Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
URBAN ialah edisi terhad yang diinspirasi oleh roh 16 kota di Malaysia. Ada cerpen yang realis, ada yang minimalis, ada yang futuris, dan ada yang akan membuat kita kata “cis”.

176 pages, Paperback

First published April 1, 2015

12 people are currently reading
47 people want to read

About the author

Azrin Fauzi

19 books45 followers
Azrin Fauzi (b. 1992) is a Penang-born writer and curator based in Kuala Lumpur, Malaysia. He is the author of three short story collections: Urban (2015), Metaskandal (2018), Amok-Imago (2022); and an essay collection: Otopsi, dengan Degupan "&" (2025). His short stories and essays have been published in Mekong Review, Samovar, ArtsEquator, and other Malaysian anthologies, journals, literary magazines, and newspapers. Azrin was a recipient of the Selangor Literary Prize in 2017, 2018, 2019, and 2021 for his short stories and essay. He received the Penang State Literary Prize in 2023 for Amok-Imago, for “an exploration of a new style that floats reality in the space between existence and nothingness”; and in 2025 for his microfictions. He was selected to represent Malaysia in the 2019 MASTERA Writing Programme: Essay in Bandung, Indonesia, organised by the Southeast Asia Literary Council (MASTERA). In 2024, he was also selected to represent Malaysia in the International Writers Dialogue at Liangzhu Forum in Hangzhou, China. Other than writing, he loves watching slow cinema.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (6%)
4 stars
50 (37%)
3 stars
53 (39%)
2 stars
16 (12%)
1 star
6 (4%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
May 4, 2015
Kurang 1 bintang untuk menjadi sempurna kerana aku kurang gemar dua-tiga cerpen yang termuat di dalam antologi setebal 175 halaman ini.

Pertamanya, kudos dan congrats buat Azrin Fauzi kerana telah berjaya menampilkan koleksi cerpen pelbagai variasi, ritma dan teknik penulisan. Ini baru betul-betul berbaloi untuk dimiliki. Sebenarnya sebaik sahaja FIXI umumkan yang Azrin bakal tampil dengan sebuah naskah edisi khas (yang kebetulan dilancarkan hampir serentak dengan novel ketigaku) aku jadi resah tak keruan, khuatir kalau-kalau edisi fizikalnya habis terjual sebelum sempat aku membelinya di PBAKL2015. Syukur pihak penerbitan membuat langkah bijak memberikannya sebagai ebook gratis, jadinya aku muat-turun yang itu dahulu sebelum (*fingers tightly crossed*) berusaha untuk sambar senaskah di PBAKL2015.

Baiklah, berikut merupakan ulasan ringkas serba-sedikit tentang perasaanku terhadap cerpen-cerpen yang terkandung di dalam URBAN.

1. Hari Terakhir di Kota Kinabalu
Aku mengandaikan Azrin mempunyai tujuan menyusun cerpen-cerpen yang terkandung di dalam URBAN sebagai suatu odisi pengembaraan, setidaknya sebagai suatu cuplikan intaian naratif mengikut susunan sebuah cereka yang lebih besar yang ingin beliau persembahan. Jadi, apabila antologi ini dimulakan dengan berlatarbelakangkan Kota Kinabalu, aku jadi agak skeptik tetapi teruja pada masa yang sama.

Keseluruhannya, Azrin punya laras bahasa yang mudah, senang, teratur dan vocabulary prowess yang tersendiri, menampakkan bakat dan kebagusan penulisan beliau yang tidak mudah untuk dibentuk dan tidak semua orang mampu menulis seperti beliau; dan cerpen pertama ini yang pada hemat aku merupakan simulasi transcendental experimentation watak-watak merupakan pembuka yang bagus sekali.

2. Zeus Turun di Johor Bahru
Dimulakan dengan bagus, tetapi sedikit meleret pada pendapat aku. Entahlah, ada yang tak kena tetapi aku sendiri tak tahu di mana. Jalan ceritanya bagus, kelakar at times, keliru at times, dan aku suka pengakhirannya yang menggunakan suntikan realisme lewat penggunaan typografi yang semakin membesar untuk menunjukkan secara harfiahnya tubuh watak itu membesar amat-amat succinct dan apt sekali.

