Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteri Tuan Ihsan

Rate this book
Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...
“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

441 pages, Paperback

First published January 1, 2015

86 people are currently reading
884 people want to read

About the author

Sara Kyoko

9 books72 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
169 (43%)
4 stars
114 (29%)
3 stars
66 (16%)
2 stars
21 (5%)
1 star
22 (5%)
Displaying 1 - 30 of 69 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 17, 2015
Kredit pada Mai :))

Full review: 17/12/2015

Memang aku tiada masalah dengan isu cinta tak mengenal usia ni. Apatah lagi semasa membaca ini aku terkenang-kenang telenovela Juana La Virgen. Choiii... lamanya kenangan dengan si Juana ni hahaha :P

Tapi ya, maaf! Aku tak boleh ‘masuk’ dengan karya ini. Bukan kerana isu cintanya tapi;
1. Hero-heroin duduk serumah. Maaf, walaupun sudah ada penyataan [yang berulang-kali] tentang Ihsan, Seroja dan para pembantu rumahnya yang ramai itu, ianya masih tidak ‘halal’ untuk pasangan ini. Aku masih berpegang pada, niat tidak menghalalkan cara. Apa lagi dengan adanya perasaan mahu menggoda, digoda dan tergoda.
2. Seroja. Mungkin kerana aku selalu disogokkan dengan kisah heroin yang kuat jati dirinya, aku akhirnya tidak boleh click dengan Seroja. Aku harus puji penulis berjaya membuatkan aku rasa menyampah dengan Seroja.
3. Kisah orang kaya dengan segala jenis jenama yang diketengahkan. Ya, kerana Tuan Ihsan itu kaya, Seroja pun apa kurangnya. Buat aku golongan marhaen ini, ia menjadikan cerita ini terlalu fairytales [pinjam ayat CP]. Mungkin imaginasi penulis cukup tinggi. Makanya aku yang biasa-biasa ini tak mampu nak hadam kesemuanya kerana kaki masih berpijak di tanah yang penuh onak-duri [belum masuk kes bayar GST hari-hari. Eh!!! hahaha]
4. Adegan mesra-alam yang terlalu banyak dikesan. Mungkin orang kita dah boleh menerimanya, tapi aku tidak. Maaf. Bila dah terlalu banyak disuap dengan benda yang manis, aku rasa muak, yang manis sudah tidak kelihatan manis lagi. Aku rasa ada lagi banyak cara untuk menunjukkan pasangan itu bercinta, berkasih sayang dan sebagainya.
5. ‘Pek’, ‘Pak’, ‘Aumm’ blablabla... -- kesan bunyi ini banyak menganggu kosentrasi pembacaanku. Belum lagi dengan campur tangan penulis yang ada di setiap halaman. Aku jadi letih!

Dan keseluruhannya, mungkin saja novel ini bukan my cup of tea. Buat kamu dan kamu, para pembaca sekalian boleh baca dulu. Mana tahu kisah santainya lekat di hati, sekaligus menjadi kesukaan anda sekalian.

Cuma, aku teringat tinta di Cerita Dari Syurga yang bunyinya lebih kurang begini [aku tulis apa yang aku faham] -- menulis itu besar amanahnya. Terserah pada sang pemegang pena mahukan ceritanya dikenang hingga ke hujung usia atau tersungkur sebelum tiba di pintu syurga.

Deep?
Ya, kerana menulis itu membawa tanggungjawab ke bahu anda.

Peace!
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
October 28, 2015
1. aha ada lagu One Man Kim Joong Kok.. agak2 Kz nak baca tak novel ni? :P
2. Terlalu fairytales.. tak salah.. cuma bukan minat Cik Pah dah, 15 tahun yang lalu mungkin laaaa
3. Agak daring... mungkin dah diterima dalam masyarakat kita dengan novel sebegini?
4. Ada part kelakar yang mencuit, semua pakat2 keluar dr whatsapp group 'Bakal Isteri Tuan Ihsan' bila Tn Ihsan hack grp & comment
Profile Image for Mai.
312 reviews58 followers
December 10, 2015
Novel untuk di dilepaskan Rm13,berminat PM

Sekali sekala jadi Monyet, tak apa sekurang-kurangnya tahu apa rasa cili kan...
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
Read
November 11, 2015
Unkwon
Tak. Tuan Ihsan.

Abg Yus left
Abg Haziq left
Abg Sani left

LOL. Bahagian ni yang paling kelakar.

