Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kimchi Untuk Awak!

Rate this book
Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

“Jang-nim!” - Danial Lee.

“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?

“Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?”

728 pages, Paperback

First published May 1, 2015

146 people are currently reading
1494 people want to read

About the author

Suri Ryana

9 books386 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
480 (52%)
4 stars
211 (23%)
3 stars
129 (14%)
2 stars
46 (5%)
1 star
42 (4%)
Displaying 1 - 30 of 89 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 25, 2015
Novel Keempat Penulis, bersetuju dengan beberapa Review di GR yg menyatakan ini antara naskah terbaik penulis. Sama Level dengan M.A.I.D
Tidak dinafikan Emosi turun dan naik ketika menghadam naskah ini.
Penggunaan POV 1 mmg menguji kesabaran.Ada unsur suspen membuatkan saya jadi tidak sabar.

Permulaan kisah yg agak masam dan kelat bertukar jadi sgt manis,manis dan manis walaupun diganggu sedikit oleh makhluk perosak kemanisan itu tetap tidak tergugat.Unsur "drama Korea" agak jelas kali ini.
Maaf demam drama Korea saya dah lama surut mungkin juga sebab itu kisah kali ini kurang menangkap jiwa.

P/S - Saya lebih menyukai PISA dari penulis dan sila abaikan adaptasi novel tersebut.
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
March 11, 2018
2.75 bintang

1. Fairytale overmuch. Untuk stok berangan ke awan memang sesuailah.

2. Penggunaan English dialogues yang melampau. Rasa saya, orang Korea tak mengagungkan sangat Bahasa Inggeris, seperti juga orang Jepun. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa sendiri. Jadi memang sangat tak patut la Bella tu asyik nak speaking english dengan semua orang. Padahal dia dah di tahun akhir pengajian kan, patutnya tak ada masalah la nak bercakap menggunakan bahasa korea - dan jangan ada yg terlebih lurus cakap sebab ni buku melayu jadi takkan nk guna bahasa korea.

3. Dari awal sampai ke sudah panggil suami Danial Lee. Adoiiiii. Kami semua tahu Danial tu kacukan korea dan nama penuh dia Danial Lee Jae Hwan, jadi tak perlu di-highlight setiap masa.

4. Saya tetap membayangkan Danial Lee tu bermuka beku walaupun dalam mood romantik haha.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 4, 2015
Sejujurnya, i have always liked this author's book. Stress free when reading her book n such a great book to curl up with at the end of a hectic day. the only thing that disturbs me is that part of her story is predictable. It always start with an obnoxious guy meet one brani2 takut lady n along the way, the transition of the obnoxious guy to one romantic across the border guy. Why across the border? too diabetic for me. *peace* And another thing is.... this time, the guy's transition seems surreal to me. not that it happened overnite, maybe it wasnt elaborated enuf that i find it surreal.

But... there r two things that I really loved this time. It's like belajar bahasa korea dlm buku ni. n there's a recipe for kimchi also included. So, me being a fanatic-when-have-time korean drama, it is definitely a bonus for me. N I also added Korean song as background reading.... perghhh I tell uuuu.... dah macam ala2 winter sonata hokayyyy.... ahaksss.

Anyway, it was nice.... Surreal... but nice.

Owh... I like the storyline also.... not too much conflict but enuf but sorry to say... if the romantic parts be reduced, I would have enjoyed it even more.... :)
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 14, 2015
rasanya novel x sebaik novel2 SR yang lain. bermula dgn baik. konflik jiwa kacau bilau antara Daniel n Bella. good. ml suka. tapi bila perjlnan hidup mereka di Korea di "tayangkan". mak aih... Korea Sgt... Dan ml pun Dan lama tinggalkan dunia Korea ni.

bagi yang merancang smbg belajar/ melancong ke Korea.. byk info berguna utk mereka. tp setakat tu shj.

jenuh ml tunggu konflik hidup mereka. jenuh ml tunggu bilah Si omma ni Nak luahkan perasaan... aiyokkk.. Sgt lama...

Dan bila kekusutan terlerai... eh..eh... mcm tu jer... Kira Bella ni Sgt beruntung hidupnya... serious....

dan lg satu.. novel ni sama mcm 3 lg novel suri yg lain. kawen kerana terpaksa... emmmm.. harap Sgt lepas ni x Ada cam gini ya suri..

keseluruhan .. oklah..
3 star...
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 25, 2015
2 1/2**

Macam ada kurang 'rencah' dalam resepi Kimchi ini, tapi saya tak tahu apa 'bahan' yang tertinggal... nanti saya fikir dulu naaa.

Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
September 9, 2015
3 1/2 *

cerita ni okay je best je... cuma teringin nak baca cerita kak sury yang bukan kahwin paksa or kahwin pilihan keluarga.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
May 22, 2015
Book #46 - 2015

Beautiful. Tajuk memang sesuai dengan cerita ni. Buku yang agak tebal tapi cerita tidak meleret-leret ataupun tidak sekadar untuk menebalkan buku.

I think this book reminds me of MAID. Cerita kawin paksa masih lagi digunakan dan pada permulaan cerita memang lelaki itu digambarkan seorang yang ego ataupun nampak sangat dia tak sukakan perempuan itu. But oh man, once they are married..... Romantic habis!

cerita yang tak heavy. Konflik pun ala yang macam tu aje la.

Two scenes; mulanya di malaysia dan kemudian di korea. So memang kita dihidangkan dengan whatever happens in korea. The scenery, the hotspots, the food. Right now saya memang craving habis teringin nak makan kimchi.

Congratulations cik writer. This is a masterpiece!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
November 25, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Novel Suri Ryana kali ini memang sangat the Korean drama. Sesiapa yang a big fan of Korean dramas, you’ll find some of the adegan dalam buku ni selalu muncul dalam Korean drama. Misalnya, bab tenung-menenung, curik pandang, peluk dari belakang, and tarik-tarik tangan.

So far, novel Suri Ryana tak pernah buat N stress bila membacanya. Ia ada charm-nya yang tersendiri yang boleh membuat pembaca terpikat dengan semua watak yang ada.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
June 11, 2015
finally hbs juga....


for me ok la.. cuma permulaan tu MB rasa lamaaaaa sgt nak samp part yg mampu menarik utk MB trs membaca hehehe letih ok..

then bila mereka sudah ketemu wahhhh bunga api di mana2 huhu... danial ooo danial XD

overall ok cerita yang simple.. konflik pn hanya salah fhm je.. obviously MB kuranggg suka watak bella to childish nasib la penulis buat watak danial sgt matang dpt la menutup watak bella..

apa yg MB nmpk watak bella sgt matang bila dia marah dgn yoo ri masa dekat villa.. hermm
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 18, 2015
OMO..OMO..sukanya cerita ni..masa start Bella n Daniel jumpa..sampai last x rasa boring langsung pun....walaupun Bella-Daniel ni suka gaduh2 masa first2 tapi tetap rasa cute sweet..and then Daniel sgt romantic bila dah suka kat Bella..bukan setakat Bella je suka blushing si pembaca ni pun sibuk nk blushing jugak..hahaha
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
November 30, 2015
cerita yang biasa sahaja namun kena dengan jiwa. tapi, hmm perubahan danial bagi saya agak mendadak dan dia seakan akan terus jatuh suka pada si bella. tak cukup rasa bagi perubahan yg berlaku. tapi overall, saya suka.
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
June 19, 2016
Rasanya ni buku pertama dari penulis ni yang Yuni baca. Don't worry. Tinggal buku pertama je belum ada dalam koleksi. Dalam sebulan ni, bersedia ajelah baca review yuni utk novel2 dari penulis ini.

Santai. Even ada conflint tapi still tak berat which is good sebab baca pun masa bulan Ramadhan. Penat sikit berkejar dari office untuk balik rumah, nak fikir masak apa lagi. So tak bestlah kalau baca yang stress2 ni. So pilihan yang agak tepat untuk baca novel ini. Memang yuni cari novel yang santai untuk bulan ni. Yang berat2 lepas raya kay.

Tetapi:

1. Geram yuni dengan si Bella ni. Before kahwin, tak reti agaknya nak cakap 'TIDAK' kepada Encik Faris. Tak suka tapi layan juga. Dalam hati, kutuk2. Tak sihat hati macam tu. Tak pasal2 dapat dosa kering. Dah lepas kahwin pun satu. Kenapa tak nak beritahu kamu dah kahwin? Even Encik Faris selalu potong your sentence, you potong lah balik. "cop cop cop...saya nak cakap sesuatu dulu, Encik Faris" sambil buat iklan kit kat sekejap. Rasanya kalau Bella bertegas sikit, takdelah Encik Faris tertunggu2 macam pungguk rindukan bulan. Tetapi, yuni tahu ada je wujud orang yang tak reti cakap tidak pada orang lain. Takut orang tu kecil hatilah, rasa bersalah lah, itulah, inilah. Tapi still geram dengan si Bella.

