Not a fan of puisi. Jarang sekali membacanya. Boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Ada sebab. Kerana selalunya terlalu dalam untuk si pembaca sehingga rasa hampir lemas minta nafas.
Tapi tak semua puisi Hadi buat saya lemas. Ada yang mengukir senyum simpul. Ada yang menggeletek pintu hati. Namun majoriti nya buat saya garu kepala.
Mungkin saya yang kurang faham.
Mungkin.
Story 2/5 Characters 3/5 Development 3/5 Enjoyment 3/5 Style of writing 3/5 Overall 3/5
Saya tak pernah baca cerpen Hadi. Saya rasa dari gaya penulisannya, Hadi sesuai lebih menulis cerpen. Puisinya kemas, teliti, diadun berkali-kali. Kualiti-kualiti yang selalu ada bagi penulis cerpen. Secara peribadi, bagi saya sajak perlu ada sedikit tak banyak sensasi 'melepaskan' dengan bebas. Tanpa peduli. Ibarat pemabuk pulang lewat subuh disambut isterinya di muka pintu. Sensasi dan rasa ini yang saya tidak dapat dari Di Pinggulmu Ada Bulan.
Pertama kalinya aku membaca puisi dari Hadi. Bahasanya seakan puisi Indonesia. Ke penulis memang Indonesian, entahlah tak perasan pula bio penulis. Puisi2 dalam buku ini tak bosan dibaca berulang kali. Puisi ni biasalah, kadang2 kita baca kita tak faham, penulis sahaja faham apa yang dia tulis. Cuma pandai-pandailah kita menginterpretasi sendiri. Antara puisi yang aku suka-
sepuluh peratus dari ruang dalam hatiku adalah tempat untuk kau menetap bila pulang nanti selainnya adalah ruang untuk aku melupakanmu saat nanti kau menunda cintamu pergi dari sini
Not a fan of puisi. Jarang sekali membacanya. Boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Ada sebab. Kerana selalunya terlalu dalam untuk si pembaca sehingga rasa hampir lemas minta nafas.
Tapi tak semua puisi Hadi buat saya lemas. Ada yang mengukir senyum simpul. Ada yang menggeletek pintu hati. Namun majoriti nya buat saya garu kepala.
Mungkin saya yang kurang faham.
Mungkin.
Story 2/5 Characters 3/5 Development 3/5 Enjoyment 3/5 Style of writing 3/5 Overall 3/5
aku bukan pandai sangat dalam bab memahami dan menghayati puisi. tapi untuk buku ini, aku rasa aku lebih suka separuh kedua berbanding separuh pertama. tapi keseluruhan buku ini tetap memuaskan dengan puisi puitis dan cerpen (?) yang indah.