"Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingati, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti."
Satu perkataan saja nak describe penulis: GILA. haha. Gila sebab boleh ingat banyak benda dengan details yang cukup lengkap. Tapi tentunya dia dah buat banyak research sebelum tulis. Jadi 5 bintang yang diberikan di sini adalah sebab ketepatan fakta dan memori si penulis.
Bayangkan semua kenangan masa kecil dihimpunkan dalam sebuah buku yang lengkap, tebal. Macam kitab. Mungkinlah bagi setengah orang ia agak membosankan sebab tak ada naratif - ia macam kamus/ensiklopedia. Tapi dah buku ni namanya kitab maka memang patutlah dia agak 'mendatar'. Nak cerita, belilah novel-novel.
Bila baca, memang ada satu-dua benda yang tak pernah dengar langsung (mungkin aku di Perlis tak pernah main beberapa benda yang disebutkan, begitu juga di tempat lain). Banyak yang aku dah biasa dengar. Banyak juga yang bila baca aku macam "Haaa weh lama tak dengar benda ni, sekarang baru aku ingat benda ni pernah wujud dalam hidup aku)
Bila abang aku (lahir 1977) selak buku ni, dia kata penulis ada miss satu permainan. Aku lupa apa permainan tu sebab aku pun tak tau haha.
Penulis makan apa masa kecil kita pun tak tahu sampai boleh ingat banyak sangat nostalgia semasa kecil. Sebab dalam kebanyakan contoh, dicontohkan makanan tak sihat (jajan) sahaja. huhu.
Penulisan yang sangat baik kerana mampu membawa pembaca bernostalgia semula akan kenangan masa kecil.
Justeru membawa kita merenung (mengenai permainan zaman kecil) , permainan permainan ini lah yang telah membentuk sifat Kepimpinan, kerjasama, membuka ruang berkreasi seluasnya tanpa campur tangan dan pemaksaan dari ibu bapa dan juga pengajar. Ia berlaku dengan begitu bersahaja dan sukarela.
Masihkah anak anak kita akan dapat merasai pengalaman bermain permainan permainan seperti ini. Kita lihat anak anak sekarang ini mungkin lebih pintar, tetapi tidak punya pendirian, tidak punya daya Kepimpinan, tidak pandai bersosial dan berkawan. Entah lah.
da macam baca eksiklopedia lak aku rasa buku ni... hahha
buku ni ada pelbagai benda/permainan/suasana etc pasal zaman 90an yang kalerful berbanding zaman tekno (kononnya) sekarang ni. bila baca, confirm tersengih2 mengenankan zaman kanak2 dulu yang pelbagai kerenah dan penuh inovatif ala2 tahap pemikiran aras tertinggi (KBAT) gittew.. kadang2 tak expect pun mende camtu pun bole wat hati senang.. maklumla, budak2..
pada aku, buku ini ada nostalgia tersendiri, ada kenangan yang jauh untuk dikenang.
tak rugi beli, untuk disimpan. mana tau nanti anak2 cucu2 korang leh baca and terkagum bila korang cite yang korung pernah main tu sume kan...
4 bintang sebab berjaya bawa aku naik mesin cahaya masa balik ke 20 tahun sebelumnya. Gaya humor penulisan juga membuat bacaan santai ini lebih terasa kesantaiannya. Pun dalam kesantaian gaya dan bahasa yang dibawa tetaplah imej-imej suatu zaman yang terasa lebih lapang, bebas dan penuh kekreatifan tempatan. Waktu zaman belum lagi menjadi sepenuhnya global. Waktu zaman masih menawarkan warna dan nilai setempat yang dibangunkan dari semangat anak-anak menikmati ruang waktunya tanpa terlalu terikat dengan perkakasan teknologi langit terbuka yang membawa sebanyak-banyaknya produk-produk budaya dari luar baik dari timur mahupun barat.
Terima kasih atas penulisan dan penerbitan buku ini. Sekurang-kurannya kita anak-anak era 90-an tahu bahawa kita tidak bersendiri sewaktu mencantum imej-imej kenangan zaman yang telah berlalu itu.
Buku ni sebenarnya kurang ngam dengan pengalaman aku masa kanak-kanak sebabnya: 1) Aku ni perempuan, jadi tak banyak permainan lasak macam perang2 dsb aku join. Penulis tak bagitahu pasal permainan pondok-pondok, kahwin-kahwin, masak-masak and even main doktor-doktor dan jadi cikgu. Jadi aku rasa agak tak adil benda tu tak dimasukkan 2) Sebab aku lahir tahun '92. Jadi kebanyakan benda yang penulis tulis tu aku tak sempat nak nikmati, sebab aku terlalu kecil masa tu untuk join 3) Tak ada mention pasal pokemon dan digimon. Benda tu hot gila kot start dari '98 dan seterusnya. 4) Kenapa tak mention pasal kad raya, kutip duit raya dari rumah ke rumah, biskut raya yang selalu orang hidangkan time tu, tu kan sebahagian dari pengalaman zaman kanak-kanak juga?
