Jump to ratings and reviews
Rate this book

September

Rate this book
Blurb:

Niat Nur Jazleen hanya mahu membantu temannya tapi, siapa menduga dia ditemukan kembali dengan kisah silamnya, Zayn Akmal. Namun, Zayn hari ini bukan lagi Zayn yang dikenali dulu. Kelembutan bicaranya sudah hilang dan tiada lagi sinar cinta di matanya.

“Jauhkan diri kau dari adik aku, Jazleen. Kalau tak..” – Zayn Akmal
“Kalau tak, awak nak buat apa?” – Nur Jazleen
“I’ll make your life a living hell. Mark my words, Jazleen.” – Zayn Akmal

Tiga tahun dahulu, mereka bertemu dan jatuh cinta pandang pertama. Bagi Zayn, Jaz adalah adalah segalanya. Apa saja dia sanggup lakukan dengan kebahagiaan Jaz. Tapi ada sesuatu yang ‘menghalang’ Jaz untuk menerima cinta Zayn. Dan... bermulalah penipuan demi penipuan sehingga Zayn jadi kecewa.

Kini, takdir menemukan mereka kembali. Masing-masing cuba menafikan rasa yang masih wujud di hati. Namun, makin mereka cuba menjauh, makin takdir mendekatkan mereka. Dan kehadiran si dia bernama Ariq menambahkan lagi kusut keadaan.

"I hate that I hate you, Jaz." – Zayn Akmal
“So what do you suggest we do, Zayn?” – Nur Jazleen

September menyaksikan dua hati bertemu, berpisah dan bertemu kembali. Mampukah peluang kedua ini menukar kesudahan kisah mereka seperti yang diinginkan hati? Atau kisah ini akan terus luruh bersama waktu?

501 pages, Paperback

First published June 1, 2015

3 people are currently reading
107 people want to read

About the author

Farah Husain

35 books209 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
84 (35%)
4 stars
109 (45%)
3 stars
39 (16%)
2 stars
8 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
May 27, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM18.00. PM je....


Setakat ini, SEPTEMBER adalah karya ke-3 penulis ini yang kubaca. Sekadar naskah tunggal yang dijual di rak-rak kedai. Aku bukan pemburu edisi terhad atau antologi cerpen/mini novel yang hanya boleh didapatkan di laman muka buku (kegilaan yang dah lama aku tinggalkan). Mungkin kerana itu, aku sedikit terkebelakang dengan segala pembakaran dan pengasapan yang berlegar di alam maya. Membaca naskah tunggal, dan hanya naskah itulah yang ku review tanpa dipengaruhi oleh apa-apa pun jua.

Jika DRG ku ibaratkan seperti bunga api; mercun roket yang meletup di udara, HDC pula seperti mercun roket yang 'masuk angin'; terbang tapi tiada letupan (mungkin stok raya tahun lepas punya), tapi untuk September ini aku analogikan seperti mercun bola. Cantik bulat bentuknya, berkaler-kaler.. sekali dicucuh; memang kababommmmm bunyinya. Terkenang perang mercun antara kampung setiap kali malam raya. Indahnya tradisi yang diamalkan hingga kini.... biarpun sekali dengar dah macam perang dunia ke-3.

Tapi.... sewaktu hendak menyalakan sumbu mercun tersebut, semua rasa ada. Banyak yang negatif; takut, seram, ngeri. Tapi bila dah menyala dan mercun bola tersebut dilemparkan ke tengah sawah..... excited gila!!!

Sebelum aku review yang 'excited' tersebut, aku nak buang dulu yang 'seram, ngeri dan takut' tersebut. Its solely because of chapter 52 - 64 of September. Agak MELAMPAU aku katakan di sini (i'm the reader...i'm allowed to be MELAMPAU) bab-bab tersebut seolah-olah bukan ditulis oleh penulis ini sendiri. Gaya bahasa yang lari dari bab-bab sebelumnya. Pelanggaran timeline di mana-mana. Terfikir bagaimana setahun boleh melangkau menjadi 4 tahun? Typo? You name it, you got it!

'Pertukaran' nama watak yang sepatutnya tidak berlaku. Kekeliruan paling menjengkelkan apabila nama Thalia bertukar dengan Jazmeen. What the ..... pertama kali membaca scene tersebut, aku dah bertanya 'bila pulak si Jazmeen ni hidup balik?' 'Rasa' yang ditinggalkan oleh Jazleen dan Zayn dalam bab2 sebelum itu 'hilang'. Mereka seolah-olah bukan pasangan yang sama. Ku harapkan indahnya percikan bunga api... yang ada cuma kepulan asap yang memedihkan mata.

Sadis kan? Pembaca kerek seperti aku memang sadis!

MELAMPAU tak jika aku salahkah syarikat penerbitan dan sidang editorialnya..... Tak kot?! Sayang sekali bila naskah yang kebabomm seperti ini bertukar menjadi memori daun pisang yang daun pisangnya koyak rabak. Bak kata pepatah ku sendiri 'jangan diharap indah bunga api di udara jika tak pasti bunga api tu buatan Thailand atau China'. Tak perlulah mengejar sesuatu yang tidak pasti hingga hampir2 menghancurkan produk sendiri.

Oleh itu, mohon agar bab 52-64 dapat diperbetulkan dalam cetakan seterusnya.

