Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?
Cerita yang menarik. Koflik tak berat. Hero best. Heroin, alahai macam nak cepuk-cepuk ja awak ni. Hahahaha. Geram tau kat awak sebab buat hero macam tu. 2nd lead syndrome ni payah juga nak hilang. ahahahaha. Mr. Farhan, saya suka awak lebih daripada hero ;)
Yang saya suka, bila mana penulis menyelitkan unsur-unsur teguran peringatan jadi kisah ini tidak lah kosong.
Tajuk Playboy...memang kenalah dgn sikap Harraz Naufal itu. Rasa dah lama tak baca kisah lelaki kaki perempuan yg jenis angkut perempuan balik tanpa rasa bersalah, dan dah lama di momokkan dgn kisah lelaki playboy tapi masih taw menjauhi perbuatan zina.Errkk...
Suka juga cara Harraz berubah tidak terasa sgt mendadak dan tidak juga berubah semata-mata kerana jatuh cinta pada Nurin.
Yang Tak berapa berkenan.
Apa yg terjadi antara Harraz & Elfira taw lah bertepuk sebelah tangan tak jadi tapi ermmm tapi mungkin penulis mengambil langkah tak mahu kisah Elfira berakhir dgn dramatik sgt seperti scene drama2 Kat tv tu contoh. Psiko,meroyan jadi org gila ke apa ke kan jadi ok lah diterima.
Nurin Areesa ya....byk sgt dialog atau monolog dalaman yg berjela-jela mungkin nak suntik aura lucu tapi kalo dah berbelit ayat panjang2 mcm membebel plak *tak suka sikap suka membebel Nurin tapi karakter dia saya suka.
Secara keseluruhan masih sebuah kisah yg menarik dan mampu dihadam dgn jayanya.
1. Cari buku sendiri tak jumpa-jumpa. Nasib baik available kat pnm.
2. Beli buku ni niatnya nak baca sebelum keluar drama, tapi dah bertahun2 drama habis baru rasa nak baca 🤭🤭.
3. Tak tengok sangat pun drama tu, sbb rasa tak cukup strong untuk tarik minat saya (walaupun Hafiz Roshdi tu memang cukup handsome 🤭🤭)
4. Untuk kisah ini, saya rasa bukunya jauh lebih menarik dari siri adaptasi. Kerana kekuatan Anjell ialah pada monolog watak utamanya yang selamba dan kelakar. Nasib baik jugalah saya tak terpengaruh dengan watak-watak drama 😜😜.
5. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Masih banyak lompong sebenarnya. Tapi disebabkan ini ialah rom-com, jadi tak affected sangat kot 🤔🤔.
6. Biasanya perempuan yang suka lari2 dari rumah ni. Ni yang lelaki pulak 😂😂
7. Part lepas kawin tu dah rasa macam anticlimax. Just as fillers. And maybe nk satisfied readers yang suka part sweet2 ni. Bagi saya quite dragging.
8. Alahaiii kesian Farhan. Actually saya rooted for him, even though tahu heronya adalah Harraz. Apasal cik penulis cepat sangat tutup kisah dia. Patut angkat Farhan sebagai hero untuk kisah dia pulak.
Tak ada watak antagonis yang melampau yang boleh membuatkan saya stress (FYI - saya baca novel untuk hilangkan stress bukan tambahkan lagi stress ok?! ;) )
Suka karektor Nurin yang tegas dan tetap pendirian.
Suka Farhan yang macho & gentleman ^___^
Suka dengan turning point Harraz. Kiranya apa yang berlaku pada Harraz -- boleh dikira sebagai kifarah atas segala dosa-dosanya walaupun saya rasa masih tidak setimpal dengan segala kejahatan yang dia lakukan sebelum ini... (tapi siapa kita untuk menghukum kan? :P )
Antara ketiga-tiga karya Anjell, i lurve this most!! Cukup rencah dan rasa... Cukup suka bila hati mula rasa sayang, segala kekurangan kelihatan seperti tiada. Amazed on the way taufiq & hidayah take place. Dapat rasa perasaan cuak itu, perasaan takjub. Rasa syukur atas segalanya..
