

Jalan cerita lain dari yang lain..
Tak de watak Hero berjawatan CEO
Tak de watak Heroin yang tertindas..
Good job utk penulis.. sebab boleh buat jalan cerita lain dari yang lain..
Macam realiti kehidupan..

Yang ada watak Heroin yang brutal, sempoi, kelakar, relaks, emo, cemburu + manje.. tak derr manje tak jalan la jalan cerita kan???
Watak Hero bila baca tak de fikir dia seorang kacak tapi seorang yg sedap di pandang + menyenangkan hati.. ala2 samurai boleh laaa...

Cuma sedikit kelemahan...

Page 160: penulis tulis watak tidak tahu menggunakan IG sebab tak de h/p yang canggih

Page 141-142: Penulis tulis watak seibuk membelek akaun IG pada komputer..

So kena semak betul-betul jika watak yang nak di sampaikan mestilah logik kisah yerrr..

Good Job tuk penulis.. semoga banyakkan membuat penyelidikan setiap watak supaya jalan cerita akan bertambah awesome.. ok
Profile Image for Sha Mohamed.
2,518 reviews1 follower
January 29, 2018
Kisah cinta yang kelakar.. Seorang samurai keding dengan minah manja yang cengeng.. Memang lain dari kebiasaan.. Hero yang keluar sekolah juvana, lepas tu sanggup berhenti kerja demi berada dekat dan memikat heroin.. Heroin pula gadis kampung yang manja, tak berkerja dan sangat brutal.. Babak-babak sweet dengan cara yang brutal, sedikit konflik dan pengakhiran yang ohsem..
#samurai #deknalee #lovenovel #novelmelayu #novelcinta #lovenovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for WaNie Jud.
77 reviews3 followers
May 1, 2016
ohhh im so in love with this book xcukup 5 bintang!! sy bg 10 terus!!! tq kak #deknalee sooooooo sweet si aizat ni walaupun cara sweet dia kasar nak mampos! hahahahaha..like my hubby! xreti nak expresikan sweet dia tu dkt kita..mls nak ulas pjg2 baca la sndri xrugi membelinya...

xde kisah org kaya jawatan ceo naik ferarri bagai..cukup la naik basikal lama yg cabuk nak bwk gadis kesygn kemana dia nak pegi...so cute!! lagi2 bab alasan nak teman melur beli brg...hahaha..test baju lg laaa...haishhh..aizat..aizat...comel!!!
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
Read
August 18, 2015
Masa mula2 bca tu okaylah boleh naikkan aura then gelak jugalah masa part2 lucu especially masa
Asalehei ah lehei leha patah leher, lagu ni bgi yg dah ada msa zaman tu mmg tahulah, sepa x ingat lagu femes ni

Bila makin ke dalm aik ? Knp mcm boring jak ni..
Part bikin panas masa melur salahkan samurai psal kejadian tu.. Alahai mata otak kau budak kecik

Overall, for me cita ni x dah lah best sgt. Dan kurang dri segi ilmu agama. X seimbng..
2 reviews
April 29, 2015
Best sangatt !!
rasa macam xnak habiskan baca..sebab sayang laaaaa..hahahah.. aizat tu sweet bangett.. jasmine lak cutee.. hahah.. dapat bygkn betapa hensemnye dak aizat tu.hiksss xD
btw, all the best sis ! I like ur novels ! heheee...
*benfriella*
Profile Image for Daten Aida.
21 reviews1 follower
June 24, 2015
lain dr yg lain..seriously walau takde hero kaya raya tp sgt teruja nak baca sampai habiss....syabass dekna lee...menghiburkan
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
June 1, 2015
Kelakar sangat.
But ending story ni klise.Heroin pregnant... grrr...
Anyway, love this story...
16 reviews3 followers
November 5, 2015
hehehe...penulisan dekna lee memg sweet kelakar gitu..enjoy this novel!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,310 reviews67 followers
November 29, 2022
[eBOOK 226]

Samurai by Dekna Lee.
.

"Kamu berdua ni asyik bergaduh saja. Tak penat ke? Tak nak ke cuba berbaik? Berbual macam adik dengan abang?"
.
"Saya tak boleh, mak de. Dia bukan adik saya. Dan dia takkan pernah jadi adik saya. Mak de pun tahu kenapa."
.
"Kereknya dia. Tak nak Melur jadi adik dia konon. Macamlah Melur ada isi borang nak jadikan dia abang Melur. Perasan teruk dia tu."
.

Okay, cerita ni kelakar dan menghiburkan ya. Kalau suka light reading, rasa nak gelak tengok si Melur dan Aizat bergaduh je kerjanya, bolehlah baca.
.

Ni buku pertama penulis yang aku baca. Dah lama nak baca karyanya sebab rata-rata di Goodreads, ratingnya tinggi. Tapi baru sekarang la tergerak hati nak baca.
.

