Jump to ratings and reviews

Date to Marry

Lapan tahun bercinta.

Hasilnya?

Bukan terima cincin merisik, tapi hinaan daripada bakal mak mentua.

“You salah sebab tak berani,” kata Nuri pada sang kekasih.

Dan sejak hari itu, Nuri Asyikin, 28 tahun berhenti jadi perempuan yang menunggu.

“Kalau lelaki tu serius, dia tak akan buat kau tunggu.”

 
***

Jazmi Elhasiq, 37 tahun.

Low profile. Dia bina empayar automotif dari bengkel kecil.

Bakal mentua pernah gelar dia mat rempit tak ada masa depan.

Sekarang orang panggil dia jutawan.

Dia cuma nak satu benda: projek rumah dan one stop center dia siap tepat masa.

Apa yang dia tak jangka?

Arkitek yang ambil alih projek rumahnya, baru putus cinta tapi datang site macam tak ada apa-apa yang runtuh dalam hidup dia.

“I tak nak lelaki yang sanggup lawan mak dia demi I.”

Ayat itu dia dengar, dan tak boleh lupa.

***

Nuri tak mahu lelaki pengecut.

Jazmi pula bukan lelaki yang suka kejar perempuan.

Tapi bila seorang perempuan berani lepaskan cinta lapan tahun kerana maruah,

bertembung seorang lelaki pernah dihina kerana impian, batas profesional mula jadi kabur.

rasa hormat bertukar jadi perhatian,

dan perhatian jadi keinginan.

Ini bukan kisah cinta budak-budak.

Ini kisah dua orang dewasa yang sama-sama tahu harga diri.

Kadang-kadang, kita tak perlu date lama-lama untuk cari keserasian.

Bila kita sudah cukup dewasa, kita tak cari pasangan untuk seronok.

Kita cari pasangan untuk tua bersama selamanya.

DATE TO MARRY.

Bermula dengan janji temu.

Berakhir dengan janji seumur hidup.

624 pages, Paperback

Published July 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Rose Harissa

39 books227 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
52 (72%)
4 stars
15 (20%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,362 reviews253 followers
August 10, 2026
Rasa nak repeat balik dari awal sebab suka cara diaorang yang bersungguh² nak kahwin.

Yesss, date to marry. Tak payah bercinta bertahun² sangat. Bercinta lepas kahwin pun indah apa. Malah kadang² lagi best sebab dah halal.

F dari dulu memang suka penulisan Kak Rose Harissa. Ada something about her writing yang very relaxing. Mesti ada scene yang buat kita ketawa kecil, senyum² sendiri sampai blushing. Tak perlu over sangat pun tapi cukup untuk buat hati rasa ehhh sweetnya.

8 tahun bukan masa yang sekejap.

Imagine spending 8 years believing someone is part of your future, only to realise everything you believed in selama ni tak seperti yang disangka.

8 tahun Ammar dalam denial tentang mak dia. 8 tahun Nuri tertanya² dan berteka-teki.

Then one scene comes along and everything falls apart.

Tapi F nak tanya satu benda je…

MANA AMMAR MASA NURI BERTUBI-TUBI KENA HENTAM TU???

Sampai hati Ammar. Maknya pun cam takda adab.. bertudung pun mulut longkang. Belum lagi sedara mara Ammar. Perempuan pilihan mak ni biasanya mesti nampak suci debu, lembut, manis, baik, sopan santun bagai. Konon calon menantu mithali.

Sekali... ermmm duri yang menunggu masa nak dicucuk.

F suka betul cara Kak Rose create watak Nuri. Her profession as an architect tu bukan sekadar letak sebagai background character. Ada detail yang buat kita rasa.. ohhh okay, this girl really knows what she's doing.

And kita ni baca novel pun sebab benda² macam ni lah. Benda yang kalau suruh F survey sendiri, memang esok lusa pun tak survey. Tapi bila author selit dalam cerita, F tahu serba sikit pasal architecture, tahu pasal drag motor. Ilmu datang secara tidak sengaja. Terima kasih penulis..

Then scene Ammar datang wedding tu… F actually skeptical juga. Why is Nuri crying? First thought... "eh Nuri ni belum move on lagi ke?”

But then bila fikir balik… they broke up pun sebab Mak Ammar. Lepas tu Syu pulak update status bertunang.

Okay fine. F retract my statement.

Cuma satu je F kepochi… Kisah Syu habis gitu je?

No no no... F nak tengok Mak Ammar terkedu sikit dengan pilihan dia yang kononnya bagus, baik dan perfect tu. Nak tengok muka dia bila realiti datang mengetuk pintu. Aahhh mak² ni... suka sangat bakal menantu yang nampak lembut, manis dan baik. Dah ditebuk tupai pun boleh pulak percaya anak sendiri yang buat. Kata anak kesayangan. Takkan perangai anak sendiri pun tak kenal?

Anyway, one thing F really enjoy about Kak Rose Harissa's writing is the calmness. Cara Kak Rose tulis relax. Cara watak² dia react pun relax. Tak semua benda nak melatah. Tak semua konflik kena jerit²... menangis beria atau overdramatic.

They just deal with it. Somehow that makes the reading experience very comfortable. Macam F tengah duduk santai, baca, senyum, ketawa kecil, geram sikit, kepochi sikit…

F rasa novel ni dah cukup tebal dah. So bila sampai perkataan tamat tu F rasa “eh.. dah habis". Tak puas youuuu. Excuse me author. F wasn't done yet!

Overall, another Kak Rose Harissa's book yang buat F realise… maybe F don't need more drama. F just need good writing, believable characters and people who actually know what they want.
Profile Image for chelsannereads.
272 reviews6 followers
July 11, 2026
Rating: 5🌟🌟🌟🌟🌟
Trope: date to marry/ strangers to lovers/ opposite attract/ sof spoken ml/ mature couple/ sweetness overload/ millionaire ml/ racer ml x architect fl/ etc...

Saya malas nak cerita pasal blurb buku, korang pergilah baca sendiri blurb buku ni hahahaha.. 😂

My thoughts 💭 (my opinion)

WEIIIIII KENAPALAH AKU TAK BACA BUKU NI TERUS WAKTU MULA MULA SAMPAI!! Menyesal nyahhhh sebab buku ni best sangat². 😩🔥 Aku tak sangka aku boleh habiskan buku yang mempunyai 600+ lebih muka surat sebab aku ni slow reader tau. Jadi bila aku dapat habiskan buku yang tebal macam ni dalam satu hari sangat menampakkan yang buku ni begitu SERONOK SEKALI! 🤯

Tak sia² teracun waktu pertama kali baca blurb turns out betul² best! Saya tak tahu lah macam mana nak komen pasal watak hero dan heroin dalam cerita ni, dorang pasangan yang tersangatlah matang! Saya suka sangat dengan pasangan ni, first time saya tak rasa menyampah dengan pasangan dalam novel sebab biasanya mesti ada perkara yang membuatkan saya geram dengan sesetengah watak. Tapi yang ini, mereka lain daripada yang lain, bukan macam karakter buku yang lain. Mereka sangat matang dalam hubungan.

Jazmi Elhasiq, Ya Allah ini ke yang orang cakap TERJEM-JEM tu? Sebab saya pun tengah TERJEM-JEM sekarang ni. 🤣 Watak dia tersangatlah green flag seluas warna hijau yang ada di muka bumi ini!! 😩💚💚 Dia tak terburu², dia bagi Nuri ruang, tak menekan-nekan, tak pernah tinggi suara, bukan seorang yang baran, tak naik tangan kepada perempuan, seorang yang penyayang, baik hati, penyabar, soft spoken, tahu batasan, tahu baca keadaan, tahu agama dan etc... Perlu lagi ke saya perjelaskan lagi se-green flag mana jejaka ini?! 😩💚✨

Nuri Asyikin pula damn pertama kali saya tak annoying dengan watak heroin dalam sesebuah cerita. Bagi saya Nuri sangat matang, sama dengan Jazmi. Senang cerita dorang 'bagai pinang dibelah dua' sangat sedondon dan sekufu. Nuri bukan perempuan yang jenis tunggu lelaki provider, sebab kerja dia sendiri boleh provide masa depan dia. Arkitek kot! Jazmi pula jutawan pehhhh kena sangat! 🔥 Alur cerita pula memang buat saya ketagih untuk teruskan pembacaan, sampai tak boleh berhenti dari selak muka surat.

