Terkejut.Terkedu.Terkesima. Itulah perasaan Nur Jannah Zahraa ketika 'dilamar' oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenali.
"Saya nak jadi yang istimewa dalam hidup awak, Jannah," akui Jihad jujur. Memandang tepat ke dalam mata Jannah.
"Kenapa?" berkerut dahi Jannah.
"Saya tak ada jawapan untuk soalan tu."
"Mustahil!"
"Yang saya tahu, jantung saya berdetak hebat apabila saya dekat dengan awak."
"Ayat player tu, Jihad," Jannah ketawa sinis.
"Saya bukan player, Jannah. Saya tak bohong."
"Then, you must be crazy. You don't even know me."
"Love is kinda crazy."
Ya! Cinta itu gila, sama gila dengan encik lawyer yang bernama Jihad Mikhael. Sekuat mana Jannah menolak, sekuat itu juga takdir merapatkan mereka sehingga akhirnya Jannah mengalah.
"Jihad Mikhael, will you take me as your wife? Jannah membuka mata dan memandang tepat wajah lelaki itu.
Pandangan mereka bertaut lama. Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka mengalih pandang.
"Can...can you say that again?" Jihad bagai tak percaya. Sungguh dia tidak sangka! Jannah melamarnya!
Adakah perkahwinan mereka merupakan titik sebuah bahagia? Bagi Jihad, dia memang sudah lama bersedia. Cuma Jannah yang masih ragu-ragu. Trauma hidup penuh keperitan masa lalunya buat dia rasa rendah diri.
"Bagaimana kalau saya tak dapat membahagiakan awak, Jihad?"
"Kebahagiaan itu telah jadi milik saya di saat awak melamar saya, Jannah. You made me a happy man since then."
Sebuah kisah yang agak menarik untuk dibaca.. Banyak yang menarik sebenarnya... (Sila beli/pinjam/swap dan baca sendiri.. hehh...) . . . . . . Yang buatkan aku terasa sedikit lelah untuk menghabiskan pembacaan ini adalah.. 1- Kekerapan penggunaan ayat-ayat BI.. *Untuk orang yang tak pandai BI macam aku, ianya memang mengganggu konsentrasi.. 2- Banyak sangat penggunaan perkataan sayang terutama sekali selepas dorang kahwin.. 3- Untuk 1-2, sikit-sikit dah la kot.... . . . . . p/s: Masih lagi tak faham kenapa perlu gunakan banyak sangat ayat BI dalam novel Melayu.. Pada aku, jika pandai bermain dengan bunga bahasa, tak perlu kot nak biarkan ayat BI berleluasa...
Ini buktinya, sebuah buku yang tidak memerlukan babak panas dlm bilek, manis bergula dan lentok mcm nak patah batang leher, Jodohku dan Janjinya, sebuah kisah cinta yang subtle, yang menampakkan kebijaksanaan penulisnya. And i thought nothing can top up Cinta Kita, boy, am i glad Suzana has proven me wrong.
Ms. 51. "I want a man who knows what he wants. Who goes for it regardless. Fierce in protecting his loved ones. A good family man. Seorang lelaki Islam yang faham akan tanggungjawabnya sebagai khalifah" ---> sigh, i want this epitome of an almost perfect man too Su.
Permulaan yang slow dan membuatkan kita rasa Nur Jannah Zahraa terlalu berhati-hati dan berkemungkinan akan sehilangan seorang yang sangat hebat dari sisinya. Tapi sesungguhnya Jihad Mikael bukan lelaki semberangan, he head on and get what he wants. We were cheering for him all the way. Walau pun kita geram kat Jannah, tapi di sebalik tu, terselit pertanyaan dan teka teki, mengapa susah sangat Jannah nak terima Jihad, dah ler Jihad tu almost lelaki sempurna, yang slow and steady ajer dia, tidak memaksa dan sentiasa memberikan sokongan dan sifat sabar yang tinggi menangkis bongkah ais Jannah.
Not only you will get love story yang sungguh membuatkan kita terbuai (Jihad yang mengasyikkan), tetapi disebalik kisah cinta mereka, banyak kesedaran dan pengajaran yang kita dapati didalamnya. Adab bercinta dan berkasih sayang didalam Islam, tidak perlu untuk berkepit macam belangkas, tidak perlu untuk berpelukan dengan tiket konon untuk menenangkan, Islam itu terlalu indah dan lebih barakah bila kita menjaga batasnya. Dan semestinya bercinta setelah halal bagi mereka akan lebih manis dan berkekalan. Jihad yang memahami sepenuhnya, pujaan hatinya memerlukan ruang untuk menjadi dirinya sendiri, tanpa perlu dikawalan dan berada didepan mata sentiasa. Kepercayaan, kejujuran, ketulusan dan sentiasa membuka ruang untuk berkomunikasi didalam sebuah perhubungan itu sangat penting.
Bermula dari isu anak-anak gadis yang terlanjur dan tertipu di Baitul Husna, memberikan teguran dan kesedaran untuk kita, siapa kita untuk menilai seseorang yang pernah terlanjur, besar kemungkinan mereka tertipu dan perlu bimbing untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka memerlukan sokongan dan ruang untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan terlalu cepat untuk menghakimi mereka, bila kita sendiri pun tidak sempurna.
Satu lagi elemen yang kita suka di dalam J&J, teguran ikhlas yang diberikan, fikir-fikirkan lah ketika kita hendak memberikan sumbangan kepada yang memerlukan.
Ms. 413. "Bila memberi, pastikan apa yang kita beri itu dalam keadaan yang elok. Biar sejuk hati orang yang menerima. Bayangkan diri sendiri sebagai penerima. Adakah awak akan suka kalau dapat barang-barang yang tidak sempurna? Yang koyak, lusuh..."
Disini juga boleh dijadikan pengajaran, walaupun kehidupan kita dahulu tidak sempurna, tetapi jangan jadikan alasan untuk menjadikan kita sebagai mangsa keadaan selamanya, kita perlu bangkit dan menjadikan diri kita sendiri berjaya. Ultimately, letting go of your demons from the past and grab hold on to your happiness itu yang dimahukan untuk kesejahteraan kehidupan. Sokongan dan restu orang yang tersayang sangat penting, walaupun di mulut berkata tidak, tetapi dihati amat memerlukan. They have such strong family bond, yang sering support each other.
J & J ni tak banyak scene yang buat kita mengalir airmata mcm CK, walaupun kita rasa kesdihan dan hopelessness semasa pemergian Sarah tu, tak mcm CK, biar dah baca berpuluh kali, masih kita menangis di buatnya.
