Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Tua di Kedai Sup

Rate this book
Naskhah ini adalah naskhah perlawanan. Naskhah ini adalah naskhah perjuangan. Petak berjuang untuk melawan kebodohan melalui kisah-kisah kosong - untuk diisi sendiri oleh para pembaca.

Dan siapa kata dunia anak muda adalah dunia ringkas yang bosan? Tidak memerlukan tenaga dan semangat untuk terus hidup? Petak merakamkan perlawanannya melawan sistem dan institusi menerusi sastera. Anak muda ini; mungkin mati dibaham status-quo kemudiannya. Tetapi apalah anak muda tanpa semangat dan harapan? Petak menunjukkan kepada kita semua semangat itu menyala - dinyalakan harapan anak muda.

Bak kata Proudhan, sarjana kelahiran Besancon, "All men in their hearts, I say, bear witness to these truths, they need only to be made to understand it,".

180 pages, Paperback

First published December 1, 2014

3 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Petak Daud

15 books38 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (14%)
4 stars
20 (35%)
3 stars
23 (40%)
2 stars
2 (3%)
1 star
4 (7%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
August 28, 2016
Saya cuba memahami setiap cerita yang mahu disampaikan. Oleh kerana menjadi kebiasaan saya membaca prakata terlebih dahulu, saya terpandu dengan kata-kata awal buku itu apabila membaca.

Buku ini, disimpulkan sebagai naskah perlawanan.

Ya, cerita-ceritanya banyak berbeza dari kebiasaan. Sekurang-kurangnya, kebiasaan saya. Cerita kehidupan yang wujud di sekeliling, yang saya tidak sedar kewujudannya atau saya sebenarnya cuba menafikan kehidupan seperti itu memang ada.

Bahasa Petak sangat cantik. Saya suka.

Cuma ada cerita, saya tidak faham apa yang mahu disampaikan.

Sekali lagi, itu kelemahan saya.
Profile Image for Amirul Zumairi.
4 reviews
April 16, 2015
Nak katakan apa? Nak dibandingkan dengan petak, dengan aku, jauh bezanya.

Suka. Kebanyakan gayanya hampir gaya A.Samad Said. Bukan semuanya, tapi mungkin terkesan dengan karya A.Samad Said.

Mencabar. Kerana petak tidak meletakkan watak itu dengan personaliti yang kuat. Menandakan kepada kita, bahawa berfikir itu untuk manusia yang rajin. Bukan milik watak yang kuat seperti Menteri, Doktor Falsafah dan Pelajar Dekan.

Ringkas, tetapi kalau kau tanyakan kritikan. Seharusnya tema petak lebih jelas. Memang ianya karya yang melawan. tapi, aku masih tidak tahu apa yang dilawan. Mungkin juga kerana aku pembaca yang lemah.

Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
April 23, 2017
Pertama kali terpikat dengan buku tulisan Petak Daud ini kerana bahasanya menarik, santai dan terasa lancar sahaja bila membacanya.

Ceritanya pelbagai, dan kebanyakannya mengundang simpati. Ganti nama saya yang digunakan pembaca merasa seperti semua kisah adalah benar berlaku.

Panjang ceritanya juga pelbagai, ada yang pendek (hanya dua muka surat) dan ada pula yang panjang. Ada yang tergantung. Namun semuanya menarik untuk dibaca.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 31, 2016
sesuatu yang wajar diberi perhatian, disampaikan secara bersahaja (mungkin).

ada yang begitu mendalam, sehingga sukar untuk menangkap maksud terselindung.

namun, sepanjang pembacaan tertarik untuk menelusuri bait-bait ayat penulis yang disusun kemas dan teratur.
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
October 24, 2017
Ini merupakan karya kedua dari Petak Daud yang saya baca (yang pertama Menuju Nafas Terakhir yang hilang entah ke mana, ada yang meminjam tidak pulang-pulang barangkali). Dan gaya bahasa naskah ini seperti yang pertama itu, sangat bersahaja namun sedap untuk dibaca; punyai gaya seperti tulisan pak samad, seperti membaca Langit Petang.

Tema besar bagi cerpen-cerpen di dalam naskah ini adalah perlawanan. Tetapi intinya bukan seperti kisah perlawanan yang biasa didengari; politik, ekonomi, penjajahan, dsb. Ianya tentang perlawanan rasa kosong, perlawanan emosi dalam kehidupan. Setiap kali mengakhiri satu-satu cerpen, pasti dahi saya akan terkadang berkerut, terkadang mengangguk-anggukkan kepala dan tersenyum; cuba menyingkapi buah fikiran yang hendak disampaikan oleh Petak Daud.

