Diyana Aishah itu orangnya ceria dan manja. Tapi perasaannya pada seseorang yang dipendam lama, sedikit sebanyak memadam keceriaan itu.
Muhammad Hanif itu pula tulus orangnya. Dan dengan kejujuran dan keprihatinan dirinya, dia berjaya membuat Aishah kembali gembira dan ceria.
“Apa ni?” Dua patah kata itu diulangnya lagi dengan dahi berkerut. Hanif ketawa kecil. “Bagi sesetengah orang, itu dipanggil patung beruang. Untuk kau... ini dipanggil sumber ketenangan.” Makin berkerut dahinya. “Tapi… warna dia pink!”
Persahabatan mereka terbina tanpa disangka. Namun, ada rahsia yang bakal menggugat keceriaan Aishah semula dan menguji kejujuran Hanif juga.
Kisah mereka bukan kisah cinta biasa. Ini kisah Aishah yang masih mampu tersenyum, walau ditemani air mata. Ini kisah tentang pengorbanan dan kesetiaan. Dan mungkinkah itu sebenarnya tanda kasih dan sayang?
Novel ketiga RODIER ini bercerita tentang Ash dan Nif-Cut pula. Kisah persahabatan yang ditulis santai dan penuh dengan informasi yang menarik.
RodieR or Rodhiah Rahman is a pharmacist who sees writing as a huge passion. She collects poems and quotes and loves travelling. She has published two Malay novels with Jemari Seni and has built her own group of readers. One fine day she hopes she can share her stories with the world.
Iklan; Hi korang. Tolong kalau ada sesape adik beradik atau sedara mara nak letgo novel ni roger saya. Saya nak buat collection sendiri memandangkan yang ini saya hanya mampu pinjam kawan sahaja dulu sebab cari merata tak jumpa 🥹🥹
Ok kembali balik…
Weh what a nice story shot <3 Serious kalau dah jodoh memang tak kemana kan. Ni semua pasal timing. Time aku suka kau, kau taknak suka aku. Bila aku dah suka owanglaen, kau sibuk nak suka aku pulak! Babailah cite dia.
Suka wei dengan perangai cool Nif-Cut ni. Chatting dorang pun adoi terhibur laaaa. Aishah pun nampak je macam kepala batu tapi seorang yang lembut sebenarnya dalaman dia.
Oh, ASH. Tak expect pulak aku rupanya ada makna di sebalik ASH. Ingatkan sebab nama heroin yang dipanggil Ash tu.
personal rate; 4.9/5🌟 (kurang 0.1 cuz I NEED MORE OF THEM🥹😭)
trope(s) — friends to lover, right person right timing, red string theory, soulmate, slowburn romance, found family, first born ml x youngest child fl, pharmacist ml x english teacher fl, "it was you since start", coming of age, calm ml x sunshine fl, avoidant fl, booklovers couple
plot — this is officially into my comfort book🥹💗 kisah Nif-cut and Ash yang pernah berlanggar sambil memasing pakai headphone dengar lagu Easier to run and jumpa balik waktu kem universiti di Besut. Dari situ diorang bertukar email dan skype. comel sangat cara diorang communicate and stay in touch. memasing selalu share banyak benda including pasal crush. Nif crush dengan Mia while Ash suka Ashraf waktu tu. Dari benda2 kecil sampailah belajar pasal agama and tajwid alquran sama2 through chat. Bila Nif dapat tahu pasal Ash dengan Ashraf, terus member drive dua jam ya sebab risau dengan Ash😭
cerita ni seriously pasal timing dan kalau dah jodoh tu takkan ke mana🥹 i love how they be inspiration to each other to learn and become a better person. cantik plot disusun dari perkenalan, the heartbreak, the denial, the transform era, the meeting back, the Kemboja and confession in Paris phase waaaaaa sukaaaaa😭 walaupon ada part memang baran jugak agagaga but a good book when you get to experience different type of emotion right? and Nif dekat kemboja tu agak draggy sikit tapi faham je kenapa penulis letak scene ni sebab crucial jugak untuk development Nif.