Tapi, bagi kita ada few scene yang macam melompat-lompat dan tidak di huraikan dengan lebih terperinci, contoh, scene Jannah pulang dari misi bantuannya di Syria/Jordan, walaupun Jihad di Spore?/Jakarta? Waktu tu, but surely nak juga tahu siapa yang pick her up from the airport, and macam mana keadaan Jannah hingga demam tu. jangan lupa, scene nikh dorang, tup-tup dah selesai majlis nikah, dah Jannah dah nak rehat di dlm bilek. Lagi 1 pesoalan kita, nak juga go in depth, konon zaman wild Jihad semasa muda, Jihad nak wild semasa muda nya? Mau kena piat telinga oleh umi & abah
Nur Jannah Zahra (Jannah) Trauma yang dialami oleh Jannah pada zaman kanak-kanaknya membuatkan Jannah bertindak menutup pintu hatinya daripada mana-mana lelaki yang berhasrat untuk mendekatinya. Anak yatim piatu ini dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan sangatlah berdikari. Sedar dengan keadaan diri dan tak mahu menyusahkan Mak Kamariah, penyelia rumah anak-anak yatim yang ditumpanginya, Jannah sudah bekerja seawal usia remaja untuk menyara hidupnya sendiri. Pertemuannya dengan Jihad Mikael yang juga merupakan ahli baru geng bikers yang disertai Jannah mula menggugat perasaannya. Apa tidaknya, awal-awal lagi Jihad Mikael dah berani lahirkan hasrat hati untuk jadi seseorang yang istimewa dalam hidup Jannah. Rasa rendah diri dan trauma dengan masa lalunya buat Jannah berusaha menolak Jihad Mikael terus dari hidupnya. Sekuat mana agaknya Jannah berupaya menolak kehadiran Jihad Mikael dalam hidupnya?
Jihad Mikael (Jihad) Perkenalannya dengan Jannah berjaya mengetuk pintu hatinya yang selama ini tak pernah tertarik dengan mana-mana wanita. Sedar yang Jannah tidak pernah rasa selesa dengan kehadirannya, Jihad tetap berusaha mendekati Jannah. Orang kata niat baik ni biasanya dipermudahkan. Itulah agaknya jalan untuk Jihad mengenali Jannah sangatlah mudah. Lebih-lebih lagi bila dipertemukan dengan Safi, teman serumah Jannah. Macam guna laluan Smart Tag. Mudah dan pantas. Hehe. Tak sia-sia usaha Jihad mendekati Jannah bila akhirnya Jannah mula berlembut dan menerima Jihad sebagai salah seorang temannya. Sejauh mana Jihad mampu melembutkan hati Jannah untuk jadi yang halal buatnya?
Komen saya:
1. Suka watak Jihad Mikael. Haha. Dan-dan terus declare. Ini antara watak lelaki konsisten yang pernah saya jumpa. Dalam novel jela. Realiti memang tak pernah jumpa lagi setakat ni. Heh.
2. Watak Jannah ni mengingatkan saya pada Qistina (Cinta Kita). Cuma latar belakang keluarga dan pekerjaan mereka berbeza. Ketabahan dan kecekalan menempuhi kehidupan tu memang sama. Tambahan pula mereka berdua ni turut dipertemukan dalam naskhah ini.
3. Suka dengan keluarga Jihad yang sangat sporting dan supportive. Lebih-lebih lagi bila emak Jihad pandai cari helah untuk mendekatkan Jannah dengan keluarga mereka.
4. Oh, ada satu scene yang buat saya keliru bila dikatakan Safi belum pulang dari menghadiri kuliah agama sedangkan waktu tu Safi sudah pun berkahwin dan dah tinggal berasingan dengan Jannah.
5. Overall saya berpuas hati dengan cerita ni. Especially bila watak Jihad tak semanis watak Khalish. Hikhik. Tahniah ye Kak Su atas kelahiran buku ni. Moga dilimpahi ilham untuk menulis kisah seterusnya. Ehem. Noktah, perhaps?
alhamdulillah MB dah habis baca... dapat je terus baca satu karya yang mmg MB tunggu2
Jodohku dan Janji-Nya indah tajuk seindah karyanya Sekali lagi penulis berjaya membuat hati terpaut dengan kisah #JnJ
Siapa sangka pertemuan pertama membuat hati Jihad terpaut dgn seraut wajah lembut itu.. Kata Jihad sikap Jannah yg kasar dan tegas itu seolah2 ada sesuatu yg disembunyikan oleh gadis itu..
Bila hati sudah memilih Jihad tekad apa jua rintangan wanita kesayangannya Nur Jannah Zahraa harus dimiliki..
susahnya nak menembusi dinding yg dibina oleh Jannah tapi Jihad seperti maksud namanya seorg pejuang dia takkn mengalah dia terus berusaha untuk menawan hati si gadis wlwpun berkali2 Jannah reject dia.. aduhai sentap hati MB ini apa lagi yang Jannah nak pada Jihad sedangkan ku yg baca ni pun rasa mcm terbuai2 dengan sifat penyanyang carring sopan Jihad belum masuk kata2 Jihad memang berbunga2 hati ini 1 dalam seribu bukan senang cik Jannah oiii cuba lah buka hati awak itu untuk disayangi..
Jannah kisah silamnya... MB bila baca Ya Allah begitu dugaan yg dia hadapi 3 tahun bukan 3jam bkn 3 hari mmg kejam.. Jihad... “Because when you share your pain, I wan to be able to hold you in my arms. I want to be able to wipe your tears”
pada MB karya kali ini banyak yang dikongsikan oleh penulis .. selain kisah Jihad dan Jannah ada kisah kekeluargaan kisah persahabatan kisah kasih manusia semasa manusia
cuma pada MB kali ini terlalu banyak watak dan kisah luar MB lg suka kalau penulis fokus kepada watak utama, family jihad dan geng motor.. naskah kali ini masih ada penggunaan bhs inggeris tapi tak banyak dan tdk menganggu bacaan MB so far ok...
taniah saya suka ... she really deliver in her writing.
Jodohku dan Janji-Nya. Kun fa ya kun…kalau Allah kata jadi maka jadilah. Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Sebuah kisah yang penuh dengan ilmu. Penuh dengan rasa cinta seorang Jihad kepada Jannahnya. Membaca novel ini tidak boleh berhenti. Dan setelah membacanya kita teruja untuk membacanya berulang ulang kali sehingga sukar untuk membuang Jihad daripada pemikiran kita…ahaksss. Jihad dan Jannah dipertemukan dalam kumpulan motor berkuasa tinggi. Kedua-duanya mempunyai hobi yang sama – menunggang motor. Jihad JATUH CINTA PANDANG PERTAMA dengan MAWAR BESI, Nur Jannah Zahra. Bagi Jihad, walaupun Jannah kelihatan kasar dan keras , namun firasatnya, hati Jannah lembut da nada sesuatu yang perlu dilentur dalam diri Jannah.
