Bagaimana saya akan dikenang? Dengan cara saya. Inilah cara saya melawan, ditolak disisih dilarang dilengser diharamkan; porrahhh... Tulis tetap tulis!
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Menurut Faisal Tehrani (dalam pendahuluan kompilasi ini), 'underground' yang beliau maksudkan adalah merujuk kepada cerpen-cerpennya yang pernah ditolak penerbit bergengsi pada satu waktu dahulu, dengan alasan kurang sesuai untuk diterbitkan. Kerana cerpen-cerpen ini membawa tema di luar arus perdana, antara lainnya mengangkat tema politik melawan penguasa, hak kaum kecil, adegan seks yang digunakan sebagai pertanyaan pihak berkuasa dan penolakan terhadap kaum elitis.
Itu kisah 10 tahun lepas. Zaman sekarang, karya-karya 'indie' yang membawa tema sebegini muncul saban hari, malah mempunyai kumpulan pengikutnya sendiri. Namun, Faisal Tehrani tetap mempertahankan mutu di dalam sasteranya. Bahasa Melayu Tinggi diutamakan, walaupun karya-karyanya berstatus 'indie' atau underground.
Bagi saya, untuk menelaah karya FT ( terutamanya naskhah-naskah mutakhirnya yang membawa isu yang lebih berat), pembaca haruslah mempunyai serba sedikit ilmu pengetahuan serta ada kerajinan untuk berfikir mendalami apa mesej yang ingin disampaikannya. Karya sastera harus dibaca dengan hati dan fikiran yang terbuka, supaya kita dapat memahami maksud di sebalik metafora dan analogi yang digunakan. Jika kita hanya membaca secara literal umpama membaca novel cinta, maka peratusan untuk terpesong dan menolak membuta tuli itu agak tinggi. Perlukan persediaan sewajarnya sebelum memulakan langkah pertama.
Dan saya, lebih senang untuk membaca karya-karya berat Faisal Tehrani untuk menghilangkan stress berbanding novel-novel cinta ringan. Kerana, saya tidak perlu merasa sakit kepala menghitung ketidaklogikan dan kesalahan bahasa (sama ada Bahasa Melayu atau Inggeris) dalam kebanyakan (bukan semua) novel-novel bergenre popular di pasaran sekarang.
1) Saya baru mahu kenal dengan Faisal Tehrani, dan memilih buku ini sebagai pengenalan saya tidak pasti ianya betul atau tidak.
2) Buku ini berkisar hal-hal semasa (tahun 2015?), kebanyakkannya berkait politik. Tidak semua saya faham, tapi banyak juga yang saya tahu.
3) Mungkin cerpennya saya kurang jelas maksud yang mahu disampaikan, tapi yang pasti ayat-ayat yang ditulis sangat cantik. "Tidak rosak", walaupun underground.
4) Banyak perkataan baru yang saya dapat. Inilah keseronokan lain apabila membaca; menjadi kaya dengan kata-kata baru.
5) Saya sukakan "Pakcik Sudenthiram" dan "Setan Datang".
6) Mungkin saya perlu mulakan dengan buku FT pada awal-awal kemunculan beliau. Ada rekomendasi?
Saya lebih suka mainstream Faisal Tehrani, bukan underground seperti ini. Saya berhenti di terlalu banyak helaian, berhenti baca sehari dua dan sambung baca lagi dan 2 minggu utk sebuah buku cerpen adalah jangka masa yg sangat lama.
Rasa penat. Tapi saya faham maksud underground itu. Saya faham sinis itu. Entah kenapa kali ini, tulisan yg ada berbaur politik ini bukan pilihan saya. Bukan kali ini.
Semestinya himpunan cerpen alternatif dalam koleksi ini memerlukan pembaca pintar untuk membaca di celah-celah sinikal dan tempelakan yang dinyatakan. Semestinya koleksi cerpen ini bukan untuk a) pembaca malas, b) pembaca tidak peka, dan c) pembaca kurang bijak, kerana kebanyakan tulisan yang termuat agak payah untuk difahami dengan pembacaan sepintas lalu.
Apabila membaca buku ini dari kulit ke kulit,barulah tahu kenapa ia adalah cerpen 'underground'.Secara keseluruhannya,ia mengkritik masharakat dan juga menunjukkan protes senyap melawan satira politik dan sosial dengan berkarya.
Cerpen yang bertajuk hujan belum turun di Jakarta menarik hati saya sebagai anak muda dan juga Nafas terakhir Albuquerque serta Dogeng peniup saksofon.