Membaca Isteri Tuan Ihsan ini seperti menonton filem-filem Bernard Chaulee. Contoh Pisau Cukur, Gol dan Gincu. Heroinya mesti gedik-gedik ala diva. Tapi, bak kata kawan saya, ada dua jenis gedik. Satu yang nak bagi makan kaki tangan. Satu lagi yang kau menyampah tapi tetap kau boleh layan. Macam watak Fazura. Gedik tapi dia cantik dan gedik dia bukan level nak bagi kaki tangan. Gedik dia masih boleh buat kau gelak bukan kacip gigi, geram.:p

Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
April 19, 2019
Sangat santai dan laju saja membaca naskah ini. Saya membaca versi elektronik, maka buku ini tidak berada di gerobok buku saya. Membaca kisah ini memberi rasa malu-malu (blushed) & terasa seperti di awang-awangan. Sejujurnya saya tidak familiar dengan nama-nama brand/designer yang disebutkan, namun saya masih boleh membayangkan kemewahan item/suasana tersebut.

Mengakhiri bacaan ini umpama terjaga dari mimpi. :)
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 29, 2015
I like this story..
cerita santai yg boleh kita gelak ketawa dgn gelagat si Seroja..comel..ceria..sweet..hehe

rasanya xde pun part yg menyakitkan hati..sume watak awesome..best3 smpai ke mukasurat terakhir..x boring pun

mula2 rasa mcm geli je bila tau hero dan heroin beza 24 tahun..tp bila dah baca..alahai..sweet pulak Seroja dgn Tuan Ihsan ni..x nampak janggal pun..penangan si Seroja smpai Tuan Ihsan tergoda.. hehe..tq penulis utk cerita yg comel ini..:))
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
July 28, 2015
cerita dia nice. something fresh di sebalik lambakan cerita hero kaya kahwin paksa dengan heroin miskin or sama kaya juga tapi pergaduhan keluarga.

CUMA (rasanya perlu di-huruf besar-kan part cuma tu) terlalu banyak aksi hmm...kurang manis sebelum kahwin. try to ignore mereka duduk serumah even ada ramai pembantu. try to ignore mereka2 (watak sampingan) abaikan semua itu. tapi macam terputar2 di kepala scene2 tersebut berulang kali.

tapi lagi sekali, it's nice.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
April 29, 2015
buku wajib yg nak beli @ pesta buku.. memang best.. asyik tergelak2 dgn perangai Seroja dan Tuan Ihsan yg macho... amboi anak sampai 5... otai masih berbisa
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
May 21, 2015
Seroja Irdina - wajah seindah namanya. Melindung kisah pilu keluarganya, dia yg berusia 24 tahun beriak selamba, berani, happy go lucky, adakalanya lantang dalam bersuara & adakalanya lepas lakunya. Namun yg pasti, dia sangat nakal, manja, keras kepala serta pantang dicabar.

Tuan Ihsan Iskandar – kerana keliru antara cinta & teman tapi mesra, dia pergi jauh membawa hati yg kecewa, membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usia.

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dgn Seroja Irdina, gadis yg dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu gadis tersebut meninggal dunia. Maka termasuklah Seroja Irdina kedalam banglo mewah Tuan Ihsan, termasuklah juga dia ke dalam hidup lelaki seusia arwah ibubapanya.

Di peringkat permulaan, sukarnya mengawal Seroja Irdina yg degil & suka melawan, serasa hampir sakit jantung Tuan Ihsan dibuatnya. Seroja memberontak dgn setiap tindakan Tuan Ihsan yg dirasakan cuba mendominasi dirinya.

Namun seorang Seroja Irdina kuat auranya, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana jd meriah dgn gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. (Saya suka part bila Seroja & rakan2 karibnya serta pekerja2 Tuan Ihsan buat grup gossip dlm whatsap application - kejung rahang gelak baca conversations diaorang)

Biarpun Tuan Ihsan & Seroja Irdina kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing2 terbersit rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa di dadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yg dirasainya itu tandanya “rindu”? Yalah kan…umur dah hampir setengah abad tp x pernah bercinta…kuang3...masalahnya, andai benar itu semua cinta, kenapa harus dengan Seroja?

Sesungguhnya cinta x kenal sesiapa, hadirnya tanpa dipinta, tak pandang harta, tapi kalau dapat yg kaya...kira bonus lah yek.. Akhirnya Tuan Ihsan & Seroja x mampu lagi menafikan perasaan mereka. Bersatulah mereka dgn meriahnya.