Usaha Jihad memikat Jannah AMAT SUKAR – sehingga ke satu peringkat seolah – olah Jihad sudah pasrah dengan ketentuan-Nya. Pertemuan kedua dengan Jannah, Jihad sudah melamar Jannah. Terkejut beruk si Jannah. Nasib tak pengsan – ayat Jihad kepada Jannah “Jannah I know behind this façade, there is a soft and loving soul dan dengan izin Allah, saya ingin menjadi imam kepadanya.”
Pertemuan demi pertemuan berlangsung. Hati Jannah masih tidak dapat dilembutkan. Pelbagai usaha dilakukan oleh Jihad untuk menghalalkan hubungan mereka. Namun Jannah masih menjadi MAWAR BESI yang sukar dipujuk, dilentur atau dipateri. Aduhai Jihad…wan Jannah kan ada (selingan…)..heheheh. Dalam usaha memujuk Jannah agar mengahwininya sudah pasti ayat ayat JIWA Jihad sangatlah MANISNYAAAAA…boleh jatuh duduk terpelecok pembaca mendengarnya..dan dan feeling semuanya Jannah…ahaksss
Ayat ayat jiwa Jihad “Jannah… can I be that person who takes you away from your past?” “Saya nak kita menjadi suami isteri sebelum awak berkongsi kisah silam awak.” “Because when you share your pain, I wan to be able to hold you in my arms. I want to be able to wipe your tears” “Saya tak kisah masa lampau awak, Jannah. Saya nak kenal dengan Jannah yang ada di samping saya sekarang. The one I am in love with. Besides, everybody comes with a baggage and I want to be the one to unpack them for you.”
“Marry me Jannah”. “Saya tak cukup baik untuk awak? – Jihad “Awak sudah cukup baik.” - Jannah
“Saya tak cukup kaya?” – Jihad “Saya tak memandang harta kekayaan” – Jannah
“Saya tak cukup tampan?” – Jihad “Allah memandang hati seseorang bukan rupa” - Jannah
“Saya tak layak menjadi imam awak?” – Jihad “Saya yang tak layak menjadi makmun.” - Jannah “Itu hak saya untuk menentukan siapa yang saya mahu sebagai makmum.” – Jihad
“saya anak yatim piatu.” – Jannah “Bila kita nikah, saya akan jadi keluarga awak” – Jihad “Saya tidak ada apa-apa.” – Jannah “We will have each other and that is enough’. – Jihad
“Saya dah biasa hidup seorang diri.” –Jannah “And you will get use to being us” – Jihad
“Saya dah biasa buat keputusan sendiri”. – Jihad “Bila kita berdua, awak akan biasakan diri untuk merujuk kepada saya sebagai suami.” – Jannah
“Jannah, I am in love with you” – Jihad “Well, I don’t and right now, I hate you.” – Jannah
Namun sekeras- keras kerak nasi, hati lembut seorang perempuan bernama Nur Jannah Zahraa akhirnya menjadi milik Jihad Mikael juga. Setelah halal, Jihad menjaga Jannah bagai menatang minyak yang penuh!. Penuh dengan kelembutan, Penuh dengan kasih sayang, Penuh dengan cinta. Uwaaaaaaaa nak OKSIGEN!
Namun, pada peringkat awal perkahwinan mereka, Jihad dapat mengetahui ada satu rahsia yang disembunyikan oleh isterinya. Apakah rahsia itu? Dapatkah Jannah keluar daripada belenggu rahsianya itu? Apakah yang dibuat oleh Jihad untuk menyelesaikan kemelut jiwa yang dialami oleh isterinya? Berupayakah Jannah melupakan kisah silam yang amat menyakitkan hati itu? Sila dapatkan naskhah kedua penulis yang ternyata lebih matang, lebih hebat dan lebih ilmu dalam J n J. Satu lagi NOVEL BERKUALITI yang dihasilkan oleh penerbit idea kreatif.
Sebelum mengakhiri review j n j…nak kak burn kasi sajak ala ala jiwang gaklah…..ku pinang pinang tak dapat jugak si jihad nie….
Sajak Jihad untuk Jannahnya….
Jannah…. Sayang dicipta untuk abang, Sejak di loh mahfuz lagi, Sayanglah tulang rusuk kiri abang, Yang abang cari selama ini.
Jannah…. Usir masa silammu, Jauhi masa silammu, Takdir illahi kita ditemukan, Menjadi Satu.
Jannah… Andai diizinkan-Nya, Abang akan menjagamu, sehabis usia Abang akan membelaimu, setiap masa Abang akan memberi cinta seluas bintang di angkasa.
Nur Jannah Zahraa, Kun Fa ya Kun, maka Allah kata jadi, maka jadilah dan abang sayang awak sangat – sangat!
Sajak Jannah untuk Jihadnya.
Jihadku…. Syukur kepada yang Esa kerana jodoh ini, Syukur kerana abang tidak pernah jemu Menitip kasih Menitip cinta Menitip rindu Ke dalam diriku yang serba kekurangan.
Jihadku…. Andai waktu boleh diubah, Inginku bersamamu sejak awal lagi Inginku bersamamu mengisi kekosongan jiwa Inginku bersamamu menerjah duka nestapa.
Jihadku….. Terima kasih kerana membawa ku keluar dari daerah duka Terima kasih kerana menjadikan diriku tulang rusuk kirimu Terima kasih kerana sabar dengan ku Terima kasih atas segalanya….
Jihad Mikael….Saya sayang awak sangat-sangat!.
Nukilan, wan Jannah..ahakkkkkSSSS
Nak Tanya penulis….kat mana nak CARI SPESIES RARE SI JIHAD ni…kalau ada wan Jannah nak ikat ketat ketat tak bagi lepas….
Jangan lupa MASUKKAN J . N J DALAM LIST KEBABOOM NOVEL UNTUK DIBELI SEMASA PBAKL 2015.
"Ya Allah, hanya pada-Mu kami berdoa, semoga kebahagiaan yang kami rasakan ini akan terus berkekalan sehingga ke firdaus-Mu. Ya Wadud, terima kasih atas limpahan kasih sayang yang telah kau hadirkan buat aku dan jodohku yang Kau janjikan ini"
Jodohku & Janjinya sebuah kisah ringan & sweet(semestinya). Tiada konflik berat cuma adalah ujian demi ujian yang perlu dilalui oleh heroin iaitu Jannah dalam kehidupan.