***************

Sekarang kita tiba part pembakaran mercun bola yang 'excited' itu... ;-P

JUJUR... jika tiada cetakan nama penulis di mana-mana, aku wajib tidak dapat meneka siapa penulis naskah ini. Penulis bukan setakat lari dari template penulisannya selama ini, penulis terbang laju, jauh dan tinggi. Naskah ini adalah naskah terbaiknya setakat ini!

Aku sukakan lovey-dovey antara Jazleen dan Zayn. Aku sukakan kadar kemanisan yang ditabur dalam penceritaan. Mungkin tidak semanis gula kapas seperti DRG, tapi manis di hujung lidah ini lebih mengujakan.

Aku sukakan elemen Islamik yang cuba diterapkan. Aku suka bila penulis mula membebel menegur apa yang dirasanya patut dibebel ditegurkan. Bayangkan jika naskah senipis ini (agak tebal tapi memandangkan langkaun baris2 cetakan, naskah ini nipis sahaja) sudah mampu menjadi mercun bola yang kebabommm bila meletup, bayangkan jika penulis menghasilkan naskah tebal dengan formula yang sama.... pasti naskah tebal tersebut akan menjadi seperti meriam betul yang dibakar di malam raya (bukan meriam buluh atau batang besi, tapi meriam lama kepunyaan masjid; di'pinjam' bebudak nakal di malam raya).

Peace

p/s; jangan main mercun ye adik2... BAHAYA!
Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 9, 2015
Errr, ni buku Farah Husain ke?

09-05-2015

Fuh, akhirnya tamat juga dibaca. Macam tak sangka pulak penulis berani mengeksperimentasikan kisah begini untuk penulisannya kali ini.

Hanya kerana salah sangka dan salah faham, hubungan yang terbina antara Zayn dan Jazleen musnah di pertengahan jalan.

Yang Zayn tak tahu; Jazleen buat begitu kerana nak menutup aib kakaknya.
Yang Zayn tak tahu; Jazleen dibuang keluarga hanya kerana mahu mempertahankan darah daging sendiri yang tak diiktiraf keluarga.
Yang Zayn tak tahu; Jazleen sanggup mengorbankan masa remajanya untuk memberi kehidupan sempurna kepada darah dagingnya itu.

Yang Zayn tahu? Membenci Jazleen yang kononnya hipokrit dan curang di belakangnya. Heh.

Pertemuan kembali dengan Jazleen bagaikan memberi peluang buat Zayn untuk menghambur kemarahan yang tersimpan terhadap Jazleen. Yang dia tak sedar sebenarnya, sedalam mana pun kebenciannya terhadap Jazleen, perasaannya terhadap Jazleen tak pernah berubah.

Bila segala kebenaran mula tersingkap, mampukan Zayn menahan keinginannya untuk bersama Jazleen?

Komen saya:

1. Cik Farah memang berjaya buat saya kabur baca kisah kali ini sebab storylinenya yang tak dijangka. Sejak dari awal pembacaan kita dok tertanya-tanya, apa agaknya rahsia yang Jazleen sembunyikan hingga Zayn membencinya sebegitu sekali?

2. Sungguh, seorang perempuan memang boleh jadi kuat bila libatkan orang yang disayanginya. Macam Jazleen. Dia tak kisah korbankan perasaan sendiri dan masa mudanya hanya untuk memberi kegembiraan dan kesenangan untuk mereka yang disayanginya. Cuma yang saya tak gemar bila ada orang yang suka pergunakan kelebihan orang macam Jazleen ini untuk kepentingan diri. Macam Jazmeen yang suka guna emotional blackmail bila nak minta pertolongan Jazleen. Haish.

3. Mengenali sisi kerek Zayn Akmal memang boleh kita rasa menyampah. Tapi bila fikir balik, rasa kecewa terhadap Jazleen buatkan dia membeku sebegitu. Salah sendiri juga, kenapa tak nak siasat, kan? Pandangan mata boleh menipu, encik. Jadi, janganlah cepat buat anggapan sendiri. Lain kali kalau tak tahu kena tanya. Bukan terus hukum. Tengok, kan dah jangkit virus bebel Achik K? Ahaks.

4. Sungguh pun Jazleen disisihkan oleh kedua ibu bapanya, Jazleen tetap beruntung sebab masih ada saudara mara yang sudi menghulurkan tangan sewaktu dia terkapai-kapai. Untung ada juga ahli keluarga yang tak cepat menghukum macam keluarga Aryan. Iyalah, kan kata pepatah air dicincang takkan putus?

5. Secara keseluruhannya saya cukup berpuas hati dengan perjalanan kisah ini. Suka dengan isu yang diketengahkan. Agak berat tapi tak buat kita stress membaca. Cuma ada sedikit kabur pada bab-bab terakhir kisah ini dan beberapa typo, kehilangan perkataan di pertengahan ayat serta editing yang boleh diperkemaskan untuk cetakan seterusnya. :)

6. Akhir sekali nak tanya, Farah Husain dah kena culik ke? Hahah. Bukan apa, rasa macam orang lain yang tulis kisah ni. Aura manis bergula penulis ni makin hilang (atau dia sebenarnya dah pandai seimbangkannya untuk gaya hidup sihat? Hikhik). Apa pun, tahniah Farah. Moga makin melimpah ruah ilham untuk terus berkarya. :)
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 8, 2015
i definitely didnt expect this....