Barangkali tidak ada nama besar yang paling saya sukai dalam sastera melayu, melainkan Faisal Tehrani. Cerita-ceritanya sentiasa segar dan menghiburkan. Dan dalam kumpulan cerpen yang satu ini, Faisal cuba memanjat keluar daripada arus perdana melayu-islam dan lebih banyak bergelut dalam dunia bawah tanah yang ternyata lebih gelap dan taboo. Faisal bercerita tentang lesbianisme, tentang Singapura menyerang Malaysia, tentang pemain muzik berdarah Portugis, dan bermacam-macam cerita aneh yang membeliakkan mata.
Dalam kumpulan cerpen ini juga terbungkus unsur-unsur erotisme yang jarang kita temui dalam buku-buku terbitan DBP; kondom, bibir mungil, peha dan kangkang. Perempuan-perempuan dengan beg mahal mereka dan baju-baju yang jarang dan nipis. Terkadang saya pun tertanya; Faisal ini pernah bekerja dalam dunia fesyen kah? Gambaran-gambarannya terhadap perempuan urban seperti seseorang yang sudah lama memakan garam.
Tentang certot-certotnya, saya kurang gemar. Lawak-lawak mengenai kerajaan 1 Malaysia itu serasa sudah basi dan berderet-deret. Tidak ampuh.
Secara peribadi, saya lebih suka Faisal Tehrani yang sebegini. Tidak perlu banyak berkhutbah dan berdidaktik sana-sini. Yang penting, penceritaan memukau dan membuka imaginasi.
Setiap penulis pasti punya style tersendiri dlm mempersembahkan pemikiran mereka. Yg menariknya tentang Faisal Tehrani ini, tema-tema erotik dan seksualiti yg menjadi taboo masyarakat melayu sering menjadi modal cerita bagi menerangkan kejadian-kejadian. Terkadang ianya punyai kekuatan yg padu dlm pembawakan cerita, terkadang ianya meleret tanpa arah. Begitu juga sebilangan certot-certotnya yg cliche dan tampak kering. Walaubagaimanapun, tentulah himpunan cerpen ini hanyalah serpihan dari keseluruhan perjalanan sastera beliau yg mengagumkan dan mendalam. Gaya penulisan beliau yg "lucah" dan bersahaja sangat menghiburkan. Mmg benar kata beliau, kalau tidak kita teliti isu-isu semasa yg beliau maksudkan, memang meloponglah kita membaca cerpen-cerpen yg berbentuk satira dan herdikan itu.
Cerpen2 di dalam buku ini ada yg deep, ada yg sempoi, ada gak yg lucu.. byk elemen2 yg diketengahkan FT, bacalah dgn hati yg terbuka dan akal yg mendalam, pasti akan fahami. Elemen underground itu ada sebenarnya..
Terkejut juga membaca betapa telitinya FT menggambarkan pakaian watak-watak tulisannya. Aku sendiri pun tak pernah tahu dan tak pernah kenal jenama-jenama atau jenis pemakaian sebegitu.
Ouwh. Kisah dalam kumpulan cerpen underground ini pelbagai; menyentuh isu seks namun tidak begitu explicit sebagaimana fixi atau lejen, politik sudah tentu dan isu-isu sosial dan falsafah. Ada juga perkaitan isu lesbianism dengan iklim politik di Malaysia. Huhu.
Cerpen yang lainnya berlatar belakangkan sejarah dahulu, kisah Melaka, kisah Firaun tapi sebenarnya berkisar tentang politik masa kini. Ada kisah yang tak masuk di akal, membuat aku menggaru kepala yang tidak gatal. Ada yang buatkan aku nak google untuk memastikan ini kisah benar atau tipu. Banyak juga senarai cerpen yang aku suka kat dalam ni.
Apa pun membacanya meninggalkan seribu macam perasaan. Apatah lagi kalau otak kau tengah mengaitkan jalan cerita tersebut dengan watak-watak politik dalam Malaysia. Haha.
Sebagaimana FT mempraktiskan radical freedom untuk menulis cerita ultra kontot dan sastera picisan yang mau jadi antithesis kepada dunia yang tidak merdeka, begitu jugalah ulasan ini.
Kekadang kelakar, kekadang hambar sekali. Jika dibandingkan dengan Perempuan Politikus Melayu..siapa yang tulis cerpen ni?
Obsesi tentang hal seks itu apakah petanda kecenderungan yang terpenjara sekian lama? Dengan bebasnya penulisan indie, hasilnya begitulah ya?
Dasar liberal.,post modernist..binawe. Keep it up encik FT.
Koleksi cerpen dan certot faisal tehrani.Menurut beliau dipanggil underground kerana mengandungi unsur-unsur sensitif dan ditolak penerbit mainstream.Faktornya mengandungi unsur sensitif seperti politik,erotif dan perkauman.