Dan apa yang saya suka, penulis guna dual pov. Saya suka baca kedua² pov watak, boleh rasa chemistry dorang. Sepanjang pembacaan saya, bibir ni tak henti² senyum dengan karenah dua orang ni. Jazmi pula cara dia menggatal tak cringe malah lagi buat saya cair.. 😩 konflik cerita ni tak berat ngam untuk dibaca sebagai bacaan ringan kalau korang nak senyum je memanjang. 🌚🤍 Keseluruhannya, jujur dari hati saya begitu enjoy dan jatuh suka sekali dengan karya ini. Secara automatik ia menjadi one of the best book yang saya baca di tahun 2026!

Highly Recommended tolonglah beli dan baca korang! 😩💚
Profile Image for twiggies.
107 reviews8 followers
August 23, 2026
1) the kind of adult romance yang aku suka (sebab memasing dah in their late 20s and 30s), plus there’s no unnecessary miscommunication or third person. ada la satu scene yang Nuri kind of palau Jazmi, tapi bagi aku that was understandable sebab trust issue. Nuri pun baru je breakup, tahu tahu member awal sangat buka cerita pasal ex dia lol

2) the career portrayal delivered in the best way. cerita ni memang penuh dengan scene diorang as arkitek & klien bukan sekadar profession yang disebut. full of unfamiliar terms as well (bagi aku yang tak ada knowledge/kaitan dengan architecture & racing), but it’s actually fun to read. but for me, it might be a hit or miss for some people yang tak enjoy this kind of technical details

3) chemistry memang chef’s kiss. aku suka betul interaction between the mcs. tak rasa cringe and their conversations feel natural & realistic macam cara orang dewasa matang bercakap. cuma ada la few dialogues with the same pattern yang berulang sikit

4) both watak greenflags namampos. aku suka cara penulis bawa watak Nuri. penulis really tried to embody girl empowerment thru her and i love it so much. the kind of fmc yang boleh jadi one of role models!! lagi lagi Nuri ni seorang arkitek dalam a male-dominated field, and the portrayal of her as a confident & capable woman memang love dooh. tak termasuk lagi how she handled sasuey men she met during the blind date and how she completely cut off her ex 😮‍💨💗

5) Jazmi ni kalau bebetul wujud, aku yang pergi buat rombongan meminang mengejut tu HAHA😔 lagi lagi dengan pekerjaan dia yang memang menambahkan lagi aura kejantanan. scene dekat track pun walaupun tak ada depan mata, tapi boleh bayang ke-handsome-an dia tu macam mana 😮‍💨🔥

6) oso regarding ex Nuri, Ammar honestly i don’t condone that one action of his, tambah pulak dia ni pengecut and couldn’t stand up for his beloved🫩 but i didn’t expect to cry over him waktu dekat majlis tu😔 tapi suka la sebab penulis bagi a healthy closure macam ni instead of tetiba ada drama lain muncul, which made the scene 2x sadder

7) overall walaupun jalan cerita memang straightforward & simple with light conflict, surprisingly i really enjoyed it. might pick this up again kalau aku nak something gedik gedik muehehe
Profile Image for Cutie_pie28.
560 reviews12 followers
June 27, 2026
Nuri bercinta dengan Ammar selama 8tahun.. mengharap kan satu hari nanti Ammar jadi imam tanpa Nuri tahu yang Emak Ammar tak restu hubungan dorang.. tapi bila Nuri tahu, dia cuba move on dari Ammar..

Jazmi pernah di hina oleh bekas tunang dan keluarga hanya di sebab kan dia suka race.. macam takda masa depan laa dorang rasa..

Dua insan ni bermula dengan perkenalan yang biasa, berkembang menjadi sebuah kisah cinta yang penuh dengan harapan..

Kat sini saya baru laa bukak mata tentang dunia permotoran dan jugak arkitek.. apa yang perlu ada, apa yang dorang nak dan perlu kan.. macam² lagi..

Dua² pernah di sakiti.. jadi bila Jazmi nie cepat kan hubungan dorang, Nuri macam speechless.. dia ingat dia perlukan masa.. tapi parents dia tak bagi masa.. in the same time Nuri pun nak tapi dia takut.

Closure untuk Nuri dan Jazmi dengan kisah silam tu ada jugak cerita dalam nie.. cuma tentang Syu tu jee saya ter tanya².. nak tau jugak apa yang jadi kan..

Da kawin alaahaiii sweet aje dorang nie.. dengan kehadiran anak dorang yang serupa Jazmi tu.. aish geram laa..

Cerita nie ingat kan kita perkahwinan bukan satu destinasi tapi ia perjalanan yang perlukan kesabaran, percaya dan cinta yang jujur dan tulus..

Overall cerita nie seronok baca.. cuma bagi saya penggunaan ayat tu sangat formal.. tak berapa relax.. not like our daily conversation..
Profile Image for Diniy Qistina.
245 reviews7 followers
July 26, 2026
♾️💫⭐ (ultimate premium infinity loop stars)

Wah! How to I put my words eh? Rasa macam kehilangan diksi pulak. In short, sumpah cerita ni best gila-gila namati! 😫🫵🏼 🦋🔥

Dari segi plot cerita dan pace cerita, pada pendapat peribadi, ianya perfect! Tak laju dan tak lambat. Bukan instant love, bukan juga slow burn romance.

Nuri Asyiqin ni dah bercinta dengan Ammar selama lapan tahun tapi masih tiada tanda-tanda lagi Ammar nak kenalkan dia pada keluarganya apatah lagi nak menghalalkan hubungan mereka. Tapi suatu hari Ammar beritahu nanti masa hari raya dia nak bawa Nuri jumpa keluarganya di kampung lelaki itu. Nuri patutnya rasa excited tapi sayangnya dia tidak. Semuanya sudah terasa hambar bagi dia. Bila dia dah jumpa kelurga Ammar baru dia tahu sejak dari mula lagi dia gagal dan takkan pernah dapat restu dari ibu dan keluarga Ammar. Bukan setakat tak mendapat restu, tapi teruk dia dihina, diherdik dan dimalukan oleh keluarga Ammar. Ammar pulak boleh tinggal Nuri sorang di ruang tamu biarkan menghadap keluarganya sendirian. Bila sudah tak tahan, Nuri minta diri. Dia memang terlalu terkejut dan sedih sampai tak mampu nak pertahankan diri. Ammar yang tiba-tiba munculkan diri pulak tak function! Ammar langsung tak pertahankan dan lindungi dia di depan keluarganya. Biarkan dia di-humiliate sebegitu sekali. Akhirnya, Nuri memilih untuk noktahkan saja hubungan lapan tahun mereka. Dia sedar diri dengan posisi diri dia di depan keluarga Ammar.

Demi nak keluarkan diri dari radar bayangan Ammar, Nuri buat keputusan gila dengan terima cadangan daripada housemates merangkap best friend dia, Mariam dan Syakirah untuk pergi ke blind date aturan mereka daripada apps cari jodoh gitu. Objektif blind date ni lebih kepada nak kenal-kenal saja dulu dengan lelaki. Nak tengok chemistry gitu. Keluar date hari ni bukan untuk terus kahwin hujung minggu depan. Setelah menghadapi beberapa blind date, Nuri mula faham, bukan semua blind date perlu ada spark atau kisah sambungan selepas itu. Cukup sekadar tahu yang dia masih boleh duduk depan lelaki lain tanpa jadi canggung.

Dalam masa yang sama Nuri merupakan arkitek yang in charge dalam pembinaan bangunan (ke rumah gitu?) one stop centre untuk seorang kliennya yang bernama Jazmi Elhasiq. Nuri ingatkan lelaki itu biasa-biasa je namun rupanya sungguh luar biasa ya. Bukan kaleng-kaleng. Self made millionaire gitu! Soal duit bukan masalah untuk Jazmi, tapi masa dia! Yang sudah banyak terbuang disebabkan kerja firma arkitek (kalau tak silap lah) sebelum ini. Selepas pihak Nuri ambil alih kerja tu, barulah semuanya mula nampak lebih lancar.

