Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Unplanned Mrs Zahin

Rate this book
The Unplanned Mrs Zahin, Aesya Azahar | PBAKL 2026 💍

“Marriage is not everything, Haura. It’s just paperwork.” - Hanif

​Bagi Haura, dia turut menyimpan impian untuk hidup berumah tangga dan berkeluarga. Namun impian itu musnah apabila dia ditipu oleh lelaki yang sebenarnya sudah menjadi suami orang.

​Sumpah! Haura bukan perempuan perampas. Tapi siapa yang akan percaya padanya bulat-bulat? Lebih menyesakkan fikiran, Hanif berkeras tidak mahu melepaskannya.

“Selagi Haura belum menjadi isteri sesiapa, selagi itulah aku akan berusaha untuk jadikan dia milik aku!” – Hanif

​Saat itulah Zahin, sepupu kepada isteri Hanif, menawarkan Haura jalan keluar dari kemelut itu.

“So now you only have one way out. Jadi isteri aku.” – Zahin

​Apabila dia menemui jalan buntu, akhirnya Haura terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Zahin. Lelaki yang pernah memusuhinya dahulu.

“Haura pilih… Zahin, mama.” - Haura

“Kau akan menyesal dengan keputusan ni, Haura!” – Hanif

​Zahin berpegang pada janjinya. Untuk hadir menjadi penyelamat dan pelindungnya.

“I will make sure you fall in love with me.” - Zahin

​Namun, rumah tangga mereka semakin diuji apabila bekas kekasih Zahin kembali menagih cinta lama.

“Call me crazy, call me foolish, call me whatever you want. Tapi I memang menyesal sebab tinggalkan you.” – Kayla

Berjayakah mereka membuat Hanif berhenti mengganggu Haura? Dapatkah Kayla memiliki semula sekeping hati milik Zahin? Mampukah Haura kecapi bahagia yang diidamkan selama ini?

295 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Aesya Azahar

6 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
4 (80%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,310 reviews243 followers
July 28, 2026
I tell you, karya ni memang boleh habis dalam 3 hours+ je. It's so fast-paced sampai selak punya selak, tahu² dah sampai last page.

Haura bercinta dengan Hanif hampir 2 tahun tanpa tahu yang Hanif sebenarnya suami orang. Patutlah sepanjang bercinta tak pernah bagi izin nak selfie together atau post gambar Hanif dekat story. Rupanya semua tu sebab dia nak cover line.

Kantoi pun bila Azra datang curah air oren dekat Haura. Azra ditemani cousin dia, Zahin. Geram betul dengan Zahin masa awal² sebab asyik perli Haura dan terus tuduh macam² tanpa tahu cerita sebenar.

Padahal Haura langsung bukan perampas. Hanif yang tak faham bahasa dan tak reti nak mengalah. Dia terus mengganggu Haura sampai Zahin salah faham. Bila Azra mengadu dekat parents Haura terus Haura kena halau dari rumah.

Yang buat F lagi benci Hanif bila satu malam Haura balik lewat dari office, Hanif cuba buat sesuatu dekat dia. Mujur Zahin sempat datang selamatkan Haura. Rupanya Azra letak gpd dekat kereta Hanif sebab tu Zahin sempat sampai.

Zahin kemudian offer untuk kahwin dengan Haura and I really love their chemistry. Tak ada drama tarik tali atau main hard to get. They accepted their fate... slowly built their relationship and were happy being husband and wife.

F paling kesian dekat Azra. Berkali² kena tipu dengan Hanif sampai akhirnya dia pilih untuk undur diri. Hanif pula langsung tak kisah tentang Mia. His obsession with Haura just kept getting worse.

Cuma part Kayla tu, F rasa macam tak perlu sangat. Personally, F takkan bagi keizinan dekat suami untuk jumpa perempuan lain tanpa isteri ada sekali. Memang Zahin ada offer ajak Haura ikut tapi Haura yang tak nak. Dia bagi Zahin pergi jumpa dekat restoran seorang diri. Nasib baik scene tu tak panjang and tak penting pun.

Overall, this was a light and very engaging read. The pacing was on point, the plot kept moving without dragging and it's definitely the kind of book you can finish in one sitting.
Profile Image for Cutie_pie28.
543 reviews12 followers
June 17, 2026
It all started when Haura kenal dan bercinta dengan Hanif for a year and a half.. si Hanif ni punyaa jaga diri tak nak bagi kantoi.. at last kantoi jugak..

Masa ni kesian dengan Haura yang terima ber macam² cacian.. dia ter kebil² memikir kan apa salah dia.. bila dapat tau jee status Hanif lagi laaa dia down..

Zahin at first memang rasa puas bila Haura dimalukan depan orang ramai.. tapi bila dapat tahu hal sebenar, of coz laaa dia nak jadi hero..

Dari simpati timbul nya satu perasaan yang sukar untuk Zahin nafi kan.. dia nak protect Haura dari Hanif yang tak betul nie..

Hanif jadi tamak, dia cuba betul kan keadaan dan ber macam² cara dia buat agar Haura terima dia kembali.. Haura memang da nekad tak mahu daa dengan di penipu nie..

After Zahin dan Haura kawin, Zahin cuba tunjuk kan perasaan dia pada Haura dengan harapan Haura balas perasaan dia nie.. ayat² Zahin ni bole buat kita melting yee 🫠

Saya suka apa yang di janji kan bersama.. no secret between them.. be sincere throughout this marriage.. trust each other.. spending time as love language.. argghh banyak lagi laa 🥰

Untuk saya laa kan.. watak Kayla tu tak berapa penting dalam buku nie.. kalau dia tak de pun okay.. hahahaha.. muncul terus menyesal laa nak get back balik laa apa laa.. eh da kau yang nak putus kan.. hadap laa..

Kalau korang nak cari buku yang santai, tak banyak konflik.. yang banyak tendang angin, this is the one..
Displaying 1 - 3 of 3 reviews