Tapi kudos lah juga kepada penulis sebab berjaya buat aku tersengih sorang-sorang sambil baca mengenangkan zaman kanak-kanak yang best gila babi. Dan memang betul pun selalunya kalau mainan atau jajan mahal yang dijual kat luar sekolah tu memang anak cikgu jugaklah yang mampu. Makan dekat kantin pun asing-asing kot, selalu diaorang join emak-emaknya di tempat makan cikgu.
P/s: Dalam terjemahan tu ada banyak cara untuk menterjemahkan sesuatu frasa dengan kreatif. Dalam hal Dragon Ball ni, terjemahan Mutiara Naga tu terjemahan yang kreatif and it is a commendable practice to be done for creative translation. Takkan nak terjemah jadi bola naga pulak? Boleh mengelirukan fikiran tu
#Challenge 19 completed: A Book From Your Childhood (kebanyakan buku zaman kanak-kanak aku pasal aesop fables, cerita-cerita moral, jadi aku ganti sajalah dengan buku ni)
Ini buku kedua Amirul Bozu yang aku baca. Membuat perbandingan ringan, aku lebih sukakan Kechai. Kechai lebih santai. Dan menyeronokkan.
Tetapi tidak bermakna Tora Datang Lagi (TDL) mengecewakan. Seperti Kechai, buku ini juga banyak mengimbas kenangan lalu. Lebih banyak, dan lebih tebal. Dan, aku boleh katakan hampir 95% isi cerita Amirul ini, aku sendiri pernah alami.
Tersengih-sengih juga.
Cuma aku ini mungkin lebih awal dari Amirul, ada juga perkara yang masih aku ingat dan juga agak biasa pada zaman aku, tidak ada dalam buku TDL ini.
Itu tidak menjadi hal.
Aku bercadang, buku ini akan aku balut. Untuk bertahan lebih lama. Kalau panjang umur, 20 tahun lagi aku mahu ulang baca buku ini.
Bersama cucu. :)
*Amirul, chapter "Muzik" itu, aku hairan nama Ramlah Ram, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza langsung tak tersenarai. Ngetop tu!
Note: This review will be in English because it is 3am at the time of writing and I'm too tired to put much effort into writing a review in any other languages.
I read this book so fast, you would not believe. The book is very informative and really brought me down the memory lane. I enjoyed the visual within the book and making notes about my own experiences. That being said, I could not rate it a full 5 stars. What I disliked about the book is the author's judgemental tone in his writing. I would like to think he was trying to be funny but the joke fell flat.
Pada awalnya teruja juga nak baca sampai habis. tapi bila dah ke dalam sikit rasa agak bosan sbb dah mcm baca artikel di internet. kalau penulis boleh olah atau garap ke bentuk yg lebih menarik, sama ada novel atau cerpen, juga certot, rasanya okay skit kot. tp maybe nak sesuaikan tema-kitab utk bebudak 90an....
Buku ni dah lama nak. Buku yang aku nak simpan sangat. Teruntuk aku yang lahir di era 90-an rasa wajib sebagai koleksi. Modal 'berlagak' untuk generasi sekarang.😆 Walau kitab ini tertulis 90-an tapi anak era 80' , 90' dan awal 2000 pun boleh bernostalgia sekali. Aku sendiri pun lahir pertengahan 90' jadi ada yang aku tak sempat ada yang sempat. Kebanyakan memang sempat apa yang terkandung dalam ini. 🌼🌼 Seumpama naik mesin masa itulah saat helaian dibuka. Penulisannya memang mendatar kalau sangka ianya seperti gaya novel tidak ya.Ini seolah baca kamus/ensiklopedia. Penulisan padat dengan info bentuk point. Jarang tak tersengih-sengih dan terkekeh sendiri bila satu demi satu kotak memori terbuka hijabnya😄 Terima kasih @amirulbozu atas ingatannya serta mungkin research dibuat demi hasilkan TDL. 🌼🌼 Namun ada rasa tak cukup rencah mungkin banyak permainan lasak dinyatakan tak pernah main, aku blur tak tahu apa. Ada juga apa zaman tu ada tak masuk dalam ni. Masih tersisa dalam benak aku: - Animasi Malaysia Kampung Boy/ Frootees/Anak-anak Sidek - Digimon/Pokemon/ Sailormoon (Anime ni hot giler waktu tu) - Tarik Upih/ Pondok-pondok - Suasana bulan Puasa dan Tukar kad raya serta suasana raya era tu. 🌼🌼 Mungkin penulis ada kekangan lain dan ini apa yang penulis alami ditempatnya dan masih ingat. Tetap saja aku monolog sendiri "eh benda ni aku suka" " aku beli ni dulu" " Lama tak dengar ayat ni" etc. Itulah lagaknya bila memori ditebuk semula😆 Sedar tak sedar tak pernah beli Tora,Ding Dang,JoJo. Faktanya waktu kanak-kanak, aku rasa tengok iklan tu tak pulak menggeletis rasa nak sebab tak tertarik dengan mainan dalam tu. Aku je ke aneh semacam😅 🌼🌼 Bila difikir apa je yang budak zaman dulu habiskan masa kanak-kanaknya inilah dia termaktub dalam TDL. Dunia tanpa gajet dipenuhi keriangan bersama teman dan saudara. Dunia yang kita terokai sendiri dengan bermain apa adanya dan tahu bersosial kerna bermain lalu hargai hidup tanpa teknologi pesat. Dunia di mata kanak-kanak yang terlihat besar untuk dinikmati walau permainan yang membosankan pun jadi menyeronokkan. Kerna ini era kita.💓
