Jump to ratings and reviews

Harum Sundal Malam

Dia kembali… bukan untuk memaafkan, tetapi menuntut balasan.

Dulu, dia jiwa yang lembut, namun kematian yang kejam mengubahnya menjadi bayang dendam yang tidak lagi mengenal belas. Sumpah kesumat puntianak itu tidak pernah lenyap daripada ingatan penduduk kampung.

Ada yang mempercayainya, ada juga yang menolak kewujudannya. Namun, hutan terlarang tempat puntianak itu dikurung, tetap dijaga rapi. Tiada siapa berani melangkah masuk tanpa keizinan. Sehinggalah kematian misteri Meela, gadis yang nekad menyelidik kisah puntianak di Kampung Permatang Bidara, membuka kembali cerita yang lama terkubur. Malah, Medina turut dihantui mimpi misteri yang membawanya menyelongkar kisah puntianak itu dan asal- usulnya.

Kedatangan Medina mencetuskan tragedi di kampung itu. Yang dikurung akhirnya dibebaskan. Ada nyawa yang menjadi korban. Namun, Medina tidak berhenti daripada terus membongkarkan rahsia di sebalik tragedi 125 tahun lalu. Segalanya bermula daripada kisah silam… Fitnah dan pengkhianatan terhadap seorang insan bernama Cindai, yang akhirnya melahirkan dendam yang tidak pernah mati.

“Aku bersumpah setelah aku mati, aku akan bangkit menjadi syaitan untuk balas dendam!

Satu kampung ini akan bermandikan darah!” – Cindai

“Bukankah susur jalur keluarga Wangi ini hanya melahirkan anak perempuan?” – Medina

Mengapa susur jalur keluarga Wangi hanya melahirkan anak perempuan dan apakah kaitannya dengan dendam Cindai?

Adakah dendam Cindai benar-benar bangkit selepas 125 tahun?

Siapakah korban seterusnya apabila yang dikurung akhirnya dibebaskan?

“Aku tidak berpihak kepada sesiapa. Yang salah tetap salah. Tapi kau memilih untuk bersekutu dengan syaitan.”

397 pages, Paperback

Published June 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ilya Abdullah

48 books48 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
2 (66%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Aira Zira.
241 reviews5 followers
June 23, 2026
Rate : 3.8⭐️

Terakhir saya tonton yang Maya Karin jadi puntianak. Kali ini kak Lang lahirkan naskhah tentang puntianak cantik yang kejam membalas dendam. Ada kisah tragis disebalik huru hara yang berlaku. Okay guys, kulit buku dia lagi seram dari ceritanya. Tapi, kalau mudah menggigil bila bayang puntianak mengilai, sesuailah dibaca berteman atau di siang hari.

Seperti kata penulisnya, buku ni memang fast pace. Tak ada buang masa. Terus bagi segala plot, debaran dan gangguan. Cerita pun mudah nak masuk dalam kepala. Ada masa kita dibawa pada kisah silam yang menyayat hati. Ada bahagian akan buat kita berfikir siapa keturunan yang masih berbaki.

Saya jamin korang boleh survive. Aksi ganas dari puntianak je tak santai. Pantang dia ada peluang, mangsanya tak sempat nak sembunyi. Pencarian waris dan paku tu memang buat saya tak senang duduk.

Sedikit terganggu dengan beberapa ejaan yang salah dan perkataan yang hilang dari radar. Harap dapat disemak dengan lebih baik lepas ni. Jalan cerita menarik, ada juga bahagian sedikit gore tapi masih aman. Saya tahu korang seram dengan kulit bukunya, tapi isinya menarik.

Ingat, syaitan itu memang tujuannya menyesatkan umat! Tapi, janganlah mudah terpedaya bila digula-gulakan syaitan. Teguhkan iman, hanya pada Allah kita bergantung.
7 reviews4 followers
August 15, 2026
Buku2 karya ilya tidak perlu kita pertikaikan memang bagus, dari segi jalan cerita, plot, kejutan demi kejutan, cerita disebalik cerita, tapi kali ni saya terpaksa memberi sekadar 3 star sbb jalan cerita buku ni agak huru hara, dari satu kejadian tu penulis macam tergesa2 beralih ke kejadian lain, ada masa bila kita membaca tu jadi sperti tidak paham akan kejadian sbb terus ke cerita lain, dan satu lagi pihak yg terbabit dlm mnguruskan edit untuk buku ni tak baca betul2 ke dari awal mula buku hingga akhir ada sahaja kesalahan di setiap bab, dia jadi agak tergangu untuk baca.
Jalan cerita dah menarik, plot dah ada tapi spoil kat bahagian tatabahasa ejaan, spoil dgn jalan cerita yg agak tergesa2
Displaying 1 - 2 of 2 reviews