Hah! Kat situlah titik permulaan segalanya. Ingatkan hubungan mereka akan kekal sebagai arkitek-klien je. Very professional. Tapi keadaan mula jadi huru-hara bila Jazmi terdengar perbualan antara Nuri dan Ammar. Jazmi kira itulah lelaki yang menjadi punca kekecewaan Nuri. Tapi Nuri tak tahu Jazmi ada terdengar perbualan tu. Lagi tambah memalukan bila tanpa Nuri sedar rupanya semasa dia sedang menghadiri acara blind date dia, ada Jazmi yang duduk di meja sebelah. Nuri tak perasan mula-mula tu sebab ada partition yang memisahkan meja mereka. Malu tak usah dikata! Nuri rasa nak menghilang dari situ sekarang jugak. Dengan perbualan entah apa-apa daripada blind date dia. Keadaan menjadi lebih tak membantu apabila pemilik kafe tu rupanya best friend Jazmi. Habis remuk dan rebah dinding professional seorang Nuri. Antara part yang paling suka sekali, bila Jazmi dah sedar perasaan dia terhadap Nuri, dengan very straight forward tanpa kona dia ajak Nuri untuk keluar date dengan dia. Bukan date saja-saja atau suka-suka. Tapi DATE TO MARRY. Dia tak nak main-main. Umur dia yang 37 tak sesuai dah nak mencuba try test market. Dia nak serious punya date!

Actually, saya suka heroin @ wanita yang dominan macam Nuri. Dia dominan bukan sebab dia rasa dia superior daripada orang lain terutamanya dengan kaum lelaki tetapi sebab dia sangat yakin dengan diri dia dan kebolehan diri dia. So confident yet masih bertempat di bumi yang nyata.

Both hero dan heroin sangatlah seorang observer. Dia boleh faham seseorang (even though not fully) melalui riak muka, pandangan mata, bahasa lenggok badan, boleh baca dan faham situasi, suasana dan keadaan semasa. Mereka tak memandai tapi cukup untuk sekadar tidak melebihi sempadan dan tidaklah sampai quickly judge. Hah, boleh faham tak macam tu? 😅😬

Sumpah suka gila dengan karakter mereka berdua ni! Tak tahu nak jelaskan macam mana perasaan ni. Lagi satu, saya suka betul kosa kata dalam ni. Hahahaha... Lagi-lagi pada aneka analogi mereka. Kejap analogi bahasa arkitek, kejap analogi bahasa formal/professional, kejap analogi bahasa racer (?) gitu. Analogi bahasa kacip pun ada ya. 🤣🤣🤣

Oh ya, dalam cerita ni banyak dijelaskan secara details berkenaan skop kerja arkitek Nuri dan juga Jazmi yang merupakan racer dan pemilik syarikat automotive sportswear. Fuh! Explanation dia! Kena pulak baru je semalam announcement berkenaan Sepang kembali menjadi tuan rumah F1 setelah sekian lamanya. Kebetulan betul timing tanpa sengaja. So banyaklah dapat input dan output berkenaan dengan perkara tu. 😆

Okay, tu jelah kot review kali ni. Ni pun panjang dooh-dooh dah. Pun masih rasa tak cukup dan puas bercerita. Apa-apa pun very recommended untuk korang beli dan baca novel ni. Saya berani potong kuku, cerita ni memang dijamin best gila dan korang takkan rasa bosan! 🧎🏻‍♀️🦋🔥
Profile Image for fiy.
129 reviews3 followers
July 5, 2026
Personal rating: 3.9/5

Trope(s): Strangers to lovers, instant love, he fell first but both fell harder, client, racer, businessman ml x architect fl, career driven couple, romance as a subplot, lighthearted humor, age gap

Sesuai utk orang yg dah layak kahwin tapi tak kahwin kahwin. Kalau org muda / org yg senang bertemu jodoh mungkin dia tak boleh faham situasi nuri. Senang cite sesuai utk org yg tak jumpa jodoh lagi/ dah berputus asa dengan jodoh.

Jodoh tu Allah dah takdirkan pada waktu yg paling tepat tapi tepat setiap individu tu berbeza. Untuk kisah Jazmi & Nuri, jodoh yg tepat itu hadir setelah kedua-duanya bersedia dari setiap sudut; sudut kewangan, trauma dan paling penting emosi. Bertahun tahun kedua duanya menyimpan satu emosi yg tidak mudah utk dilupakan tetapi bila takdir Allah tertulis begitu maka begitu lah yg terjadi. Apapun takdir Allah yg paling cantik walaupun kita dah rasa perancangan kita dah cukup cantik tapi apa yg direncanakan oleh Allah berganda ganda cantik dan tersusunnya kisah kehidupan kita (Jazmi & Nuri)

Jazmi & Nuri yg bermula dari klien dan arkitek. Yang hari hari berjumpa atas urusan kerja akhirnya menjadi teman serumah. Walaupun nampak simple plot tu tapi tidak semudah yg disangka. Banyak onak dan duri utk jazmi dan nuri. Setiap yg indah mesti bermula dgn ujian, mesti bermula dgn kesusahan, mesti bermula dengan kesedihan dan itulah yg terjadi utk jazmi dan nuri. Saya suka buku ni sebab dua dua ada kesakitan yg tak mampu dijelaskan tapi kadang hanya mampu dijelaskan dengan air mata. Tapi kedua duanya bercinta pun umur dah berapa, sebenarnya agak cepat jazmi dan nuri move on. Tapi bagi saya tetap valid sebab umur masing masing pun dah banyak. Nak sedih utk kisah lama terlalu lama pun buang masa. Baik move on utk masa hadapan yg mungkin lebih membahagiakan.

Tak best sebab terlalu banyak sangat pasal kerja arkitek, motor, race. Okay je utk orang yg minat dan mmg dalam bidang ni. Tapi utk orang yg tak minat macam saya ni memang meh sikitlah. Berapa kali buka tutup buku sebab terlalu banyak tentang kerja 😭 start jazmi merisik nuri baru rasa seronok sikit baca sebab banyak dah sikit romance tu. Satu lagi maklumat tentang arkitek, motor, dunia perlumbaan memang terlalu banyak dan saya banyak skip maap cakap sebab kitonyo memang tak minat tapi ilmu agama tetap ada. Suka betul kak rose letakkan elemen kerohanian. Apa yg patut seorang ketua keluarga tahu sebab itulah ajaran Islam yg sebenar.

Jazmi & Nuri ni dua dua green flag, dua wife & husband material. So malas nak jelaskan lebih lebih sebab umur dua dua pun dah banyak tapi still nuri jauh lebih muda dari jazmi. Disebabkan dua dua ni kahwin pada usia yg cukup matang, jadi kematangan emosi kedua duanya terserlah. Nuri seorang yg tidak mudah melenting, tidak mudah merentan. Semua dia observe dulu, baru dia keluarkan fakta. Dan semua yg keluar dari mulut nuri isinya bernas belaka. Begitu juga dengan Jazmi yg umurnya jauh lebih banyak dari nuri dan dia menunjukkan sisi kematangannya. Pun sama macam nuri tak mudah baran, tak ego. Semua tutur katanya sopan tapi dia agak direct lah sebab member dah tua kan. Kang lambat kang melepas. Tu satu hal. Satu hal lagi, ada benda dia buat ikut kepala dia je. Tapi takpelah sebab jazmi ni pun memang dah sehijau amazon takpelah ek, jazmi pun kaya raya 🙂‍↕️ cuma tulah bila dah ada anak bukan main dia doktrin anak dia tu dgn dunia perlumbaan sampai maknya dah redha anaknya jadi racer satu hari nanti 😭😭 tapi maap cakap sukerrr cerita ni. Suker sebab jazmi yg kena hadap alahan ibu mengandung dan suka sebab jazmi over excited dengan tendangan baby dari perut! Eeeee comel betulllll 🥹 kalau laki saya tak gini, saya pulangkan dkt mak dia balik HAHAHAHA. Dari sebelum anak dia keluar lagi dia dah teruja lain macam. Pastu bila anak dah keluar memang sekepala lah 🥹🩷

Silalah baca semua, kalau rasa tak best tu jangan tutup selamanya buku ni. Buka tutup buka tutup lah sejuta kali pun asalkan habis sebab memang besttttt! Bagi saya lagi 1/3 nak habis cerita baru start rasa best tu tapi takpe dari takde. Sebab penulisan penulis pun cantik tersusun. Bahasa pun sedap. Cara menjelaskan watak pun sesuai umur, sesuai dgn perwatakan yg ingin ditonjolkan paling penting watak lelaki nampak lah watak lelaki plus point sebab dari dialog je boleh tahu yg jazmi ni seorang yg budiman. Bukan semua penulis ada kelebihan buat dialog/ watak perwatakan yg begini.
Profile Image for Azizah.
423 reviews6 followers
June 25, 2026
Date to Marry
Rose Harissa
Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
M/S 623
3/6/2026 (1925H) - 6/6/2026 (0216H)

Genre: romance, stranger to lover, architect life, drag racer, motorsport business owner.