Banyak pengajaran kehidupan yang ingin disampaikan. Misalnya cerpen 'Abang' mempersoalkan tentang kebencian dan membalas dendam tidak akan mengubah apa-apa, yang akhirnya membuatkan diri diselubungi perasaan bersalah dan membuatkan orang lain terluka. Cerpen 'Akhir', 'Perempuan tua di kedai sup' dan 'Posteur tubuh' pula punyai mesej yang serupa; hakikat bahawa seseorang manusia itu jangan hanya dinilai dari aspek luarannya (penampilan, kesalahan, kata-kata). Dan beberapa cerpen di dalam naskah ini seperti 'Kemboja', 'Mencari siang', 'Sebuah putaran masa' dan 'Selepas sepuluh tahun' adalah bersifat kenangan tentang kehidupan, tentang manusia, persahabatan, keluarga, yang membuatkan air mata saya jatuh beberapa titis tatkala membacanya.

Naskah ini bagi saya adalah naskah perenungan. Perenungan tentang kehidupan.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
October 7, 2015
Saya memang suka Petak Daud. Kerana dia tegar menggunakan 'saya' dari dulu lagi. Ketara tenangnya.

Ada banyak cerpen dlm buku ini tapi hanya ada satu perkara yg saya buat semasa membaca buku ini ialah memikirkan watak 'saya' itu lelaki atau perempuan. Saya tak mahu tahu perkara lain. Saya cuma mahu tahu 'saya' itu lelaki atau perempuan. Tak peduli dgn awal dan akhir cerita..Ketara saya pula yg tak tenang.

Saya disambut baik dgn cerpen Abang yg saya tahu 'saya' itu lelaki. Saya suka Bising yg saya tahu 'saya' itu perempuan. Sampai lah saya tiba ke klimaksnya, Perempuan Tua Di Kedai Sup. Hingga ke cerpen terakhir, semuanya tentang kekecewaan tapi masih tenang.

Ya, saya mencipta 'saya' sendiri sepanjang pembacaan. Sampai saya rasa saya perlu berhenti sebab semuanya nampak seperti 'saya' ada di sekitar saya. Tapi seperti buku Petak yg lain lain, saya suka hidup di dalam 'saya'.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
January 9, 2022
November 2021: Perempuan Tua di Kedai Sup

Jika kisah-kisah dalam buku ini menggambarkan cara hidup masyarakat kita, ianya merisaukan. Ada saja disebut rokok, bunuh diri, arak.

Mungkin kisah-kisah ini pernah berlaku, biasa berlaku dalam masyarakat. Cuma satu daerah yang saya tak pernah lalui.

Sepanjang tempoh membaca buku ini, saya terjumpa 1 hantaran di sosmed, "Jika kita tidak faham sesuatu isu, jangan cakap perkara tu tak logik"
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
January 1, 2016
Tergantung, sedih, suram, berulang2 tak muak, bahasa cantik.

Petak Daud gunakan kata ganti nama pertama - saya, saya, saya.

Saya tu dekat dengan hati, tahu?

Bila dekat dengan hati, mana mungkin bukan 5 bintang. Mana mungkin.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
September 12, 2020
PEREMPUAN TUA DI KEDAI SUP adalah salah satu ceritera diantara kisah-kisah lain di dalam buku ini. Seorang tua warganegara Indonesia beehijrah ke Malaysia untuk mencari sinar baru dalam hidup setelah diceraikan suaminya kerana fitnah yang dilemparkan . Sewaktu mudanya dia seorang gadis yang digilai ramai jejaka dan menjaga segala tatatertib kesopanan dirinya sehinggalah suatu hari orang tuanya menjodohkan dia dengan seorang yang kononnya sangat berwibawa. Beberapa bulan perkahwinan semuanya indah belaka sehinggalah dia disahkan hamil dan suaminya tidak bersedia lagi utk mempunyai anak bahkan menyuruhnya menggugurkan kandungan tersebut. Dia berat hati utk menggugurkan walaupun dipaksa sehinggalah suaminya itu menabur fitnah yang dia kandungkan anak lelaki lain untuk bercerai. Rezeki tidak berpihak padanya kerana kandungan yg dikandungnya gugur kerana lemah rahim . Akhirnya dia membawa diri ke perantauan dan bekerja di kedai sup. Apa yang jelas sehingga sekarang, dia masih mencintai suaminya .

Ini adalah kali pertama sy membaca penulisan Petak Daud. Ceritera pertama sehingga penghabisan buku ini membuatkan kita merasa hiba dan termenung sejenak. Ya, benar ia hanyalah sekadar cerita kosong yang mungkin berlaku disekeliling kita atau juga tidak mungkin. Tetapi ianya tidak mustahil kerana manusia rambut sama hitam, hati lain-lain . Ada pula ceritanya seolah-olah tergantung dan menyebabkan pembaca rasa tertanya-tanya. Ada pula kisah yg sukar difahami apa yang ingin disampaikan beliau. Apapun, Petak berjaya membuka ruang minda pembaca terhadap sesuatu perkara samaada ianya hanyalah sekadar imaginasi atau realiti.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
April 11, 2019
Bilik yang gelap, hanya akan terang apabila diselak langsirnya. Seperti dunia, kita bermain-main antara hidup dan mati. Ada yang menjadi sopan dengan kematian, tetapi tidak menghormati makna kehidupan. Ada yang hidup dengan kurang ajar, tetapi berusaha untuk menikmati kematian.