Full Review...

PERTAMA SEKALI.... I just wanna ask.... Ini buku Farah Husain kah? Ooooo my... so macam tak boley dipercayai. So different for her other sweet tale. This is more towards heavy stuff... I read dis book after finishing RH's book. I tot that this book will balance up emosi yang sikit terganggu during last reading coz reading FH's book normally can do that but how wrong was I.

Secondly.... this book made me cry. MORE THAN USUAL laaa when reading FH's books. All this while, buku FH only made me cried once or twice tapi kali ni....

Jazleen - Penatnya menjadi seorang Jazleen. That is why I salute her. She sacrificed so so much... In the end, I don't know whether the sacrifices made berbaloi ke tak. Maybe yes to some n no to others. To me... ada la regret on some of the sacrifices made but ketentuan dari Tuan punya Alam, who can say otherwise kan? But having somebody like Jazleen in my life would have been a blessing.

Zayn - I adore Zayn... I know that he made a mistake but I FORGIVE HIM. [maaaaacam la dia kesah ai forgive him ke tidak kan... ahaksss... sukati aaa... review ai.] Come on laaa... Zayn manusia biasa. If I were in his shoes, I would have done the same. Pada awalnya, saya ada sikit marah la pada dia but he came thru for Jazleen and for that, I adore him. He had always kept Jazzy in his heart. How can u hate him for that?

I cant say much in this review coz saya tidak mahu melakukan pembakaran terbuka sebab di sini takda disclaimer, so I'll stop at that.... Happy readingggg.... :)

P/s:-
I have only 2 problems during the reading.
(1) The continuity between chapters confuses me. I had to reread some parts to finally capture what n when n where it is happening n that disturbs me. I don't like to have to reread.
(2) There are some spelling error and one or two grammatical error.
Other than that, it was a great reading for me.

PP/s:-
I like this phrase very much. FH never fail to impress me with her catchy phrases:
every saint has a past, every sinner has a future
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
May 5, 2015
How the time passed away? All the trouble that we gave
And all those days we spent out by the lake
Has it all gone to waste? All the promises we made
One by one they vanish just the same

Of all the things I still remember
Summer's never looked the same
The years go by and time just seems to fly
But the memories remain

In the middle of September we'd still play out in the rain
Nothing to lose but everything to gain
Reflecting now on how things could've been
It was worth it in the end

(September, Daughtry)

Tahniah Farah Husain. Satu naskah yang lengkap.Tahniah juga sebab berjaya angkat isu masyarakat kita.

Jaz. Zayn. Antara mereka ada satu perkara yang tak mungkin dapat dipadam. Memori.
Jaz. Hidup bukan seperti sebuah CPU, yang boleh diformat semula.
Zayn. Luka bukanlah tulisan yang boleh diliquid dipadam begitu saja.
Jaz, yang mengurung rasa bersalah di dalam hidupnya. Zayn yang memerap dendam di hatinya. Mereka bertemu semula. Memori yang tersimpan umpama bom masa yang bila-bila saja akan meletup.

Serius, saya suka September seperti tulisan-tulisan Farah Husain yang lain malah lebih sedikit.
Memandangkan September masih baharu saya cuba untk tidak mengulas secara lebih. Janji!
Menjawab pertanyaan farah Husain, pada saya September ialah realiti hidup. Sama seperti jeruk pelam asam boi yang femes tu. Masam, pedas, manis tetapi sedap. Rencah realiti. Isu masyarakat.
Boleh saya katakan September adalah sisi serius Farah Husain. Mungkin?
Suka pada setiap watak yang dilakarkan penulis. Walau banyak watak diwujudkan tetapi tidak sekalipun overshadow JazZayn.
Teruskan menulis Farah Husain. Saya tahu beberapa couple di dalam ini ada potensi untuk dikembangkan kisah mereka. Aryan, Ady dan Rio oh my love. Hahahahaha
Beribu-ribu tahniah cik penulis.

Yang ikhlas,
Crush Rio.



Profile Image for Shamien A. Basit.
Author 4 books45 followers
May 31, 2015
Something lost, something gained. It's a fair play, this life.
I agree, this is a bit of a new angle for Farah Husain. It's more mature, and less cheesy. Things get serious in here, but it was logical. The twist wasn't what I expected, but damn, it did smacked me square on my face! Did not see that coming!
Zayn, a broken hearted man.
Jazleen, the lying b***h as Zayn labelled her.
But fate brought them into each other's perimeter for the second time.
What happened next?
Fireworks or hurricanes?
Purchase to find out!
It is not a wasteful read.
It is deep...
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 23, 2015
jalan cerita tak dinafikan sangat menarik
macam tak percaya Farah Husin yang tulis
hehehe...
tapi sayang MB konpius berkali2 MB ulang takut MB silap baca.. so MB amk keputusan faham2 sdri shj..
sepatutnya editor semak perkara mcm ni
sayang karya yang baik tapi.. mayb pada org lain tak mencacatkan pembacaan mereka tapi pada MB sangat menggangu..

mayb MB tunggu 2nd P untuk reread.. i love this story..
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
January 25, 2018
SEPTEMBER. Saya suka tajuk buku ni. Simple dan sekali pandang terasa macam ada something di situ. Something yang berkaitan dengan rindu atau kenangan mungkin?