Tapi Tuan Ihsan walaupun lebih dewasa, gara2 terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dgn jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sbg 1st prioriti, jgn ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka.

Bahagiakah mereka? Akankah persefahaman & kompromi tercipta dalam mahligai cinta mereka? Dapatkan naskah Sara Kyoko ini untuk tau kesudahannya.

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

Saya suka kisah ini...sungguh santai penulisannya. Penulis juga memberikan kesudahan kpd semua watak2 yg ada selain watak utama.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
May 4, 2015
3.7 ? ok x hehehe
ceritanya simple saja tapi nakal abis ...si gadis muda 24tahun Seroja Irdina yg nakal n gedik :p , jatuh cinta gedebuk2 ngan Tuan Ihsan si bujang terlajak yg sebaya ngn arwah ibubapanya .. sepanjang membaca tidak dapat tidak membayangkan si Tuan Ihsan ni serupa Datuk K n Seroja lbh krg mcm Datuk Ct ..opss sorry ..:p . tapi spoil jugakkla bila penulis gambarkan Tuan Ihsan ni gagah macho sado pinggang berlekuk kaya raya tapi yg adonyaa rambut putih beruban ..spoil betui tang tu .baru 47 kot takkn cpt sgt beruban :p .
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 23, 2015
huhuhu
lama x up date diri ini sgt malas nak menaip

ok kisah ITI bg MB best buat penghibur hati
sbb kisah yg simple gaya bahasa yg mudah dihadam sgt cathy ok i like her stailll...

part yang paling MB suka paet geng whatsApp omaigadd sgt sengal ok serius ku gelak gila2.. gud idea writer

part yang MB rasa kurang part umur alahai knp mst jauh benar jaraknya berapa lama je dorg boleh hidup sama.. hahaha mcm ssh MB nk terima hakikat wlwpn ini hanya novel ye...

ya bak kata penulis CINTA TAK KENAL SIAPA

good job dear writer..
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
I 'm done with it. Yeay. 1.36 am.
MasyaAllah..rasanya dahlama aku xbuat kerja mcm ni. Tahan mata semata-mata nak habis kan baca sebuah buku..sara kyoko, tgk apa you dah buat. Start from 1st page i tak boleh nak letak novel ni! Ahaksssss

Iti- novel yg buat sy tersenyum tergelak dr mula hingga akhir. En suami pun dah naik hairan dgn bini ni ..hahaha

Iti- sgt santai. Saya sgt menyukainya . Sangat -sangat best dan sangat-sangat kebabommmm. Saya nak bagi sebanyak bintang yg ada for iti... i love iti too much..
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
December 4, 2016
such a fairytales story tapi sy suka!!! sy boleh hadam and accept all the gedik2 diva Seroja tu. Dia yang happy go lucky dia yg nakal. Sy pun happy and giggling all the time baca this book. Pek pak puk or auummm x menganggu for me. yet i can imagine masa pakcik tu jentik dahi Seroja dgn bunyi pek tu. kuat tu dia jentik kalu dah 'pek'.. hahaha. Pakcik tu pun baru kenal whatsapp tu apa.. funny. Yes cinta tak mengenal sesiapa.
Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
August 6, 2015
Best......
Memang senyum memanjang frm beginning until the end. Wants 2know details read it yourself...
Memang berbaloiiiiii ....
x sangka hasil frm new bee writer
41 reviews3 followers
February 28, 2017
Cerita yang menghiburkan dan santai.. sesuai untuk stress reliever..
Watak Seroja Irdina yang terlebih ramah dan nakal sangat menceriakan..
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
July 3, 2015
Book #61 - 2015

Very highly entertaining! I really enjoyed reading the book. Seroja irdina gadis yang daring, sexy, free hair, mata duitan and very gedik, but somehow walaupun dia macam tu, she's very likable. Gone are all the feelings yang you supposed to feel kalau ada watak perempuan macam ni. Tak meluat pun. Tuan ihsan? 47 year old. OLD but mengapa when I read this, saya pulak yang terasa tergoda! Haih! This book is highly recommended. I loved it. Looking forward to this writer's next book -- must!!!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
May 5, 2015
ITI..citer yg manis...sgt santai dan sesuai utk bacaan senggang! terlarutlah saya bersama Seroja yg menyukai Tu Ihsan..cara ..gaya dan kuasa seorang Seroja mampu mengubah seorang Tuan Ihsan!