Mungkin ini cerpen berkenaan dengan Tuhan-tuhan Greek (bukan subject matter kegemaran aku) yang menyebabkan ia kurang aku gemari. Mungkin. Tetapi ini masih lagi berada di tahap kualiti yang setara sepanjang antologi.

3. Whudunnit (I): Putrajaya
Teknik naratif yang cemerlang sekali. Kesengajaan ulangan cuplikan berita siri pembunuhan, lapahan dan sumbatan anggota tubuh manusia ke dalam tas tangan, penggunaan teknik epistolari (rantaian tweet, keratan akhbar, dll) memberikan unsur realisme yang berkesan.

4. Kangaq, Aku Mai!
Urghh...

Rasa tertipu usai membaca cerpen ini. Premis dan pembukaan yang sudah menggigit, tetapi disudahkan dengan begitu sahaja menyebabkan pembaca rasa tidak puas hati kerana a) tertipu sebab naratornya sudah arwah, dan b) pembaca tidak pasti ini kisah benar-benar berlaku ke atas watak utamanya atau hanyalah mainan minda. Bagus!

5. Subuh Tak Berembun di Seremban
Mulanya aku sangkakan ini cubaan Azrin untuk menulis cereka seram. Tetapi usur meta-fiksyen di penghujung cerpen ini menidakkan unsur tersebut sama-sekali.

6. Georgetown
Sebagai seorang warga Pulau Pinang, aku teruja melihat tajuk cerpen ini. Tetapi sejujurnya kejutan bahawa ini merupakan cerita dalam cerita dalam cerita benar-benar merupakan twist yang bijak. Bagus!

7. Gudbai, Neo-Melaka!
Sambungan (?) kisah kucing Zorg yang pernah muncul dalam cerpen Azrin yang termuat di dalam antologi KLCC. Kali ini mengisahkan beberapa tahun kemudian, dan odisi Zorg dan penjaganya (?) untuk keluar dari Neo-Melaka kerana merasakan tiada apa lagi yang boleh mereka buat jika tinggal di kota itu selain daripada terus lemas di dalam lipatan kenangan silam (cewah!).

Cerpen saifai (saifai ke, Azrin? maaflah kalau salah genre...) yang bagus, albeit aku kurang berkenan dengan penyudahnya.

8. Whudunnit (II): Epilog Ipoh
Sambungan (tetapi bukan sekuel, lebih terarah kepada spin-off, mungkin!) daripada cerpen 'Whudunnit' yang terdahulu. Jujurnya, not my favourite kerana agak meleret dan tidak bermotif.

9. Benarkah Kita Pernah Berjumpa di PJ?
Urghh...

Aku benci kau Azrin! Ini imho adalah cerpen yang paling aku suka dalam koleksi ini. Menerapkan teknik stream of consciousness yang mirip benar seperti teknik penulisan yang sering aku baca lewat naskah-naskah penulis kegemaranku, Virginia Woolf. Bagus sekali tulisannya kerana Azrin bijak menggunakan kosa kata yang tidak berat, tidak ringkas dan tidak pula berbelit-belit, namun cukup jelas untuk menyampaikan maksudnya dengan jelas.

Kau bagaikan dibawa (baca: heret) untuk mendalami isi hati si narator, bersimpati, turut kecewa dengan ketidaksampaian niat si narator (yang hanya dikenali sebagai B.)

Sayangnya... kenapa cerpen ini pendek sangat??!!

10. Kuantan, Perfidia
Perfidia, bagi mereka yang tidak tahu, atau malas hendak meng-Google adalah sepatah perkataan Sepanyol yang bermaksud treachery atau betrayal.

Ada dua tunjang pembelotan yang berlaku di dalam cerpen ini:
1. Pembelotan si ayah terhadap anaknya.
2. Pembelotan si ayah terhadap tugas/objektifnya

Dua-dua ini menjadi subject matter yang bersatu dalam cereka ringkas tentang rasa tertipu si anak kecil melihat ayahnya yang terjebak dalam kancah jenayah. Perghh... hebat!

11. Shah/Alam
Mainan kata yang bijak dalam cerpen ini. Shah dan Alam yang merupakan dua entiti (watak?) yang kebetulan sedang bergelinjang di sebuah tempat yang aku assume adalah Shah Alam, Selangor. Ada orang kata ini kisah tentang split identity, ada orang kata ini kisah tentang odisi luar tubuh, ada orang kata ini merupakan persinggahan makhluk asing/halus.