ML- Jazmi Elhasiq Mokhtar
FL- Nuri Asyikin

Date to Marry, keputusan besar yang Nuri ambil selepas putus hubungan cinta 8 tahun dengan Kapten Ammar (aduh, walaupun Che Rose bagitahu PBAKL 2026 tak ada karya tentang army, tetaplah terselit sikit walaupun watak red flag 🥴).

Ketika rancak Nuri mengatur blind date, dalam masa sama Jazmi sudah tertarik pada Nuri dari pertemuan pertama. Nuri yang tegas, berdikari, pandai dan tahu apa yang dia mahu telah menggugah jiwa Jazmi.

Yang kelakarnya, Nuri kantoi ketika blind date. Tapi Nuri tu tetaplah mahu kekal nampak profesional depan klien dia tu.

Perkembangan plot dan watak Nuri-Jazmi ada turun naik. Namun keduanya tahu tujuan mereka sama. Cuma apabila Jazmi terlalu jujur menyebabkan Nuri tarik hand break.

Dan KakChik suka apabila seorang lelaki berkata,

"Saya tak datang hari ini untuk padam sejarah awak." Dan, " Saya datang sebab saya nak bina sesuatu yang baru dengan awak."

Owhh, masa ni rasanya kaki tendang angin pun tak sedar😆. Sebab lelaki seperti ini adalah lelaki yang telah berdamai dengan sejarah perempuannya sebelum dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam hidup wanita itu.

Babak table runner tu memang tergelak sakan. Adoiiilah, Kak Nani yang sempoi.

Kata akhir, terima kasih Che Rose untuk 1 lagi karya yang penuh dengan ilmu baru pada KakChik. Sebab selama ini KakChik ingat arkitek tu hanya lukis design rumah/bangunan/arca sahaja. Tak tahu pun tugas arkitek tu seperinci itu.

Dan KakChik pasti Che Rose buat research yang details perkenaan hal motorsport walaupun Che Rose kata research ringan sahaja. Banyak dapat info baru 👍.

Kisah romance yang ringan, penuh tatasusila yang dijaga oleh Nuri-Jazmi dan peminat genre begini pasti kebas pipi bila membacanya.

Satu lagiiii, KakChik suka bookmark yang cantik. Klasik dalam gaya tersendiri buat pasangan ini.

🌟🌟🌟🌟🌟 Yang bersinar gemerlapan untuk kisah Nuri-Jazmi.

Terubat rindu pada karya CheRose setelah bertahun disajikan dengan karya abam uniform ❤️. Adakah kena ulang baca Raid Arjuna ataupun Weera?

kcbaca_2026: 22/30
Profile Image for jemsblonde.
85 reviews8 followers
July 23, 2026
BEST NAMATIIII HSKDHSJSJSKJGFS dah lama rasa tak menggeletis gini bila baca novel🤣 bestnya bestnya besttttt suker la cerita straightforward ginii takde konflik berat, hanyalah kisah ringkas nuri dan jazmi yang pernah kecewa dengan cinta lama and accidentally bertemu sebagai klien dan arkitek anddd slowly takdir jodoh mereka terjadi.

aku suka watak nuri ni sebab dia jenis yang sangat sangat matang, tenang dan tegas pendirian. beauty with brain also. sangatlah kekalkan professionalism time kerja. dia kecewa dengan bf dia sebab bf dia pengecut pun, still boleh maintain tenang and terus move on dengan cara blind date dengan random guys kat dating apps. bukan jenis yang nak layan heartbroken lama lama walaupun 8 tahun dia jadi macam tunggul kayu tunggu orang yang sama. fuhh respect. nuri sangatlah cool membanteras laki laki bodo yang dia jumpa sepanjang blind date. ada yang ok, yang pengotor sampai la ada yang spesis babi. nuri ni watak dia sangat tenang, tapi mulut dia memang savage hahah

since cerita ni POV 1, aku suka semua thoughts nuri ni sebab sangatlah realistik haha. nuri yang tak tergopoh nak tamatkan zaman bujang, walaupun dia memang nak date to marry. masih busykan diri dengan kerja hakiki, tapi at the same time dia faham perasaan orang single yang terlalu lama macam aku hjdhshs. nuri is very definition of girl’s girl. kadang rasa macam tak perlu pun nak rushing kahwin awal sebenarnya. lepas scenes blind date nuri tu aku jadi makin skeptikal dengan lelaki zaman sekarang yang majoriti masih ramai spesis otak tertinggal kat zaman batu lol

tapi spesis jazmi ni memang rare dan exceptional lah🙂‍↔️ watak jazmi yang walaupun dah berusia sikit tapi sejenis yang straightforward dan jelas apa yang dia nak. hes just not serving his good looking, but attitude also. walaupun cerita ni insta love, aku tak rasa cringe sebab tahap gentleman jazmi ni sumpah buat aku tendang angin sksksk. the way he respect nuri— aku yang melting nok. apa jela mamat ni buat aku tak meleyot🫠

honestly aku impress gila dengan kerjaya dia as a businessman and drag racer also. attractive terok woii. dia punya kayo tak main main beb. kalau dah ditulis oleh kak rose memang kekayaan hero dia semua bagi aku realistik dan tak rasa fiksyen langsung hshs. jazmi ni dah macam KA versi novel cumanya minat je lain. tapi level jutawan dia— fuhh memang idaman para gegadis malaya🤣

cerita ni bagi aku macam mengetengahkan definisi date to marry secara realistik. nuri yang akhirnya putus dengan ex bf selepas 8 tahun bercinta. hanya sebab tak dapat restu keluarga si lelaki. jazmi yang pernah dikecewakan oleh tunang lama, 7 tahun lalu ketika dia berada dalam fasa kesusahan. aku suka macam mana diorang hadap move on dengan cara tersendiri, lebih fokus terhadap kerjaya sendiri dan hidup macam biasa. tak menggelabah nak cari orang baru. benda Allah dah aturkan baik baik dalam hidup kau, tugas kau cuma berjalan dalam takdir yang dah ditetapkan.

selain watak nuri dan jazmi, tak dilupakan watak syakirah dan maryam sebagai kawan baik nuri yang sangat supportive. lervee terok energy excited diorang🤣 diorang la yang arrange blind date untuk nuri, diorang la pembakar semangat nuri supaya terpikat dengan jazmi. mentang mentang la memasing novelis terus kisah nuri ngan jazmi dibuat jadi ebook hahahhaha. tak lupa jugak keluarga nuri dan jazmi yang sama sama green flag. uh oh sisi jazmi lepas kahwin pun alahaiii manja gilaa nyampah aku hsjahahhah lagi lagi setiap kali dia excited masa nuri pregnant sebab nak dengar baby kick. siap guna megafon siotlaa bapak kelako😂 scene nuri nak beranak tu pun berdekah aku🤣 mind you, baca buku ni sumpah tak stress sebab banyak tersengih, tergelak and tendang angin je hshs

bagi aku this is my comfort read bagi someone yang dah berumur dan tak boleh nak hadam cerita cringey dan lovey dovey dah macam aku hshs. aku suka sisi kematangan watak nuri dan jazmi dalam fasa mengenal hati sampailah bercinta lepas kahwin. memasing nampak natural dan tak try hard. detailings profession arkitek dan dunia drag racing pun seronok baca walaupun sepatah haram tapaham tapi kadang rajin jugak la google satu satu apa yang menarik perhatian hshs

overall besttt gila. untuk yang dah umur lanjut dan single tapi rasa nak feeling bercinta secara matang, maybe u might like this book hehe🙂‍↕️🫶🏻
253 reviews12 followers
June 29, 2026
Saya suka cerita mcm ni. buku ni saya beli di pbakl. puas hati. date to marry ni tentang nuri asyikin yang patah hati dengan ex boyfriend dia. 8 tahun bercinta rupanya ibu ex boyfriend doa tak suka. selepas patah hati nuri asyikin masuk web jodoh yg dikenalkan oleh kawan dia. dari situlah pelbagai lelaki Nuri Asyikin date.

Jazmi el Hasiq ni umur 38 tahun. seorang drag racer. Nuri Asyikin arkitek baru untuk design rumah Jazmi. Masa ni Nuri dan Jazmi bertemu.