Nur Jannah Zahraa - hidupnya tak mudah. Sering dihantui kisah silam menyebabkan dia hidup berdikari dgn menjadi seorang wanita yg kental dan berani. Bukan seorang wanita yang mudah untuk ditelah hatinya. Tapi di sebalik sifat keras hatinya itu tersembunyi kelembutan yang hanya dipertontonkan kepada mereka yg rapat dengannya sahaja. Tapi hidupnya mula berubah setelah kemunculan 'prince charming' yang bernama Jihad Mikhael. Bayangkan saat pertemuan kedua mereka, Jihad dgn beraninya melamar Jannah? Terkejut yg amatlah Jannah time tu. Dan haruslah dlm hati Jannah tertanya-tanya; kenal pun tak, tetiba nak melamar aku???? Tak semudah itu, bro.
Jihad Mikhael- Ini dia, ini dia, ini dia...hero idamanku & juga wanita2 di luar sana. Boleh dikatakan "hati beku" lah kalau ada yang kata tak suka dengan watak Jihad dlm novel nie. Melting habis wehh. Jihad nie bukan lelaki yg suka tabur janji tapi tak ditunaikan. Dia seorang lelaki yg berpegang pada janji. Bukan lelaki yg memaksa, sangat memahami & sngat melindungi orang2 yg dia sayang. Sangat menghormati orang dan dia tak kan sesekali benarkan org yg dia sayang disakiti. Mesti org tanya masih wujudkah lelaki ni dlm dunia? Insya-Allah segalanya mungkin dgn izin-Nya. Suka part Jihad berusaha untuk lenturkan hati Jannah utk terima dia sebagai seorang lelaki yg ingin melindungi dan berkongsi susah senang bersama. Masa sebelum kahwin, Jihad nie "sweet terkawal" sbb belum halal lagi dgn Jannah. Tapi boleh bikin hati cair sngat dah. Lepas dah kahwin, dah jadi overdose sweetlah plak. Dan boleh bikin terharu dan damai je rasa hati bila kalau dpat lelaki seperti ini.
Pokoknya, JnJ nie novel bertemakan kasih sayang yang melimpah ruah. Bukan saja antara hero & heroin tapi merangkumi semua watak. Semestinya juga, aspek keagamaan untuk diaplikasi dlm kehidupan juga selitkan dlm novel ini. Dalam hidup ini, kalau kita letakkan kasih sayang kepada Allah di tangga teratas, Allah akan limpahkan kita dgn kasih sayang Dia dan orng2 sekeliling kita utk terus menyayangi kita.
Bacalah dengan mata hati. Baru kita rasa apa yg penulis nak sampaikan melalui ceritanya. Dalam novel nie ada juga part sedih, tapi tak keterlaluan. Saya menangis utk 3 part je iaitu part Jannah mula buka hati utk Jihad & dengan x disangka Jannah lak lamar Jihad(nie nangis terharu), part Sarah meninggal & part Jannah bongkar kisah silam dia. Yang lain2 daripada itu banyak part yg sweet dan kena dgn taste saya. Saya syorkan sangat bagi mereka yg cari novel yg boleh release stress pilihlah novel JnJ. Insya-Allah tak mengecewakan. Congrats to kak Su, semoga terus hasilkan novel2 yg best + penuh pengajaran utk dijadikan panduan dlm kehidupan.
"Real men never stop trying to show a girl how much she means to him, even after he's got her." ~ #223 Rules of a Gentleman - Sesuai sngat dengan Jihad quote ni. Siapa yg dah bac JnJ pasti memahami.
"There's a whole lot of something when a woman says nothing."
Begitulah seorang Nur Jannah Zahraa. Dia digelar wanita besi, jiwanya sekeras kerikil, ketegasannya terkadang menjadi degil, namun hatinya luhur & simpatinya mudah terzahir. Sayangnya dia memagar hatinya daripada ditembusi, lantaran titik hitam perjalanan hidupnya yg sentiasa menghantui.
"...a man who knows what he wants & goes for it for regardless. A good family man."
Begitulah seorang Jihad Mikhael. Dia lelaki yg penuh tertib, petah dlm santun bicaranya, matang serta berani dlm tindakannya, protektif & penyayang kepada keluarganya.
Kedua mereka ditakdirkan bertemu di dalam sebuah kumpulan motor yg disertai. Jihad fell for Jannah at first sight. Dia melihat kelembutan di sebalik wanita besi itu & dia tekad untuk mendekati.
"Hati aku nak dia, bro."
Jawapan istikharahnya memandu Jihad untuk lebih berani. Walau Jannah dingin melayani, Jihad tetap sabar menanti. Jodoh antara mereka diyakini telah tertulis di azali. Tetapi semakin Jihad mendekati, semakin Jannah cuba lari. Kehidupan sebagai anak yatim piatu membuatkan Jannah tidak pernah bermimpi untuk mempunya keluarga sendiri. Kebiasaan bersendirian dan perjalanan kehidupannya yg pahit menjadikannya bimbang untuk meletak sebarang harapan yg melibatkan perasaan, sehinggakan Jihad ingin mengundur diri apabila Jannah kelihatan sangat tertekan dgn hasratnya.
Namun suratan takdir tetap mendekatkan mereka kembali. Akhirnya Jannah terbuka hati & meminta agar diambil sebagai isteri. Lantas bersatulah mereka dalam ikatan yg suci. Walaupun begitu, Jannah kekal misteri dgn kenangan yg membelenggu dirinya. Jihad pula tambah sakit hatinya dgn keadaan tersebut.
Sehinggalah Jannah menceritakan segala kisah hidupnya, menjelaskan ketakutannya selama ini, Jihad tambah mengasihi Jannah & berjanji memimpin Jannah mengorak langkah ke masa hadapan yg lebih indah, dalam mencari reda Allah.
Mendalami naskah ini, kita akan kenal bagaimana penulisnya. Kisah cinta Jihad & Jannah ini mungkin tidak sehebat kisah romeo & juliet, atau kisah laila & majnun, TETAPI kisah #JIHADJANNAH ini digarap hampir sempurna dgn caranya tersendiri & dalam tertib, santun budaya serta batasan agama.
Menyelami kisah ini, mendekatkan kita kpd Pemilik segala cinta, kpd kekuasaan Yg Maha Esa, dgn setiap asma-Nya...sehingga kita mendambakan seorang Jannah & seorang Jihad untuk berada di kalangan kita. Setiap dialog yang dikemukakan, menyentuh hingga ke dasar hati kita. Setiap madah yg diutarakan membuka mata hati kita tentang kehidupan & yg paling utama mendekatkan kita kepada Tuhan. Banyak ilmu yg boleh dikutip darinya. Naskah ini seakan hidup kerana kita dapat merasainya.