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Di awal cerita, N akui N susah nak suka narative Tundukkan Playboy Itu. I was confused; tak pasti naratif siapa yang N sedang baca. Adakah ia ditulis dari first person POV atau third person POV atau gabungan kedua-duanya sekali?
But as the story progresses, barulah rasa suka itu timbul. Mainly because the writing improves as well. Dah takda ayat melalut. Ia lebih jelas dan dah takda ber-hahahaha’ dan ber-‘hehehe’.
I like the chemistry between Nurin dan Harraz. Walaupun the story didn’t start strong, chemistry between Nurin dan Harraz memang ada from the start.
Satu lagi perkara mengapa N tak beri novel ini lima bintang adalah kerana N rasa the last 100 pages are unnecessary. Tak perlu kut nak ‘walk down the memory lanes’ tu semua. Whatever good feelings I had prior to the 100 pages lenyap sedikit demi sedikit sebab it dragged the story slowly and torturously.
Kisah yang menarik antara Nurin Aressa dan Harraz Naufal playboy seantero dunia hahaha. Boleh la gelarkan Harraz macam ni.
Harraz Naufal playboy seantero dunia yang entah apa-apa punya perangai. Mentang-mentang la dia CEO boleh tetapkan peraturan untuk kaum wanita yang ingin menyertai syarikat dia mesti seksi, skirt atas pada lutut. Wanita bertudung NO ENTRY ya.
Nurin Aressa pula seoarng wanita yang boleh dikatan tabah, sejuk beku, tak kisah apa yang orang kata. Dia di suruh pergi temuduga kerja di syarikat Harraz, oleh daddy Harraz. Itulah pertemuan pertama mereka. Temuduga yang membengangkan pada Nurin dan temuduga cari masalah oleh Harraz. Mana la Harraz nak suka sebab Nurin ni kan bertudung. Diakan mengharamkan wanita bertudung untuk bekerja dekat syarikat dia. Walau daddy yang rekomen tapi kalau tak berkenan dihati tetap tidak pada Harraz. Macam-macam cara yang dia buat untuk bagi Nurin bengang dan mengalah seterusnya gagal untuk temuduga. Salah satunya dia minta Nurin tanggalkan tudung kalau nak bekerja di syarikatnya. Hangin la Nurin. Macam ni punya manusia pun ada ya, kata Nurin. Akhirnya, Harraz menang bila Nurin gagal dalam temuduga yang dijalankan. Tapi pesanan akhir Nurin yang membuatkan Harraz terdiam dan terkedu. '' saya doakan suatu hari nanti encik akan berkahwin dengan orang yang bertudung ''. itulah kata-kata Nurin.
Tapi hasrat Harraz tak tercapai, bila daddy Harraz masuk campur. Dan dengan rasminya Nurin dapat menjadi salah satu arkitek di syarikat Harraz. Harraz pula, takkan biarkan Nurin senang hati dalam syarikatnya. Macam-macam cara yang Harraz baut bagi Nurin mengalah lagi. Kerja yang tak berkaitan langsung dengan bidang Nurin. Tapi Nurin tahan sabar disebabkan hormat pada daddy Harraz. Dalam syarikat tu pun Nuring dipandang macam makhluk asing sebab penampilan dia.
Berjayakah Nurin kekal dalam syarikat Harraz? Bagaimana dengan hubungan Harraz dan Nurin?