Dari date to date akhirnya Nuri date dengan Jazmi El Hasiq. Wah. Hari pertama date Jazmi bawa Nuri ke track perlumbaan. Masa date ni Jazmi ceritakan tentang kisah jana Jazmi.

Lepas date pertama Nuri menyepikan diri. Nuri balik kg. Jazmi dah cuak. Hari raya juga Jazmi hantar rombongsn meminang ke rumah Nuri. Jazmi ni laju. Saya duka sikap berani dan kelajuan Jazmi.

Saya suka kak Rose buat plot ni. lancar dan tak bosan. Dari date to date Nuri Asyikin ni kita dapat mengenali pelbagai jenis sikap lelaki di luar sana.
Profile Image for N.A.N.A.
224 reviews6 followers
August 11, 2026
Mula: 8.00am
Tamat: 1.43pm

Akhirnya nmpk perkataan tamat tu lega sgt. Tapi hmmm tak cukup. Rasa nak lagi baca cerita fluffy romance sampai tendang angin. Terima kasih Kak Nani sbb menghidupkan suasana novel ni. Kelakar weh Kak Nani ni.

Semua ok kecuali ada la satu ayat tu mcm tertinggal perkataan tapi aku sendiri tambah.

Best cerita ni
Profile Image for Aurel and the books🥀.
44 reviews1 follower
Review of advance copy received from Publisher
June 17, 2026
Pemilik Arkenova architects, Tuan Khairul menugaskan Nuri Asyikin untuk mengurus projek rumah agam Jazmi dan one stop centre JEM motosports di puncak alam Jazmi yg sudah lama tergendala akibat dgn sikap tidak bertanggungjawab firma arkitek yang sebelum ini sangat bermasalah. Itulah adalah kali pertama Jazmi Elhasiq dan Nuri Asyikin bertemu.

Pada mulanya, Jazmi pelik kenapa Tuan Khairul menghantar arkitek perempuan yang muda itu. Apabila Jazmi melihat cara kerja Nuri. Bukan setakat mempunyai rupa yang cantik. Jazmi kagum melihat betapa tekun dan telitinya apabila wanita itu bekerja. Dia suka dgn cara Nuri.

🌿Nuri Asyikin. Tegas tetapi masih menjaga adab. hormat orang tua,seorang yg professional dlm kerja,pndai mengendalikan emosi.She choose to use wise words and stay calm in every situation. Keluarga Nuri yg emotion provided membentuk Nuri menjadi sebegitu.Dia tahu menjaga maruah diri.

🌿Jazmi merupakan pemilik JEM Motosports. Dia sangat teliti,tenang,tak mudah melenting. Yes,a gentleman and family man. Dia juga seorang yg low profile.
Dalam masa yg sama, Dia drag racer. Bila Jazmi dlm racing suit, auranya tampak jauh lebih gagah, garang dan tampan. Jauh berbeza dgn Jazmi yang Nuri jumpa sbgai client. Aura pelumba sngt kuat dlm diri Jazmi smpai mencipta sejarah double champion dua kelas.
Sangat passionate terhadap kerja dan krjaya. Sehinggakan bekas tunang Jazmi yang meremehkan dengan cita-cita dan akhirnya meninggalkan Jazmi.

First love does not mean best love.

Hubungan Nuri dan Ammar ditabur dgn janji manis dan tiada usaha untuk menghalalkan Nuri. 8 tahun bukan masa yang singkat. Susah senang bersama sejak dari universiti. Ammar menjadi askar berkat Nuri yg sntiasa memberi dorongn dan semangat. Ammar tidak dpt mmbuat pilihan antara mak dan Nuri. Apabila dia dihina oleh ibu Ammar, Nuri memutuskan untuk berundur diri dgn Ammar
hubungan yg terjalin akhirnya trputus. Rupanya,ada org ketiga iaitu sepupu Ammar yg sudah menjadi pilihan hati ibu Ammar dan bertunang. Nuri sangat sedih,tapi dia juga sudah bnyk bersabar sepanjang hubungan ini.


Jadi, dia buat keputusan untuk pergi blind date dgn cadangan dri kwn baiknya. Nuri menguji setiap calon yang dia jumpa. Ada yang smpai takut dgn stiap soalan yg diajukn, Way too strict. Macam cara dia buat kerja dkt site! Wanita tegas seperti Nuri, buat lelaki gerun dan juga dapat menjentik ego trutmnya lelaki misogynist. Pada ketika itulah, Jazmi menyaksikan situasi tersebut.Malu Nuri tak dapat disembunyikan lagi!

Dalam diam Jazmi memerhati Nuri.Ada dlm diri Nuri yg menarik perhatiannya. Kapten Ammar pula masih berharap pada Nuri. Jazmi membuat hati Nuri kembali tenang semula. Dia selesa berada dekat dgn lelaki itu.Jazmi pula selalu perhatikan even bnda kecil pun dia akn ambil tahu.

Mak dan adik perempuan Jazmi pula cuba untk jodohkan dgn Nuri! Walaupun sudah terang lgi bersuluh Jazmi sedang mengayat dia,dia masih mengekalkan sikap professional itu. Nuri tidak suka cmpur adukkan antara emosi dengan kerja. Cara Jazmi flirt dlm bahasa korporat dan sngtlah sopan. Smooth like butter. Sangat straight forward sehinggakan dia berjaya menjejaskan seluruh sistem hati Nuri Asyikin. (Jaz,please jangan senyum!🫠) Termasuklah dengan kelajuan 'serangan extreme terakhir' Jazmi buat Nuri tak boleh untuk larikan diri lagi. Sampaikan Nuri sarung 'table runner' menjadi selendang instant. (Good game well played,King of VTEC!😎)

Jazmi Elhasiq, daripada seorang yang kuat bekerja tanpa tahu erti penat kepda seseorang yang pada akhirnya ada rumah untuk tenangkan diri dengan hangat dgn kasih sayang seorang wanita yang bergelar isteri.

(Oh ya,love part Jazmi dapat kawal emosi saat memujuk Nuri yg sedang menangis kerana Ammar.)

Apapun,hero-hero Kak Rose sngtlah rare dan premium dgn ciri-ciri perwatakan yg ditulis secara terperinci. Secara keseluruhan saya sngt suka dgn buku ni! Bila sudah mula baca buku ni,sangat sukar untuk saya berhenti bagaikn terkena pukauan Jazmi Elhasiq . Yes,DTM will be one of my comfort book. I fell in love with every page of this book! I'm emotionally attached to this book! 🥹🫶🏻✨

Profile Image for Kirahbacabukuni.
117 reviews12 followers
Review of advance copy received from Publisher
June 9, 2026
Ya Allah, korang. Serius kalau korang tengah moody, tengah sakit hati, tengah sedih dan galau ... Korang bacalah cerita ni weh. Serius gelak mengekek tak berhenti. Datang sekali dengan pakej blushing!

Kirah taip ni pun sambil sengih sampai telinga, sikit lagi nak jadi hantu Momo. Serius, dah lama sangat tak baca cerita yang bagi Kirah rasa senatural ini tapi Date to Marry? Gila tak gila, chemistry bermula sepantas pandang pertama!

Nuri Asyikin, seorang arkitek muda yang manis, dan cantik dalam kelasnya tersendiri. Tapi kalau dalam bab kerja, tegas tu perlu. Tapi tinggi suara ... itu bukan perilakunya.

Impian setiap perempuan yang hampir masuk umur tiga siri mestilah nak berkahwin. Begitu juga dengan Nuri. Apatah lagi, dia sudah bercinta lapan tahun lamanya dengan Ammar sedari zaman mereka susah senang bersama di menara gading lagi.

Tapi hakikatnya, sayang belum cukup untuk menyunting seseorang menjadi isteri.

Keinginan, belum pasti mampu melawan kehendak dan restu mak sendiri.

Bagi Nuri, dia tak nak lelaki yang sanggup lawan seorang mak demi dia. Dia juga terkilan bila maruah dia diinjak lumat, Ammar tak berani mempertahankan sama sekali.

Lantas, muktamadlah keputusan. Nuri beralah. Walau sakit melepaskan orang yang dia sayang makan tahun lamanya, dia tetap perlu move on.

Caranya?

Date to marry.

Dan takdir dan waktu yang ditetapkan Tuhan indah sekali. Pada saat Jazmi masih menyendiri selepas bertahun-tahun terlajak single, hadir Nuri sebagai pengganti arkitek yang kini mengambil alih projek rumah dan perniagaannya.

