Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.
Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.
Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.
“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”
“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.
“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”
“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.
Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.
Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.
“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”
Best.. Suka dengan cerita ni... Ada beberapa part yang buat aku menangis.. Jenuh dok lap air mata je.. haha.. Kesian sangat kat Kaef.. Sampai hati Keisha buat dia macam tu.. . . p/s: Tahniah puan penulis.. Moga terus sukses..
Ini buku ke-8 dr Acik Lana yg aku baca. Dan kalau nk dibandingkan tahap kesukaan aku terhadap Chandelier dgn karya-karyanya yg dah aku baca sebelum ni...
Chandelier jatuh no. 4 selepas AYT, PCBS dan KMHB.
Aku suka buku ni. Sebab buku ni mampu hadirkan bermacam-macam perasaan di hati aku semasa membacanya.
Buku ni mampu buat aku tersenyum-senyum. Mampu buat hati aku rasa sakit macam kena tikam. Mampu buat aku kerdip-kerdip mata acap kali utk hapuskan air mata yg terasa mahu bertakung. Dan mampu buat aku rasa macam tak nak teruskan pembacaan sebab tak sanggup hadap babak-babak pengorbanan Keisha utk Kaef.
Baca buku ni buat hati aku terhibur di awalnya, tetapi tanpa aku sangka dr rasa terhibur bertukar jd rasa pedih mencucuk-cucuk di pertghan dan akhir cerita. Walaupun happy ending, tapi nak boleh ke tunggu Keisha dan Kaef sama-sama kecap bahagia tu terseksa sangat. Jadi bila aku jumpa jer perkataan tamat, memang aku rasa lega. Malangnya, aku tak happy. Cuma mampu tersenyum hambar. Sebab apa? Sebab babak yang menunjukkan Keisha dan Kaef bahagia terlalu sedikit, kalau tak silap aku cuma ada di bab terakhir saja. Jujurnya, aku tak puas.
Selain storyline yg hebat, watak-wataknya juga hebat, terutamanya Keisha dan Kaef. Watak Keisha yg sanggup membuat pengorbanan yg sgt besar memang betul-betul menyentuh perasaan, begitu juga dengan watak Kaef yg setia menunggu Keisha.
Akhir kata, Chandelier ialah salah satu karya terbaik Acik Lana. Sebenarnya aku tak expect aku akan bg buku ni 5 bintang memandangkan Red Velvet dan Kerana Aku Untukmu yg aku baca bertahun-tahun lepas langsung tak kena dengan citarasa aku. Jd aku sangkakan buku ni habis-habis tinggi pun hanya sekadar 4 bintang saja aku akan bg, rupanya aku silap.
Walau bagaimanapun, karya Acik Lana yg paling aku suka tetap Akadku Yang Terakhir, setakat ni karya-karyanya yg lain masih tak boleh tanding lg yg tu punya. Tp tak tahulah kot-kot SHC, MES, SD dan yg terbaru MJ, boleh tewaskan AYT sebab yg 4 tu aku tak beli dan tak baca pun lg. In Shaa Allah, akn beli dan baca akn dtg.
Yuni suka asas ceritanya. Tentang seorang gold digger. selalunya kita sering membaca kisah heroin yang baik2. tapi tu teringin juga nak baca dari sudut 'pembawa watak jahat'. dan ini adalah salah satunya. Tahniah penulis kerana lari sedikit dari 'laluan' yang sering digunakan oleh penulis2 novel melayu sekarang.
Cuma, adalah lebih elok sekiranya penulis lebih tumpukan pada macam mana Keisha berubah jadi baik. Bukan semata2 berpindah dari kondo ke banglo ke tumpang rumah orang. dari datuk ke tan sri ke tiada pangkat. kalau nak bercerita juga tentang itu, tambahkan jelah ketebalan. Don't worry, bagi yuni, harga buku novel melayu sekarang ni tetap mahal berbanding buku2 dulu. Kalau dulu, bawah RM20 pun dah dapat buku dengan more than 500 pages.