Aizat ni dulu, pernah masuk sekolah juvana atas kesalahan yang dia tidak lakukan. Lepas tu, maknya pulak meninggal. Bila dia dah keluar juvana, dah kerja kat KL bagai, akhirnya dia pulang ke rumah maknya yang sekarang didiami oleh mak saudaranya.
.

Masa mula-mula sampai kampung lagi, Melur dan Aizat dah bergaduh. Sebabnya, Aizat ni nampak gengster sangat dengan rambut panjang bak samurai. Lepas tu, kurus keding, pakai seluar koyak. Eh rupanya, Aizat nak pergi rumah Melur. Rupanya mereka sepupu.
.

Hurm, mulalah Melur rasa sakit hati bila family nya lebihkan Aizat sedangkan Aizat ni mulut sangat celupar dengan Melur.
.

Dan kat kampung tu, ada la dua orang manusia yang suka membawang, duk memfitnah Melur dan Aizat ni bermaksiat. Dorang semua buat tak tahu je.
.

Sampailah Aizat melamar Melur. Dalam pada ragu-ragu tak percaya, akhirnya dorang kahwin. Lepas kahwin, haih, Aizat mulalah tunjukkan sisinya yang manja. Allahu, jenuh la nak melayan.
.

Tapi ada la konflik yang membuatkan mereka terpisah. Melur marah, Aizat pujuk, Aizat menjauh, Melur pujuk semula.
.

Suka cerita ni sebab latar masyarakat orang kampung. Golongan marhaen je. Dan sebab cerita ni buatkan aku gelak macam orang gila. Banyak la part sengal. Contohnya masa Aizat nak buatkan instagram untuk Melur. Username Aizat ialah Jasmine_izzat. So, banyak lah Aizat cadangkan untuk Melur. Last sekali, Melur buat melurai sebab gabungan melur dan samurai. hahahaha..buruk gila.
.

So, kalau nak bacaan santai, bolehlah baca.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
October 16, 2018
Bacaan santai utk merehatkan minda.
Pinjaman dari:
Perpustakaan Komuniti Setiawangsa Jusco AU2 - Perpustakaan Negara Malaysia

Dialog/nukilan yang menarik...

Cerita berpijak ke bumi....
Satu kisah yang jarang penulis karyakan.....
kisah kehidupan masyarakat biasa....
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
December 23, 2015
Easy read! Sweet!
Aizat a.k.a Samurai bermulut lazer. Melur selalu menangis kerana mulutnya. Tetapi dia telah menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan si Samurai. Lama-kelamaan hatinya mula cair dengan Samurai. Bila sudah bernikah, Samurai bertukar menjadi sangat romantis. Hatinya lebur dengan kelembutan dan kasih-sayang si Samurai. Rupa-rupanya Aizat telah lama mencintai Melur. Tetapi musuh masa lalu Aizat mahu menyakitinya. Jali tidak puas hati Aizat bahagia. Melur jadi mangsa. Melur keguguran. Aizat dipersalahkan oleh Melur. Dia kembali ke KL. Bila berjauhan, barulah Melur sedar akan kesalahan diri sendiri. Melur ke KL ingin meminta maaf dan memujuk Aizat. Akhirnya mereka mulakan hidup baru di KL. Tiga tahun kemudian, Aizat telah berjaya sebagai seorang peniaga dan usahawan. Melur tolong jagakan kedai muzik milik Aizat. Akhirnya Melur mengandung sekali lagi. Mereka bahagia bersama.
Profile Image for Miss Echa.
574 reviews13 followers
February 8, 2017
Perangai Aizat ni kan sebiji macam Jebat...
Cerita yang lain daripada yang lain.... Hero kurus keding.. biarpun tetap handsome.. Tapi Aizat jauh sangat dari kata sempurna...
Melur pulak luruuuuss bendul betol...
Overall saya suka... lucu.. geram... sweet... sedeh.. semua saya dapat dalam satu buku... thanks for the very good book, writer
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 23, 2022
Samurai tu sbb rambut laki tu panjang pastu diikat mcm samurai..cerita pasal lelaki yg oernah kne fitnah balik ke kg..and keje asyik nak gaduh je dgn si melur ni… suke karakter hero yg sbnrnye sweet orgnye..and 1 thing aku suka katakter laki dlm dekna lee ni..lelaki biasa2 je..bukan typikal cerita anak dato..tengku bagai…tp lelaki jenis yg kuat keje..blh la tangung keluarga..ade similar sikit dgn hero dlm my boy..i enjoy reading…😘
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
February 3, 2017
as salam...
alamak hai..lupa pulak bila saya layan novel ni...hehhehee... best sangat novel ni tau... storyline lari drpd klise kehidupan kotaraya...jauh lari drpd kisah anak org kaya... watak utama just pekerja kilang! yes kerja kilang beb! unikkan? i love this story so much!! hahahaha.... hey...recomended baca tau... peace...
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.