Nuri yang serius. Nuri yang profesional. Sampailah rahsia Nuri kantoi satu demi satu. Jazmi rasa dia perlu bagi salam perkenalan yang mahu lebih daripada sekadar teman.

"Date me."

"Date with me."

"Date with me, Nuri Asyikin."

Tiga kali dia ajak Nuri melangkah ke alam seterusnya bersama dia.

Nuri mengelak?
Dia bagi masa.
Tapi sekejap sajalah.
Dia lelaki yang sukakan kelajuan, dan berani untuk memulakan langkah.

"Kalau dia lari, tidakkah itu tanda dia tak hendak kamu?" - Ayah Nuri

"Saya tak rasa dia tak hendak saya." - Konpiden tak konpiden abang Jazmi kita ni rawrrr 🫦


Dan Jazmi ... Dia bukan lelaki yang hanya pandai berbicara kosong. Lelaki lewat 30-an ini juga mahu date to marry.

Menua dengannya.

Apa jalan untuk date to marry mudah untuk Nuri dan Jazmi?

Bermula dengan janji temu.
Berakhir dengan janji seumur hidup.

ARGHH rasa nak jerit sekuat hati, bagi tahu seluruh Malaysia. Ada buku yang awak patut halalkan! Ada cerita yang awak patut telaah. Best weh, setiap novel Kak Rose Harissa ni sebenarnya ada signaturenya yang tersendiri. Iaitu kematangan watak dan smoothnya dialog yang membuatkan kita rasa terbuai-buai dalam dunia yang direka penulis.

Date to Marry mengimbau zaman yang Kirah rindu, zaman cerita Untuk Seseorang Sepertimu (yang dah mula shaking sebab DTM macam dah boleh duduk sama tinggi dengan USS dalam hati Kirah). Masa tu, cerita sederhana dan tak ada heavy konflik jadi makanan ruji Kirah saban waktu. Entah berapa kali ulang baca. Mungkin DTM pun akan jadi makanan Kirah bila rindu dan bila sedih menjelma.

Ah, tak tahu nak cakap macam mana tahap bestnya buku ni. Review dah tahap tulis cerpen. First time sepanjang ini tapi dengarlah orang kampung semuaaaa, cerita ni menonjolkan yang perempuan tak perlu letak standard rendah bila masuk bab memilih bakal suami. Dan lelaki, ada tanggungjawab dan sifat yang perlu dijaga sebagai pelindung dan khalifah di bumi.

Terima kasih yang tak terhingga juga Kak Rose sebab masukkan nama Yam (nama samaran Kirah masa zaman aktif Facebook yang melekat sampai sekarang) dan nama sebenar Kirah sebagai watak dalam cerita Kak Rose. Dua-dua sekali gus! Argh, ini lagi buat DTM bermakna untuk Kirah. Terima kasih kak 🥹.

Rating: Tak terhingga. Best sangat. Apa yang pasti, puas! Kerinduan dekat buku-buku Kak Rose yang pure romance akhirnya langsai dengan karya sebaik ini.
Profile Image for Fiqa Najwa.
92 reviews
August 19, 2026
Rating: 4.5 /5 🌟

[Ranting only]

Oh my Jazmi 😍🥰 haishhhh hijaunyaaaa kamu sehijau cover. Lama dah rasanya tak jatuh cinta dengan ML dalam sesebuah novel. Perwatakan tenang dia buat kita cair!! Kita lurveee
Tenang yang dah banyak hadap dugaan hidup - Nuri Asyikin

Dalam buku ni banyak gilaaaaa knowledge yang kita boleh kaut! Especially untuk orang yang bukan daripada bidang arkitek! Banyak istilah arkitek yang kita boleh belajar. Dan dalam buku ni la first time saya tau apa itu drag racing!! 402 m in 10s? Damn sepantas itukahhh drag racing. Explanation penulis memang best la, tak buat kita rasa macam baca buku teks atau random Wikipedia artikel! Kita rasa macam ada orang explain dekat muka kita especially pasal drag race tu! Inilah satu benda yang kita suka dengan penulisan Rose Harissa. Baca novel pon boleh belajar tau!

Btw thank you penulis sebab buat dual pov. Disebabkan dual pov ni la experience baca buku ni jadi lagi best! Kita paling suka betul buku yang ada dual pov ni hehe mesti susah kan? Lagi² nak capai tahap smooth antara 2 pov dalam satu jalur cerita yang sama. Tahniah kak Rose! Bila baca tu dapat rasa kesinambungan cerita tu walaupon dah tukar pov.

Cumanya, kalini saya rasa penulisan Rose Harissa macam singkat, ringkas, padat, direct. Dia takde bunga² atau narrative yang menceritakan ?? cerita ni. Mungkin sebab ni pov 1 kot, selalu kita baca buku Rose Harissa dalam pov 3. Tak pernah rasanya baca pov 1. Kot la. Takde apa pon cuma rasa pelik sikit je sebab ayat pendek², sekejap je dh jumpa noktah 🤣 overall okay jeee bacaannya hehe saya enjoy je.

Harapan saya satu je la, harapnya perkataan Indonesia dapat ditukarkan kepada bahasa Melayu la. Contoh ganteng jadi kacak. Baru la sedap sikit kan? Bagi saya la. Sebab untuk saya agak spoil sikit tapi nasib tak banyak cuma sebab dia repeated kan, ada dalam few sentences in different chapter. Tu je la kurang dia untuk saya.

Overall read 4.5/5 🌟
Profile Image for YONG EKIN.
95 reviews8 followers
Review of advance copy received from Publisher
June 22, 2026
Date To Marry oleh Rose Harissa

Karya ini benar-benar mencerminkan gaya penulisan Rose Harissa. Dari awal lagi Yong dapat rasa yang watak-watak seperti arkitek, tentera, dan pelumba drag adalah “makanan” Kak Rose seolah-olah Kak Rose menulis dengan begitu mudah dan natural.

Cerita bermula dengan Nuri Asyikin, seorang arkitek yang sudah lama bercinta dengan Ammar, arkitek tentera. Hubungan mereka bertahan 8 tahun, tetapi tidak mendapat restu ibu Ammar. Yong suka bagaimana Nuri digambarkan sebagai wanita yang tegas dan bermaruah bila cinta tak direstui, dia tidak merayu atau berdrama, sebaliknya terus angkat kaki.

Kemudian muncul Jazmi Elhasiq jutawan, businessman, pelumba drag yang membawa aura hijau terlampau. Jazmi juga ada kisah silam putus tunang kerana dianggap tiada masa depan. Pertemuan profesional antara Nuri dan Jazmi (projek rumah agam dan beberapa projek lain) perlahan-lahan bertukar menjadi peribadi.

Adegan blind date Nuri yang asyik kantoi dengan Jazmi memang kelakar. Bila dah banyak kali kantoi akhirnya Jazmi ajak Nuri date. Date yang pertama kali buat Nuri cair dengan Jazmi. Namun Nuri tetap ada ragu-ragu untuk menerima Jazmi... sampai Jazmi pula yang gelisah bila kena sidai dengan Nuri.

Babak paling kelakar dan memorable ialah bila Jazmi buat keputusan gila menghantar sirih junjung ke rumah Nuri semasa raya haji. Yong suka momen ini. Nuri pakai table runner sebagai selendang, dan bapa Nuri pula menguji Jazmi dengan empat soalan sebelum menerima pinangan. Adegan ini bukan sahaja lucu, tetapi juga penuh nilai keluarga dan tradisi.

Secara keseluruhan, cerita ini tidak sarat konflik. Ada sedikit pedih, tetapi manisnya melimpah ruah. Yong rasa pembaca akan enjoy kerana ia bukan kisah cinta yang terlalu berat atau penuh drama, sebaliknya sebuah perjalanan romantik yang ringan, penuh chemistry, dan membuatkan senyum sepanjang membaca.
Profile Image for lvndrblue.
35 reviews
July 24, 2026
Dah lama rasanya tak baca buku RH di luar tema ketenteraan hehe

Pertama sekali, Date To Marry memang sesuai untuk bacaan santai, di mana jalan ceritanya ringan tanpa konflik yang berat. Gaya penulisan pula sememangnya santai dan mesra pembaca.

Novel ini berkisahkan pertemuan antara seorang arkitek, Nuri Asyikin, dan seorang kliennya, Jasmi Elhasiq, di tapak pembinaan yang akhirnya berakhir di jinjang pelamin!

