Aku tahu Tuhan tak pernah tidur. Aku tahu setiap aturan Tuhan itu ada sebabnya. Tapi, aku pernah sangka pengakhiran aku dengan Faris akan berakhir dengan penceraian. Dan lebih aku tak sangka bila ....
“Tak ke pelik kalau tak datang period dua bulan...”
Sebaik aje penceraian berlaku, Tuhan hadirkan malaikat kecil kepada aku. Tanpa suami, tanpa kerja, tanpa Mak Su Jaja ... Aku jadi takut sendirian. Tapi, aku terlupa yang setiap anak itu ada rezekinya.
“Kami sebenarnya sedang mencari artis konsep bagi permainan interaktif kanak-kanak. Agak-agaknya, cik berminat tak nak jadi artis konsep kami?”
Dan sejak itu… semuanya macam Tuhan aturkan yang baik-baik saja untuk aku. Bukan saja kerja baru yang datang, tapi juga jiran baru yang baik dan prihatin, malah ofis pun best gila!
Aku mula merasakan pengakhiran aku dengan Faris tak adalah seteruk yang aku sangka sehinggalah Fauziah Fauzan tahu kewujudan dia.
“Gugurkan dan Faris tak perlu tahu.”
Kalau boleh aku nak bahagia tapi pilihan itu bukanlah terletak di tangan aku. Namun, setiap cerita perlu ada pengakhiran. Jadi, apakah pengakhiran yang baik untuk aku?
Bahasa dia bersahaja, santai and somehow buat F tersengih² sendiri sepanjang membaca.
F memang selalu ada soft spot for this author. She's one of those authors yang bila baca karya dia F rasa relax. Sampai F dah decide, antara semua buku pbakl yang F beli, buku dia ni antara yang F nak baca dulu.
Being far from my husband, F memang perlukan something yang boleh buat F rasa ringan dan tenang. This book came at the right time.
Kisah Nana dan Faris yang bercerai disebabkan campur tangan mak Faris. Walaupun dah berpisah, dua² masih baik dan matang dalam hubungan mereka. Nana dah lama cuba buka mata Faris tentang perangai mak dia, tapi biasalah... bila melibatkan emak sendiri, susah nak nampak kelemahan orang yang kita sayang. Nana bukan nak memburukkan, cuma dia nak Faris sedar sebelum keadaan jadi lebih teruk.
Lepas bercerai, Nana pulak dapat tahu dia mengandung. Bermulalah misi coverline daripada Faris sebab dia tak nak rujuk semata² kerana anak.
Dalam masa yang sama, Nana berjiran dengan seorang CEO yang handsome dan sangat green flag. Awalnya dia tak tahu pun itu CEO yang offer dia kerja. Mereka jadi rapat bila anak CEO tu terpaksa stay di rumah Nana disebabkan emergency.
Antara perkara yang paling F enjoy ialah conversation antara Nana, Nana kecil dan Encik CEO. Memang banyak scene yang sweet dan menghiburkan.
Yang buat F excited, initial nama Encik CEO tu ialah IH. Sama pula dengan crush note Nana zaman universiti dulu. Teruslah F buat teori sendiri. Ingatkan IH tu Encik CEO. Siap dah excited sebab Encik CEO ni memang package lengkap. Sekali... alamak, tak boleh cerita lebih. Nanti terlebih spoiler pula.
Yang lawaknya, bukan Encik CEO je green flag. Ada seorang Encik COO yang equally green flag. Malah ada seorang lagi another C lelaki yang F rasa green flag juga... cuma dia dah masuk kategori senja.
Nana pula berada dalam dilema. Adakah dia masih sayangkan Faris? Atau sebenarnya masih menunggu crush note yang tak pernah hilang dari hati sejak zaman universiti?
Dan cerita ni bukan sekadar kisah cinta. Ada juga kisah silam Encik CEO dengan crush dia dulu, kisah sebenar mak Faris yang dikatakan dibuang keluarga sedangkan hakikatnya tak semudah itu.
Ending dia? Alhamdulillah, pengakhiran yang baik untuk hampir semua orang. Cuma F terkilan sikit sebab mak Faris tak sempat nak bertaubat dan betulkan keadaan.
Favourite scene F? Confirm mak usu dan pak usu. Slay habis! Siapa je melamar orang dalam wad hospital dengan muka selamba macam tu? Pak usu memang legend. Masa scene tu, F siap tepuk tangan seorang diri.
Setelah penceraian berlaku antara Nana dan Faris, Nana dapat tahu dia mengandung.. dia cuba sembunyi kan perkara sebenar agar dia dapat lindung anak dia..
Dorang bercerai bukan sebab curang kee apa kee.. Faris nie anak mak.. jadi you all boleh fikir kan apa yang saya cuba sampai kan kat sini..
Satu hari PixelHaven nak Nana kerja dengan dorang sebab nya ada orang dalam tu perlu kan dan nak Nana ada dekat dengan dia.. tanpa Nana tahu CEO PH tu jiran dia..
Nana ada crush di zaman belajar.. tapi terhenti sebab buku yang menghubung kan dorang tu, Nana ‘terhilang’ kan.. jadi laa cinta yang tak kesampaian.. initial crush Nana start with IH.. sama macam CEO PH.. and no.. he is not the same person yaa.. korang jangan tersilap..