honestly the last time aku baca Cooper-K tak ingat sangat pasal Hanif ni and act not really into my liking very stressful ya baca kisah Cooper-Mia banyak sangat tarik tali and misscommunication but i do love Nyanyian Hati, so untuk Ash ni walaupon dah lama tunggu untuk ada buku ni i put low expecation that i end up loving it so muchhhhh😭🫶🏻
Diyana Aishah — Ash, Ashes of Life, Miss Morrie, the owner of Pink solace, my girl 🫶🏻Ash ni even ada keras and kasar dia tapi sebenarnya seorang yang soft, Ash really screamed a Lover girl ya🥹💗 dalam lembutnya, dia sangat fikirkan pasal orang lain and always put effort untuk bersederhana dan berdikari sebab taknak label anak manja mak ayah dia. bila tahu hal sebenar pasal Ash tu, aku pon sebak sekali dengan Ash. setiap apa jadi memang ada hikmahnya, hugs Ash you really a strong woman🫶🏻 why i called her lover girl? cause shes a poet cuteeelahhh dia buat poem untuk Nif. part confess tu sumpah comel Ash ni🤣🤏🏻 bila dia simpan Pink solace pemberian Nif and ofcourse dia jadi lebih baik untuk dapat yang terbaik she deserved it💗 cuma geram sikit la part Ash ni tak bagitahu Nif sampai Nif pon ingat Ash ni still dengan status tu tapi tu la kalau cerita pendek je la kisahnya en, afterall its about timing.
Muhammad Hanif — Nif-cut, this basketball player really win my heart wehhhh!! HIJAU SANGAT NIF NIIIII walaupon lembap sikit sedar pasal perasaan sendiri tapi takpe saya maafkan awak Nif sebab dari awal ko memang hijo bang🙂↕️ softpoken, his emotional intelligence when it comes to Ash's condition is A plus! his words of affirmation, his care towards Ash aaaaa sumpah meleotttt!! man who is a good listener and read the book she loves?? SIGN ME INNNN the fact Nif baca buku Ash suka tu banyak kali sampai lunyai ya sebab dia kata tu buku kesukaan Ash BROOOOO tak cukup drive dua jam tu, sanggup terbang Paris sebab risau and nak pujuk hati Ash, a man who not give up?? YES. pergi Kemboja tu pon dia asyik ingat kawan baik dia tu beli macam2 untuk Ash even hati tengah sedih pasal Ash status at that time🥺 everytime Nif serabut dia main basketball tu sumpah hot HHAHAHAHA a man who yearns is a man who earn!!!
THEIR ANGST AND YEARNING GOT ME MELTING, imagine tengok nama email pon dah sayu haihhh they really definition of soulmate🥹 Hanya Ash yang faham Nif and hanya Nif yang faham Ash. all their conversations and sharing, also the moment Nif cakap dia dah dapat baca Ash even from air muka Ash tu pon arghhhh memang made for each other diorang ni lerveee sangattt they won my heart🥹🫶🏻 part dating tengok pantai berdua tapi lain location tu genius lahh HAHAHA perjanjian pre wedding tu comell sangattt menjerit aku baca terms yang Nif tambah tu YIHHHHH LAGI MELEOT BILA DIORANG DAH START PANGGIL EACH OTHER DENGAN NAMA LIKE WOI COMELNYAAA and finally bila tahu maksud sebenar Ash yang Nif interpret DAMNNNNNNN I WANT WHAT THEY HAVEEE
watak-watak sampingan yang semestinya membantu menggerakkan alur cerita. shout out to Fir and Zulaikha as wings man diorang HAHA nak dating pon wajib bertiga sangat bagusss. comella la ya bila Nif dah jadi member rapat abang Ash si Fir ni. Tak sabar nak baca Fir dan Anne pulak lepas ni. Nak baca pasal Suri-Ashraf bukunya pupus lah pulak😩
their friendship is so pure and their romance just nice and sweet HAHAHA sumpah i felt like this is ranting session rather than a review but yesss rasa macam nak cerita semua dekat sini supaya aku boleh ingat the feeling baca buku ni🥹💗 aku cari buku ni bertahun and its worth it sangat2, kalau korang jumpa buku ni silalah baca, very comforting🥹
last but not least act banyak tempat aku tabbing but lemme put some of my fav here:
I'm done with ASH!!! Satisfied. Contented! Definitely make me miss Cooper-K more.. weeee lurve the story mucho. Lurve every conversation that they share together. Lurve every single action that had being taken. Lurve the way they care for each other. Hurt with what happen wif the r/ship between Ash-Di, Nif-Cut-Mia. Definitely lurve their own soulmate bonding. Hurt with the truth but lurve the impact of such Secret.