Saya secara peribadi kurang syok ketika membaca cerpen ini,saya mengambil masa hampir 3 hari untuk mengahabiskan koleksi ini.Pace membaca juga sangat lambat kerana bila tiba di pengakhiran cerita "what??" Mungkin kerana tidak dapat menghadam beberapa mesej.Hampir majoriti.Hanya beberapa cerpen sahaja saya boleh dapat tangkap mesej dan mengaitkan dengan isu.Ya,Beliau sendiri sudah mengingatkan di awal pendahuluan bahawa pembaca tidak akan dapat menangkap mesej jika tidak mengetahui isu semasa,lebih tepatnya isu kontemporari.
I respect FT for his opinions and bravery but to me, this book is horse shit. I don't want to pretend to be wise and sophisticated by pretending that i like this. I don't. You see i don't know what contemporary issues that i need to know to "feel" this work. I tried my best to feel it. I mean, i am a librarian who is aware of trends and issues in today Malaysian society. I care about shit, for real! But i still don't like this book. Maybe i am an idiot. Maybe this is just not FT's best.
Ya. Saya tahu isu yang sedang diangkat/dibincangkan. Saya juga faham pandangan penulis terhadap isu tersebut. Penyampaiannya tidak menarik. Mudah hilang fokus dan terpaksa mengulang baca.
Pada bahagian Pendahuluan, ada tercatat " ... merujuk kepada cerpen atau karya saya yang ditolak oleh penerbit bergengsi ... " Aku tak pasti, sama ada ia merujuk kepada "cerpen2" yang ada dalam kumpulan ini, atau ia merujuk kepada cerpen-cerpen dia yang lain. Sebabnya, kalau nak dikatakan cerpen-cerpen ini ialah cerpen-cerpen yang ditolak untuk disiarkan, memang patutlah ia ditolak kerana ia terlalu pendek.
Apakah buku ini ialah sebuah kumpulan cerpen? Secara peribadi, aku berpendapat buku ini bukanlah sebuah kumpulan cerpen, melainkan ia sebuah kumpulan anekdot. Kenapa aku kata begitu? Kaubacalah sendiri!
Anekdot-anekdot (cerpen?) yang terdapat dalam buku ini bersifat satira, dan sangat sinikal. Tidak susah untuk kita tahu Faisal sedang menyindir siapa, asal sahaja kita mengambil cakna tentang apa-apa yang berlaku di sekeliling.
Untuk buku ini, walaupun nama Faisal Tehrani ialah sebuah nama yang besar dalam arena persuratan Melayu di Malaysia, paling banyak Bintang yang aku boleh beri ialah 3 sahaja. Ia terlalu santai, dan tidak begitu menitikberatkan nilai pemikiran dan intelektual seperti karya-karya sebelum ini. Jangan sekali2 kaubandingkan kumpulan cerpen ini dengan Perempuan nan Bercinta, kerana kalau kau berbuat demikian , ia seperti kau mencari bau durian didalam timbunan D24.
Untuk membaca buku ni, pembaca perlukan minda yang terbuka, pemikiran yang kritikal dan kritis. Juga perlu tahu metafora dan ayat tersirat yang cuba diledakkan dalam jiwa pembaca. Jika menginginkan cerita yang 'straight forward' dan mudah hadam, mungkin buku ini tidak sesuai untuk anda.
Buku ini berkisarkan tentang masyarakat, politikus, seks dan banyak lagi. Cara penulisan amat ringkas tetapi ada juga 'jargon' perubatan dan sejarah yang dikepilkan bersama dalam tulisan-tulisan beliau.
Antara cerita pendek yang betul-betul saya gemari adalah Lagenda Siti Tahlukah, Lara Budak Uranus, Kulat, Nafas Terakhir Albuquerque, Monolog Seorang Patriarch, Ketakjuban Bomoh Badin & KL Di Atas Bantal.
Saya syorkan buku ini. Saya lebih menyukai buku ini daripada buku-buku yang kononnya 'underground' tapi telah menelanjangkan Bahasa Malaysia sehingga susah difahami seperti ayat-ayat teks budak WeChat.
kurang menyengat (from my opinion) berbanding kumpulan cerpennya yang lain. terima kasih penerbit kerana sudi menerbit batch cerpen dia yang ini sebab sekurang-kurangnya aku tahu yang FT ada flaws, sebab kawan aku percaya yang Faisal tulis buku pakai saka (metafora nak menunjukkan how great FT's are)
Cerpen bahagian awal kurang menarik minat, baca kemudian tutup semula. Setelah beberapa lama baru kembali membelek helaian seterusnya dan kembali takjub dengan sentuhan tangan Dr Faisal Tehrani ini. Sepanjang aku baca, hanya satu yang terlintas, Mahathir! 😂