Sebuah kisah percintaan yg mn matlamat nya dlm menubuhkan institusi kekeluargaan itu berlandaskan sunnah dan syariat Islam….setiap perbuatan dan tingkah laku pasangan ini sentiasa berada di atas landasan yang betul…mengutamakan Allah dlm segala hal….menjauhi segala larangan agama dan tidak pernah lupa bahawa JODOH dan PERTEMUAN itu adalah rahsia Allah yang tiada siapa akan tahu….
Begitulah yang berlaku pada JIHAD MIKAEL dan NUR JANNAH ZAHRAA pertemuan pertama tanpa diduga telah menerbitkan satu rasa jauh di dasar hati jihad. Lantas dipertemuan seterusnya jihad telah menyatakan lamarannya pada jannah. Namun, akibat daripada kisah silam yang terus membelenggu diri jannah, membuatkan jannah sukar untuk menerima jihad dalam hidupnya.
Namun, jika itu janjiNya dan jika itu jodoh mereka, tiada siapa yang mampu menolak takdir yang telah ditentukan. Jihad and jannah akhirnya disatukan.
Tiada seorang pun hamba Nya di muka bumi ini yang tidak di uji dengan dugaan yang maha Esa. Tetapi sebagai seorang hamba Nya yang percaya kepada qada dan qadar, jihad tidak mudah melatah. Jihad sedar bukan senang untuk mencairkan hati yang telah lama beku. Sungguh pun mereka telah diikat dgn ikatan pertunangan, tetapi ia bukan lah tiket bg jihad utk memiliki hati jannah sepenuhnya. Siapa sangka sesuatu telah berlaku yang membuatkan jannah mengambil keputusan untuk menangguhkan pernikahan mereka.
Tidak mudah sebenarnya bagi jihad untuk menerima keputusan itu, tetapi jihad percaya bahawa itu adalah ketentuan dr Nya…jihad redha dengan keputusan itu…mereka terpisah…namun masih panjangkah jodoh buat mereka? Akankah jannah kembali ke sisi jihad semula? Dan dapatkah jihad membawa jannah keluar dari kisah silam yang membelenggu jannah selama ini?
Semuanya akan terjawab bila anda memiliki naskah terbaru karya kak Suzana Sulaiman terbitan Penerbitan Idea Kreatif. memang tidak dinafikan watak jihad ini sukar untuk dijumpai di dunia reality. Tetapi ia tidak mustahil dalam 10k lelaki di muka bumi ini, pasti ada terselit seorang JIHAD MIKAEL di tgh2 antara mereka. Tidak perlu menjadi seorang jihad Mikael mahu pun seorang nur jannah Zahra. Cukup lah kita menjadi diri kita sendiri krn jika hidup kita berpaksi dan berlandaskan ajaran islam dan mengutamakan perintah Nya dalam setiap tindakan kita, insyallah kita boleh jadi lebih hebat daripada jihad dan jannah. Tidak mustahil kehidupan kita lebih indah daripada kehidupan mereka.
Kak Suzana Sulaiman ni dari buku pertama hingga kedua ni tetap mendapat tempat dihati saya.
Cerita kisah seorang gadis bernama Nur Jannah Zahra -ibunya meninggal sewaktu dia berumur 8 tahun -ayahnya dia tak kenal dari kecil lagi -dijadikan anak angkat oleh beberapa keluarga angkat dan akhir sekali tinggal dirumah anak yatim bersama Mak Kamariah penjaga disana. -tabah menghadapi dugaan sehingga dia berjaya menjawat jawatan penting dekat syarikat di bekerja -seorang yang suka bawa moto berkuasa besar dan ada kumpulan moto berkuasa besar sendiri -digelar wanita besi dan tak d perasaan oleh rakan-rakan moto hehehe -tapi dia punyai hati yang lembut dan penyanyang -kisah silam nya terlalu pahit kerana bapa angkat yang menjaganya sewaktu kecil mendera fzikal dan mental menyebabkan dia tidak berani ada hubungan istimewa atau suami dengan mana-mana lelaki. -tapi dalam perasaan sejuk beku Jannah rupanya ada seorang lelaki budiman yang intai dia. Lelaki itu yang baru masuk kumpulan moto besar bernama Jihad Mikael.
Payah juga Jihad ni nak pikat Jannah. Macam-macam cara dia lakukan. Layanan sejuk beku Jannah susah juga nak diruntuhkan.
* Adakah Jihad berjaya tentang misinya buat Jannah mengecapi bahagia. Bacalah buku ni. Cinta yang berlandaskan agama diterapkan dalam naskah ini. * Suka sangat bila penulis buat bahagian yang Jannah pergi ke Syria jadi sukarelawan membantu rakyat disana. Saya dapat gambarkan betapa deritanya mereka saudara kita disana. Semoga Allah melindungi saudara kita disana. Harap ada yang baca review saya ini bolehlah sama-sama kita sumbangkan sedikit bantuan kepada rakyat Syria tak kira la berapa yang kita ada.
SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI SYRIA CARE :- CIMB - 8601 89 4560 MAYBANK- 5621 0665 3575
* Buku yang banyak buat saya '' kupas bawang'' la huhuhu. * Tahniah buat penulis untuk naskah yang istimewa ini. p/s : Jannah dan Jihad sebaya saya lah hehehe.
Jodohku dan Janji-Nya? The title might sounds cheesy but what important is its content. The story is about a girl, Nur Jannah Zahraa. Aku suka Jannah. She's so much like me . Well, exclude the 'cantik' part. Haha. She is the exact meaning of snow. Beautiful but cold. And she has every reason to be so.
Jihad Mikhael, a good looking yet single lawyer. From the first sight, he'd already fall for Jannah and he falls hard. Poor Jihad. Setiap proposal dia direjek Jannah. Until one day, Jannah came to her sense.
"Jihad, will you take me as your wife?" -Jannah.
Oh, percayalah, waktu ni aku rasa macam nak buat lompat bintang! Tapi, kematian Sarah, anak angkat Jannah merubah segalanya. Jannah jadi distant. Sehingga sanggup minta agar pernikahannya ditangguhkan. But Jihad being Jihad, he is so strong. Patiently wait for his Jannah to come back to his side and be his wife.
But, of course they did get married. And yeah, here comes all the mushy pushy, lovey dovey part. Ah, it makes me love Jihad even more. He is such an ideal husband, very generous and thoughtful. And this is where Jannah starts to reveal why she has trust issues towards men. The truth behind her facade.
Nak tau? Kena la beli buku ni. Tak thrill la kalau dah cerita semua. The book worth every cent of yours. Banyak info dan ilmu agama yang dikongsi dalam naskah ni. Part sukarelawan di Syria tu sangat menyentuh hati. Syukur Malaysia masih aman.