2. Encik Faris ni kerja apa sebenarnya? Orang dekat pejabat kedutaan Malaysia di Korea ke? Sorry lah mungkin ada part beritahu Encik Faris ni kerja apa tapi yuni TERskip kot. Oklah, tak kisah dia kerja apa tapi kan selalu sangat Bella jumpa dia masa kat Malaysia or Korea. Kemungkinan berjumpa tu dah hampir nak sampai tahap pelik. Encik Faris ni stalker ke apa? Dia takde kerja ke?

3. Berbulan Danial cari Bella. Adoi...tanya ajelah si Bella ni belajar kat universiti mana. Then pergi je ke universiti tu. Memang lah sekarang ni makin ramai student dari Malaysia tapi ramai2 tu separate ke merata universiti. So dalam satu2 universiti tetap sedikit je portion Malaysian. Dan selalunya disebabkan sedikit itulah, hubungan mereka rapat, boleh beri hint sikit2, Bella tu duduk mana. You kan from Korea, Mr Danial! Lee Jae Hwan, namanya hampir sama dengan watak Lee Dong Wook dalam Hotel King. So sorrylah, sepanjang yuni baca, yuni bayangkan Danial tu muka macam Lee Dong Wook.

4. Not sure how to describe relationship between Danial-Yoo Rin-Papa Danial-Omma ni. Okay, danial dan Yoo Rin adik beradik susuan. Memang dalam Islam, mereka seperti adik beradik kandung. Sebab tu Yoo Rin boleh peluk slumber dek je dengan Danial. Tapi orang lain tak tahu. Apatah lagi si Bella. So apa salahnya Danial or papa dia beritahu? Then papa danial ni, tak fahamlah fungsi dia. Sekejap wujud. Sekejap tak wujud. Tapi duduk kat Korea. Aiyoyo...Kalaupun si Danial ni bohong sunat cakap Bella busy, takkan tak boleh jumpa masa kat Seoul sekejap? Takkan dia terima bulat2. Keluarga Bella pun sama.

5. Again, I want to question Bella-Kak Long-Kak Ngah punya relationship. Diaorag adik beradik. Tapi disebabkan Bella belajar di Korea dan Kak Ngah di Swiss so diaorang jadi tak rapat sampai Bella tak tahu perkembangan hidup Kak Ngah. Hello, even sorang kat Korea and sorang lagi kat Swiss, tak pernah dengar skype ke? Bukan sorang kat planet pluto sorang kat Planet Zuhrah. Logiklah sikit. Ni langsung tak tahu apa2 tentang Danial. Even Kak Long pun sama. Why? Busy couple dengan bekas boyfriend? Bagusnya. Rasa macam pelik kat situ. Bella cakap diaorang rapat tapi takkan takde initiative sendiri untuk perbaiki hubungan tu even jarak adalah faktor utama? Takkan nak harapkan subsidi kerajaan kot. XD Sebab Kak Ngah meninggal dalam tiga tahun lepas kan? Kalau macam tu, Bella ni baru je start study kat Korea. Maybe tahun pertama. Takkan Danial tu couple dengan Kak Ngah seminggu dua je? Haish...

6. Habis Zara macam gitu je ke? Sah, cerita ni dibuat di Korea. Asyik asyik sakit je orang kat Korea ni yek.

Yuni suka:

1. Resepi kimchi ada di belakang. Nanti nak try lah buat. Mana tahu menjadi. Tak payah pergi ke Seoul Garden semata2 nak makan kimchi.

2. Seperti yuni nyatakan di atas, cerita ini santai. I like it.

3. Macam mana hubungan Kak Long dan Amar terjalin? Tak puas hati sebab penulis tak bercerita lebih lanjut tentang mereka.

So, next novel nak baca apa yek?
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
December 13, 2016
Ketinggalan keretapi. :) Naskah 2015, hujung 2016 baru baca.