Macam-macam interpretasi yang aku dengar/baca tentang cerpen ini. Aku berkesempatan bertanyakan sendiri kepada Azrin di PBAKL tempoh hari tentang cerpen ini tetapi sendiri hanya sengih dan enggan mengulas lanjut. Ciskek sunggoh!

12. Malam-malamku di Alor Setar
Tak kisahlah macam mana ejaannya, Setar atau Star. Cerpen ini aku rasa mengambil technical spirit seperti filem Memento; kau perlu baca cerpen ini dari belakang ke hadapan untuk faham betul-betul. Ye tak, Azrin?

13. Malu-malu Kuching
Cerpen pseudo-fantasy ala-ala Murakami yang mulanya kau baca seperti sebuah cerpen realisme tetapi sebenarnya tidak. Kenapa dijelmakan sebagai kasut? Apakah watak itu mempunyai fetishism terhadap kaki? Entahlah... hanya tuan penulis yang tahu jawapannya.

14. Kota(k) Kuala Lumpur
Cerpen misteri/psikologi/meta-fiction-esqued yang bijak. Tetapi, sebagai pembaca biasa-biasa sahaja aku kurang faham akan cerpen ini. Mungkin suatu hari nanti Azrin patut buat sesi bedah buku dan ulas tentang cerpen ini. Aku mahu tahu. Serius.

15. Rendezvous di Kota Bharu
Pertama, aku sebenarnya separuh bersyukur membaca cerpen ini dalam edisi ebook. Kedua, ini bukan cerpen linear.

Jadi, untuk memudahkan pemahaman, aku syorkan kalian buat seperti aku. Salin cerpen ini kepada Word Doc dan susun semula ikut sekuens sub-heading yang telah disebut dalam cerpen ini. Barulah kau akan faham cerpen yang berbelit-belit tapi awesome ini.

Syabas Azrin kerana berjaya membuat aku sakit kepala!

16. Kuala Terengganu, Tango, Etsetera, Etsetera
Hahahahaha...

Ini cerpen dengan tajuk yang pada hemat aku paling pretentious sekali. Setelah disajikan dengan segala macam fakta tentang tarian tango, tiba-tiba sahaja habis macam itu sahaja. Dan, aku hairan kenapa cerpen ini disusun untuk menjadi penutup antologi ini kerana pada pendapat aku ia tidaklah se-strong cerpen-cerpen yang terdahulu.

*

Ah, jujur tak menyesal baca edisi ebook terlebih dahulu kerana ini merupakan antologi yang harus dimiliki/dibaca untuk penggal pertama 2015. Syabas Azrin! Aku tunggu novel kau pulak.

=)
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
August 28, 2015
Azrin Fauzi bagaikan pemandu pelancong. Membawa para pelancong yang mengikuti tripnya meneroka setiap bandar-bandar URBAN ciptaannya.
Ada bandar yang menarik perhatian saya, ada yang tidak. Mujur saja saya diberi peringatan pada permulaannya.
...ada yang realis, ada yang minimalis, ada yang futuris, dan ada yang akan membuat kita kata "cis".
Ya. Sepanjang tempoh trip ini, kerap bibir saya menuturkan perkataan cis. Tapi, mujur saja saya pernah mengikuti beberapa siri jelajah bersama si pemandu pelancong Azrin Fauzi ini di dalam Fobia, Malam. Jadi, sedikit sebanyak saya seperti memahami selok belok pemanduannya. Namun tidaklah sebanyak mana kerana masih ada unsur-unsur kejutan, suspen yang Azrin Fauzi suakan di setiap bandar.
Paling saya sukakan adalah perjalanan Subuh Tak Berembun di Seremban .Setiap kali tren berhenti di stesen dan bertemu seorang perempuan berkebaya merah, setiap kali itulah saya tahan nafas. Menanti-nanti bilakah tren ini bakal berhenti di stesen yang betul?
Hari terakhir di Kota Kinabalu juga berjaya menarik perhatian saya. Malah, pada awal saya sudah bersedia apabila disuakan dengan pengulangan cerita. Dan diakhirnya ia berjaya undang senyum di bibir saya.
Lain-lain seperti Zeus Turun Di Johor Bahru, Whodunnit[1]: Putrajaya, Kangaq, Aku Mai!, Gydbai, Neo Melaka! dan Malu-malu Kuching juga menarik perhatian saya. Cuma, ada waktu saya kabur dengan apa yang diceritakan.
Apapun saya enjoi dengan trip ke bandar-bandar URBAN ini :)

Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 7, 2015
07-05-2015

Urban menghimpunkan kisah-kisah yang dilakarkan berasaskan 16 buah bandar di Malaysia. Setiap tempat ada kisahnya yang tersendiri. Misteri? Lucu? Realiti? Haish, macam-macamlah. Baca dan rasakan sendiri ya?