Antara hidup dan mati itu, banyak sekali pilihan dan kemungkinan-kemungkinan yang mendatang. Kadangkala akan muncul perkara yang aneh, menakjubkan dan secara mengejut. Tiap dari kita berbeza penerimaannya. Hiduplah dengan terhormat dan matilah dengan mulia.

Kisah-kisah Petak juga tidak lari dari berlegar soal kehidupan dan kematian. Hal yang paling mudah untuk manusia bualkan dan fahami. Oleh itu, Petak pun bualkannya dalam naskah ini. Dengan indah dan sangat indah. Ke-puisi-an cerita-cerita melalui sentuhan Petak saya sukai.
Perjalanan kisah-kisah nya perlahan, tapi kerap bermain dan menggabung jalin dengan kata-kata.

Tapi, naskah ini lebih kepada hari-hari dan waktu perlawanan-perlawanan Petak menghadapi masa. Masa muda. Masa muda yang terbakar, jangan mimpi untuk mampu dipadam. Petak mengajak kita untuk duduk dan terbakar bersamanya. Kadangkala, bara api yang paling marak itu sebenarnya mampu menyejukkan. Siapa tahu, kan?
Profile Image for Nur Hafizzah.
34 reviews
July 4, 2017
Layan buku ni, saya jadi teringat buku Rembulan Tenggelam di wajahmu-Tere Liye,buku yang mengajar saya menerima dan melawan. Antara yang menyebabkan mata saya terus melekat di sini kerana penulis membahasakan watak dengan 'saya', sangat comel. Sudah jarang penulis menggunakan saya berbanding aku sekarang.

Apakah percintaan ini terlalu kecil bidangnya sehingga tergalak di dalam persekitaran seorang lelaki dan perempuan sahaja?

Masyarakat juga cinta. Mengajak masyarakat untuk menjadi lebih maju juga adalah cinta. Mengenalpasti masalah seharian masyarakat dan menyedarkan mereka dalam bentuk tulisan juga adalah cinta. Menggegarkan semangat mereka untuk melawan kejahatan juga adalah cinta. Malah, memandang setiap gelandangan dengan senyuman yang terikhlaskan, juga cinta m/s 148.
Profile Image for Nur Huda.
66 reviews5 followers
December 5, 2018
Ini buku bukan-puisi Petak Daud yang pertama saya baca. Sedap. Menurut pengantar, buku ini adalah buku perlawanan, perjuangan. Menyorot cerpen-cerpen pendek di dalam buku ini, saya memahami bahawa perlawanan Petak Daud bukanlah pertentangan, perjuangannya bukanlah peperangan. Perlawanan dan perjuangan ini lebih besar dari semua peperangan di dunia. Ini perlawanan terhadap kejahilan di dalam diri, perjuangan kepada nasib orang kecil yang tidak ternampakkan di mata-mata yang melihat.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
February 15, 2021
Kumpulan cerpen yang sederhana. Ade yang sedap dan ada yang kureng. Tapi apa yang saya perasan adalah Petak Daud seorang yang kuat melawan melalui cerpen cerpennya. Apa yang berlaku di dalam cerpennya kadang adalah isu yang kita tegakkan dalam kehidupan biasa, tapi sebaliknya pula yang ditegakkan oleh Petak Daud. Saya rasa kebenaran itu bersikap subjektif berdasarkan di bahagian mana kita berpihak. Apa pun. Seronok.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
August 23, 2018
Gaya penulisan penulis memberikan satu perasaan yang berbelah bahagi. Satu masa, aku tenggelam dalam lembutnya bicara. Dalam masa yang lain, aku keliru tentang apa yang hendak diperkata. Keseluruhannya, aku boleh katakan bahawa penulis ada keunikan tersendiri
Profile Image for suhey.
17 reviews1 follower
April 10, 2019
ada yang senang faham, ada yg susah faham. papepun, its good.
Profile Image for Hamizah Hasnan.
23 reviews
November 4, 2015
Buku Petak kedua. Dah habis baca aku nak bebai cerita dia berkait-kait ka? argggghhh!!! tapi ada bab yang rasa OMG!! so me. Haha rindu zaman muda-muda dulu

Antara buku yang bagi aku jalan cerita yang daebak!! Sebab? Otak hang akan start berfungsi dan tertanya-tanya. Arghh walaupun aku macam "ehh ni bukan ada kaitan dengan cerita kat depan ka?" haha aku dah kena dengan Petak Daud "Pengakhiran cerita tak semestinya diakhir buku" - Petak Daud
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
July 9, 2015
Sememangnya aku menggemari setiap karya Petak, sejak dari Santun dan lain-lain. Bahasa yang cukup indah dan puitis bisa mengikat aku untuk terus membaca dari satu muka ke satu muka.
Profile Image for Nazri Awang.
77 reviews8 followers
September 6, 2015
Bahasa yang indah, namun kisah-kisahnya terlalu singkat, dan tiada perkembangan cerita yang memuaskan.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.