Me missing them already... if ever i can have a bff like him, i'll ask no more. Him is just enough. Secukup rasa.
Aku habis baca novel ASH dalam tempoh yg sangat singkat. More than hours but not more than a day. Habis baca tepat jam 2:14 pm. Apa yg dpt aku simpulkan melalui pembacaan aku ialah ASH SANGAT-SANGAT MENARIK. FYI, ini karya pertama RodieR yg aku baca dan aku rasa aku dah terjatuh cinta dkt karya RodieR. Gonna read Cooper-K next. Sepatutnya aku baca Cooper-K dulu. Heh! Tak kisahlah. Mana2 dulu pun boleh.
(Part of their online conversations) Nif^Cut: Orang kata tak ada istilah best friends between a guy and a lady, Ash. Ashes_of_Life: Kau ni banyak sangat 'orang kata', kau tau tak? Nif^Cut: Haha! Ashes_of_Life: Jangan nak mengarut! Aku tak suka!
That's what happen between ASH or Diyana Aishah & Nif-Cut or Muhammad Hanif. 1st met at Kem Kepimpinan Pelajar - Pelajar Universiti Seantero Malaysia di Bukit Keluang Becah Resort. Sesi suai kenal antara Ash & Nif bermula a/b mereka diletakkan di bawah satu kumpulan yg sama. Rupa-rupanya itu bukan pertama kali mereka berjumpa. They first met each each other 2 years ago, when they accidentally bumped into each other on the street. Heh! Headphone Boy & Headphone Girl & Chester - Easier to Run.
Starting from there, diorang dah boleh bersembang dan Ash dah makin selesa bercakap dgn Nif. Nif yg boleh membaca apa yg ada di sebalik hati Ash. Ash suka Ashraf and Nif is aware of that fact. Heh! Hari terakhir di kem, Nif minta e-mel Ash just to make sure their friendship doesn't end just like that. ashes_of_life@gmail.com & nif^cut@gmail.com
Persahabatan yg terjalin antara Ash & Nif sgt istimewa. Mereka kongsi apa sahaja. Cerita. Gembira. Suka. Duka. Ilmu. Apa sahaja. Sampaikan Nif sanggup dtg ke Warisan Pahlawan Resort, Kuala Behrang untuk menenangkan Ash yg buntu dgn konflik yg menimpa. He gives her Pink Solace. Solace in time of depression. ^_^ How sweet of him. Right?! He's right there whenever Ash needs him the most. Beautiful friendship ever.
Macam2 yg berlaku sepanjang 550 m/s. Desakan Ash untuk suruh Nif cucuk jarum pikat Mia, pertunangan Ash, latar belakang Ash, kembara Nif & Ash di negara org. Bynk perkara yg mereka lalui & semuanya membantu untuk mematangkan mereka & buat mereka sedar akan rasa yg hadir terhadap satu sama lain.
A story about a guy and a lady who're just a complete strangers, to best friends & ??? UKM (TESL) - Ash UiTM (Pharmacology) - Nif Both of them have their very own story before they met each other. Tapi, sungguhlah ujian Allah tu berbeza untuk hamba-hambaNYa. This is a must read novel for those readers out there yg nak lari dari karya-karya kebanyakkan novelis tempatan yg boleh kita teka jalan ceritanya. Cliche as always! -_-
Aku suka setiap momen antara Ash & Nif. Pantai, e-mel, chat, phone calls, Paris, songs, books. Semuanya aku suka. Aku tak pernah jemu baca part ni. It makes me smile. It makes me happy.