Bagi saya ia menghiburkan walaupun ada sesetengah cerpen berjaya mengelirukan saya. Phew. Nampak macam ada eksperimentasi cara penulisan yang pelbagai dalam naskhah ini.

Apa pun tahniah buat penulis atas kelahiran Urban. Dan terima kasih Fixi untuk edisi e-book percuma ini. Takdelah nak kena bid dan membayar harga tak masuk akal bila dijual di pasaran gelap :)
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
August 1, 2018
URBAN yang variasi. Semua ada di sini; balas dendam, penyesalan, hiburan, kisah curang, keluarga, persahabatan, horror, kematian, masa hadapan, penyiasatan atau cuma bual kosong antara dua watak. Ada musik dan filem. Hal sastera, Anton Chekhov, Raymond Chandler dan A. Samad Said. Filem Suboh Tak Berembun yang asyik disebut-sebut dan laras revolver yang asyik dahagakan darah.

Permulaan setiap cerpen digarap kemas, cukup untuk buat saya teruskan bacaan. Tertarik bagaimana penulis sediakan watak tanpa nama tapi cukup dengan preskripsi berdasar fizikal dan pemakaian-- gadis bertatu mawar merah, gadis berambut ungu, lelaki berwajah Mahmud June, lelaki ber-tshirt Led Zeppelin. Oleh kerana latar setiap cerita mengelilingi seluruh bandar utama di Malaysia, terima kasih untuk loghat dan bahasa sekitar yang disisip dalam naratif. Ia lebih realistik bila baca watak bercakap dalam bahasa setempat. Sukar nak buat pilihan cerpen kegemaran, barangkali semua tapi ada beberapa yang saya betul-betul suka:

Georgetown : Cerita dalam cerita. Ia naratif berulang yang menarik, jadi predictable bila Sherry beritahu dia tulis skrip untuk teater, tapi masih juga mahu tahu apa jadi cause of the excitement.

Gudbai, Neo-Melaka : Zorg dan Nek Som dari buku KLCC yang saya pernah baca. Mungkin ini di tahun-tahun sebelum Kalsom menjadi tua. Masih sukakan Zorg, si kucing parsi purebred berbulu ungu. Ada vibe klasik walaupun naratif futuristik. Unik.

Shah/Alam : kisah orang-orang kaya yang klise tapi sangat tak dijangka. Sila jangan percaya kepada refleksi diri sendiri di dalam cermin.

Malam-Malamku di Alor Setar : perenggan pertama yang menarik, terus diberi thrill dan horror. Penceritaan yang misteri dan berulang, seperti skrin imbas semula yang cuma dimainkan untuk lengkapkan motif. Penyudah yang masih tanpa jawapan. Aneh tapi plotnya cukup bagus.

Entah kenapa walaupun lepas baca dua tiga cerpen saya boleh agak ada plot twist di hujung cerita tapi tetap juga rasa seronok dan surprise. Macam buka kotak hadiah yang dah tahu bakal dapat apa but with extra unknown bonus inside. A fascinating absurdity.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
January 29, 2019
Ok, koleksi cerpen just for fun-fun only. Takde yang tak best, semua boleh layan. Cuma overall biasa2 je. Yang paling best maybe yang kat Kelate tu.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
July 4, 2017
buku antologi cerpen ni rupanya seorang penulis sahaja...variasi dari konsep dan elemen setiap kawasan tu tak banyak bezanya kalau nak dihadam..tapi bagi aku..boleh lah dihadam dengan santai sahaja..
48 reviews6 followers
May 2, 2015
Warna ungu, Latifah Mohamad dan Suboh Tak Berembon, nakal, perempuan berskirt mini, lelaki yang wajahnya mirip Mahmud June, muka stoik, Badrol, hmm apa lagi ya. Oh, rokok Camel-apa-entah dan rokok Malboro! Apa yang aku senaraikan ini adalah elemen-elemen yang kerap kali disebut oleh penulis dalam setiap ceritanya.