Yang menjadi tanda tanya yuni, apa motifnya datuk eusoff upah orang untuk mencederakan keisha? Ok, sebab marah. tapi lepas tu??? macam tergantung dendam Datuk Eusoff pada keisha ni. Dan apakah motifnya tan sri mencari semula keisha? masa mula2 dia juga yang cakap dia tak akan kahwin dengan keisha. tapi lepas jumpa semula, rasanya belum nampak perubahan sangat pada diri keisha, dah ajak kahwin. terus nak cepat2 plak. just WOW...
mudahnya orang melayu ni ada pangkat ek? umur 40-an dah ada datuk or tan sri. tapi macam kelakar pula, si anak berpangkat tan sri tapi ayahnya berpangkat datuk. sorry, yuni macam rasa tak kena part tu.
adakah kerana at least setahun release satu buku menyebabkan yuni rasa macam makin lama mutu buku dari penulis ini makin berkurang? ada juga penulis2 lain yang release saban tahun tapi still, hasilnya either on par or above. tapi ni...macam makin merundum. mula2 dulu ok. tapi lately...sorrylah not my cup of tea. tetapi kenapa yuni still beli dan baca? dah jadi habit, once dah start buat koleksi buku satu2 penulis ini, akan cuba sedaya upaya untuk completekan. so janganlah kecewakan hati pembeli tegar yek
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Not bad. Watak Keisha memang susah sikit nak tolerate sebab sombong and berlagak tak hengat dunia. Bab zaman kegemilangan dia memang tak menyelerakan untuk dibaca. Bila dah masuk zaman kejatuhan dia, baru lar rasa bersemangat sikit nak baca sampai habis. Sebelum tu terlintas jugak sekali dua sama ada mampu atau tidak N baca novel ni sampai ke muka terakhir.
Tapi bila difikirkan balik, rasanya perasaan naik surut tu yang membuat jalan ceritanya menarik. Kalau tak sakit jiwa bila baca novel, feeling jadi monotonous lar pulak.
Having said that, this is my least favorite Acik Lana’s novel to date. Bukan nak kata tak best, cuma mungkin it fell a little bit short of my expectations.
kisah keisha edlina, kaef, tan sri emran, dato' eusoff, dan banyak watak lagi.memang ramai betul berdendam dengan keisha. tu la suka hati dia je buat skandal sana sini, dah ketuk orang tu, terus tinggalkan.
paling suka watak mak kaef, puan maryam.kaef memang baik. keisha buat belagak dengan dia pun dia layan keisha ok je. macam biasa, happy ending.
nothing mych to say. Klise. dn agak membosankan. jalan ceritanya lebih kurang sama jer dengan novel2 terdahulu. nk kata dramatik....takderlah sangat....nk kata romantik...asyik kecundang sokmo. ending yg agak slow. tak teruja sangat. banyak skip page aku. fenatlah.
6 Cetakan kesembilan - Disember 2015 Begitu kuatnya aura Acik Lana dalam karya kali ini. Dan sejujurnya saya kira ini antara karya paling baik yang pernah saya hadam.
Acik Lana berjaya memutihkan watak hitam Keisha Edlina dengan menjadikan Kaef sebagai sandaran hidup seorang Keisha. Bagaimana bermulanya kisah cinta antara Kaef dan Keisha sungguh mengusik jiwa.
Acik Lana juga berjaya mengetengahkan tema pengorbanan dan keinsafan dengan sebaiknya melalui watak Keisha sendiri dan juga watak Tan Sri Emran.
Tahniah buat Acik Lana dengan karya Chandelier ini!
Rasanya buku ni pada pandangan saya sangat lah alright.Love the flow of the story up until Keisha tu kawin. When she got married I got bummed.Bukan sebab ceritanya bukan semakin tak seronok tapi sebab saya tak suka dengan siapa she got married tu. Well, cerita ni macam, kalau dah jodoh sama ada lambat atau cepat akan bersama juga akhirnya.
Bagi saya,novel ni salah satu karya terbaik dari Acik Lana yang boleh mendorong ku baca balik nanti.
Ramai yang kureng suka novel ni.. Ada yang kata hampeh!
Tapi aku rasa best sangat! At first aku memang suka Kaef dengan Keisha. Benci aku dengan Tan Sri Emran.. Tapi selepas diorg kawin.. Aku punya perasaan jadi 50-50 pulak. Aigoo...aku suka Kaef dengan Keisha tapi dalam masa yang sama aku suka Tan Sri Emran je dengan Keisha..
Aduduh! Ada ke sapa-sapa yang sama perasaan dengan I ni?