Suri Ryana, ceritanya sentiasa manis bergula walau pahit di awal cerita. Bacaan santai yang tak mengecewakan.

p.s sebelum ni tak pernah nak teringin langsung makan kimchi. Tapi lepas habis buku ni tiba-tiba terasa nak cuba rasa kimchi. Thanks to you Bella. Hehe
286 reviews52 followers
May 13, 2015
suka sgt2x....conflict yg x memberatkan otak...x stress...hihihi...bersesuaian dgn tajuk dan ia mengisahkan ttg ank muda bernama danial lee yg merupakan kacukan korea dan melayu bertemu dgn pasangannya yg merupakan ank melayu jati dan menuntut dlm bidang kejuruteraan di seoul, korea....perlanggaran di incheon airport lah merupakan detik pertemuan pertama ant danial dan bella yg agak kacau bilau dan akhirnya diikat dgn lafaz ijab dan kabul.....walau pun pertemuan pertama itu jika blh ingin diakhiri namun kimchi buatan bella yg membtkn mereka trs bertemua dan bertemu.....
jika dah jodoh, akhirnya pasti bahagia...tambahan pula danial ni penyayang, romantik dan sweet....so mmg cair lah bella selalu....walau pun ada yg cuba nk memporakperandakan hubungan danial dan bella, namun semua itu tidak berjaya kerana hati mereka berdua dh bercantum dan terikat....xblh dipisahkan lagi.....
so jika anda ingin mencari satu karya yg anda rs santai, sweet romantic....maka ini lah ceritanya....kimchi untuk awak....mmg best
Profile Image for Zyra.
28 reviews
May 5, 2015
Senyum n gelak aje baca kisah cinta masam dan pedas ni jadi semanis cotton candy. Memang kisah fairytale sangat kau dapat bellaaa ;D

Segala about Korea yang diceritakan dalam novel ni especially all about korean food (kimchi for sure) makes me want to fly away straight to Korea and live there. Ahaks.Thanks for your sharing writer.

As usual, I love how Suri Ryana wrote her story. This is another good masterpiece, writer.
I give you 4.5 stars and I willingly will give you five stars if you cut a little part of lovey dovey between the love birds. Still, I will waiting for your next novel SR <3

"You're my sugar rush, my cocaine bliss, my illegal high, my perfect kiss. You're an addiction that I fail to resist.." -Danial Lee

Awww so sweet~
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
February 3, 2016
Pendapat : Saya rasa macam ada yang kurang pada karya SR kali ni. Hmmm... mungkin sebab novel2 SR sebelum ni, pasal kahwin paksa kot dan KUA! pun kisah yang sama...dan jalan cerita tipikal macam cerita kahwin paksa yang lain... takde sesuatu kelainan, maaf. Tentang watak pula, Bella kurang matang..nasib baik, Danial ni boleh tangani dengan baik segala kekusutan.

Pengajaran : Masalah komunikasi...tak kira dalam apa2 perhubungan pun, komunikasi penting... berterus terang, berbincang...bukan, asyik fikir yang tidak2..dan buat konklusi sendiri...bila masalah nak selesai daaa..

Review : Pertemuan pertama di lapangan terbang, membuatkan Bella menganggap Danial ni sombong.. dan mencetuskan beberapa pertelingkahan antara mereka. Mereka betemu sekali lagi, apabila Danial merupakan bos kepada kakak Bella, dan Bella diminta untuk membuat kimchi untuk majlis di tempat kerja kakak Bella..dan pertemuan seterusnya, Danial merupakan anak kawan baik ibu bapa Bella dan pernah hampir2 menjadi ahli keluarga Bella. Mereka dipaksa kahwin kerana satu insiden yang berlaku di kampung Bella. Hubungan mereka diganggu dengan kehadiran seorang gadis Korea-Singapore Yoo Ri.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 24, 2015
i lioke!!! suka baca kisah pertembungan dua budaya nie. walau a lil bit stress gak. apa masalah nak marah2 pada bella sedangkan dia x bersalah pun.. hrmmm...

part paling skeri the movie time 2nd time kena allergic.. uwaaaaa.. jahat tau!!! kuang ajaq!!! marah nie marah nie.. ngeeee..

and dan dan after baca, terus rasa nak gie seoul garden. mkn kimchi. nak wat sendri mmg x lepasla.. hehehe
Profile Image for shaafiiqah.
14 reviews3 followers
June 7, 2022
4⭐

Even dah tengok movie dia and knew the whole plot but still dalam novel ada la yang lain sikit.love how daniel can be sweet to bella dari muka ketat 24/7 end up dengan bini jadi kucing and conflict dia tak berat ringan je🦋
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
April 17, 2017
Boleh di hadam...