I'll give 5 shining stars for this book. Kudos to the writer for writing this awesome book. And I'm officially your fan now, RodieR! Again, this is my opinion and it might be slightly different with yours. Trust me, it is really good and to have it as one of your book collection is a great choice. Oh, one more thing, don't get mad if I've just ruined your reading mood. I already stated, my review contained spoilers. Enjoy!
ASH = Aishah Sayang Hanif Kan? ps: Pink Solace pun setuju tau :)
Buku Ash saya baca back to back selepas Cooper K. This is to me by far much better dan gripping, dan kisah Cinta ya walaupun tragik juga dengan macam macam halangan perasaan Nif dan Ash, hingga kedua-dua nya hampir kehilangan cinta sesama mereka kerana fikir mereka sebenarnya hanya best friends. Latar Ash sebagai pelajar TESL di Ukm juga buat saya bias lebih suka Dia compared to Mia. Dan Ask suka baca buku-buku English lit. Kupasan buku-buku yang awesome walaupun hanya children classic, sangat saya suka. Nif juga pada saya jauh lebih cool dan 'romantic-teman sejiwa material, compared to Cooper. Krisis Ashraf - Maya, Nif-Mia, Nif-Ash, dah cukup hebat bagi saya. Kisah pengalaman dan info sharing masa Nif di Myanmar dan Ho Chi Minh, also description of happenings Ash, Nif, Ika di Paris - super engaging. Lagu-lagu yang mengiringi emosi Headphone Girl dan Headphone Boy pun, cool belaka. Definitely well written dan yes, buku ni Patut bernilai tinggi dan diburu macam buku rare, Sama macam buku-buku Hlovate. Try reading Fir-Anne, Cooper K, Ash, you'll get what I mean. Buku Ash ni kalau saya ada rezeki memang saya akan pastikan akan mengisi koleksi peri Adi saya. And gosh how I wish I'll get to visit Shakespeare and Company too and have my own little book heaven one day.
Kalau ditimbang tara kan, ramai yang nak kena gedebuk dalam novel ni. first, ashraf. mamat ni kan...haish. kenapa nak rapat sangat dengan aisyah? tak pasal2 dia ada perasaan pada ashraf. second is firdaus. sebab utama tak jadi nak gedebuk adalah masa last2 dia dah berbaik semula dengan adiknya. Yang Mia pun ada gaya2 gitu juga. rasanya watak Mia ni ada dalam novel Rodier lagi satu kan? yuni ni memang gitu ek. baca buku terakhir baru nak gatal2 cari buku yang awal2. so apa lagi yuni? tapi last2 tahu gak Mia kahwin dengan siapa. kekeke...tak berapa nak surprise lah kiranya.
tak tahu kenapa yuni rasakan hubungan aisyah dengan hanif is so sweet. nasib baik tak terlebih gula. untung pink solace yek. untuk Ika. lari lah selalu aisyah oit, boleh adik nif dpt jln2 free. paris tu.
masa aisyah nak kena tunang dengan ustaz tu, oh my....KENAPA??? tapi macam tak logik alasan ustaz tu. okay fine. sebelum kahwin kena tengok sekufu or not tapi...haish...kalau gitu kan, macam mana nasib anak perempuan yang sudah 'yatim' sebelum parents nya meninggal?
Akhirnya, berjaya jugak aku habiskan kisah Nif-Cut dan Ash ni.. Banyak info yang ada dalam kisah ni.. Best layan kisah dorang berdua.. Nangis sedih la jugak aku dibuatnya.. ahaha..