Saya sebenarnya susah nak rating buku ni. Biarpun konflik utama dia adalah salah faham yang lengkap dengan pakej tidak mahu mendengar penjelasan itu sangat melelahkan, surprisingly saya masih suka. Kisah Jazleen-Ariq-Jasmeen juga mengingatkan saya kepada cerita Thorn Birds. Berubah dan menyesal walau macamana sekalipun, ada certain perkara yang tidak mungkin akan kembali menjadi milik kita.

Kalau ikutkan hati yang sudah suka itu, memang jari ni rasa ringan saja hendak menekan jumlah bintang empat atau lima. Tapi wajarkah saya memberi bintang yang tinggi pada naskhah yang terdapat banyak kesalahan ejaan, kecelaruan latar masa dan pertukaran nama watak?
Agak menjengkelkan. Mungkin nampak macam benda kecil, tapi bagi saya, kesalahan tadi sudah menjatuhkan kualiti buku itu sendiri.
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 19, 2015
September? Why September....Because .....

Naskah FH bermula dengan baik. Keterujaan membacanya terasa walaupun ada beberapa patah perkataan yang tertinggal dan mencacatkan ayat, tapi boleh di maafkan... Konfliknya nya... hemmm.. kurang berperisa.

Hanya kerana salah faham... hanya kerana cemburu, seorang Zayn berisah dengan seorang Jazleen. Iyokkk... ML tak pasti, berapakan umur si Zayn... tapi Jazz.. tentulah budak2 baru nak naik.

Pembacaan jadi semakin mengelirukan terutama pada bab-bab terakhir. adakah kerana blood pressure ML naik ke haper,... ML tak pasti. Tapi.. jiwa ML terganggu dengan perubahan masa yang sekejap setahun setengah sekejap 4 tahun tu. dan tiba2 bila si Meen hidup kembali, ML pun terdetak jugaklah di dalam hati ... FH.. this is not you.... come on... wake up babe... this is not you.... macam mana pulak boleh hilang identiti ni... rasa dah membaca novel entah siapa-siapa... dah x ada FH di pengakhiran cerita.

Keterujaan ML hilang begitu sahaja. Sorry to say... novel ini hanya biasa-biasa sahaja. tak mampu nak pujuk ML untuk bagi bintang yang berblink-bink walaupun FH ...
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 5, 2015
Weeee... Akhirnya berjaya membaca the best ending for both zayn and jaz... Ahaks...

Suke moment2 bencinta meke... Dalam benci ada rindu, dalam sayang ada dendam..

X sangka kisahnyer begitu... Kawen yg terlalu adhoc, sampe terpinga2 member.. Hehehe

Tp mula bahagia bila most of the truth is out... I lioke!!

Peristiwa demi peristiwa, salah faham, salah sangka, salah erti.. Segala2 salah membawa kepada terbukanya kebenaran satu persatu..

Terluka, tapi cuba untuk bertahan.. I respect jaz for that...

Most of it deals dengan kehilangan, hakiki atau sekadar di dunia, but both shared the same pain!! Devastated if i was her definitely. Ngeeee...

But, yeah, zayn... Dialah racun.. Dia juga penawar.. Nak baik cepat, kena terima dan telan both character. Hadam sampe lumat.

In short, i like it! I love it!
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
July 30, 2015
Ceritanya ok, ada juga nak letak bintang empat or lima tapi ada beberapa sebab kenapa mematikan niat suci murni tersebut.

1. confuse dengan bagaimana mereka berjumpa. Dan juga reason kenapa mereka berpisah. Kata bercinta bagai nak rak, tapi reasonya alahai....

2. adakah cerita ini dibuat dalam keadaan tergesa sehingga simple mistake boleh terlepas dari kacamata editor?

i) Jazmeen ni dah meninggal ke belum? sekejap kata dah tapi kenapa pula si Zayn offer nak pergi ke UK selepas buat umrah untuk melawat Jazmeen?

ii) Diaorang ni dah kahwin berapa lama? mula2 perasan tulis setahun setengah then macam ada perasan juga diaorang berpisah 4 tahun (lepas aniq meninggal) so mana satu? ke yuni ada missing something ketika proses melangkau pages?

so next please
17 reviews198 followers
May 5, 2015
September yang tidak dijangka.Sebuah cerita yg tak pernah terfikir akn ditulis oleh seorang Fh.
Watak Zayn yg euwww...suka buat jiwa kacau..kejap sejuk..panas...paling best bila romantik.Auch!
Salute dgn Jazzy yg tabah mnjaga Ariq, dibuang keluarga ditinggalkan Zayn..oopsss terlebih pulak.(baca sendiri).
Watak2 sampingan semua best.(keluarga,kawan2 sekeliling Zayn n Jaz) menambahkan rencah dlm September.
Tahniah! Cik Farah Husain.
Next tolong sambungkan kisah Rio ye.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
May 6, 2015
Boleh tak nak cakap cerita FH kali 'SEXY'..hehe. dats how i feel when im reading this novel.

Kemarahan Zayn is SEXY!
Kebencian Zayn is SEXY!
Kedegilan Zayn is SEXY!

Zayn melamar Jazleen pon SEXY. reason nak kahwin memang sangat senget, tapi sebenarnya nak Jazleen jadi hak milik dia.