Sebenarnya yang bermakna adalah memori, kenangan dan nostalgia itu sendiri. Apa guna berjaya tanpa memori, sebab tu ada masanya untuk jadi budak nakal lagi berbaloi dari jadi budak nerd yang cuma tahu baca buku dan cemerlang peperiksaan.
Walau aku lahir abad atau dekad seterusnya hampir semua dari yang tertulis dalam buku ini aku pernah alami. Ada yang buat aku tergelak teringat apa yang pernah aku lakukan dan ada yang buat aku senyum sendiri mengingat betapa indahnya saat itu. Apatah lagi waktu itu, kawan adalah kawan dan tiada sebarang sebab lain yang buatkan kami berkawan.
Ada yang aku teringin penulis tuliskan dalam buku ini cuma mungkin dia tidak ingat atau zamannya sememangnya belum ada benda yang aku guna seperti pensil yang boleh diceraikan dan disambung membentuk apa sahaja yang kita mahu yang mana kebanyakannya sama ada kapal terbang atau kereta.
Aku terfikir bagaimana padatnya buku ini dengan hanya mengandungi nota dan sedikit penerangan tentang apa yang dilalui pada beberapa dekad sebelum ini. Dan di akhirnya aku setuju, ini adalah sebenar benar kitab pengetahuan kanak kanak 90's.
Salute kepada penulis yang dapat sediakan sebuah buku yang cukup complete tentang permainan, makanan, suasana, keseronokan yang dilalui kanak-kanak pada era 70-an, 80-an dan 90-an. Seriously, aku sendiri pun banyak dah terlupa! 😂
Dengan gaya bahasa yang simple, juga disertakan beberapa lakaran untuk penerangan lebih jelas, apa yang dapat aku katakan, penulis sememangnya telah membuat research lengkap sewaktu menyediakan buku ini dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Buku ini amat sesuai dijadikan hadiah untuk mereka yang pernah melalui era tersebut atau pun dibeli untuk rujukan seisi keluarga. Paling menarik pembaca turut boleh menggunakan buku ini untuk bercerita kepada anak-anak (zaman kini) disamping mengimbau kenangan waktu dulu. Semestinya banyak kenangan manis yang akan muncul saat membelek buku ini.
Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah buku yang cukup menarik hati dan menggamit nostalgia waktu dulu. Saya bagi 5🌟
I remember my dad getting this book as a way to reminisce about his childhood and I read it out of curiosity at a really young age. It’s funny to me to think how certain aspects of Malaysia has just never changed like how people are still selling all sorts of junk food and sate ikan on motorcycles or how things like scary rumours would then be re-adapted into different stories for the generations to come. I used to daydream of writing my own version of this book but that would require the memory of an elephant for me to recall everything. Tora Datang Lagi is more than a book to me, it’s a gateway to an era that could never be repeated again and is also the closest thing I have to a time machine to visit 90s Malaysia. All in all I love this book
Sangat best. tak rugi beli and baca. ada la satu dua benda yang aku tak pernah dengar/main/makan. tapi majoriti semua benda 100% sama macam zaman aku kecik dulu.
ibu ayah pun seronok baca and mengimbau balik kenangan2 dulu.
time ni la aku berlagak ngan adik bongsu aku yang lahir tahun 2008. "haa kau tak pernah main benda ni. kau tak pernah makan benda ni. kau tak pernah tengok citer ni..." dan dia akan buat muka menyampah sebab asyik kena kutuk je ngan kakak dia. kekeke... 😎
video2 game tu aku dah pernah cari and main balik.
semua gula2/jajan yang lama2 tu masih ada kedai yang jual lagi.
dan mungkin aku akan ajak adik bongsu aku tu main game kat buku tulis.
