Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suami Rahsia Cik Ceo

Rate this book
Wafa Raihana… seorang CEO yang tegas dan berdedikasi. Perkahwinan tidak wujud dalam kamus hidupnya. Namun, demi memenuhi permintaan datuknya yang nazak, Wafa terpaksa mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami.

Dia hanya perlukan suami, bukan cinta. Dia mahukan status sebagai seorang isteri, bukan tanggungjawab terhadap seorang suami.

“Aku akan bayar kau jadi suami aku.” - WAFA RAIHANA

Bagi Wafa, segalanya boleh dibeli. Termasuklah sebuah perkahwinan. Namun, untuk pertama kalinya dalam hidup, egonya tercabar apabila lamarannya ditolak mentah-mentah oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai cleaner!

“Maaf, Cik Wafa. Saya bukan barang dagangan yang ada tanda harga.” - ADRIAN YUSUF

Wafa bukan wanita yang mudah mengalah. Akhirnya, dia berjaya menjadi isteri kepada Adrian. Perkahwinan yang wujud atas dasar satu perjanjian, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang.

Dan tanpa disedarinya, dia jatuh cinta kepada suaminya sendiri!

Sehinggalah satu kebenaran muncul. Satu rahsia yang cukup untuk meretakkan rumah tangga… dan menghancurkan seluruh hidupnya. Dalam sekelip mata, cinta bertukar menjadi luka.

Dan Wafa… memilih untuk pergi. Dia menyangka itu pengakhiran. Bahawa dengan menjauh, segalanya akan kembali seperti biasa.

Namun, takdir tidak pernah semudah itu. Kerana setiap langkah yang diambil untuk melupakan, hanya membawa dia semakin dekat dengan kebenaran yang lebih menyakitkan.

Dan kali ini, bukan sekadar hatinya yang teruji. Tetapi seluruh hidupnya.

Bagaimanakah pengakhiran rumah tangga Wafa dan Adrian? Adakah mereka akan menemukan bahagia… atau segalanya akan berakhir dengan sebuah penyesalan?

Kesilapan semalam… mampu menjadi duri yang menusuk perlahan pada masa hadapan.

462 pages, Paperback

Published June 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Aein Dhiyauddin

95 books280 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
2 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,381 reviews256 followers
June 15, 2026
Cliche? Yes. Did F enjoy it? Absolutely!

Bila baca karya Aein ni, kepala F rasa ringan je. It's one of those books yang buat F relax dan tak perlu berfikir terlalu berat. Few hours je dah boleh habiskan.

Trust me, uols memang boleh agak arah jalan cerita dia. Sebab tu F tak nak reveal terlalu banyak.

Kisah ni tentang Wafa yang sangat rapat dengan Tok sejak kematian kedua ibu bapanya. Bila Tok jatuh sakit, Tok berharap sangat dapat tengok Wafa berkahwin sebelum dia pergi supaya ada seseorang yang boleh menjaga Wafa.

Masalahnya, Wafa ni busy memanjang. Boyfriend pun tak ada. Nak kahwin dengan siapa?

Wafa desperate sangat, dia offer cleaner handsome kat office dia untuk kahwin dengan dia. Adrian terus reject. Wafa pun bengang la sebab ego dia tercabar. Tapi akhirnya... depa kahwin jugak.

Perkahwinan mereka datang dengan syarat dan perjanjian. Kebanyakannya rules daripada Adrian dan Wafa pula janji dapat lahein demi Tok.

Apa yang F suka, walaupun Adrian nampak dingin, dia sebenarnya sangat prihatin. Wafa ni jenis lupa makan bila terlalu fokus bekerja, so Adrian sentiasa pastikan dia makan dan jaga diri.

Scene yang paling menyentuh hati bagi F adalah sebelum Tok nazak.. senang cerita scene pasal Tok memang berjurai la airmata F. Tok bagi macam² nasihat kepada Wafa. Masa tu Wafa rasa pelik kenapa Tok bercakap macam tu tapi Tok tetap berpesan supaya dia sentiasa kuat walau apa pun yang berlaku.

Betul² apa yang Tok pesan tu akhirnya terjadi dalam hidup Wafa.

Wafa diceraikan seminggu selepas Tok meninggal dunia. Kenapa Adrian buat semua tu dan siapa sebenarnya Adrian, haa yang tu uols kena baca sendiri.

F langsung tak sangka F menangis beria². Wafa ni.. dia seora yang kuat, cekal dan tabah.

Dan F suka perkembangan watak Rafiq. Awal² memang problematic dan panas baran tapi selepas accident dia banyak berubah. Dia jadi sangat protective terhadap wife dia dan Wafa. Watak dia macam warden rumah.

Dear author, if buat cerita pasal Rafiq dan Najah pun F rasa menarik jugak.

Untuk typo, F cuma perasan sekali je melibatkan nama wife Rafiq. Selain tu okay. Mungkin ada lagi yang F terlepas sebab mata F jenis auto-correct.

Overall, bestlah cerita ni. Macam F cakap tadi, memang cliche tapi sangat menghiburkan. Omputih kata, this is a light romance story yang sesuai dibaca bila nak berehat daripada cerita yang berat²
Profile Image for Cutie_pie28.
564 reviews12 followers
June 19, 2026
Wafa seorang wanita bekerjaya.. hidup dia cuma ada Atuk, Mak Tijah dan Rafiq.. dia cuba jadi yang terbaik demi Syarikat Cendana Indah..

Atuk jatuh sakit dan mintak Wafa untuk berkahwin.. Wafa terjumpa Adrian yang mana bekerja sebagai cleaner di tempat kerja Wafa.. da laa handsome, kira cukup package laa.. macam tak sesuai lelaki tu jadi cleaner..

Pada mula nya Adrian menolak tapi demi bantu merealisasi kan permintaan Atuk, Adrian setuju.. tapi ada laa syarat² yang di kene kan pada Wafa.. salah satu nya, orang lain tak boleh tahu tentang perkahwinan dorang nie melainkan yang terdekat sahaja..

Selepas kahwin bermula laaa episod² yang buat kan dorang ni makin lama makin jatuh cinta.. sedar tak sedar, apa yang Adrian lakukan pada Wafa semua nya atas dasar cinta.. tapi Adrian ada rancangan dia sendiri..

Lepas satu² kejadian, akhir nya Wafa buat keputusan untuk dahulu kan diri dia.. dia ikut pesanan Atuk.. Wafa kene kuat walau apa pun yang terjadi..

Rafiq ni saudara lelaki atau kita bole cakap dia pesaing Wafa.. tapi lama² saya suka dengan character development Rafiq nie sebab dia jadi orang yang baru yee bila Allah bagi pengajaran pada dia nie..

Kisah silam antara Wafa dan keluarga Ammar di ungkit kembali.. sekali lagi Wafa terpaksa jadi kuat atas apa yang berlaku.. nak salah Wafa pun tak boleh.. saya paham itu.. kesian Wafa..

Kebenaran terungkai bila keluarga Adrian tahu tentang hubungan Adrian dan Wafa.. dapat kah Adrian kembali pada Wafa atau pun tak? Korang WAJIB baca..

Highly recommended
Displaying 1 - 2 of 2 reviews