Cerita di bahagian awal agak kurang menyengat, namun apabila beralih dari satu bandar ke satu bandar, graf keterujaan mula menampakkan naik turunnya. Ada masanya aku 'berehat' sekejap bagi memberi ruang kepada otak untuk menghadam 'hidangan' yang tersedia dalam URBAN.

Jujur aku katakan, aku tidak punya minat yang sama dengan penulis. Lagu-lagu yang disebut penulis aku rasa tiada satu pun yang aku tahu, haha. Aku memang jahil bab lagu-lagu ni. Berkenaan buku-buku yang disebut penulis pula, aku cuma familiar dengan Jay Gatsby dan Daisy sahaja. Hal movie pula, pun sama juga tidak banyak yang aku tahu.

Overall, apa yang best tentang URBAN adalah plot ceritanya. Gaya penceritaannya pula adakalanya berulang antara satu cerita dengan yang lain. Memandangkan aku bukan pengumpul tegar Buku Fixi, membaca e-booknya sahaja sudah memadai.

Apapun, tahniah buat buat penulis. Aku bagi 3.5 bintang.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
July 3, 2015
Sebenarnya dah lama aku habiskan buku ini, tapi tak sempat-sempat untuk tulis ulasan di goodreads.

cerpen kegemaran aku ialah cerpen yang berlatarkan Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, dan Johor Bahru. Neo Melaka juga boleh tahan.

gaya bahasa azrin santai, sesuai dengan semangat urban yang dibawa. urban mana boleh bahasa komplikated bro, tak syok lah!

selain itu, kita juga boleh dapati petikan-petikan filem, muzik, buku, dan other art related stuffs yang disebut, mungkin sebagai jejak betapa kuatnya perkara-perkara ini mempengaruhi kepengarangannya. kawan aku kata: pasca moden betul.

aku suka konsep watak crossover dalam buku ini. kita boleh jumpa watak A di cerita B dan watak B di cerita A dan masih tak terasa janggal. membaca urban adalah seperti kita berjalan di dalam sebuah kota raya yang besar, dengan jalan raya yang berselirat, landasan elarti di setiap celah bangunan, mall sesak, arak, perempuan hipster, remaja-remmaja berpeleseran dengan baju H & M mereka, dan mereka ini semuanya disambungkan, membentuk sebuah konsep yang lebih besar.

Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
August 2, 2015
I enjoyed reading the short stories here. Though I don't get few of it (I felt like the ending is too abrupt and lots of questions unanswered). I think there's one story that would be more interesting if it's a bit longer.

My favorite: Shah/Alam. I find the one with Zeus is interesting as well.

There's horror fiction, crime fiction, and surrealism. There are stories that easy to follow and few that left me wondering as well.

There's definitely urban aspect in this story. And I love how the author potrays different variation for different cities.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
June 28, 2015
I personally think Cerpen Terbaik 2014 has ruined me for all local short stories anthologies. It's harder to make me fully satisfied now. Urban is a compilation of short stories on each Malaysia's major cities; but they're not your typical story where the writer takes one big identity of the city and revolve the story around it.

From his stories, you could say Azrin Fauzi is cultured. His film and literature references are like no other and it's obvious he knows his films and books. Arguably though, it was a tad bit too much and it sucked all the emotions the readers were supposed to feel from the stories. Or maybe it's intentional as this is urban-themed thus implying heartlessness.

Admittedly, Azrin writes creative endings. I dare say there's not one story which I could predict the ending to. And I like to think I have read too many books to be able to predict typical endings.