Kau memang kena ada satu simpanan buku ni dalam rumah kau. Nanti bila dah ada anak, ada cucu, dengan megah kau boleh tunjuk buku ni sambil berkata, "Gajet is noob!" Pasti anak cucu kau terlompong sambil mata masih menghadap pada skrin telefon masing-masing.
Bila baca kitab ni, terimbau kisah-kisah lejen aku masa jadi kanak-kanak riang. Hahaha tipu je. Aku lahir pon akhir 90-an, tak berkesempatan rasa semua yang dicatat dalam buku ni. Ada part, aku gelak besar. Mungkin sebab rasa macam kantoi pulak buat macam tu. Oh ya, tak ada scene Ramadhan dalam ni kan?
Apa-apa pon, terima kasih Bozu! Kerana kau yang genius, aku gembira!
Buku ini membawa para pembaca yang terutamnya yang lahir diera pada tahun 80' dan 90' akan meningati benda benda yang jarang atau tidak ada lagi pada masa kini. Kupasan buku ini membawa nostlagia lama berkenaan benda benda yang agak popular pada era 80' dan 90' ketika itu. Buku yang menarik dan sedap untuk dibaca.
Membaca buku ini bagaikan membaca catitan zaman kanak-kanak. Siyes aku tersengih2 sensorang macam orang gila baca catatan mamat ni. Macam mana lah dia boleh ingat semua benda ni dengan penuh details. Sambil baca tu rasa macam dia korek2 memori aku yang jauh tertanam kat dalam otak. Banyak jugak benda yang aku terlupa, tapi bila baca balik I was like, ‘oh yeahh I use to do dis shit….im ohsem!’
Antara permainan yang aku dah lupa ialah eskrem soda pepsi kola. Berdiri dalam bulatan dan lepas nyanyi lagu yang x membawa apa2 makna tu semua lompat bukak kaki. Dan orang sebelah akan cuba pijak kaki kita. Kad tepuk; susun kad tinggi2 dan tepuk meja untuk jatuhkan kad. Dan paling membawa memori sekali congkak tanah; korek lubang dalam tanah untuk buat tempat main congkak. Congkak tanah ni ada dekat rumah nenek Terengganu. Rumah kayu yang dibina tinggi, jadi congkak tanah ni ada bawah rumah. Dah tak ada rumah tu sekarang, dah bina rumah batu yang baru.
Kalau kau lahir agak2 sama zaman dengan aku, memang haruslah kau baca buku ni dik. Sesuai benar untuk kau duduk mengimbau memori lama. Sambil ingat jajan2 yang kau makan dulu, cerita kartun yang kau tengok, barang2 yang kau teringin nak beli tapi cuma kawan kau yang anak cikgu je yang mampu, lagi2 bila teringat masa bermain dulu keluar sekali dengan muka kawan2 yang kita selalu main sama2 tu.
Zaman kanak2…. Zaman yang bila kau bermain, kau main dengan bersungguh2. Bila berkawan kau berkawan dengan bersungguh2. Bila bergaduh juga kau bergaduh dengan bersungguh2. Aku kira mungkin sebab masa tu dunia kita terlalu kecil jadi semua perkara nampak bagaikan terlalu besar dalam dunia kecil kita. Mungkin juga satu2nya zaman yang kau hidup setiap hari dengan bersungguh-sungguh.
Amirul B. is a quiet and interesting chap. Like many of us who grew up in the 90s, he's likely recognised the transitional nature of the 'middle' generation - straddling between the material and the intangible generation. The following link is an interview I've conducted with him:
Tora Datang Lagi is a captivating project we often see splashed all over the Internet with its 90s nostalgia memes, and Bozu's now put it together in book form. The book serves as an encyclopedia of sorts, randomised and intended to walk you through a journey. Of course, the experienced is localised to Malaysia.
Surely at one point of the 90s, we would have sought out Dragon Ball, played gasing, put two spiders together to fight and painstakingly compiled mixtapes. Tora Datang Lagi serves the 90s generation, and while it may not be complete in its catalogue, it has a little bit or more for everyone.
Bila start baca buku ni memang akan senyum sorang2..memang kenangan terindah di waktu zaman kanak2 dulu, zaman 90an ni senang citer memang lain daripada sekarang..memang rare la..hahaha.. Buku ni memang terbuai-buai je bila baca setiap subjek yg diketengahkan..hehe.. Apa yang nak ku kata adalah memang best giler buku ni..