Siapa cakap novel ni lagha? You just have to find a good book and you'll be bless with good knowledge. This book, are one of those.
When u allow fear of something to rule almost everything, future may seem bleak instead of promising.
Lelah dgn sikap Jannah at times. Hanya berbekalkan kata maaf di mulut dan kurang berusaha untuk lepaskan diri dari perasaan takut. Hmm..adalah kisahnya ni.
Jihad was resolute in taking Jannah as his spouse after istikharah. Consistently caring, loving, motivating and persevere in handling Jannah fear and hesitation. Salute his tolerance level.
Saya yg baca pun tak sesabar begini. Up to certain point cerita semakin flat..takde adrenaline rush..after the wedding i almost abandoned the book..cekalkan juga hati ni hingga ke akhir..
Ha kan senang macam ni tiada watak rampas merampas. Tenang rasa membaca naskhah ini. Konflik hanya tertumpu pada perwatakan Jannah yang kasar dek kerana trauma kisah silam. Suka bagaimana penulis melakar watak Jihad dalam melembutkan hati Jannah. Tiada adegan sweet terlampau. Saya kira buku ini memaparkan kesederhanaan dalam bercinta tapi rasa manis rumah tangga tu masih ada. Tahniah buat penulis!
Okay, sebelum ni, ku dah pernah baca kat GR yang novel ni best. So, I was expecting that this is another 'best' book. Tapi bila dah baca, I was wrong. Ni bukannya best biasa biasa, ni best giler giler. (Haha.. Mungkin korang rasa aku tengah exaggerating, tapi orang yang dah baca je kot yang faham feeling ni) .
Ni cerita tentang Jannah yang tak percayakan lelaki, yang garang dengan lelaki, dan yang ada kisah silam yang pahit. Dan hadirnya Jihad untuk memenangi hati Jannah. (Sounds cliche, kan?) .
Tapi, ku suka giler! .
Ku suka penulisan SS yang matang. Kalau dulu, ku suka Cinta Kita, sekarang ku dah terjatuh cinta tergolek golek ngan J&J ni. Dear writer, you nailed it! .
SS suka create watak yang matang, sama macam dalam CK. Dalam ni both Jihad dan Jannah are 35 years old. So, takde part yang mushy mushy. .
Okay, mungkin akan ada yang kurang selesa dengan penggunaan English yang banyak dalam novel. But, I don't mind. Especially dalam novel ni. The dialogues were smoothly and beautifully written. Dan ku yakin, kekuatan SS ialah pada dialog nya. Ss pandai letak hadis dan ayat alquran at the right place dan rephrase it. Bukannya sekadar copy and paste. .
Dan ku suka emotion yang penulis sampaikan. Contohnya, bila Jannah sakit, emosi Jihad pada masa tu berjaya disampaikan sampaikan kurasa ku turut berada disitu. .
Dan kusuka Jihad. SS pandai describe Jihad as charming, handsome, tapiiii takde langau yang melekat. Amazingly! Ni cerita hanya tentang Jihad dan Jannah. Okayla.. Ada la orang lain, tapi takde la sekampung. .
HIGHLY RECOMMENDED! .
P/S: kalau korang nampak buku ni dan rasa waswas, please do not hesitate. Give it a try. You will love it as much as me.
Fuh! Akhirnya...tamat jugak pembacaan aku ini setelah mengambil masa 8 hr! 8 hr! Satu tempoh masa yg sgt lama dan lambat bg aku.
Ya, sgt lambat dan sgt dlm keterpaksaan! Aku membaca buku ini dlm keterpaksaan. Aku tak dipaksa oleh sesiapa, tp aku sendiri yg memaksa diri supaya cpt2 menghabiskannya krn aku tak sabar nk baca novel yg lain pula.
Hmmm...pembacaan aku jd lambat sbb aku selalu tangguh-tangguhkan. Aku selalu stop sbb aku rasa jln penceritaan dlm novel ni agak...slow...and...boring...maybe. Entahlah. Mungkin jugak sbb krg kena dgn jiwa aku. Sungguh, novel ni sgt sukar menaikkan mood membaca aku, kalau mood men-down-kan lg adalah.
Apa yg boleh aku kata, ok laa. Best jugak laa. Jihad yg sgt baik dan penyabar. Jannah yg kuat dan tegas.
Done... bila baca J&J saya tau mesti ada kelainan dengan novel2 yang lain... karya dari Suzana Sulaiman memang blh membuai perasaan.. watak Jihad yang super cool & romantic dpt merobohkan benteng ego Jannah yg menolak lelaki dlm hidupnya.. seorang yg garang akhirnya jatuh cinta jugak dgn Jihad yg sabar.... congrats writer utk hasil nukilan yang baik ni.. sangat santai tanpa konflik2 yg sakit jiwa membuatkan saya membaca tanpa henti..
Suka novel ni sebab sabarnya jihad dengan jannah. Walaupun jannad bukan la jenis yg spesis gedik, tapi jihad sabar menanti jannah. Hormati keputusan jannah, and give jannah space untuk dia fikir apa yang sebenarnya yg diri sendiri nak.
Buku ni x de langau, lalang whatsoever. Dia lebih kepada how a suami , tunang, boyfriend tunjukkan keikhlasan dia pada seorang wanita. Ada ke lelaki macam jihad sekarang..hurm..🌟🌟🌟
alhamdullilah,sebuah novel yang unik dan sangat awesome!! Terbaik dan sangat terbaik.Dari 1st novel beliau (Cintakita ) aku dah kagum dengan cara penceritaannya. Novel #jnj mahupun #ck pasti sarat dengan imu pengetahuan yang baik.
dari novel #jnj , aku byk belajar erti sebuah kenikmatan yang Allah berikan.
Novel ni mengisahkan kehidupan seorang gadis yang bernama #Jannah yang hidup dengan penuh pancaroba. Namun semua itu tidak mematahkan semangat gadis itu. Jannah seorang yang kuat, berani dan sangat tabah. Sungguh aku kagum dengan semangat yang ada padanya.Sempat juga aku terfikir, kalaulah aku berada ditempat dia, mampukah aku menjadi setabah itu?
Dan perkenalan dengan jihad telah membuka lembaran baru buat gadis itu.Dimana dia di lamar disaat baru mengenali antara sama lain. Namun bukan mudah gadis itu untuk membuka ruang hatinya untuk menerima jihad setelah apa yang dia laluinya.
Tetapi kerana ketabahan dan kesungguhan jihad, akhirnya hati yang tertutup kemas dan sekeras batu itu cair akhirnya. Dan kisah kehidupan mereka berdua dalam erti halal pun bermula.Adakah jannah akan bahagia selamnya dengan jihad? hehe, yang tu, korang kena beli dan baca, aku tak boleh cerita.