Terasa bagai melancong ke Korean bila baca novel ni. Bukan omong² kosong tetapi terselit perjalanan penulis ke setiap sudut di Korea.

Jika di tanya jln cerita dah boleh agak apa yg akan di gayakan oleh penulis. Walau pun pada mula agak sukar utk menerima gaya tulisan yg sebegini tp boleh laaaa... (menghadamkannya) tema kahwin paksa yg tak boleh di elakkan..
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
December 19, 2018
Novel yang menarik.. Walaupun bertemakan cinta dan kahwin paksa akibat peristiwa tak terduga namun penulis berjaya menyelitkan hubungan kekeluargaan dalam novel ini.. Yang paling best dan memikat ialah novel ini menerangkan serba sedikit mengenai pembuatan kimchi, adat dan budaya orang Korea serta beberapa perkataan Korea.. Memang ohsem
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
March 28, 2018
Sometimes the strongest among us are the one who smile through silent pain, cry behind closed doors and fight battles nobody knows about.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,553 reviews41 followers
November 22, 2020
Nama-nama yang unik - Salsabila for Bella dan Sumayya for Maya. Di mulakan dengan terlanggar di airport, di ikuti dengan banyak kebetulan. Daniel fikir kimchi Bella yang ada shrimp menyebabkan dia diserang allergy rupanya dia alah pada almonds. Mungkin keletihan hari ini menyebabkan saya tak boleh enjoy ceritanya, mungkin terlalu meleret konfliknya, mungkin terlebih cliche, mungkin bukan taste saya.
Profile Image for Marina.
2,042 reviews361 followers
March 13, 2016
** Books 64 - 2016 **

2 dari 5 bintang!

Saya ingat sekali ketika hari jumat, 19 Februari 2016 lalu saya berkunjung ke malaysia dan tak lupa mampir ke toko buku kinokuniya yang terletak di KLCC situ. Saya menginginkan membeli buku-buku sastrawan Malaysia dan berjanji akan membacanya sesampainya di Jakarta. Saya memilih tiga buku yang antara lain buku puisi, buku tentang P. Ramlee dan untuk sastra kontemporer saya memilih buku ini

teman saya merekomendasikan novel ini karena dia melihat 3-4 orang sedang membaca novel ini didalam MRT. saya sebenarnya agak skeptis membaca novel pure romance dan biasanya saya membaca historical fiction romance ataupun kalau romance seperti karyanya Colleen Hoover ataupun Rainbow Rowell.

setelah saya membacanya waduhh saya benar-benar dibuat speechless dan mengerutkan kening dengan karya yang sudah sampai cetakan keempat belas ini T____T

1. ceritanya penuh dengan drama
drama dimulai dengan ketika dibandara Incheon si bella bertabrakan dengan seorang pemuda yang pada akhirnya duduk bersebelahan di dalam business class. tidak sampai disitu saudara-saudara sampai di malaysia ternyata keluarga si Bella ini mengenal si pria bernama Danial ini.. Duhh banyak drama banget didalam buku ini mulai si Bella mau bikin kimchi untuk tamu perusahaan Danial tapi yang handphone Samsung Note 3 dia kelupaan didalam plastik berisi bahan-bahan kimchi yang ia masukkan ke dalam kulkas rumah Danial, ada adegan jatuh ke dalam kolam renang juga bok duh bella kasian kamu kebasahan. tapi seru kan digendong sama si danial? ada lagi adegan si Bella manjat pohon jambu ehh ternyata dia jatuh dong kebawah disambut gitu sama si Danial. pokonya dimana ada Bella disitulah ada Danial. *tepokjidat

2. ceritanya Too good too be true
Saya lebih menyukai kisah-kisah romance yang realistis tapi buku ini tidak bisa menawarkan hal itu. saya dari awal sudah bisa menebak endingnya akan seperti apa. pasti Happy ending story. dari awal sudah tabrakan di bandara, masing-masing orangtua keluarga sama-sama kenalnya, pernikahan yang sudah diatur keluarga, lalu si tokoh Danial yang amboi macam the most wanted bachelor in malaysia yang juga kaya raya ketemu sama si bella perempuan yang berusia 22 tahun dan menempuh kuliah di seoul national university yang biasa aja tipikal novel fairytale cinderella. oh ya jangan lupakan disini ada impian bella yang ingin kelak sama suaminya naik kereta kuda ala2 fairytale berdua #facepalm

3. Karakter heroine alias Bella yang nyebelin
bukan apa-apa saya kesal dan capek membaca buku yang disini karakternya bawaannya marah-marah teruuss, ngamuk teruss coba aja liat Bella yang selalu marah tiada henti setiap saat

Edisi ngamuk di bandara
"Kalau aku buta, kau tu apa? samseng?!"