Maaf, cakap mulanya daku taknak beli sebab tajuknya..tapi daku beli juga sebab penulis...heee dan suka sangat dengan cara penyampaian yang santai dan bersahaja...memang tidak dinafikan sama seperti novel beliau sebelum ni, eksperimen cinta...daku tersengih-sengih dan ketawa sorang-sorang.. serius cakap, novel ni takkan buat korang tension dengan watak antagonisnya..sebabnya watak jahat Elfira tak berapa jahat..haha.. Walaupun jalan cerita tipikal, lelaki kasanova..kaya giler, heroinnya gadis biasa..mula-mula benci kemudian suka...Tapi, apa yang penulis cuba sampaikan adalah..Allah maha pengampun pada hambanya yang ikhlas bertaubat... indahnya hidayah itu, kerana hanya orang tertentu sahaja yang merasainya... dan siapa kita untuk menghukum masa silam seseorang... Mengisahkan Harraz Naufal yang hidup dalam kekufuran..bergelumang dengan zina, malah dia menghalang perempuan bertudung untuk bekerja di syarikatnya..baginya perempuan bertudung..kolot. Harraz rapat dengan sepupunya Farhan..juga, sama 2x5.. Runsing dengan sikap Harraz, ayahnya mencadangkan anak kawan baiknya Nurin Areesa...oleh kerana Nurin berhijab, Harraz mengagalkan temuduga Nurin, tetapi ayahnya bertindak mengugut dan Harraz akur. Harraz melayan Nurin dengan teruk dan berharap Nurin akan berhenti..tapi, Nurin bukan seperti perempuan yang pernah dia kenal, Nurin berani melawan.. Farhan jatuh cinta dengan Nurin dan cuba memikat...Ketika pertunjukan fesyen Lee, sahabat karib Nurin.. dia dipaksa menjadi bidan terjun, memperagakan pakaian muslimah, Nurin meminta untuk berniqab...kerana mata cantik Nurin, Harraz terpikat dan tercari-cari pemilik mata itu.. Harraz mula cuba berubah setelah dua kali menerima teguran dari Allah..tetapi bila dia sedar..pemilik mata cantik itu Nurin dan dia cintakan Nurin, Farhan mahu melamar Nurin, Harraz beralah...Elfira sedar Harraz cintakan Nurin, bertindak memerangkap Harraz...Harraz menghilangkan diri...terlibat dalam kemalangan dan koma.. ketika itu, dia terima teguran ketiga dari Allah...
Sgt2 best..teruja bila baca..dari awal hingga akhir...bessttt..
rasanya..si Nurin ni x buat2 apa2 rancangan pun nk tundukkan Harraz..tp Harraz yg tertunduk dgn sendirinya..kan2..haha..hebat Nurin..semua perempuan kalah..haha
mcm biasa dlm gaduh2...tp gaduh2 tersebut yg buat Nurin dan Harraz ni dekat..sweet je rasa..walaupun pd mulanya x suka perangai Harraz si kaki perempuan ni..
n then ada scene cite ni mcm dejavu..duk terpikir cerita apa lah..ingt2 balik rupanya mcm citer korea my girl..yang bila Farhan- Harraz sepupu..then tersuka kat perempuan sama si Nurin..n then lepas tu..Farhan suruh Harraz..ops baca sendiri..tp sikit jela yg sama..haha...tp apa2 pun sy tetap suka n x ganggu emosi pun.. :)
n lagi...sy sukaa Farhann!! masa Nurin tolak Farhan, kesian sgt kt dia...smpai sy rasa nk suruh cik penulis buat cerita pasal Farhan..tp baca epilog..Farhan kawin dgn perempuan Jordan..alamak..kecewa..hahaha
apa2 pun thumbs up tuk cik Anjell...nak tggu karya seterusnya pulakk..:)
Tertarik dengan covernya yang hmm...agak misteri. Macam nak tahu muka di baliknya. So maybe itu yang Harraz rasa kot.
Yuni suka bagaimana penulis coretkan tentang karakter Harraz. Sebab selalunya baca, playboy tapi still jaga adab tatasusila dan rukun negara segala. Yang Harraz ni main masuk je segala. Maksudnya, suka bila karakter tu dikatakan jahat, biar jahat betul2 punya. Bukan jahat malu2 kucing.