Tahniah pada FH, harap lepas ni ada hero SEXY lagi.mungkin Rio pon boleh kot.. :P
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
October 4, 2015
wow... Bila menutup buku ini saya tahu saya suka kisah ini sgt suka rasanya.
Tapi bila mengenangkan betapa terseksa dan terderanya hati saya semasa membaca kisah ini rasa tak sanggup phewww.

Kisah hati yg terluka
Kisah dia yg memilih utk berdendam
Kisah dia yg memilih utk terus berdiam
Dan di mana akhirnya kisah mereka.
Profile Image for Yan.
117 reviews2 followers
June 5, 2025
Yang kita baca nie versi baru, under Byline Publishing.

Perasaan kita, bercampur baur masa baca buku nie…🥹

𝑺𝒆𝒑𝒕𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 (𝑹𝒆𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒆𝒅)

Rating: 🌟🌟🌟🌟.3

Seorang wanita bertemu kembali ex-boyfriend nya seleps 3 tahun berpisah. Paling teruk, ex-boyfriend nya masih marah dan berdendam dengannya, di atas perpisahan mereka sebelum ini. Dan, bertambah lagi buruk, apabila si wanita itu dapat tahu yang dia bekerja satu company dengan ex-boyfriend. And not only that, he is her boss…😱😨 Dah tak tahu nak kata malang berapa kali dah nie…😰 Mampukah mereka berdua, menyelesaikan segala kekusutan, segala salah faham yang terjadi di antara mereka berdua nie? 🤔

ML - Syed Hazayn Syah / Zayn

Ketika zaman bercinta dengan FL, ML adalah seorang yang tenang, manja, suka bergurau dan always manjakan FL. Selepas berpisah, ML bertukar menjadi seorang yang dingin, sentiasa dalam keadaan marah dan kurang bercakap. Bekerja sebagai seorang arkitek.

“𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒃𝒂𝒍𝒊𝒌 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈.” 𝒁𝒂𝒚𝒏 𝒕𝒐 𝑱𝒂𝒛𝒍𝒆𝒆𝒏.

Perjalanan perhubungan mereka berdua nie, memang berliku sungguh. Bila dah dapat happy ending tue, memang dengan kita sekali boleh tarik nafas lega…😮‍💨😍🥰

FL - Nur Aisya Jazleen / Jazleen / Jaz / Jazz

Baik hati. Bertimbang rasa. Seorang yang penyabar. Tapi, selepas satu kejadian, FL bertukar menjadi seorang yang suka berkata2 dengan sinis.

Pada awal pembacaan, kita sebenarnya hampir nak DNF buku nie. Sebab, kita tak suka dengan watak ML & FL. Kedua2 ego nak mampus. Yang si FL kononnya macam nak menjauhkan diri, tapi, bila berdepan dengan ML, buat ala2 macam ter’mengorat’ ML. Buat2 terkejut setiap kali ML tegur dia. Lepas tue buat2 tersentuh ML. Itu belum termasuk yang dia nak cari gaduh dengan orang2 yang dia baru kenal. Ko dah kenapa perempuan? 😫 Yang si ML pun lah, kerja nak marah jer. Naik angin satu badan. Cakap tak suka, berdendam bagai, tapi pergi jugak kat FL. Angin dia mengalahkan perempuan yang tengah PMS. Adoi lah…😤😩 Kita yang membaca nie pun rasa penat dengan dua ketul nie…😓😪

Tapi, itu pada awal jer lah. Bila dah sampai part konflik, then, cerita makin menarik. Makin lama baca, makin faham, kenapa mereka berdua acted the way they are. Kenapa ML marah2 sangat? Sampai berdendam? Kenapa FL menjadi cynical? Bila dah faham, susah plak nak benci mereka berdua nie…🥺

Especially watak FL. Banyak sangat pengorbanan dia. And I can understand why she needs to leave dalam satu scene nie. Sometimes, memang kita kena mengasingkan diri dari orang ramai sekejap, so that you can think about yourself. To heal yourself…🫶🏻

Apa yang Jazmeen buat dalam satu scene tue, sebenarnya, it’s more to postpartum depression. Tekanan perasaan untuk ibu2 yang baru melahirkan anak. And benda nie, walaupun tak diterangkan dalam buku, kita faham apa yang Jazmeen lalui. Seorang diri, tiada sokongan dari yang tersayang (kecuali FL), memang akan membuatkan si ibu mula berfikir secara negatif. And I don’t blame her for what she did. Sepatutnya, Jazmeen kena dapatkan rawatan psikiatri untuk her postpartum depression. Tapi tue lah, mungkin Jazmeen sendiri pun tak tahu yang dia sedang mengalami postpartum depression…🥺 Rasa nak peluk Jazmeen time tue.

This book, mengajar untuk kita sentiasa memaafkan, dan melepaskan. Setiap atas muka bumi ini, hanya pinjaman sementara. Semuanya akan dikembalikan kepada Allah sampai satu masa nanti. Sebab tue, berdendam nie, buang masa jer. Rasa marah dan benci tue sebenarnya buat kita akan jadi letih. Once kita redha, hati lebih tenang, and minda pun rasa ringan.