Watch out for these titles; Kuala Terengganu, Tango, Etsetera, Etsetera and Whodunnit Putrajaya.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
April 8, 2017
Hari Terakhir di KK : Kompius aku..haha. Zeus Turun di JB & Gudbai Neo Melaka : Tak logik. maaf aku x mampu nak hadam. Subuh x Berembun di Seremban ada horror sikit. huhu... Whodunnit (1) Putrajaya - Cool. ada lawak sikit. lg2 part : "Walaubgmnpun, sy suka beg tu". Georgetown not bad. agak twisted sikit jalan cerita. Kangaq Aku Mai simple but yet quite funny...haha. Epilog Ipoh quite complicated. Tragis ending PJ tu...hmm.. Kuantan (Perfidia) ? kecintaan seorg suami sanggup membunuh kecurangan seorg isteri. u deserve that bitch! Shah/Alam..erkkk endingnye quite scary. Malam2ku di Alor Setar agak bercelaru sikit. haha. Malu2 Kuching - kacak kasut kitak (jwpn: aok nang kachak). KotaKL : tak paham. hahaha. Rendezvous di KB (aku x mampu nk habiskan..tak paham lgsg bahasa Kelantan...huhu). Kuala Terengganu (tak larat nak habiskan..pjg sgt...ehhh)
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Terasa was was saat menerima buku ini di tangan. Puas dibelek. Bimbang kandungan ebook yang telah habis dibaca berbeza atau kurang muka surat berbanding buku sebenar. Tapi tak! Paranoid sendiri rupanya.

Aku suka. Bahasanya senang. Aku memang tak perlukan senggama minda. Itu bosan. Aku cuma nak yang tenang, tertib dan teratur.

Aku suka kehebatan penulis mengisahkan muzik dan filem, ya! dan buku, dalam setiap ceritanya. Terpegun! Kalau aku terpedaya dgn ciptaan kisah seni itu, maka itu lagi hebat.

Tapi twist watak dan ending boleh diagak sebab dari kisah pertama penulis sentiasa dgn cara sama. Cerita dalam cerita. Macam berangan tapi nyata. Tapi tak apa sebab aku suka. Awak?

Novel Suboh Tak Berembon? Betul ke ada?
Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
June 11, 2016
Kesemua cerpen dalam buku ini mempunyai suara yang sama. Tiada satu pun yang begitu menonjol dan boleh diingati. Dan selepas habis baca kesemua cerpen, aku rasakan ia lebih macam siri cerita yang berkaitan dengan antara satu sama lain. Jadi, mungkin sebab itu ia mempunyai suara yang sama.

Tiada banyak perkara yang membezakan antara satu cerita dengan satu cerita yang lain. Kebanyakannya diselit rujukan-rujukan filem klasik atau karya sastera yang secara jujurnya akan buat sebahagian pembaca rasa terpinggir.

Gaya penulisan walaupun bukan gaya yang aku minat, aku akui boleh tahan bagus. Tapi cerita, buku ini secara keseluruhannya mendatar. Tiada apa yang istimewa. Lebih baik sebagai novel atau novella daripada sebagai koleksi cerita pendek.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
May 2, 2015
3.5 sebenarnya.

Okay sekarang aku dah familiar dengan gaya penulisan Azrin. Dan Azrin jugak dah masuk dalam list auto-buy author aku, sebaris dengan nadia khan, ramlee awang murshid dan azmen.

Tahniah!
Profile Image for Anuar Shah.
Author 11 books18 followers
May 12, 2015
A bit repetitive in term of usage of plots and you can actually guess whether the writer will add a movie or quote a line from one. However, quite engrossing as you just want to know what's the twist will be in each story
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 1, 2015
3.5* untuk naskah ini! Aku suka penyampaian cerita oleh encik penulis... yeah!

*nantilah review...
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 15, 2021
Antologi cerpen ini bertemakan 16 kota di Malaysia. Setiapnya mempunyai variasi tersendiri. Penulis bijak bermain dengan twist. Personal favorite aku Georgetown, Kota(K)uala Lumpur dan Rendezvous Di Kota Bharu.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
May 9, 2017
Aku perlukan sesi bedah buku bersama penulis. Serius.

People who are into postmodern literature might enjoy this work.

Tapi aku tak boleh. Sekarang bukan masa yang bagus untuk aku decode apa yang penulis ingin sampaikan. Sekarang aku baca novel untuk rehatkan minda, tup2 yang ni keras kejung pula otak nak fikir.

Tapi kira bagus la ada karya ni sebab kalau ada pelajar PhD jurusan sastera nak buat kajian "Postmodernist literature by Malaysian young muslims," ada juga Koleksi Cerpen Urban ini untuk jadi bahan kajian. China dah ada, negara Barat pun dah ada. Kira Malaysia, Azrin Fauzi la jadi representative.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
June 18, 2015
Baca dari halaman pertama hingga ke halaman terakhir, saya tak boleh terima & gelengkan kepala. Dah nama pun urban, kan? Ketawa pun ada sebab ada beberapa pengulangan antara cerpen. Jenama rokok, nama-nama filem/muzik, subuh tak berembun, Latifah Muhammad, Mahmud June & warna ungu (meow berbulu ungu?). Kadang-kadang tu, nama watak antara cerpen ada yang sama. So, kena la belek & oh, nama watak yang sama tu, tak berkait pun.