Dan lagi suka bilamana Harraz berubah tanpa kita sedar. Sedikit demi sedikit. Tidak terlalu drastik. Cuma agak pening lalat sikit ketika CEO bercuti setahun. Sanggup dia biarkan syarikat dah macam kapal nak karam.
Sebenarnya cerita ni santai so pilihan hanya dua. Either akan ingat or lupa cerita dia macam mana. Dan mungkin yuni termasuk dalam golongan kedua kot.
Rasanya dah pernah try buku lain dari penulis yang sama. Tapi macam dah lupa cerita apa.
Mungkin sbb watak2 utama dlm cite ni x menyakitkan hati aku. Aku suke watak Harraz Naufal dan Nurin Areesa. Harraz, walaupun dia playboy thp berdosa besar, dia x pernah cuba ambil kesempatan ke atas Nurin. Dia masih hormatkan Nurin dan sentiasa menjadi hero Nurin. Nurin, Nurin ni baik arr. Walaupun dia tahu betapa teruknya perangai Harraz suatu masa dulu, tp dia tetap boleh menerima Harraz sbg suaminya. Dan bila dia dah kahwin dgn Harraz, dia x ungkit pun kisah silam Harraz yg teruk tu.
Satu lg aku suke pasal buku ni, sbb ade pengajaran. Lebih2 lg mase Harraz nekad nk berubah dan mase Nurin keguguran.
Part plg aku suke, mase Harraz nk berubah tu...boleh feel dia punya perasaan...
I decided to read this before DTS and after DAM and Dheo's.
I find her writing style here was a tad bit unorganized compared to the her "big 3" works mentioned earlier (according to readers). Maybe because this is one of her earlier project, the elaboration and narrative tend to give me confusion while reading.
Not a fan of a 1st POV writing style (it's a personal preference but I cannot emphasize this enough) especially where you reach a certain part of the book where the FMC compliments herself lol.
Now, let's talk about the story -
An absolute playboy meets an ordinary who is the polar opposite of his ideal type, unaware that karma will come back to haunt him later. The light banters between the MCs was entertaining to read. It's a cliché plot, yeah. I'd have to admit that at one point, I rooted for the second lead because, let's face it, he's far superior to the MMC.
Buku ini lebih baik dari Eksperimen Cinta. Cerita santai, tidak ada watak yg terlalu jahat, dera, guna ilmu halus...Farhan menarik diri & menerima keputusan Nurin like a gentleman, tidak berdendam..
Cuma saya tidak berapa gemar dgn narration yg kekadang meleret dan menggunakan perkataan "Waklu"... saya rasa jika digunakan ketika dalam perbualan & bergurau dgn Lee atau isteri Lee(BFF Nurin) masih boleh diterima kerana itu dialog, tapi sebaliknya penulis gunakan dalam narration, saya kira itu sangat tidak bersesuaian. Waklu is too colloquial for my liking.
I enjoyed this story very much and love the cover too.
'Tundukkan Playboy Itu' is quite an easy read. I would recommend this to anyone who is looking for something that is not too overly sweet or full of drama.
I will say one thing though, Joy pun tergoda dengan ayat-ayat romantis Harraz. Oh, mai....
Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan novel ini ekoran mood membaca yang ke laut dan kesibukan bekerja.. walaupun begitu,x bermakna buku ni tak menarik. Aku tertarik dengan jalan ceritanya.. Tidak terlalu meleret dan memeningkan. Tak seperti adaptasi drama yang bagi aku agak mengecewakan. Conclusion, aku lebih suka versi cetak berbanding adaptasi drama.