Masing-masing mempunyai sejarah dalam hubungan percintaan. Nuri Asyikin yang sebelumnya bercinta selama 8 tahun dengan seorang arkitek tentera akhirnya gagal apabila tidak mendapat restu daripada mak kepada lelaki. Manakala, Jazmi Elhasiq pula rupanya pernah bertunang, namun putus kerana masa tu dia belum berjaya dan tidak berduit.

Siapa sangka, mereka bertemu dalam satu projek pembinaan One Stop Centre milik Jazmi dan Nuri merupakan arkitek yang dipertanggungjawabkan untuk memantau projek itu. Saban hari, Jazmi mula tertarik kepada Nuri kerana ketegasan dan etikanya dalam bekerja. Namun, pada masa yang sama Nuri aktif menyertai blind date sampailah satu masa Jazmi mengajak Nuri untuk menjadi blind date dia (mind you, Jazmi ni jenis direct tau hahaha). Oh ya, dan Jazmi ni juga seorang drag racer. Maka, tak hairanlah watak dia macam tu hehe

Lepas first date, Nuri minta masa tapi ehh boleh pula si Jazmi ni buat sesuatu yang di luar jangkaan. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Maka, berbahagialah mereka dan tamat!

Terima kasih RH untuk karya yang menarik ini!


Personal rating - 4.5
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
119 reviews
Review of advance copy received from Publisher
June 14, 2026
Suka!

Best!

Mature romance yang buat saya susah nak berhenti membaca. ❤️

Kisah Nuri dan Jazmi bermula sebagai hubungan profesional antara arkitek dan klien. Namun, dalam diam, Jazmi sudah mula tertarik dengan wanita yang tegas, bijak dan sangat jelas dengan apa yang dia mahukan dalam hidup.

Selepas dikecewakan oleh hubungan lapan tahun bersama Ammar, Nuri tidak lagi mencari cinta yang penuh janji manis. Dia mahukan kepastian.

Dan Jazmi pula memang seorang lelaki yang tahu apa yang dia mahukan.

"Saya nak berkahwin. Saya tak cari teman untuk buang masa."

Jujurnya, saya sangat suka dengan karakter Jazmi. Gentleman, matang, penyabar dan sangat menghormati Nuri. Cara dia mengayat pun sopan tetapi tetap berjaya membuatkan hati Nuri goyah.

"Jaz, please jangan senyum." 🤭

Selain kisah cinta yang manis, saya juga suka melihat perkembangan watak Nuri yang kuat dan berprinsip. Dia tahu nilai dirinya dan tidak sesekali berpatah balik selepas dikecewakan.

Part blind date Nuri memang antara yang paling menghiburkan! Saya juga geram dengan Ammar yang terlalu lama menangguhkan keputusan sehingga akhirnya kehilangan wanita yang benar-benar menyayanginya.

Kesimpulannya, Date To Marry ialah kisah cinta matang yang ringan, manis dan penuh dengan komunikasi yang sihat. Jika anda sukakan hero green flag, gentleman dan tahu hala tuju hubungan, Jazmi Elhasiq pasti akan mencuri hati anda. ❤️

⭐ 5/5

"Saya nak masa depan. Dan saya nampak masa depan itu dengan awak."
Profile Image for Ili.
13 reviews2 followers
August 26, 2026
Amaran: Review ini hanya berdasarkan pengalaman pembacaan peribadi semata-mata. Taste setiap pembaca tak sama 🙏

POV: POV 1 (Dual POV)
Rating: 4.5/5⭐

Antara bacaan terbaik saya untuk tahun 2026. Dah lama rasanya tak baca buku yang buat saya blushing dan gelak dengan perangai watak. Ini kali pertama saya baca buku daripada penulis ni. So, agak kagum juga bila tengok cara penulis masukkan detail pekerjaan dalam cerita (bukan info dump). Tapi penulis jadikan detail pekerjaan tu sebagai cara untuk naikkan chemistry antara Jazmi dan Nuri.

Saya suka ending dan character development dua-dua watak terutama sekali Jazmi. Jazmi selepas kahwin memang betul-betul berubah. Sebelum kahwin, nampak tenang, berkarisma. Lepas kahwin, hahahaha. Jadi pak lawak dan kelam kabut especially part Nuri nak bersalin. Comel sangat.

Nuri pula memang penulis berjaya tampilkan aura wanita yang matang dan tahu nilai dirinya sendiri. Tak perlu rendahkan diri semata-mata nak buat orang lain terima dia. Paling saya suka bila dia berdebat dengan blind dates dia pasal perkahwinan. Memang wanita yang bijak.

Dan semua watak sampingan dia memang kelakar habis terutama sekali dua kawan baik Nuri. Dasar novelis betul. Hahaha. Pantang nampak idea best antara Jazmi dan Nuri, dua-dua pakat guna masuk dalam manuskrip. Lepas tu jual. Laku pula tu. Hampeh! Hahaha.

Semoga penulis dapat keluarkan cerita-cerita macam ni lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for sooha.
111 reviews1 follower
August 23, 2026
delighted to say this is my absolute 5 stars read of the year 🥰☺️😇💫💫💫💫💫✨️✨️

saya pick buku ni kinda random jugak untuk tebus baucar madani member 😂👍🏻

suka sangat cara penulis gunakan teknik pov daripada dua-dua watak dan I just love how it catch every single feelings that we could have. Intimate, compassionate, on the ground and most importantly, realistic.

sepatutnya saya review dalam fully melayu tapi I don't know how I could describe accurately and how much this book hold my heart, really deep and well versed.

It's not about how sweet and lovey dovey Jazmi & Nuri are (can't deny how good this slowburn is slowburning), it's a whole lot more than that. This is also not how a measure of love is, but a story of how any kind of love actually could be. Vunerable, real and sentient.

Saya sangat-sangat suka perbualan Jazmi & Nuri yang sangat-sangat matang, intended, purposed. Entahla tak tahu macam mana nak describe but I know I love reading this, in every single pages. Mungkin sebab watak Nuri as an architect is pretty much relatable to me sebab susah nak jumpa any book atau story yang describe this career realistically

Cuma nak mintak tips mcm mana Nuri dah settle LAM Part III masa umur 28 😭😭

Anyways sangat reccomended untuk anyone yang masih believe in date to marry, gentle and mature love, also good man still exist 💘
Profile Image for Aira Zira.
245 reviews5 followers
Review of advance copy
June 21, 2026
Rate : 4.5⭐️

Buah jatuh boleh kutip, kalau jantung gugur? Nak kutip kat mana ye? Dah berciciran sepanjang baca novel ni. Smooth betul cara hero tackle heroin. Tiap butir ayat yang keluar takkan boleh turunkan pipi yang auto mengembung tersengih. Eee geram betul. Comel sangat!

“Sebab saya bangga.”
“Sebab saya suka bercakap pasal awak”

Awal cerita tak boleh tangkap cara flirt depa ni. Maklumlah, Nuri berusaha move on dengan blind date lelaki-lelaki acah good. Lapan tahun bercinta hanya buang masa bila bakal mentua dah pendam lama nak mengherdik dirinya. Kawan-kawan tak berapa nak betul tu pula ajar daftar berdating. Kirah la ni yang bukan-bukan!🤣

Cara flirt dia halus je. Sekejap tersengih, sekejap kau lupa cara bernafas. Macam slow burn romance. Awal-awal bagi peluang masing-masing mengenali diri dalam kerjasama antara arkitek dan klien. Banyak tahu tentang permotoran dan dunia sukan Jazmi. Menarik!

Lepas separuh baru betul kick. Laju Jazmi buat kerja untuk tawan hati si Nuri. Sangat memahami dan sentiasa bagi peluang Nuri jadi selesa. Cara dia perlukan Nuri sentiasa dekat tu sangat halus. Buat korang tendang angin sampai kebas kaki! Tak perlu stress pun baca. Cukup santai tapi ekstrem. Lawak spontan semua tapau cantik! Saya suka!❤️‍🔥





Profile Image for Qayiem Razali.
932 reviews90 followers
Review of advance copy received from Publisher
June 22, 2026
[28|2026]

Date to Marry || Rose Harissa

Jujur cakap, memang satu kepuasan membaca naskah Date to Marry ini. Berbanding karya penulis sebelum ini yang saya kira agak serious memandangkan memberi fokus kepada kisah ketenteraan, namun bagi cerita ini jalan ceritanya lebih santai, walaupun ada juga terselit 'watak tentera' sebagai watak tambahan.