Overall, best..!
p/s: Tak reti nak ulas panjang lebar.. Cukup sekadar aku bagitau yang aku suka kisah ni.. :)
TAJUK : ASH by Rodier ••• 📌 RATING : 4.2 / 5 ⭐️ 📌 PAGES : 550 📌 TROPE : Friends to Lovers ••• Okay first of all, Hanif, saya mintak maaf sbb dlm Cooper-k saya kurang suka dekat awak !!🤣 Rasa menggangu Mia dgn Cooper 😭😂 padahal dia baik gila nk mampus dlm novel ni 🥰 ••• Persahabatan terjalan antara Diyana Aishah (Ash) dan Hanif (Nif-Cut), di kem kepimpinan pelajar. Mereka menjadi rapat setelah mereka berada dlm kumpulan yg sama, dan kebetulan mereka juga pernah terjumpa 2 tahun lepas, ketika headphone girl dan headphone boy berlanggar dan kedua mereka sedang mendengar lagu ‘Easier to Run’.
Walaupun kem tersebut hanya sekejap, tpi mereka masih rapat kerana selalu berhubung melalui email. Ash yg slalu menceritakan susah senang kehidupannya & juga update tentang crushnya, Asyraf. Manakala Hanif yg slalu update perkembangannya dgn Mia, seseorang yg dia suka sejak dlu lagi.
Ketika Ash patah hati dengan Ashraf, Hanif ada disisi Ash & memujuk Ash. Hanif sanggup memandu selama 2 jam untuk berjumpa dgn Ash yg membawa diri ke Kuala Berang 😭🫶🏻
Ketika Hanif sedang bersedih kerana Mia telah berkahwin dgn org lain, Ash ada di sisi Hanif dan tidak menceritakan masalah yg dihadapinya kepada Hanif kerana tidak mahu menambahkan masalah Hanif..
Orang kata tak ada istilah best friends between a guy and a lady. Ash & Hanif turut tidak terkecuali. Hanif yg pada mulanya dalam diam menyukai Mia, tanpa sedar hatinya telah berubah & menyukai Ash. Begitu juga Ash yg tanpa sedar turut merasa perasaan yg sama.
♡ Saya suka Hanif dalam novel ni. Dia sangatlah matang, tenang, sabar and gentleman. Mmg sesuai untuk Ash. Diorang pnya perangai tu mcm complement each other. Selalu tenang & sabar sewaktu menegur dan memujuk Ash.
♡ Banyak info-info and pengajaran dalam novel ni. Banyak jgk yg Ash slalu kongsikan dekat Hanif pasal ilmu-ilmu tajwid or apa apa yg dia baru belajar di kem mengaji Al Quran.
♡ Ada some part yg mcm meleret sikit esp part Hanif dekat Kemboja / Vietnam 😅 Tapi maybe okay je bagi orang lain. Ni pendapat saya je tau 🙈
♡ Waktu baca cita ni rsa tertarik pasal Fir. Nanti nk baca ‘Fir & Anne’ pulak. Sbb nk tahu pasal abang si Ash ni 😂
buku yang dinantikan after cooper k. seriously I don't like nif-cut in cooper k. although he done nothing wrong dlm tu! ! phew...just I think he was the bad third wheel..tapi sungguhla..bila baca buku ni keperibadian nif-cut tu sgt bagus, gentlemen, romantic in his way and so matured... I felt in love with his character, enough said!
buku ni mengingatkan saya tentang cerita hindustan hum tum. after a long journey as a best friend only they realise perasaan sendiri terhadap each other.
in a good way, this book really shows the other side of nif-cut yang sangat sangat sesuai dengan si ash..I love the nick name of diyana aishah..ash...nice. .and seksi. .hahahah...
the not so good of this book? hmmm..to be honest when ANY author cuba masukka kisah lawatan or trip in their plot they failed to attract my attention to keep reading the plot and story telling. this book pun tak terkecuali. I don't feel the attractions to keep reading when it comes to nif-cut journey to cambodia and Vietnam. I just don't. cara penceritaan perlu digarapkan dengan lebih baik lagi.
tapi itu cuma about 2% of the book la...yg lain memang my eyes glued to each and every word in this book.
good job rodier.. u've done justice to nif-cut and I so in love with his character. maybe after thia story between su and ashraff? ?