Faris dapat tahu tentang kehamilan Nana, terus nak rujuk.. masa nie memang best… watak paling best dalam buku nie muncul - Mak Su (Nadja).. she is one character yang korang terus jatuh suka bila di muncul.. dengan kisah silam dia yang tak kesampaian tu, alaaaahaiii comel btul.. siapa jerr boleh lawan cakap Mak Su? No one yaa
Nana reluctant sangat.. dia sayang kan Faris tapi dia tahu mak Faris tak kan terima dia lagi.. in the same time crush dia muncul kembali.. lagiii laaa buat kan hati Nana tak keruan..
I love every character in BAYAP.. dorang semua main peranan yang penting dan dorang ada cerita dorang sendiri.. bermacam² emosi ada dalam buku nie..
Penulis nak short story pasal pasangan² dalam nie.. missing them already..
Tak nak cerita lebih².. korang WAJIB baca buku nie.. highly recommended
Buku ni bukan dari genre yang saya biasa baca. Jadi saya agak terkejut bila tak henti-henti selak muka surat baru, terlalu asyik dengan cerita Nana dan Faris ni.
Saya rasa pilihan judul buku ini kena dengan cerita. Pada awal cerita lagi Nana dan Faris di fasa penceraian. Eh, awal-awal lagi dah berakhir? Yela, penceraian itu kan dianggap sebagai satu pengakhiran perhubungan. Saya syak tapi sangatlah berharap cerita ini tak guna klise orang ketiga atau curang. Alhamdulillah, walaupun punca penceraian dalam buku ini masih merupakan salah satu sebab penceraian, tetapi nasib baik bukan pasal penyondol. Saya memang tak berminat nak sambung baca kalau pasal curang.
Jadi kenapa Nana dan Faris bercerai? Muncullah watak antagonis, iaitu ibu kepada Faris, Fauziah Fauzan. Faris ni anak emak. Walaupun dia amat sayangkan Nana, Nana masih diletakkan di tempat kedua, di belakang ibu Faris. Malang bagi Nana, Fauziah ni bukanlah ibu mentua dari syurga. Tidak mahu dibuli di dalam perkahwinan, Nana bagi ultimatum kepada Faris yang berakhir dengan penceraian.
Namun, walaupun penceraian itu tak dramatik macam pasangan lain, Nana menerima satu kejutan yang bakal merubah segalanya. Dia mengandung! Bagi saya, bagaimana cara Nana menguruskan hidup secara berdikari selepas bercerai ni merupakah salah satu plot yang amat menarik. Saya tak dapat lepaskan buku ni sampailah saya tahu bagaimana cerita ini terungkai!
Ni buku pertama saya baca dari penulis walaupun penulis ni dah keluarkan banyak buku sebelum ni. Boleh tahan prolifik jugak! Tak terkejut dengan kualiti penulisan sebab memang dapat rasakan ianya ditulis oleh penulis veteran. Gaya penulisan walaupun bersahaja ini masih cantik bahasanya, dan memang rasa sangat realistik. Saya suka plot cerita di tempat kerja yang dikuatkan lagi dengan info dan suasana kerja yang agak terperinci.
Secara keseluruhannya memang saya amat puas hati dengan bacaan ni. Namun ada sedikit bahagian yang agak kurang senang bila baca. Pertamanya, kerapkali diulang pemikiran yang ‘putih itu cantik’, sampaikan saya tertanya-tanya sama ada ini hanyalah pemikiran karakter sahaja atau pun memang sesuatu yang penulis rasa? “....mungkin sebab dia tak cantik. Kulit dia agak gelap masa kecil.” Ya, memang soal cantik ini terletak pada pandangan masing-masing tetapi seolah-olah putih sahaja yang cantik dan diulang beberapa kali yang membuatkan saya kurang senang. Ada lagi komen seumpamanya yang menunjukkan pemikiran yang sama.
Kedua, walaupun penulisan di dalam buku ini amat terjaga bahasanya di dalam bahasa Melayu, banyak juga diselitkan frasa di dalam Bahasa Inggeris yang salah penggunaannya. Kalau sedikit mungkin lagi boleh diabaikan, namun rata-rata penggunaan BI yang digunakan adalah salah. Kesalahan tatabahasa ini agak mengganggu bacaan dan saya harap editor lebih teliti dalam penerbitan akan datang.
Terima kasih kepada pihak prolog media kerana memberikan peluang untuk saya membaca dan memberi ulasan jujur untuk buku ini. Berdasarkan pengalaman membaca buku-buku yang saya baca terbitan prolog media, ternyata kita mempunyai ramai talent yang boleh menghasilkan karya berkualiti. Saya tak sabar nak baca buku-buku terbitan akan datang.
please, saya tak cukup. saya nak lagiiii. saya nak lagi scene nana dan idriz. tak cukuppp, mereka terlalu somel sangat. saya suka sangat novel ni. first time saya baca buku dari author ni. semua watak dalam novel ni hidup. dari nana, Sophia, maksu , idriz , semua lah hidup. tapi geram jugak dengan fauziah fauzan tu. masyallah kenapa lah dia jahat sangat. rasa nak santau ii je dia tu. faris pun sama , duk dengar je lah kata mak dia tu, memang hampeh betul. yang penting idriz dan izzat green! dua dua kita sukaaa. memang patut jadi best friend 😜
This entire review has been hidden because of spoilers.