Berkisar tentang Nuri dan Jazmi yang bertemu mata tanpa dirancang. Masing-masing punya kisah cinta semalam yang meninggalkan parut luka. Namun, siapa sangka semakin mereka mengenal sikap masing-masing, rasa cinta itu kian mekar di taman hati. Walaupun ada langau yang cuba merosakkan hubungan, namun ikatan antara mereka terlalu kuat. Dapatkah ikatan itu akan tersimpul mati, atau terlerai di tengah jalan?

Keseluruhannya, saya berpuas hati dengan cerita kali ini. Cuma mungkin pada cetakan seterusnya pihak editorial boleh melakukan semakan bagi kesalahan yang terdapat dalam buku. Saya cukup gemar dengan semua watak yang ada baik hero dan heroin mahupun watak sampingan yang ada. Kesemuanya memberi warna pada jalan cerita ini. Bagi mereka yang ingin mencari hero 'green flag' saya kira inilah bukunya. Tahniah buat Rose Harissa!
Profile Image for Tiara Sapphire.
165 reviews6 followers
Review of advance copy
June 19, 2026
https://www.tiarasaphire.com/2026/06/...

sapa tak kecewa wei, bercinta kemain lama tapi sekali Nuri pergi jumpa bakal emak mertua perghh kena hina bukan main teruk. Ammar tu tak jahat tapi itulah masalahnya, dia tak pernah fight untuk cinta mereka. Daripada kau merana lepas kahwin better kau undur diri dari terlibat dengan keluarga toksik macam tu.

Jazmi pula pernah bertunang tapi putus sebab tunang tak faham kesibukan dia dalam membina kerjaya waktu tu pastu keluarga tunang cakap dia takde masa depan. sepanjang tempoh tersebut, dia fokus bina kerjaya dan empayar. aku suka watak Jazmi ni sebab dia ada misi dan visi.

tapi seriusly buku ni comel sangat wei, suka tengok cara Jazmi approach Nuri. slow dan steady. tapi bila Nuri tiba-tiba menghilangkan diri lepas first date nohh sampai ke lubang cacing dia cari siap pakej kejutan untuk Nuri lagi dia bagi.

Pendek cakap, bercinta lama pun belum tentu itu jodoh kita. kalau lelaki tu betul-betul serius nak ajak perempuan tu kahwin, dia takkan ambil masa masa sampai lapan tahun untuk decide.
Profile Image for Ctriko.
301 reviews7 followers
Review of advance copy received from Publisher
June 23, 2026
Buku ni aku beli di PBAKL baru-baru ini pada 6 Jun yang lalu. Kali terakhir aku datang 2 tahun lalu tapi tahun ini aku paksa diri untuk datang walaupun dah jadi "fan veteran" dan dapat ketemu RH.

Kisah si Nuri seorang Arkitek dan Jazmi si Drag Racing ni memang manis dan berjaya buat aku tersenyum simpul tersengih-sengih je terutama bila baca ayat-ayat yang keluar dari mulut diorang berdua ni adoi buat hati aku ni berbunga-bunga kembang je. Kisah diorang ni santai je, jangan risau tak buat korang jadi stress tau.

Cuma aku sedikit sebak, sedih dan jatuh kasihan dengan Ammar sewaktu datang majlis kahwin Nuri dan Jazmi kerana tiada jodoh di antara mereka setelah hampir 8 tahun berkongsi suka duka. Ya.. Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita. Siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH di Luh Mahfuz walaupun amat berat dan payah untuk kita terima.
Profile Image for Eda Notsolittlebookworm.
12 reviews
October 7, 2026
8tahun menyulam kasih. Mengharapkan Ammar mengangkat diri Nuri lebih dari seorang kekasih. Namun segalanya lebur sekelip mata. Hadir 'klien' mengucar kacirkan jiwa seorang Nuri.

Awal-awal lagi KakEda nak chop Approved ✅ kat cerita ni. Jalan cerita yang sangat kemas, penulisan yang sedap dibaca dan watak-watak yang sangat melekat kat otak. Auto jadi bestread saya.

Jazmi ElHasiq, dengar nama pun da tau macho 🤣. Kalau baca biodata character dia auto mencair🫠. Walking greenflag, selfmade millionaire, handsome, drag racer.. haaiiishh.. ape je yang tak da. Kelakar n slumber pun ye jugak.

Nuri, cantik dan dia berpisah dengan kekasih 8y tak buat dia seorang yang lemah ye. Malam nangis all out, esok siang dia pegi keje macam biasa 🤭 bold, strong character, bijak dan berdikari. Kaki melawan pun dia jugak 😌

KakEda rasa kekuatan cerita ni adalah character MC dia.

Approved ✅
Profile Image for hana..
53 reviews
July 4, 2026
sehijau bukunya; another green flag character into my list 💚🌳

we love strong willed & independent woman like nuri. and also these couple are meant for each other 🥹🫶 best baca penceritaan yang memang teliti, kita boleh imagine sekali what’s happening. learning about new things by going through the life of a visionary racer + business owner, his big goal untuk wujudkan the OCS & Motorsports Park. Also an architect? Goshhh i’m sold! And inspired at the same time! We need more pov like this; reading the life of ‘rare’ yet amazing characters. So kudos to the writer.

All in all, it’s an amazing read! definitely one of my best 2026 read ♥️ ((also now, where can i find my own jazim 🥹)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for yh.
47 reviews
August 3, 2026
my fav book for 2026 … ml green flag … tkda conflict yang berat , manis sekali buku ni , tk menyesal beli …

Byk ilmu tentang drag racing , architecture yang menarik perhatian saya untuk membaca … the formality is GOOD , nicee .. bukan level buku genz …

This is my type of book , sgtlah millenials ( walaupun sya genz)

Byk part yang kelakar , i love ammar punyaa ending ,, part syu saya agak tertanya tanyaa apa jadi dgn dia ..

Monolog yang sgt kemas , writing style yang menarikk

However , byk sgt typo yaa , dgn format text message tu byk yang slh . Part ni agak menganggu pembacaan .

5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for readwithariey.
42 reviews1 follower
Review of advance copy received from Storygraph
June 28, 2026
"Date with me..
Kalau date, saya bukan jenis main-main"
"Okay tp ada syaratnya.."

Author ni one of my feberet jgk sbb penulisan dia mmg hook!

Fluffy romance, yearning ML, terasa ego & respect between watak. X cringe. Idea simple, self made millionaire yg fall in love dgn arkitek sdiri.

Knowledge psl racing & architectural terms tak kosong, kecuali pkembangan watak penyondol tu je mcm missing sikit.

Overall yes aku still bg 5⭐ sebab enjoy!
6 reviews1 follower
September 26, 2026
4.7/5 ⭐️

SUMPAH BEST!! My best read untuk tahun 2026
What a best mature romance book!

First time baca buku dari author & tak sangka best sangat sebab buku ni tak try ‘hard’ pun. Dari segi watak & jalan cerita sangat okay. Best sangat-sangat 🥺

Sebagai yang kerja as a ID, i paham betul inside jokes ML FL dalam ni. Sumpah asyik senyum jeee baca.

Semoga author dapat berkarya dengan baik untuk next buku #peminatbaru
45 reviews1 follower
Review of advance copy received from Publisher
June 22, 2026
solid 5⭐️

ahhhhhhh.

selepas Umar al Haidar dlm kumbang di hatiku, kak RH kembali dgn lelaki fiksyen green forest Jazmin Elhasiq Mokhtar.

letih lah… letih tersenyum, tersengih tahan perut cramp sebab ada banyak butterfly. tergolek2 nak habiskan buku ni. tersangat manis, tersangat sweet, tersangat hijaunyaaaaaaah.

dah lah xnk tulis panjang2 sebab sambil tulis ni pun dok tersengih. 😍

Profile Image for SilverBit_.
155 reviews1 follower
October 2, 2026
Karya Seni & typo memang x dapat dipisahkan. 😮‍💨

Tak sampai 24 jam baca novel ni. Sumpah best yang amat.

Bende paling sakit?
Masa Nuri kene hina dengan mak Ammar tu, sakit dia sampai dekat lubuk hati paling dalam eh. Mana entah adab menegur mak dia. Konon nak menantu yang menutup aurat bla bla, tapi adab menegur? Kelaut!
Displaying 1 - 30 of 34 reviews