Watak Layla paling best dalam buku nie. Walaupun muncul sekejap jer, bagi kita, Layla nie adalah watak wanita yang matang dan bermaruah. She knows when to put a stop. Walaupun sayang pada ML, tapi, she knows, hati ML bukan pada dia. Ahhh, masa nie kita rasa nak peluk jer si Layla nie…😭😢

Buku nie bukan lah buku romance semata2. It’s more to kekeluargaan. Dalam buku nie, konflik2 nya banyak berkaitan dengan ahli keluarga yang terdekat.

As usual, penulisan author nie, sedap dibaca. Walau bagaimana pun, buku nie ada kelemahannya. Kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa (both in Malay & English sentences) dan missing words in sentences yang terlampau banyak. Sehinggakan ada ayat tue, memang 2-3 kali kita kena baca untuk nak faham. Every few pages kita ada nampak kesalahan. Kadang2 tue, in one page, ada sampai 2 kesalahan. Membuatkan pembacaan kita agak terganggu…😣

And, ini just pendapat peribadi kita, the flashbacks dalam cerita nie macam agak tiba2. Ada banyak flashbacks dalam cerita nie. Tapi, cara ia disusun, macam tiba2. Sedang baca scene zaman sekarang, masuk next bab, macam terputus sekejap sebab eh, flashback rupa2 nya. Patut lah macam tak kena jer dengan scene sebelum nie. Ha giteww, perasaan kita masa buku nie…😅

Apa2 pun, buku nie best sebenarnya. Yang mana sukakan second chance romance (tapi dalam buku nie, scene grovel takder sangat lah…😅), boleh baca buku nie. Untuk author, semoga lebih berhati2 untuk next buku. Kurangkan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Kita doakan semoga author sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ilham untuk terus berkarya. All the best…👍🏻👏🏻
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
October 12, 2025
F dapat rumuskan puncanya salah sangka. If Zayn dengar penjelasan dari Jazz, diaorang takkan breakoff.

Cuma kesian dengan Jazz..bertubi² dia kena. Penulis pun tak beri chance. Cuma tak sangka Amy pun terlibat.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
April 17, 2020
Main emosi la buku ni...hate it but like it....

Thanx for the good novel, writer...
Heroin yg tabah... Hero yg hmmm...ntahhh..
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 4, 2017
Salah Faham!!!
Salah Faham!!!
Salah Faham!!!

SALAH SIAPA???

Yang tidak mahu mengerti dan mendengar penjelasan kerana sering dibohongi?
Yang terlalu menunduk kerana terlalu menyayangi atau ia hanyalah satu alasan sahaja?
Yang mempergunakan orang asal kepuasan diri dikecapi?

1st half saya letih. 2nd half jadi lelah.
Setelah kemelut pertama jernih, datang lagi satu musibah.
Dia yang baru berjinak2 mendalami ilmu akhirat jatuh kecundang sekali lagi kerana terlalu mengikut perasaan kecewa.
Tinggalkan yg dicintai sekali lagi demi mencari jati diri yang hilang..Jika berjodoh akan ketemu kembali. Bukan kerana lupa akan status yang disandang..tapi tidak mahu terus membenci. Lupa ataupun dia tidak mengerti keredhaan seorang suami atas dirinya? Mungkin juga..sebab dari awal cerita wataknya digarapkan seperti seorang yang jahil. Bukan tidak pernah ditegur, bukan juga tidak punya kesedaran tapi hatinya begitu liat untuk berubah.

Dia bukan seorang yg jahat atau dengki. Namun jiwa dia kekosongan. Not alone. But lonely.

My feel of watak Jazleen :
Honestly that last part really hurt..Macam nak jotos2 je kepala dia ni. Dia jadi seorang yang amat selfish. Terus menghilangkan diri dari suami setelah mendapat keizinan tapi tidak pada yg Aryan dan Adila. Bab jodoh tu dia masih boleh tersenyum. Sedangkan hati suami terluka dan kecewa..Rasa bersalah? Nope kerana dia yakin Zayn akan terus setia. Kenapa? Kerana terdengar sendiri ungkapan itu dari mulut Zayn dan information that she got from those two. Nasib baiklah author tulis Zayn janji untuk setia. Cuba kalau author tulis Allah bolak balikkan hati Zayn kembali terus dengan Layla yg ternyata jauh lebih baik dan matang dari Jazleen..huh!! Hilang terus agaknya senyumannya.

Baik-baik suka akhirnya saya harus akui, saya tidak suka sikap dia..Apa yang author sampaikan diakhir cerita melalui watak Jazleen adalah benar..She was the cause of all the problem that started 3 yrs back and current situation. But one thing that is true about her, melalui watak Zayn, dia seorang ibu yg baik & lembut hati.

REFLECT REPENT REBOOT - pesanan terakhir dinovel ini.