Tapi yang aku boleh katakan yang jihad ni terlalulah sweet, baik, handsome dan romantis.Nampak tak aku puji jihad? Maknya aku pun dah sama cair dengan jihad yang overdose sweet tu!
Antara part yanga ku tak boleh lupa dalam novel ni ialah part jihad berusaha untuk menjadi jannah halal buatnya.
"do you know how painful it is for me to not be able to hold right now?"
Terkejut mendengar soalan itu, jannah mengangkat muka dan serentak matanya bertembung dengan mata jihad yang dari tadi asyik merenungnya. Dia seakan dapat melihat kesakitan dimata lelaki itu.
"Marry me , jannah "
hehe, ok dah. tak mau cakap lebih-lebih. nanti ada yang marah sebab aku dah bako byk sgt.ahaksss... Cuma aku boleh akat memang tak rugi pun dpaatkan jnj sebab novel ni terlalu best! dan a Suzana sulaiman adalah penulis kesayangan #PNC. anyway congrats kak su!! kerana berjaya membuat hatiku tepaut sama merasa dan mendalami hati seorang jannah☺
Review ' J n J ' Jodohku dan janji NYA -suzana sulaiman
Nur Jannah Zahraa... Seindah nama secantik rupa..disebalik luarannya yang kental,tegas dan keras hatinya,terselindung duka yang terpendam sekian lama...cinta dan perkahwinan bagaikan tiada dalam kamus hidupnya...
Jihad Mikhael... Sang peguam dan pencinta yg setia..saat memandang Jannah nya bagai bulan jatuh ke riba..istikharah meyakinkan nya,Jannah itu jodoh yg ALLAH takdirkan untuknya....
Perjalanan mencipta bahagia bukan lah mudah..degil dan kerasnya hati Jannah begitu sukar ditebak..tegarnya menutup hati menghindar rasa yg mula bertunas.. Walau di tolak,dielak,ditepis...namun tekad dan azam seorang Jihad itu akhirnya meleburkan tembok besi yg membelenggu jiwa seorang Jannah..hati yg selama ini terkunci rapi,terbuka dgn kesungguhan dan keikhlasan Jihad mempamer rasa cinta..
Kun fa ya kun...jika ALLAH kata jadi,maka jadilah..elaklah sedaya mana sekalipun janji ALLAH itu pasti..yakin dan redha kunci utama mencipta bahagia...
Naskah yang dinanti kan ramai pencinta novel...selepas memukau dengan karya pertama cinta kita,penulis berbakat besar ini kembali dengan jodohku dan janji Nya.masih bertemakan cinta dan kasih sayang namun sarat terisi dengan ilmu dan pengisian yang amat bermakna dan bermanfaat..
Tertarik dengan cara penulis mengolah kisah ini..plot yang kemas serta bahasa yg tersusun cantik..setiap mainan emosi bagaikan turut menarik pembaca merasainya..begitu terkesan dihati..
Setebal 623 mukasurat,pembaca seakan hanyut dan terbuai dengan indahnya bait-bait kata yang penulis nukilkan bagi menghidupkan setiap watak dalam novel ini.. Jalinan cinta,kekeluargaan dan persahabatan yang jitu berlandaskan syariat dan kecintaan pada yang ESA..begitu terpelihara namun tetap terserlah makna cinta..
Apa yg boleh dirumuskan,jodohku dan janji Nya karya yang indah seadanya..penuh elemen cinta yang menenangkan jiwa..digarap dgn cukup rencahnya...sarat ilmu dan pengisian berguna ...memberi makna dan iktibar buat pembaca..
Ramai yang xdpt lagi xsamp hati Nak cite lebih2 hehe Nnt DHF JnJ kak Maslina Omar mrh
Apa yg ku boleh cakap PENANTIAN KU BERBALOI PUAS HATI
Sebuah karya yang kaya dengan emosi, pengajaran dan pengalaman yg ingin dikongsi dengan pembaca.. worth it to buy
Meh cita pasai jihad pulak aigoo mst ramai dah tgk poster RBFP dema sume dah tukar jadi jannah kn hahah..
Serius jihad ni 1 dlm sejuta knp?? Sbb cara dia cuba tawan hati jannah bukan mudah cara dia sabar dengan kerenah jannah bukan senang sifat sabar dan penyanyang dia mmg buat ku yg baca ni tertawan.. kata2 dia buat hati rasa syahdu.. bila hati sudah memilih setinggi mana sepayah mana sesusah mana pun halangan sanggup jihad hadapi demi memiliki cinta dan Jodoh dari Nya.. Jihad tahu disebalik sifat keras Jannah ada sifat kelembutan kemanjaan yg cuba diselindung dia cari jalan utk cuba buat wanita kesayangan dia luahkan.. oh noo u all xtau betapa payahnya Jihad nak dptkn yg itu sampai 1 tahap ku kata jihad move on la cari lain hahah sume sbb kedegilan jannah..
Jannah kenapa dia jadi sekeras waja?? Bila baca dan selami mmg ku nangis ya keciannya dia apa yg terjadi masa dia kecil Xdapat nak bayangkan 3 tahun dia merana sampai 1 tahap dia kata harap esok dia mati.. Jihad yang tahu kisah yg dipendam selama ini oleh isteri kesayangannya pun menangis tau..
Bila Jihad mula panggil Jannah sayang waaa ku pn dah feeling jadi abbyjannah kn.. hahah Macam rama2 beterbangan gitu.. Bila Jannah dah LET IT GO amvoii kemain you all manja dia terlebih sudah ku suka..
Pendek kata bila cinta berlandaskan agama n sunnah hasilnya tiada tolok bandingan..
so ni my short review...naskhah yg cukup dgn pengisian...penuh dengan kasih sayang dan cinta...tertawan dgn kesabaran jihad dlm melembut & menawan hati jannah...luv this book...
naskah yg harus dimiliki...tahniah sekali lg suzana sulaiman
Sama seperti novel penulis sebelum ni, Cinta Kita, novel J & J ini juga mempunyai susunan plot yg baik....cuma saya rasa ceritanya lebih 'simple' dan tidak ada banyak konflik di dalamnya yg boleh mengugah perasaan.
J & J berkisar tentang seorang anak yatim yg mempunyai kisah lampau yg perit, Nur Jannah Zahra yg akhirnya berjaya sebagai seorang arkitek; dan seorang peguam muda, Jihad Mikael, yg dibesarkan dalam sebuah keluarga yg bahagia.