Membaca ITI tak menuntut airmata yg banyak...hanya perlu senyum dan hayati rasa indah bersama mereka!

Owhhh...mmg tak puas membacanya! suka sgt2 ITI...antara novel terbaik yg saya pernah baca!
Profile Image for Miss Echa.
591 reviews13 followers
February 8, 2017
berawal dari dramanya... saya penasaran sm ceritanya.... honestly... kalo dibandingkan sm penulis Indonesia sih masih jauuuhhh...
Tp mungkin karena saya udah jatuh cinta sam karakter heroine nya...
kalo ditanya kok ngerti sm bahasanya??? karena saya tinggal di Pontianak yg bisa dikatain gak terlalu jauh sm negeri tetangga.. bahasa yg digunain juga 11 12 lah... btw, agak aneh juga.. pembuka tahun 2017 ini malah baca buku dari negara tetangga...
btw, saya suka ceritanya... saya suka karakter Seroja Irdina yang nakalnya luar biasa... saya suka si Tuan Ihsan a.k.a Pak Cik Hot yang kaya raya... saya suka pembantu2 keponya... overall saya sukaaaa
26 reviews1 follower
April 28, 2015
Hi Sara...
Kat sini pun akk ada kan....
this is the first book yang ai baca lepas balik dr PWTC (PBAKL)
so excited, hilang stress, gelak2 cukup utk buat ubat rindu pada
Tuan Ihsan nie,
Overall for 1st book good enough and congrate finally we have Tuan Ihsan
printeed verse. I dengan tulus ikhlas bagi 4 star dear...
Good job, dont give and good luck dearrr....
cant wait for next coming book Chaiyok chaiyokkkkkk.......
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
May 4, 2016
Naughtynya cerita ya ampunnn. Haha. Congrats Sara Kyoko. Cerita yang tak berat. Best. Kelakar. Sweet and romantic.

Seroja Irdina seorg perempuan yg sgt nakal, mulut murai, gedik tapi comel.

Tuan Ihsan Iskandar, dia sangat hot and handsome. Haha.

Grab this novel kalau rasa nak cerita yg kelakar-ringan-sweet-sexy-romantic. Hiks :D

Keep it up Sara Kyoko.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
March 24, 2016
Seroja Irdina & Ihsan Iskandar a.k.a Pakcik Tua

Sebelum ni, saya baca 'Aku Dipinang Duda' (Aidnil Zaff), si heroin gelar si hero dengan gelaran Jantan Tua. Naskah ni pulak, si heroin gelar si hero dengan gelaran Pakcik Tua.. ngeeeee
Profile Image for Cthajarronaldo.
48 reviews5 followers
May 8, 2015
Nak jual novel ni...yang berminat, boleh PM

Terhibur baca novel ni....santai...takde konflik yang berpanjangan n tak tebal
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 17, 2015
Kisah yang always rasa menarik.. Hahahaha.. Penat gelak sambil baca. Hahahahhaa... Part2 pipi merah laie la terus rasa letak buku sat nak gie jerit sbb segan. Hahahaha.. I lioke!!!
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,000 reviews120 followers
February 5, 2017
Despite the few reviews that I've read, Joy suka pulak cerita Seroja dengan Tuan Ihsan. Sweet je.....As long as both love each other sincerely (dan bukan bawah umur), Joy tak kisah pun jauh beza umur mereka.

Ye, cerita nie memang terlalu fairytale tetapi fiksyen kan, kite yang syok layan drama Korea pun samalah. DOTS pun fairytale amat tetapi hot pulak drama tu....

Ye, saya setuju tinggal serumah tu tidak sesuai so pembaca yang baca novel ini, bacalah saja untuk menghayati kesantaiannya, janganlah tiru2 yang tak sesuai.

Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
December 17, 2016
done!
1. mungkin terlalu fairytale kot cerita ni. bapak gile kaya si tuan ihsan ni. memang macam cinderella story betul.
2. ada sebahagian adegan sweet mweet tuan ihsan - seroja ni boleh aku terima ada yang tak...emmm...
3. paling kelakar bila semua ahli group left bila tuan ihsan hack whatsapp group tu..tu paling win!
4. cinta yang melibatkan perbezaan umur satu isu yang menarik jugak.jarang novel ada isu macam tu.
5. happy ending! so far okay la. 4 bintang untuk ITI. tahniah penulis.
Displaying 1 - 30 of 69 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.