Edisi ngamuk bersama Kak Long
"tiga puluh orang! tak ramai kak long cakap? paling banyak bella pernah buat pun untuk lima orang makan aje. Eee...kak long! kenapa la kak long pandai-pandai berjanji? sekarang ni camne? hadoi la..."

Edisi ngamuk dirumah Bella kepada Danial
"Eh, helo.. in case awak terlupa, ni rumah saya! suka hati sayalah nak buat apa kat sini! diorang tu suruh saya panggil awak. saya ingatkan awak kat luar tadi. jadi, saya tunggu ajelah kat sini"

dan banyak-banyak lagi lainnya edisi si bella yang marah dan ngamuk2..

4. penggunaan beberapa barang bermerek
Saya kurang tahu tapi entah kenapa saya merasakan penulis sangat rajin menuliskan beberapa merek barang tertentu seperti Samsung Note 3, Iphone dan oh ya jangan lupakan satu set cangkir merek Royal Albert juga dituliskan disini. Jangan nanti kedepannya seperti Mbak Ika Natassa atau Miss Jinjing ya mbak.. kecanduan nama-nama bermerek dicantumkan sesekali didalam novelnya :'(

hahaa pada akhirnya saya sendiri lelah. lelah dengan drama di buku ini yg too much dan too good to be true untuk saya.. 728 halaman bayangkan saja! *nangis duluan rasanya

kalau dari segi bahasa tidak ada masalah yang berarti. mungkin awal-awalnya saya merasa awkward tapi lama kelamaan terbiasa mungkin karena dahulu saya pernah stay di malaysia hampir 4 tahun?

saya rasa novel ini akan cocok bagi pecinta buku romance yg suka dengan kisah dreamy dan fairytale. i'm sorry i can't give this books more than 2 stars :(
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 16, 2016
I've been reading this novel over and over again. Sungguh tak membosankan.

Daniel bekas kekasih kakak Bella. Orang mix Korean. Setia dan kaya plus penyayang. Sikap dia sangat menjengkelkan bila masuk bab Bella sebabnya she looks exactly like her arwah sis and secondly he is fighting his feelings towards Bella..wajah yg hampir sama tapi sifat yg ketara perbezaannya.

Bella ni pun sungguh tabah walau dlm memberontak once in a while towards Daniel. Happy go lucky dan bijak juga. Masih menuntut di one of the University in Korea. Fall in love with Daniel without knowing his past relation with her arwah sis. Every member of her family hides that fact from her until she found a letter addressed to Daniel by her late sis.

Zara minah terlebih gedik dan cinta bertepuk sebelah tangan. Hati yg sangat dengki. Cuba meraih cinta Daniel dgn bermacam cara.

Yoori adik angkat ke susuan Daniel membesar bersama. In cahoots with Zara sebab si Zara ni bought her loyalty with luxuries.

Bcos of that letter, Bella dan Daniel dipaksa berkahwin. Not a bed of roses in the beginning until one fine day she fled back to Korea. This is where their romance gets interesting.
(Author takdelah kasi ayat terlebih gula sebab company gula tak kasi subsidies..no discount.)

He showed more thru action rather than mere say. Dan Daniel explain explicitly what actually happen back then dan siapa Yoori sebenarnya. Gigit jari with happiness macam minah sawanlah sebab Daniel ni became extremely romantic dan sweet. But to her only..I dont like fairytale. Tapi kalau kahwin style musim salju mmg daebak...ini wedding style that I like.. not hers.

Biasalah..dimana ada Daniel mesti ada Yoori. Dan dimana ada Yoori mestilah ada Zara. So kekecohan berlaku dan Daniel almost lost his life..Yg buat marah ni sebab Yoori dah tahu rumah tu rumah Daniel dan Bella yg masih datang masuk tanpa izin ni kenapa..yes because of 'loyalty' dia tebalkan muka.

