What do you think?
Rate this book


128 pages, Paperback
First published April 1, 2015
Buku ini saya dapat percuma sempena ulangtahun kedai buku online @sahabatattaqwa (Terima kasih sahabatattaqwa! Banyak pahala kalian). Ia menemani perjalanan pulang saya ke tempat menuntut ilmu. Nipis buku, mendalam isinya.
Kisah para doktor dari pelbagai latar belakang. Ada yang berkhidmat di Kelate, ada juga di Sarawak. Ada cerita di hospital, ada kisah di klinik kerajaan.
Saya secara peribadi sangat tertarik dengan tulisan Dr Fahd Razy tentang isu penglibatan doktor lelaki merawat wanita. Mungkin disebabkan penglibatan saya secara tidak langsung dalam bidang perubatan, saya setuju dengan pendapat beliau tentang 'kecerewetan' wanita memilih perawat. Boleh memilih doktor wanita sebagai perawat, tetapi jangan sampai menyukarkan pihak lain=)
Menariknya buku ini, ia bukan sahaa memaparkan kisah doktor, ada juga kisah jururawat dari pandangan seorang doktor. Mungkin selepas ini boleh diterbitkan tentang kisah dan pengorbanan para jururawat^^
Dari pandangan saya, buku ini yang punya 11 bab ditulis oleh 11 doktor lebih saya gemari berbanding buku Diagnosis. Mungkin disebabkan oleh kisah dalamannya yang ditulis lebih pendek yang ada kalanya lucu.
"Kadang-kadang doktor buat jokes juga tau. Kelakar!"