Bonus Chapter.
Rio Hanafi..tidak sangka rupanya terpaksa mengorbankan rasa cinta dihati yg tidak sempat diluahkan kerana seorang sahabat. The story was quite short. Wondering jika ia ada sambungannya kelak. Pengakhiran seperti kalau jodoh tidak kemana, cliff hanger.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
July 26, 2015
Pertama kali baca karya cik Farah Husain. Kata orang buku-bukunya menarik belaka. :) Yeah, September ni memang buku yang menarik di baca. Kisah Jazleen dan Zayn bercinta berdendam bercinta balik. Ada pasang surutnya. Disamping tu elemen kekeluargaan jugak di selitkan. Jazmeen, Aryan, Iqram, Amy dan Ariq.
Niat hati nak bagi 4 bintang bergemerlapan tapi saya confuse dekat-dekat hujung cerita. 4 tahun berpisah ke 1 setengah tahun berpisah ke macam mana? katanya kahwin satu setengah tahun tapi berpisah pun satu setengah tahun dan ada setengah part 4 tahun. Mana satukah?? Harap pihak editorial revise balik sebab menimbulkan pertanyaan bagi pihak pembaca :)
Okay..itu saja komen saya.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
May 20, 2015
Baca tak blh berhenti.. This time membaca buku farah yg saya rasa lain dari yg lain... sympathy for Jazzy.. begitu tabah menjalani kehidupan ... kehilangan Zayn, Meen dan family.. demi Ariq dia bangkit utk menghadapi hari mendatang..

congrats Farah yg membuatkan perasaan saya mcm roller coaster naik turun.. u did well, thumbs up.. Awesome
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
April 5, 2025
personal rating; 4.8/5

di awal pembacaan, buku ni buat i tertanya-tanya apa yang menyebabkan zayn dan jazz berpisah dan bertemu semula selepas 3 tahun? kenapa zayn benci sangat dekat jazz?

disebabkan buku ni fast paced, so i dah ready dengan plot twist dan ‘kepingan puzzle’ yang tercantum apa puncanya yang menyebabkan terjadinya salah faham zayn dan jazleen hingga adanya tembok benci antara mereka. sumpah sesak dada dengan plot dan jalan ceritanya. the angst was hits diff like— apa benda pedih sangat niii

Syed Hazayn Syah aka zayn; awal awal memang geram eh dengan mamat ni suka tuduh melulu. mulut bro ni memang mintak makan selipar tapi bila dah tahu kenapa zayn berubah macam tu sekali, okay his feelings of hatred and disappointment are so valid. walaupun zayn versi ‘jahiliah’ agak nakal sikit tapi bro lepas kawinn— saya is cayirrr the way he protect jazz from her toxic family walaupun dia dalam fasa membenci but he still cares about ariq and jazz anddd bro so hawt and sexy for whatt dengan skil bermulut manis beliau jdksjsgjjsgsjh staphh🙂‍↔️🫦

Nur Aisya Jazleen; istg jazz is the most strongest woman sumpah suker gila watak jazleen nii. her character development just chefkith. backstory dia sedih gila i taktau la berapa kali dah nanges sumpah fucked up gila hidup jazz dan faham kenapa dia sampai berdendam😭💔 but i adore her sebab still bertahan nak besarkan anak dia yang autism dan korbankan zaman muda dia lepas kena buang dengan fam sendiri and she lost her lover ughh i could neverr rasa nak peluk sangat jazz ni ‘(((

i suka dengan zayn dan jazz punya relationship development yang i rasa sangat smooth and worked out so nicely. diorang cuba berdamai dengan takdir lepas berterus terang everything, slowly berubah each other even kahwin pun without love but deep down diorang masih saling menyayangi in a good way🥹🫶🏻

part konflik ariq kat hujung tu bagi i sangat sedih la. faham sangat jazz yang rasa kecewa, sedih sampai kemurungan walaupun agak geram dengan jazz yang letak kesalahan tu kat bahu zayn tapi aku cuba untuk faham la cumanya dah jadi macam drama tambahan pulak sampai bawak diri berbulan ke negara orang tapi apapun, i love the closure, how everything fell into place so softly. rasa cukup. what a beautiful ending.

tbh i had so many mixed feelings while reading this book— fgs i nanges and baca sampai skip makan sebab takleh nak letak tepi sebab sedap bethuls haha but i love this book so much. buku ni mengajar kita untuk sentiasa memaafkan dan sentiasa didik diri untuk cuba jadi lebih baik dari sebelumnya.

apapun, highly recommended guys. TOLONGLA BELI DAN BACA. SEKIAN🥰✨
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 26, 2017
Saya suka gila FH lepas baca the untold story n dua novel selepasnya. Suka dengan penceritaannya, ada misteri tapi.... kalau FH peram lama sikit, touch up sana sini, mesti cerita ni lagi best. Sumpah. wei dua tahun saya simpan nak baca. Maybe sebab saya adalah orang berbeza dr dua tahun lepas. Keep up Kak FH! you can do it.

ps: setuju novel2 xperlu ada smut wtf tapi... come again what?
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
December 22, 2015
Honestly, I like the story. Well, at least at the first half. I finished the book thou. But I won't put it in my fav shelves. That I'm sure. I always like your story FH but this one? Not much.

Hmmm.. For me, all the reasons behind this complete mess are totally bullshit! Seriously, sampai dah tutup buku pun aku still cuba nak reason dua benda ni.
1. Why oh why did you have to lie at the first place Jazleen? Penulis mmg la ada state berulang kali yg Jaz tipu Zayn sbb nak lindung perangai buruk kakak sendiri. But, can at least it be a good lie?

2. Zayn. Masa baca cerita ni dkt group fb penulis tu rasa macam besar sangat dah la salah Jaz tu dkt Zayn. Ingatkan apa la yg Jaz dah tipu sampai Zayn betul2 benci dekat dia. Rupanya bila baca rasa macam, what the heck?! You hate someone for almost 3 years, threatened her to give her hell if she doesn't leave your brother just because she cheated on you?! Sorry bro, but that sounds so pathetic.

