“...Karya-karya Buya HAMKA banyak berkisar tentang cinta yang terhalang, bukan?"
Zayyan dan Alisya — Kisah cinta mereka seperti ditulis sendiri oleh Buya HAMKA. Dengan status Zayyan; anak tunggal jutawan ternama dan Alisya si yatim piatu, hubungan mereka ditentang hebat bapa si teruna, Dato' Ridzuwan.
Sekian lama bertahan, malangnya Alisya ditinggalkan juga tanpa banyak bicara oleh lelaki itu.
Lima tahun berlalu, Zayyan kembali semula ke Malaysia dengan tekad baharu; ingin menebus dosanya pada Alisya. Ada rahsia gelap yang dibawa bersama.
“Zayyan... Manusia macam kau tak sepatutnya hidup."
Pulangnya disambut penuh kebencian oleh kakak Alisya, Liyana, yang mahu lelaki itu merasa sakitnya dikhianati.
Namun, Raizel si intern ceria sering menyejukkan hatinya, jadi mungkin benci Liyana tidaklah seteruk yang disangka?
***
Dari satu sudut di sebuah kafe, Inspektor Xia memerhatikan gerak-geri pewaris tunggal Ridzcorp itu dengan penuh minat. Telefonnya dipenuhi notifikasi dari orang-orang bawahannya: ada mangsa terbaharu Sang 'smiley' berdarah.
This was my first time trying this author's work after seeing it all over tiktok. Lepas baca dua review yang sangat meyakinkan di Goodreads, F decided to give it a shot.
Thank you, reviewers. F langsung tak salah pilih because F really enjoyed this story.
The author did a great job in delivering the plot... everything felt well-structured and smooth. Dengan setiap helaian yang F selak, F asyik tertanya² siapakah mastermind dan siapakah sebenarnya the killer.
At first, F ingat cuma ada seorang dalang di sebalik semua ini. Tapi bila cctv captured dua individu, F mula sedar yang seorang hanya memerhati sementara seorang lagi menjalankan tugas.
The story begins with the separation between Zayyan and Aliya. Five years later, Zayyan returns with Irina, yet Aliya still lingers in his heart.
The moment Zayyan kept seeing Aliya at the park, F already had a feeling that he was in a delusional state.
Tanggapan F tentang Aliya ternyata betul kerana kewujudannya sentiasa datang dan pergi, seolah² ada sesuatu yang disembunyikan.
The deeper F got into the story, the more secrets started to unravel. F siap berteka-teki bersama Inspector Xia untuk merungkai misteri di sebalik pembalasan Aliya, especially when the victims started falling one by one.
Tak sia² F berjaga sampai pukul 2 pagi semata² nak habiskan buku ni.
Reading it felt like revisiting those old-school mystery adventures by Enid Blyton... penuh dengan teka-teki dan buat F tak boleh berhenti membaca.
Overall, F puas hati dengan cara setiap watak memainkan peranan mereka dalam menjayakan Enigma.
There was only one thing that bothered me... the font size was a little too small for readers with poor eyesight like F
Well saya suka dengan penulisan dia walaupun bagi sesetengah orang akan kata ini melewah tapi bagi saya cara penulis menyusun plot itu sangat cantik. Dari satu bab ke bab yang lain di susun dengan sangat smooth dan kita boleh nampak character development setiap character. Plot cite awal-awal tu macam agak clice tapi wow plot twist dia saya suka. Overall tahniah penulis for your debut and teruskan berkarya.
Awalnya beli sebab pelik ehh kenapa takde tajuk, so tertarik dengan konsep buku ni. And saya tak letak expectation tinggi untuk novel nie tetapi bila dah baca tu wow cerita dia hook saya until the end. Good job penulis and is this really your debut? Sebab rasa macam you dah lama menulis.