Habisss!! Citer yg santai, takdelah complicated sgt.. konflik tak teruk pun, siapa yg suke citer santai novel ni mmg boleh penuhi citerasa.. Harraz Naufal playboy kelas atasan yg jd kegilaan ramai wanita, tapi tidak bg Nurin Areesa.. pertemuan pertama mereka telah menimbulkan rasa benci Nurin pada Harraz, syarat tuk bekerja dgn lelaki tu Nurin harus membuka tudung!! mmg tak la pada Nurin, syarat Harraz mmg melampau.. ku suke dgn ketegasan Nurin, walau ape pun penerimaan Harraz ttg etika pakaiannya Nurin ttp dgn pendirian dia.. wanita islam wajib menutup aurat.. "Tak perlu contoh beg atau barang mahal2, kalau saya ade 2 lolipop, satu masih cantik berbalut, satu lagi yg dah terbuka dan dilihat isinya 2-3 hari, yang mana satu encik pilih? Mesti yg masih elok berbalutkan?" -nurin
suka harraz. suka juga nurin dan farhan. 3watak yg best. suka nurin yg selalu balas dendam ngn harraz. dr mula bca mmg dah best dan buat tak boleh nak stop lansung. amik masa 2 hari je nak habiskan. mmg terbaik. sebuah lagi hasil karya anjell yg kebabom. yg sarat dgn ilmu. mengingatkan kita mengenai maruah..aurat seorg wanita serta mahramnya. dan byk lagi sbnrnya.
Legit a very slow burn book. I'd skip to the 2nd half of the book to get straight to their relationship development if I were to reread this again. Though it'd be more fun if the guy worked harder for Nurin. Instead, he asked for her hand ONCE and it got served on a diamond platter. The sweet scenes aren't as sugary and rewarding after all the reading. It was quite normal and light imo. It just felt like nothing changed from when he's with the previous girls and Nurin. Same treatment and behaviour from him. Nothing different.
mula pandang buku ni memang tertarik dengan cover.. panahan pandangan mata menusuk jiwa.. cheh... cover memang cantik.. perkara yang kedua, perkataan playboy.. haa.. ni mesti cerita mat kasanova yang terperangkap dengan cinta.. cinta lagi... bosan jangan baca sebab i like this book.. hehe... pandang positif, bukannya ada kisah lucah pun dalam buku ni.. just kisah playboy yang stuck dengan panahan mata maka jatuh cinta.. ayat sweet mueet memang akan ada.. sila jangan muntah di bulan puasa nie.. mana yang nak senyum sorang-sorang, anda disyorkan baca buku ni, nak release tension lepas bos marah ke.., sebab awalan kisahpun dalam buku ni bos asyik buli pekerja baru, siap marah mengamuk sakan.. ada feel bila baca, rasa gelihati, rasa marah, rasa suka, rasa nak bercinta pun ada.. haha!!.. menyampah geli?.. terpulang... yang pasti penulis Anjell Homosapien berjaya membuat pembaca suka dengan karyanya yang bersahaja. tahniah... nurin areesa di offer untuk bekerja oleh tan sri mukhriz bekerja di syarikat anaknya, harraz naufal. pucuk dicita, ulam mendatang nurin menerima cuma bila dia pergi temuduga di syarikat harraz, pandangan matanya terasa pelik dengan keadaan pekerja wanita di situ. rupanya, harraz menetapkan syarat pekerja wanita perlu cantik, dan tidak bertudung. nurin tak sanggup tetapi bila tan sri mukhriz masuk campur, harraz terpaksa menerima nurin bekerja. dibulinya wanita itu dengan harapan nurin tidak akan tahan, namun sebaliknya nurin kuat semangat untuk bekerja walaupun tidak menyukai apa yang dilakukan oleh harraz. dalam pada itu, harraz pergi pertunjukan fesyen bersama sepupunya farhan. di sana dia terlihat seorang model yang memakai purdah namun dilihat mata model tersebut amat cantik dan dia yakin model tersebut memang cantik rupa parasnya.. adakah doa nurin semoga bosnya jatuh cinta dengan wanita bertudung termakbul? bagaimana pula dengan keadaan nurin di tempat kerja, adakah dia terus tidak diterima oleh harraz?.. bagaimana pula permintaan mummy harraz, puan sri rosell terhadap nurin iaitu, tundukkan harraz, tundukkan playboy itu?...