Sikap Jannah yg berdikari dan sukar didekati telah menarik minat Jihad kepadanya. Walaupun Jannah dari luarannya kelihatan kasar dan tegas, tetapi Jihad dpt melihat sisi lembut dan mulia yg ada disebalik diri seorang Nur Jannah Zahra. Cinta pandang pertama ini telah mendorong Jihad utk memulakan langkah utk menjinakkan Jannah dan seterusnya memecahkan bongkah ais di pintu hati Jannah terhadapnya. Sekalung tahniah buat penulis kerana ada unsur² mendidik di dalam novel ini, kerana Jihad di dalam novel ini, cukup menjaga batas² dalam perhubungan sehinggalah mereka menjadi 'halal'.
Sesuai dgn judul novel ini iaitu J & J Jodohku dan Janji-Nya, kita dpt melihat.... walaupun kisah cinta Jihad dan Jannah ini pada peringkat awalnya Jannah mcm jual mahal dan menolak hajat Jihad utk memperisterikannya, jelas ditunjukkan bagaimana bila Allah menentukan ada jodoh antara mereka, banyak faktor² yg menjadi asbab kepada bersatunya 2 insan Jihad & Jannah ini.
Membaca J & J, kita akan dihidangkan dgn kisah cinta suami isteri yg semanis madu....Pendekata, boleh la utk dikatakan yg Jihad ini termasuk di dalam kategori suami edisi terhad...sebab dalam dunia realiti, kebanyakan orang lelaki amat susah utk menzahirkan kata² sayang dan cinta walaupun pd hakikatnya memang mereka menyayangi seseorang wanita itu.
Jihad di dlm J & J ini memang mulutnya manis dan sentiasa mengungkapkan rasa cintanya....memang boleh kencing manislah dgn ayat² cinta Jihad ni...hehe. Sebaliknya, Jannah pula yg payah utk mengungkapkan rasa cintanya terhadap si suami.
Ayat² cinta Jihad yg semanis madu ni memang boleh membuai perasaan dan kita boleh rasa bertuahnya seorang Jannah mendapat seorang suami yg prihatin, yg begitu melindunginya dan memperoleh sebuah keluarga yg lengkap, berbanding kehidupannya yg lalu, yg sebatang kara dan dibesarkan di rumah anak² yatim.
Tidak ada konflik besar di dalam hubungan suami isteri Jihad dan Jannah ini....ia hanya di isi dgn rajuk biasa suami isteri....hinggakan semasa membaca J & J ini, saya mcm mengharapkan penulis mewujudkan watak orang ketiga yg cuba utk mengugah hubungan cinta mereka. Bukan apa....bila ada konflik sebegitu, barulah kita dpt lihat sejauh mana teguhnya cinta mereka bila diuji.
Apapun, J & J ini memang menarik utk dibaca.Tahniah buat penulisnya. :)
Salam. Frankly speaking, suzana sulaiman was a random author that i accidently picked while buying novels at a bookstore. Believe it or not, novel ni tersalah ambil so boleh dikira 'terbeli' jugak la. But man... im so so glad that i did it. So, mmg review lambat la :)
Kisah Jihad dan Jannah...dont know where to start, sgt 2'hidup' dimata sy. As if they r real. Applause to Nur Jannah for her courage. Heroin yg sgt2 kuat dan tegas. Cuma org yg dia sayang dan percaya saja boleh nmpk sisi sebenarnye. Walaupun zaman lampau yg hitam, she manages to stand strong sepanjang hidup dia. I like the idea of jannah as succesful working lady. Harapnya byk lagi novel pasal strong n succesful heroin mcm ni. Taknak la asyik2 lemah, innocent, baik yg xlogic and babak berendam air mata. lelah membaca watak yg mcm tu..So good job dear suzana. And of course not to forget our one and only Jihad Mikhael. Selalunya, watak hero yg sabar romantik etc, agak cliche. But not with jihad. He's a patient and loving guy yg tak memualkan. Sgt2 yakin dengan janji Allah pd hamba yg sabar. Baru kenal trus ajak kawin..imagine that..So again, congrats to suzana. Sy selalu susah nk click dengan watak dlm novel. But these two people, they are just 'hidup'. And i adore that so much. Pls do not stop writing dear suzana. Audiences need more piece as this one. And i have become one of your ardent fans. Looking forward to reading your new 'baby'. :) P/s: using 70%of english language in your dialogue is totally a welcoming step. Sekurangnye, kita belajar. Ilmu ada kt mn2. so pls do continue it ya.
Nur Jannah Zahraa - seorang anak yatim piatu yg digelar mawar berduri kerana sikapnya yg tegas, dingin & independent..semuanya kerana satu peristiwa di masa lalu
Jihad Mikhael - seorang anak sulung yg penyayang kpd keluarganya, berani & petah berbicara bersesuaian dgn kariernya
Mereka berdua bertemu apabila Jihad menyertai kelab motor Jannah dan dari situ terdetiknya sesuatu dihati masing2..Jihad telah melihat 'sesuatu' di dalam mata seorang Jannah, lantaran dgn jawapan istikharahnya Jihad bertindak utk menjadi imam buat Jannah.
Dengan sikap Jannah yg sentiasa dingin, Jihad tidak berputus asa utk terus mendekati si mawar berduri. Namun, jikalau dah dinamakan jodoh pasti bersatu akhirnya.
Walaupun telah bersatu di dlm sebuah ikatan, Jannah masih dibelenggu dgn sejarah kisah hidupnya. Tiba disatu saat, akhirnya Jannah menceritakan segala apa yg sering ditakutinya. Kasih syg Jihad makin bertambah & berjanji utk sentiasa berada disisi Jannah.
Menyelami kisah ini pasti ramai yg mendambakan seorang teman hidup seperti Jihad (include me..hahahaha) Sesungguhnya naskhah ini padat dgn ilmu & sgt berbaloi utk dimiliki buat peminat novel diluar sana.
To kak Suzana, teruskan berkarya. I'm always supporting u :*
one of my much anticipated book since last year. a very good read indeed. jihad is too good to be true & jannah is very lucky to have him. the conflicts are not too heavy to digest. after a very difficult childhood jannah had built a wall around her so that she will not get hurt. jihad determination finally won her over. a heart made of stone will be soften with tender loving care and that what jihad had done. his patience is admirable & totally unbelievable. thanks suzana sulaiman for this wonderful book.
Don't get me wrong. I'm just lost for words. Buku ni syok sangat. It's sweet but not too sweet, it's romantic but not too romantic.. Pokoknya you'll just love it! You'll love watak jihad sini. Very in love actually. Haih... Tak tau apa nak cakap lagi. Basically highly recommended!
It's a good read but I tak tahu kenapa I masih belum berjumpa the bomb for the books that I read so far. Tapi yes one thing for sure tak perlu nak jadi sweet talker utk jadi romantik and Jihad has that all.