First time baca tak rasa nak tulis review.Kali kedua dan ketiga, baru rasa nak review.Kalau nak ikutkan, watak Nif-cut dan Ash ni paling tak banyak liku-liku dalam aspek komunikasi. Sebabnya mereka bermula dengan berkongsi rasa dan cerita. Tak payah cari jauh-jauh,rupanya jodoh ada depan mata masing-masing.Novel ni paling tak stress baca jika nak dibandingkan dengan novel lain penulis yang mesti ada konflik masuk hospital..hehe..
rasanya saya lebih suka dua novel dia yang sebelum ni. yang ni best banyak ilmu tapi macam kurang ummphh sikit. maybe saya baca pd wktu yang salah kot..
baca karya rodier kali ni mood ke laut dgn letih. lama baru hbs baca. tiap- kali baca mesti ngantuk. aduh... apa kenalah ni. kwn saya kata sinrom tak lalu tgk buku. btl gak. tgk buku pun rasa lain.
Cerita ni some kind of cerita santai. Tak ada scene2 yang terlalu lentok, takda scene airmata meleleh setempayan, takda nak hantuk kepala dekat dinding jamban. Overall, the reading goes smoothly. Cerita berlatarbelakangkan Nif-Cut dan Aishah yang berjumpa di universiti dan saling berhubungan melalui email. Them both becoming good friends to each other. Tapi yala, at most times ~ good friends between lelaki dan perempuan jarang2 laaa salah sorang tak jatuh hati, ye tak? It happens in this book. Nif-Cut yg pada awalnya menyimpan perasaan terhadap gadis sekuliah bernama Mia ended up menyemai rasa dengan Aishah. Dan Aishah, yang selama ni menganggap hubungan dia dan Hanif cuma sekadar kawan baik pun dalam tak sedar menyimpan rasa yang sama.
There’s a scene la dalam cerita ni, Ustaz Syukri yg wujud in the middle of the story. Mengikat tali pertunangan dengan Aishah but turning her down once knowing the truth about Aishah’s background. Tak ngam dengan title ustaz derrrr. Tetiba terfikir, sebab ni la jugak kenapa kita sebagai perempuan ada perlunya untuk kenali baik2 dulu hati budi seseorang tu sebelum berbuat keputusan terbesar dalam hidup. Ya, orang cakap bercinta selepas kahwin tu lebih indah, tapi tak semua orang kut akan lalui kisah yang sama. Tak gituh? Ehh, melalut banyak. Kbai!
Cinta seorang pharmacist and seorang lagi is Cikgu...
Cikgu ~ Diyana Aishah (Ash) adik kepada Firdaus dalam Fir & Anne... Suka baca novel klasik Style suka pakai baju colour hitam mostly (tudung hitam) Bila tengah serabut boleh plak terbeli tiket g Paris, sorang-sorang plak tu
Pegawai Farmasi ~ Hanif, dulu ada hati dengan Mia (Cooper-K) Orangnya sangat baik and caring Bila dah berkawan baik dengan Ash, lama-lama perasaan suka tu wujud.
Setelah lama kita tangguh buku ni, akhirnya habis juga. Bukan sebab tak best tapi sebab dari Jemari Seni yang membuatkan saya sayang untuk habiskan cerita ni secepatnya. Ash bagi saya banyak isi yang saya boleh dapat, bukan isi kosong semata. Selalunya trope friends to lover ni memang trope yang berjaya menarik minat pembaca tapi dalam Ash ni how the improve hubungan antara Allah dan juga manusia tu dan bagaimana penulis describe semua tu, itu tandanya awak kena baca buku ni. 🫣
Bagi aku sweet novel ni. Bila dua2 hero & heroin sedar dorang sebenarnya saling menyukai, tapi memilih untuk mendiamkan diri sebab dua2 menyangka ada orang lain yang boleh bahagiakan orang yang dorang cintai tu.. Ala ala, dua2 nak mengalah demi kebahagiaan crush. Nasib baik akhirnya mereka berterus terang dan bersama jua. Sedih laa kalau sampai ke akhir dua2 pendam perasaan.
Tak tau la..tak rasa Wow!! macam 2 novel sebelum ni. Cuma yang menarik cerita ni based on watak-watak dalam novel Cooper-K. Pengakhiran kisah Niff Cut si peminat setia Mia (Cooper-K).