apa yang saya suka dalam buku ni? bukan hero yang ensem and banyak duit, bukan juga heroin yang cantik dan strong tapi penceritaan tentang bagaimana harraz dan farhan berubah. dan bila mereka berubah mereka terus istiqamah dijalan itu. loves that. secara keseluruhan pertama kali bersua buku ni dalam pwtc, tertarik dengan title and cover buku.. but I learn from my mistake, don't judge a book by its cover buat saya just bagi cold shoulder and tak beli. tapi...bila jumpa buku ni sekali lagi di mph. ..hmmm...I nees to buy this book..gaya bahasa yang santai memang my faveret..and kebolehan heroin utk berbalas kata dengan hero yg kerek memang la saya suka..siap ketawa terbahak-bahak lagi...overall...light reading. .conflict pun xheavy and loves the couple...erkkk...boleh tak agaknya nak request buat cerita mcm mana si farhan jumpa wife dia..must be interesting!
Memang Tertunduklah aku bila baca novel ini... Kena pula dengan tajuknya "Tundukkan Playboy Itu" he he!! First time mengenali penulisan novel ini yg ingin dikenali sebagai Anjel, memang tak rugi mengenali penulisannya... Jujur saya katakan saya "suka" novel ini, sebab banyak unsur2 nasihat, pengajaran yg di serapkan... Bukan sekadar novel yg hanya untuk dibaca & bagi pembaca felling jeeee setiap masa. Suka semua watak2 yg digarapkan.. boleh dikatakan tiada cacat celanya setiap watak itu... Tahniah.... kerana penulis berjaya menghasilkan novel yg sebegini...
ok. surprisingly I liked it.walaupun initially saya memang doubt i'll like it sebab even the book before this pun tak berapa berkenan di hati. this one saya beli juga sebab tajuk yang mengancam.
storyline yang very familiar, playboy yang akhirnya jatuh cinta dengan gadis yang biasa2 saja. but perjalanan cerita tu yang saya rasa agak seronok apabila di baca. but towards the end the story became so-so for me. yelah, setelah sudah together, whatelse is new?
Akhirnya habis juga baca buku ni. Memang best jalan cerita dan informasi yang dikongsikan oleh Anjell. Bagaimana kuatnya pendirian Nurin Areesa untuk memprtahankan ajaran Islam dan menegur Farhan dan Harraz dengan cara yang berhemah.
Begitu juga bagaimana Harraz boleh berubah menjadi lelaki yang beriman dan bersungguh-sungguh mendalami agama supaya dia mampu menjadi imam Nurin dan ketua yang baik.
It has been nearly a decade (Sounds old 😆) since I picked up a Malay novel especially a romance book. All due to the cheesiness and cliche that I usually encountered in most of the local literature.
Otherwise, after all this time reading international writers works, it refreshing to reads a book that written in the perspective of my own culture and norm. It is relatable, and probably easier to discern.
Tundukkan playboy itu, if in English title probably would have been Taming the womanizer is about Nurin who is underestimated, mistreated, and discriminate by a casanova that only has eyes on gorgeous, sexy and hottie lady, in casual or even professional matter. Harraz proposes to give Nurin the position to work in his company if she agreed to let go of her hijab. From there the story progresses on how Harraz finds his way back toward his religion and how they fall for each other. And at most how Nurin accepts all his past, where having sex before marriage is a casual thing for Harraz.
I’m amazed on how deep the religious issue was penned by Anjell, It grips the hijrah of Harraz from his past to a better Muslim. It is beautiful to me. While on the romance element, I love that the story did not progress as plain as what was told in the synopsis, I enjoy seeing how Harraz falls in love with Nurin. In which Nurin already get his attention before the fashion show. And the romantic scene between them made my heart skip a beat 😍.
I actually would enjoy more if the dialogue is written in Malay, when the main character talks in English, it sounds off to me as it was told in mixed language between them especially during the swoony conversation. Other than that, the story is dragged a tad bit too long for me. Especially after they have gotten married, it has no other apparent conflict. If it was ended sooner would give a more memorable felt to it.