Ingatan buat diri sendiri. Buku ni hiburan semata-mata. :)

Profile Image for lucie parenkyuma.
120 reviews6 followers
May 16, 2015
First of all, a question, is this an attempt in experimental short stories by the writer? It does gave that kind of vibes, honestly. Perhaps, the writer did experienced writer's block on the course of finishing the book and playing catch up with the deadline along the way may tampered with his ability to come out with mind-cracking plots.

Only a few short stories worth the mentioned which are titled Hari Terakhir di Kota Kinabalu and Kota(K)uala Lumpur. The rest were lacking some spices or salt, although I love the fact that the writer choose to write in proper Bahasa Melayu as of the book's title, Urban made me assuming that pasar language will be used. Claps for that alone.

Kuala Terengganu, Tango, Etsetera, Etsetera could be written better, and longer, of course. Leaving it hanging is not cool, not cool at all.

An okay collection overall, unfortunately not a wowone, and I believe writer can do much better than this in near future.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 28, 2016
lama berhabuk di rak, akhirnya naskhah ini kucapai dengan harapan dapat membalut kekecewaan selepas membca pentas.

secara jujurnya, idea yang dilontarkan memang menarik, urban & tak dijangkakan. untuk beberapa cerpen, memang memikat - whodunnit(I) : putrajaya, kangaq, aku mai!, benarkah kita pernah berjumpa di pj? (macam mana pj leh termasuk skali?), shah/alam, kuala terengganu,tango, etsetera,etsetra.

namun, beberapa cerpen memerlukan lebih penelitian, atau pun prnagkiran yang lebih jitu/meyakinkan -subuh tak berembn di seremban, zeus turun di johor bahru, kuantan, perfidia.

ada beberapa cerpen sewajarnya diperkembangkan menjadi novel - harap penulis akan menghasilkan novel, confirm beli!

sebenarnya, saya suka dengan idea2 yang penulis lontarkan tapi ada beberapa yang masih boleh dibaiki.
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
January 1, 2016
First time aku rasa buku limited fixi best! Aku selalu cepat annoyed dengan repetition. Tapi kali ni repetition dia selesa. Macam repetition Bissme. We get used to it till the end of the book. Satu je aku kecewa. Satuuu je. Kenapa cerita Melaka dia tak best! Yang lain ok. Funny and tak logik dek akal. Lastly, banyak jugak movies, singers and authors yang dia sebut aku tak pernah tahu. Agak terbantut pembacaan dek kerana curious dan tak dapat imagine.
Profile Image for Syukri.
157 reviews9 followers
August 11, 2015
Zeus Turun di Johor Bahru dan Whudunnit bagi aku cerpen yang paling best dalam banyak-banyak cerpen dalam Urban.
Zeus Turun di Johor Bahru menarik sebab menggunakan mitos Greek tapi background story di Johor. Whudunnit walaupun menggunakan ayat yang berulang tetapi tetap menarik bagi aku.

Tapi yang paling menarik dapat Urban dalam ebook free.
Profile Image for Atheena.
17 reviews
April 28, 2015
I have read better shorts than the ones in this book. None of the characters are relatable, let alone likeable. As for the writing is concern, the author tends to repeat words and sentences; it might be his style of writing but it just does not work for me.
Profile Image for Mior Ikhmal.
12 reviews
May 8, 2016
Buku sedap. Kalau kumpulan cerpen dalam buku ini satu pasukan bola sepak, Subuh Tak Berembun di Seremban, Georgetown dan Kuala Terengganu, Tango, Etsetera, Etsetera adalah 3 orang superstar dalam team stacked of world class players.

5 bintang, ikhlas dari hati.
Profile Image for Luqman Maat.
24 reviews
April 25, 2015
1-2 cerita awal agak biasa biasa bagi aku.. tetapi menuju akhir cerpen agak cissss ceritanya.. seronok untuk dibaca.. tahniah penulis
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.