Ending dia happy..but whylah buat org Spore ni nampak buruk..kita takdelah perangai seteruk tu or maybe Im living a sheltered life. Its shocking especially if u listen MJ12. Sungguh ku tak sangka. Bukan Michael Jackson ya. Peace.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
August 21, 2015
Adapun jika membenci jgn sampai keterlaluan...kelak bertukar menjadi sayang...

Begitulah kisah cinta Danial Lee, jejaka kacukan Korea & Melayu, & Salsabila (Bella), gadis yg melanjutkan pelajaran di Korea. Mereka saling membenci di awal2 pertemuan. Bg Danial, Bella mengingatkannya kembali kepada satu kisah kecewa lama. Bg Bella, Danial biadap. Walaupun kedua2nya saling cuba menjauhkan diri antara satu sama lain, namun takdir terus mendekatkan mereka berdua dgn rentetan2 peristiwa di sekeliling mereka sehinggalah akhirnya mereka disatukan dlm ikatan pernikahan.

Bila bersemuka, mereka sering bertegang urat. Bila tidak bertemu, asyik teringat2. Pada ketika mereka hampir megakui yg sebenarnya wujud sesuatu rasa di hati masing2, hadir langau bersama onar & fitnah. Bella lantas membawa diri dengan seribu prasangka, meninggalkan sang suami tanpa sepatah bicara.

Kiranya jarak itu menguji perasaan...rindu bertebaran...sepi menyesakkan...

Pemergian Bella menyedarkan Danial betapa dia terlalu mencintai & mengharapkan Bella. Jenuh dijejaki sang isteri. Sedang Bella pula... pemergiannya adalah supaya tidak mejadi batu penghalang kepada hubungan yg kononnya sedia terjalin, namun sudahnya dia berperang melawan rindu & sepi.

Sesungguhnya takdir Ilahi..tiada ternafikan...
Lantas, terlerailah keegoan

Danial kemudiannya bertemu kembali dgn Bella & kesempatan itu tidak dipersiakan lg. Perasaan di hati diluahkan tanpa ragu & berharap semoga Bella turut memiliki rasa itu. Ternyata cinta berbalas, kasih bersambut...prasangka akhirnya terlucut...Lalu bahagialah mereka menyulam cinta...cinta yg halal...cinta yg tertunda dek salah sangka. Kasih biarlah sampai ke hujung usia...dalam lindungan Yang Maha Esa.
Biarpun taufan datang menduga mahligai mereka, namun kasih tetap bertaut jua...kerana ikatan mereka terlalu istimewa, yg turut mengikat 2 budaya & 2 negara, serta merungkai dendam & sengketa.






Profile Image for Jessica.
171 reviews
June 27, 2015
2015 - Novel #25

Novel yang sangat-sangat-sangat sweet. Boleh kena kencing manis jawabnya. Cucuk insulin penting. haha...

Mereka asyik laa bergaduh tapi sebenarnya dah jatuh cinta. Nak mengaku terlampau ego. Akhirnya salah faham terjadi. Bella pon pergi Dan waktu itu baru Danial sedar rasa hatinya. Masa Bella & Danial bersatu memang sweet tahap gaban. memang overdose sangat. hahaha... but I like.

Tak suka bila Zara & Yoo Ri menyibuk. Agak menyampah di situ. Light conflict. Takde sampai melalak meraung. hehehe.... Bacalah sangat enjoy
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
April 3, 2017
Owhsome.. my favorite after MAID.
Daniel Lee yg hansome tapi kerek ahakss yg boleh buat Bella blushing & melting selalu. Mmg romantic laa si Danial nie tunaikan impian Bella yg 5 tu..
Macam terasa plak nak mkn kimchi..
Thumbs up to the writer.. best!!

2/4/2017 - Hahaha.. baca lagi novel nie... mmg best.. byk kali baca pun tak boring2, marathon satu hari abis..
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
May 13, 2015
a typical forced marriage story from suri ryana. but the added value was the family relationship, and also ibu susuan.

hm....I am a little bit biased here, sebab bagi 4 stars to my fav author..hahah..but danial lee was so sweet to the max!

apapun, for me this book is a light reading story which clear my stress. me enjoying the book, how about u guys?
1 review
May 1, 2015
suri ryana ~ i love the way u write about Bella & Danial..kimchi making...n korean background -the culture-food-places.....tq for writing & sharing perhaps yr life journey in korea..really enjoy reading..keep on writing ok
Displaying 1 - 30 of 89 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.