Tapi for me.. Novel ini sangat best.. I tak selalu letak rating tinggi macam ni untuk novel Acik Lana yang lain..Ada yang kena selera dan ada yang tak kena selera.
semua org tau y acik Lana since the very 1st book aku bukan mistress, beliau dh bwk 1 standard y tinggi utk beliau sbg writer...tmbh2 lps pypac y aku rasa antara novel y kira lagend kt malaysia smpai hrga preloved boleh cecah 3++..
tp malang utk buku kali ni, standard tu x smpai..cukup menghampakan..jln cerita y typical kpd gaya bahasa y mcm remaja br berjinak2 dgn dunia penulisan semua x mengambarkan lgsung buku ni hasil karya acik Lana
pndpt aku, kalau acik Lana x pernah keluarkan buku sebagus aku bukan mistress buku ni mmg mengcukupi sbg kick start y bagus
***aku mmg cerewet sikit dlm mencari buku y bagus..dr pengalaman2 selama dlm dunia buku ni aku dh boleh bezakan jenis2 penulis
Chandelier ni pada mulanya saya tak tertarik untuk membacanya. Tapi setelah adik dan kakak saya yang sudah membaca dan menonton dramanya, reaksi mereka menyatakan ia bagus dan terbaik. Dan saya seperti "boleh cubalah nak baca" walaupun takut mengambil masa yang lama sebab ada 814 muka surat, cerita ini takde yang membosankan saya walaupun ada bahagian yang saya skip atas sebab tertentu. Tapi cerita ini sangat menyeronokkan dan ada kisah yang menyedihkan serta sweet moment memang menyerlahkan lagi kisah Keisha dan Kaef.
Jalan cerita yang jauh berbeza dari apa yang saya fikirkan... Menarik!! 1) Tak sangka dlm keterpaksaan Keisha Edlina meneruskan juga pernikahannya dengan Tan Sri Emran. Saya fikir masa time akad nikah tue Kaef datang untuk menghalang pernikahan tersebut...~ala2 cam cete Hindustan he he!! tetapi tidak... :) 2)Jalan cerita yg berbeza, biasanya mesti hero yg muda jerrr...tapi Acik Lana wujudkan 2 watak hero, yang telah berusia (kacak & berharta) & yg muda ( kacak & sweet2 gitu). 3) Mengkaitkan jalan cerita kepada isu2 semasa.. cukup menarik, sukar sekarang penulis nak kaitkan jalan cerita kepada isu semasa. Tapi kali ini Acik Lana boleh mempertengahkannya.. Good Job to Acik Lana ;)
Sedikit kelemahan: Acik Lana kurang merungkai kisah keluarga Mak Biah & Dila. Mungkin kalau dirungkai pasti lebih bommm... he he!!
Kali ni saya kasi 4 bintang untuk buku Acik Lana yang ni. Bagi saya Acik Lana menunjukkan kematangan dalam cerita ni. Dia lebih berpijak di bumi nyata berbanding novel novel yg terdahulu yang lebih mengkhayal kan.
Saya suka walaupun saya rasa ramai pembaca yg lebih suka novel novel terdahulu.
Cuma pendapat saya dari segi kesinambungan perlu lebih planning yg teliti. Tetiba aje timbul cerita saman yg pada saya masa tu kurang mengena. Tetiba disebut nama yg tidak pernah timbul. Agak terpesong sikit rasanya.
Dan dari segi heronye, ha ha ha... lebih terpikat ke Tan Sri Emran berbanding dgn Kaef. Acaner tu...?
Walaubagaimanapun, tahniah untuk penulis. Atas keberanian dia lari dari landasan yg biasa.
saya bukan lah peminat Acik lana, novel pertama yang di baca adalah aku bukan mistress diikuti maaf jika aku tak sempurna. Chandelier adalah buku ketiga beliau yang saya baca.
Cerita yang menarik, saya suka dengan olahan Acik Lana yang bersahaja & kemas membuatkan saya tak berhenti untuk membaca. Saya rasa Chandelier lebih bersahaja berbanding 2 karya beliau yang saya baca sebelum ini, dari segi penceritaan & ayat2 yang digunakan.
buku acik lana tak pernah mengecewakan..tapi kenapa 3 bintang? tepuk dada Tanya selera sendiri. just this book too much klise in it. but...it is a good story indeed a gold digger turns nice and becomes a good person. message yang baik yang saya rasa bagus untuk masa sekarang yang mana materalistik gurls berleluasa disana sini.
i truly love this book and tak menyesal habiskan duit beli buku ni. to me, this whole book has it's own sense of moral in this whole story. for example, girls should always take care of their pride and dignity, money isn't everything, learn to accept god's will, a girl's image should be taken care of and never make your own assumptions and jump to conclusion.
suka jalan citer ni..best tapi.. part x best biler keisha kawin ngn tan sri emran. cukup x suka dgn tan sri emran yg selfish.. kaef yg setia menanti,menerima keisha. untungla ade sibujang yg baik hati terima keisha..