And oh, part Jaz tinggalkan Zayn sbb nak rawat luka di hati (kononnya..) tu berapa lama? Setahun setengah atau 4 tahun? Aku yang bebal sangat sampai tak faham atau cik penulis yang pening?

p/s : I don't know this. Tapi dah banyak kali jumpa benda ni dalam novel. Untuk makluman, kata dasar untuk jawapan adalah jawab. Bukan jawap. You're a writer. You should know what you write.

p/ps: Banyak sangat sentence error dalam buku ni. Satu dua, boleh la nak pejam mata. Tapi bila banyak sangat rasa macam nak baling ja buku. Please take note. We paid for the book. At least give us some quality.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 10, 2016
wow...... speechless!!

memang lain dari yang lain!
memang awesome... walaupun last year dengar org cakap buku ni best, tapi tahun ni baru bukak plastik... hasilnya? memang berbaloi!

tiada adegan gaduh2 x suka lepas tu suka, gedix2 perampas.. tak ade!>

yang ada, ketabahan jazleen menharungi getir membesarkan anak yang menghidap ADHD, dikhoianati kakak sendiri, dibuang keluarga & kekasih.

yang ada, cinta Zayn yang mendalam tapi bertukar dendam kesumat kerana salah faham.

yang ada, watak2 sampingan yang melengkapkan lagi naskah ini tanpa perlu mengganggu gugat konflik yang sedia ada, sebaliknya membantu menyelesaikannya.

Aryan & Ikram yang memahami, Layla yang tidak memaksa... segalanya dicoretkan indah tanpa perlu ada istilah malang bertubi2 (macam sesetengah novel, heroin tu kena buang, derita kena sepak terajang semua..derita sampai sudah macam xde orang baik langsung dalam cerita dia... last2 insap... wat the??).

apa yang saya suka, olahan yang mantap, ayat yang ringkas tapi mampu menarik minat pembaca.
simple tapi masih sweet.
kematangan watak2 nya, tanpa perlu ada watak2 antagonis yang bertindak terlalu kejam.. yang ada, hanya keegoaan manusia itu sendiri yang mengakibatkan salah faham berlanjutan.

apa yang saya suka, memang berbeza daripada novel2 yang pernah saya baca!!
congrats tuk kak farah hussain!!

ps- masuk fav list lepas officially miik dia, ada potensi nak ulang bace!
194 reviews9 followers
May 12, 2015
Perjalanan cerita sangat indah. teratur. cumanya banyak sangat kesalahan ejaan dan perkataan yang tertinggal. haishhh... but understood sebab kejar dateline printing untuk PBAKL. Agak spoilt mood membaca sebab terpaksa sambung ayat sendiri.

Cerita pasal ADHD, these special kids need more attention. Kita kat Malaysia ni mmg way behind pasal awareness untuk special kids ni. Parents kena alert dengan anak-anak punya behavior. Kesabaran mmg kena di tahap tertinggi untuk handle diorg. And I salute for those yg manage to get through the journey.

Agak confuse kat bab 61. jaz tinggal zayn 4 tahun ke setahun setengah? Macam dia travel 4 tahun tapi resepsi after setahun setengah kawen? eh, confuse jap.

BTW, me pon suka kalau my husband call me sayangggg.. hehehe...

Good job Farah. Berbaloi gak la i p PWTC 2x semata2 nk dapatkan September ni!
Profile Image for Rodhiah Rahman.
79 reviews21 followers
September 8, 2015
Five stars. For the fast-paced storyline. It's not common i can finish a malay book this thick in two days. For the knowledge on adhd. For the lack of diabetes-prone sugar. I do note on other readers' reviews regarding typos, grammar glitches, timeline crisis, a sudden 'reincarnation?' Tapi, itu semua masih ada peluang untuk diperbaiki lagi. The story teaches us to give second chances, so why not we give the writer that second chance too? Editing yang perlu dimantapkan lagi, but the idea of the story is still brilliant to me. So, kudos to sis Farah Husain, will always be waiting for the next one from u. And the next. And the next, in shaa Allah. (P/s: and yes, the story was purposely read in september, since i have a soft spot for the month too... ;) )
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
May 17, 2015
Wowww..didn't expect this from FH..buku kali ni betul2 bermain dgn jiwa..semua rasa i can feel it..finally u make me cry kak yon..penat sungguh menjadi seorang Jazleen..lagi satu scene mr kelabu, seriously??dah bleh agak buku tu time jazzy kelam kabut duk rebut..hahahaha..and the 'Dom' part hahaha kena sebijik kat jazzy..y september?? Semua terjawab dlm naskah ini ;) *double thumbs for u kak yon
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
June 17, 2015
Thumbs up! Memang tak pernah mengecewakan. The author proved to have such multiple talents. I dah baca hampir kesemua novel dan memang ternyata she managed to show different genre in each story.
Cerita yg memaksa utk lebih tahu memang sangat menyakitkan,hehe..bacalah yea kenapa. Cuma I got confused with Rio punya cerita.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
October 5, 2015
Jalan cerita yg Awesome! I love ketabahan seorang jazleen. I love seorang zayn akmal too. congrats FH! ada some typo n error but terlalu sedikit dan ia tak mencacatkan cerita . September ni sgt best okay! ☺
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.